|
[size=-1]Lambat-laun sesiapa sahaja yang terdedah kepada agama Kristian akan berdepan dengan perkataan ini: Triniti. Ini adalah satu perkataan yang sering kali di salah-fahami, disalah-sampaikan dan disalah-pakai. Untuk ramai orang, ianya batu sandungan yang menghalang mereka memeluk agama Kristian. Kepada yang lain ianya ajaran sesat mana kala untuk yang lain ianya satu kebodohan. Untuk mendapat idea yang betul tentang apakah sebenarnya intipati akidah ini, seseorang itu perlu kembali kepada kuasa mutlak akidah ini, iaitu Alkitab. Adalah dari sini saya akan berusaha
1. menyampaikan satu asas Alkitabiah untuk kepercayaan ini
2. menunjukkan apa maksudnya
3. implikasinya atas mesej agama Kristian dan orang Kristian secara individu |
|
|
|
|
|
|
|
definition
[size=-1]Perkataan Triniti membawa maksud satu Tuhan tetapi yang mengandungi tiga peribadi yang berbeza, bukan dalam sifat atau 'bahan ilahi' tetapi dalam jawatan dan perhubungan. Allah satu walaupun tiga.
Ryrie menulis: Hanya ada satu Tuhan, tetapi di dalam kesatuan Allah ada tiga peribadi yang kekal dan sama, sama dalam kandungan tetapi berbeza dalam saraan hidup.Ketiga peribadi ini dalam Alkitab diperkenalkan sebagai Bapa, Anak dan Roh Kudus. Jadi, ada tiga peribadi dalam Allah dan ketiga ini adalah Allah yang sama dalam kandungan, kuasa dan kemuliaan.
Adalah perlu dinyatakan di sini bahawa perkataan Triniti tidak ada di dalam Alkitab walaupun konsep Allah dalam kesatuan-tiga sangat jelas tampak. Perkataan Triniti ialah satu istilah falsafah Yunani yang dipakai untuk Allah seperti mana yang didedahkan dalam Alkitab. Ianya bukan satu istilah yang dipakai Isa Al-Masih(Jesus) mahupun rasul-rasulnya
[ Last edited by casejulia at 8-11-2006 01:43 PM ] |
|
|
|
|
|
|
|
[size=-1]Akidah ini sangat kompleks dan membingungkan-minda tetapi tidak boleh ditolak oleh sesiapa yang mengkaji Alkitab dengan serius. Apabila ini dilakukan maka akan jelas bahawa Alkitab mengajar bahawa adanya satu Tuhan, dan bahawa adanya tiga peribadi, setiap satu adalah Allah. Jadi akidah Triniti ini membuat tiga pengesahan:
1. hanya ada satu Allah
2. Bapa, Anak dan Roh Kudus setiap satu adalah Allah
3. Bapa, Anak dan Roh Kudus adalah tiga peribadi berbeza |
|
|
|
|
|
|
|
[size=-1]Saya percaya bahawa dari beberapa definisi ini, minda kita sukar untuk menangkap maksudnya; sesungguhnya ia satu misteri. Kita perlu sedar bahawa konsep ini melebihi keupayaan kuasa pemahaman manusia (dari segi mempunyai fahaman yang penuh) dan tidak ada persamaan yang sempurna di dunia ini. Konsep Triniti bukannya tiga tuhan yang bekerjasama atau satu Tuhan yang menampakkan diriNya dalam tiga modus yang berbeza. Seterusnya, perlu kita tahu bahawa Alkitab tidak berusaha menerangkan misteri ini; ia hanya mengisytiharkannya!
Tidak seorang pun dapat menafikan betapa mulianya rahsia kepercayaan kita:
Allah menampakkan diri dengan rupa manusia,
dan dinyatakan benar oleh Roh Allah,
serta dilihat oleh para malaikat.
Dia diisytiharkan antara bangsa-bangsa,
dan Dia dipercayai di seluruh dunia,
dan telah diangkat ke syurga. (1 Timotius 3:16) |
|
|
|
|
|
|
|
Akidah Kristian
casejulia,
Saya merujuk kepada akidah kepercayaan saudari iaitu ALLAH = SATU, tetapi dalam tiga peribadi.
BAPA = ALLAH
SON (JESUS?) = ALLAH
ROH KUDUS = ALLAH
Adakah begitu? |
|
|
|
|
|
|
|
2. Bapa, Anak dan Roh Kudus setiap satu adalah Allah
3. Bapa, Anak dan Roh Kudus adalah tiga peribadi berbeza
Konfius sekejap. Peribadi tuhan berbeza? |
|
|
|
|
|
|
|
bagi aku Nabi Isa tidak layak menjadi tuhan...sesuatu yg dikatakan tuhan adalah tidak ada tolak bandingnya yg menuasai alam semesta, yg layak dipertuankan dan disembah..tapi nabi isla adala lemah dan ianya manusia seperti kita, berharapkan makan dan minum seperti manusia lain...dia (Isa) adalah pesuruh Allah (massenger) sebab itu dia dizalimi kerana kebenaran katanya yg menghapus kejahatan puak2 yahudi dizamannya.
dan dia tidak sepatut membenani dosa org lain. kerana manusia itu dilahirkan fitrah (suci dan berseh)..yg jauh dari membauat dosa..yg mengakibat dosanya/kebaikan adalah kerana pendidikan corak Ibu bapanya mereka atau dari sekitarnya. dari itu pendapat saya, dosa mesti ditanggung oleh pendosa itu sendiri. dan wajib dia bertobat/minta ampung pada Allah diatas dosa yg mereka lakukan. logik tak? |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by casejulia at 8-11-2006 02:18 PM
Saya percaya bahawa dari beberapa definisi ini, minda kita sukar untuk menangkap maksudnya; sesungguhnya ia satu misteri. Kita perlu sedar bahawa konsep ini melebihi keupayaan kuasa pemahaman manus ..Saya percaya bahawa dari beberapa definisi ini, minda kita sukar untuk menangkap maksudnya; sesungguhnya ia satu misteri. Kita perlu sedar bahawa konsep ini melebihi keupayaan kuasa pemahaman manusia (dari segi mempunyai fahaman yang penuh) dan tidak ada persamaan yang sempurna di dunia ini. Konsep Triniti bukannya tiga tuhan yang bekerjasama atau satu Tuhan yang menampakkan diriNya dalam tiga modus yang berbeza. Seterusnya, perlu kita tahu bahawa Alkitab tidak berusaha menerangkan misteri ini; ia hanya mengisytiharkannya!
.
kalo tuhan itu tunggal , mengapa ada tuhan bapa dan tuhan anak....peringatan!!! dalam perkiraan (matematik) tidak ada misteri. (3+1 = 4) ..Tunggal + 3 = 4 ..tak mungkin jadi satu.....kejadian makhlok oleh Allah (adam dan hawa) dunia yg fana ini, tumbuhan2 boleh dikata misteri.
[ Last edited by hammer at 10-11-2006 11:31 AM ] |
|
|
|
|
|
|
|
KONPIUS LAA EK..
kenapa tuhan tu nak kena ada bahagi sana bahagi sini.. cukuplaa hanya satu tuhan sahaja.. kan ringkas tu... |
|
|
|
|
|
|
|
[size=-1]Triniti dalam Alkitab
Adalah dianggap kita percaya akan kewujudan Allah dan kesempurnaan Alkitab apabila kita memeriksa Firman Allah untuk memerhatikan penyampaian akidah ini. Penyelidikan ini adalah untuk menyesuaikan logik kita kepada kepastian Alkitab dan untuk melihat serta bertindak sesuai dengan penemuan kita. Alkitab mempersembahkan dengan jelas fakta-faktanya dan terpulanglah dengan minda manusia untuk berusaha memahaminya (walaupun ini satu perkara yang sukar untuk difahami). Kita akan sekarang melihat empat fakta yang dinyatakan oleh Alkitab; empat fakta yang menjadi tiang-tiang utama akidah ini. Kita juga akan memberi perhatian kepada beberapa contoh dalam Alkitab di mana fakta-fakta ini dinyatakan bersama |
|
|
|
|
|
|
|
[size=-1]Fakta Pertama: ALLAH ITU ESA
Perjanjian Lama dengan tegas menyatakan bahawa Allah itu esa dan tidak ada Allah lain yang benar. Walaupun dikelilingi bangsa-bangsa yang percaya dalam banyak tuhan, orang Israel berdiri teguh mengisytiharkan kewujudan Allah yang esa. Setiap orang Yahudi memulakan doanya dengan melafazkan
Ulangan 6:4, yang berbunyi: Dengarlah, hai orang Israel: TUHAN itu Allah kita, TUHAN itu esa!
Orang Yahudi menyembah Allah yang esa dan kebenaran ini nampak dalam ayat-ayat lain Alkitab: Ulangan 4:35, Yesaya 44:6 dan Mazmur 86:10. Hanya ada satu Allah dan iman orang Yahudi serta ajaran Perjanjian Lama bersandar atas kebenaran ini.
Begitu juga dalam Perjanjian Baru. Apabila menjawab satu pertanyaan mengenai perintah manakah yang paling utama, Isa Al-Masih memulakan jawapannya dengan berkata,
"Inilah perintah yang paling utama, Dengarlah, hai bangsa Israel! Tuhan Allah kita, Dialah Tuhan Yang Esa." (Markus 12:29).
Rasul Paulus meneruskan idea ini, bahawa Allah itu esa dalam jawapannya kepada jemaat Kristian di bandaraya Korintus.
Dia menulis: Kita juga tahu bahawa Allah hanya satu; tidak ada yang lain. Sekalipun banyak yang disebut dewa dan tuhan, baik yang di syurga mahupun yang di bumi, tetapi bagi kita Allah hanya satu (1 Korintus 8:4-6).
Yakobus dalam suratnya pula membuat kenyataan menarik ini: Kamu percaya bahawa Allah hanya satu. Bagus! Roh-roh jahat pun percaya akan hal itu dan gementar kerana takut (Yakobus 2:19).
Jadi jelas Alkitab menyatakan Allah itu esa
[ Last edited by casejulia at 10-11-2006 04:45 PM ] |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by casejulia at 10-11-2006 01:55 PM
Fakta Pertama: ALLAH ITU ESA
Perjanjian Lama dengan tegas menyatakan bahawa Allah itu esa dan tidak ada Allah lain yang benar. Walaupun dikelilingi bangsa-bangsa yang percaya dalam banyak tuhan, ...
bila masanya datang 1 dalam 3? (tuhan bapa, al-masih dan al-qudus) |
|
|
|
|
|
|
|
[size=-1]Fakta Kedua: BAPA ITU ALLAH
Nabi Yesaya dalam Yesaya 63:16 berkata bahawa Bapa itu Allah: Engkaulah Bapa kami. Nenek moyang kami Abraham dan Yakub tidak mengenal kami, tetapi Engkaulah Bapa kami, ya TUHAN! Engkaulah Penyelamat kami sejak dahulu kala.
Allah dipanggil Bapa kerana Dialah yang menciptakan kita semua. Allah yang menciptakan kita dipanggil Bapa:
Bukankah kita semua mempunyai bapa yang sama? Bukankah kita semua diciptakan oleh Allah yang sama? (maleakhi 2:10)
Kadangkala ada yang berkata Perjanjian Lama tidak mengenal Allah sebagai Bapa. Ini tidak benar. Ayat-ayat yang baru sahaja dibaca membuktikan ini.
Idea Allah sebagai Bapa ditemukan dalam Perjanjian Lama dan adalah lebih ketara dalam Perjanjian Baru khususnya dalam ajaran-ajaran dan doa-doa Yesus. Doa yang Yesus memperkenalkan kepada murid-muridnya bermula dengan kata-kata ini:
Rumah sembahyang Allah dipanggil "rumah Bapaku" oleh Yesus (Lukas 2:49)
Dalam Yohanes 8:42, Yesus dengan jelas menyatakan Allah ialah Bapa: "Seandainya Allah benar-benar Bapa kamu, tentu kamu akan mengasihi Aku, kerana Aku datang daripada Allah."
Terdapat banyak lagi ayat-ayat dalam Alkitab yang memperakui peribadi yang dipanggil Bapa sebagai Allah. Keilahian Bapa biasanya tidak diperdebatkan. Tetapi bagaimana dengan Yesus?
[ Last edited by casejulia at 10-11-2006 04:44 PM ] |
|
|
|
|
|
|
|
[size=-1]Fakta Ketiga: ANAK ITU ALLAH
Walaupun ini satu fakta yang sentiasa diperdebatkan dengan hangat, ianya jelas dinyatakan dalam Alkitab: Yesus sepenuhnya ilahi. Yesus seringkali mengelar dirinya ?nak Allah? dan kerana itu orang Yahudi berusaha membunuhnya, kerana dia menyamakan dirinya dengan Allah.
Contohnya dalam Yohanes 5:18 ada tertulis: Kata-kata-Nya ini membuat para penguasa Yahudi semakin bertekad untuk membunuh Dia. Bukan sahaja Dia telah melanggar hukum Sabat, tetapi Dia berkata bahawa Allah itu Bapa-Nya. Hal ini bererti Dia menyamakan diri dengan Allah.
Apabila Yohanes dan Yakobus dipanggil "Anak-anak Guruh" dalam Markus 3:17, Yesus tidak bermaksud untuk menyatakan bahawa sama ada ibu atau bapa mereka itu guruh, tetapi bahawa sifat dan tindakan mereka seperti guruh.
Apabila Yesus dipanggil 'Anak Allah' ianya TIDAK bermaksud Allah Bapa telah bersetubuh dengan Maryam, yang telah melahirkan Yesus. Apa yang dimaksudkan dengan frasa ini ialah bahawa Yesus memiliki sifat dan bertindak seperti Allah. Tidak ada manusia yang boleh memiliki sifat-sifat Allah apalagi melakukan kerja-kerja yang khusus bagi Allah kecuali jika dia adalah Allah; dan itulah identiti sebenar Yesus!
Dalam penggunaan orang Yahudi, frasa 'Anak Allah' bermaksud sesuatu yang mempunyai kesamaan tahap dan identiti dengan Allah. Jadi, apabila Yesus berkata dia 'Anak Allah', mereka yang mendengarnya faham maksud penyataannya: dia mengaitkan dirinya dengan Allah dan menyamakan dirinya dengan Allah. Dakwaannya itu disokong dengan berbagai cara: autoritinya, sifatnya, perhubungannya dengan Allah, kekekalannya (Yohanes 8:57-58) dan kuasanya atas maut dan neraka (Matius 12:38-40)
Sesiapa yang membaca Perjanjian Baru dengan minda terbuka akan mencapai satu kesimpulan yang jelas: penulis-penulis Perjanjian Baru mengisytiharkan Yesus sebagai Allah dalam bentuk manusia.
[ Last edited by casejulia at 10-11-2006 04:42 PM ] |
|
|
|
|
|
|
|
[size=-1]Fakta Empat: ROH KUDUS ITU ALLAH
Apabila dua ahli gereja di Yerusalem berbohong kepada Roh Kudus, Rasul Petrus mengingatkan mereka bahawa mereka telah berbohong kepada Allah: Oleh itu Petrus berkata kepadanya,
Ananias, mengapa kamu membiarkan Iblis menguasai hatimu, sehingga kamu berdusta terhadap Roh Allah . . . Kamu tidak berdusta terhadap manusia, tetapi terhadap Allah! (Kisah Rasul-Rasul 5:3-4).
Ini ialah satu daripada kisah paling jelas di mana Roh Kudus dipanggil Allah dan hukuman yang dikenakan atas Ananias (hukuman maut) adalah hukuman yang biasa untuk dosa terhadap Allah. Roh Kudus BUKAN satu kuasa atau pengaruh tetapi satu peribadi yang boleh dilukai dan juga yang membawa kasih, sukacita dan damai. Dia memiliki personaliti dan diperkenalkan sebagai satu peribadi. Yesus memperkenalkan dia sebagai satu peribadi dan menyamakannya dengan Allah bapa dalam doanya: Aku akan mengutus Penolong yang berasal daripada Bapa kepada kamu. Dia Roh yang akan menunjukkan apa yang benar tentang Allah (Yohanes 15:26).
Jadi, kita sekarang telah sampai kepada satu dilema. Bagaimana Allah boleh SATU tetapi Dia Bapa, Anak dan Roh Kudus? Apakah penjelasan yang paling sesuai untuk menjelaskan empat fakta ini tanpa membingungkan atau menyesatkan seseorang yang ingin memahami kenyataan Alkitab tentang diri Allah? Sememangnya ia satu misteri walaupun ada banyak contoh dilema ini dalam Alkitab. Seterusnya kita akan memberi perhatian kepada beberapa contoh Allah Triniti dalam Alkitab |
|
|
|
|
|
|
|
Contoh-Contoh Trinity
[size=-1]1. Penglibatan Triniti dalam penciptaan dunia
Bapa
Dalam masa enam hari Aku, TUHAN, telah menciptakan bumi, langit, laut, dan semua yang ada di dalam segalanya itu, tetapi pada hari ketujuh Aku berehat. (Keluaran 20:11)
Anak
Allah menjadikan segala sesuatu melalui Dia (Yesus). Tiada sesuatu pun di semesta alam ini yang dijadikan tanpa Dia. (Yohanes 1:3)
Roh Kudus
Roh Allah telah menciptakan aku, dan nafas Yang Maha Kuasa memberi hidup kepadaku. (Ayub 33:4) |
|
|
|
|
|
|
|
[size=-1]2. Penglibatan Triniti dalam pembaptisan Yesus dalam air
Sesudah dibaptis, Yesus segera keluar dari air dan pada waktu itu juga langit terbuka dan Ia melihat Roh Allah seperti burung merpati turun ke atas-Nya, lalu terdengarlah suara dari sorga yang mengatakan: "Inilah Anak-Ku yang Kukasihi, kepada-Nyalah Aku berkenan." (Matius 3:16,17)
Terdengar suara Allah Bapa.
Yesus dipanggil oleh Allah "Anak-Ku"
Roh Allah turun ke atas Yesus |
|
|
|
|
|
|
|
Why is my thread is deleted?? is wrong for me says that allah should not be used and u deleted?
u can delete my thread in judgment u answerable for it |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by aza at 10-11-2006 11:38 AM
KONPIUS LAA EK..
kenapa tuhan tu nak kena ada bahagi sana bahagi sini.. cukuplaa hanya satu tuhan sahaja.. kan ringkas tu...
memang bikin kompius. agama bukan senang untuk ditafsir oleh akal fikiran. kalau malas befikir, lebih baik jadi free thinker. |
|
|
|
|
|
|
|
[size=-1]Originally posted by Truth.8 at 11-11-2006 16:18
Why is my thread is deleted?? is wrong for me says that allah should not be used and u deleted?
u can delete my thread in judgment u answerable for it
I have splitted your post and others post and threw it to CHRISTIANITY DEBATE. Reason: out of topic. Thank You. |
|
|
|
|
|
|
| |
|