View: 11604|Reply: 31
|
Kedai Mamak 786 [merged] sedondon
[Copy link]
|
|
Saya ingin bertanya kenapa sesetengah restoran India Muslim mempunya no 786 pada papan tanda nama restoran tersebut ? Adakah ia mempunyai kaitan dgn agama kita ?
Memandangkan pada zaman ini, terdapat banyak kekeliruan dan keraguan terhadap sesetengah restoran India Muslim ini kerana ia sebenarnya adalah kepunyaan India Hindu tetapi menyamar sebagai India Muslim. Saya pernah terbaca bahawa kedai yang mempunyai tanda 786 itu sebenarnya adalah kedai yang betul-betul India Muslim tetapi yang tidak mempunya tanda tersebut adalah kedai India Hindu walaupun terdapat Al-Quran dlm kedai tersebut ?Saya harap dapatlah sesiapa menjelaskan persoalan ini kerana saya sendiri tidak pasti dan tertanya-tanya ?
[ Last edited by antiQue at 7-8-2006 07:05 PM ] |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
786 tu simbol nombor kpd "Bismillahirrahmanirrahim".. org islam di india telah mencipta simbol nombor utk setiap huruf arab.. 1 utk alif, 2 utk ba, dan seterusnya.. jadi dlm lafaz bismillah tu, semua nombor tu kalau dicampurkan, berjumlah 786...
salah satu cara utk cek restoran tu muslim ke hindu, try tengok lesen perniagaan dia.. mungkin ada nama pemilik.. lg satu, tengok pekerja dia agama apa... kalo nak confirm lg, pasang spy pompuan suh intip diorg pegi solat jumaat tak.... |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by palong at 25-10-2005 11:54 AM
786 tu simbol nombor kpd "Bismillahirrahmanirrahim".. org islam di india telah mencipta simbol nombor utk setiap huruf arab.. 1 utk alif, 2 utk ba, dan seterusnya.. jadi dlm lafaz bismill ...
ooo sebab tu dlm lagu alhamdulillah too phat duet dgn yasen tu ada ''786 alhamdulillah syukur" . rupanya bismillah.
eh palong, yang 666 tu apa dia plak? mrk kira mcm kira bismillah tu jugak ke? |
|
|
|
|
|
|
|
salam kasih kepada semua...
pipi rujuk portal e-fatwa.gov.my :
Kategori : Akidah
Tajuk :
Kepercayaan terhadap angka 786 bermaksud بسم الله الرحمن الرحيم
Isu :
Hukum mempercayai dan menyakini bahawa No 786 adalah bermaksud بسم الله الرحمن الرحيم
Keputusan :
Alhamdulillah Fatwanya,
Kepercayaan terhadap angka 786 bermaksud بسم الله الرحمن الرحيم , juga menyakini angka tersebut membawa tuah dan nasib yang sentiasa baik adalah satu kepercayaan yang salah dan bertentangan dengan aqidah أهل السنة والجماعة dalam syariah serta akhlak Islam.
Perbuatan ini juga termasuk didalam golongan mereka yang mentafsirkan Al-Qur抋n mengikut hawa nafsu dan tidak berdasarkan kepada ilmu dan displin-displinnya dan tidak mendapat hidayah Allah S.W.T.
Semua pihak yang terlibat hendaklah menghentikan kepercayaan dan penggunaan terhadap perkara ini dengan serta merta.
klik di sini untuk rujukan
wassalam... |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by pipi at 25-10-2005 09:30 PM
salam kasih kepada semua...
pipi rujuk portal e-fatwa.gov.my :
klik di sini untuk rujukan
wassalam...
syukran pipi atas maklumat. |
|
|
|
|
|
|
|
Saya tidak fikir mamak meletak no 786 itu sbg angka bertuah.Setahu saya kisah asal usul penggunaan 786 adalah kerana di India umat Islam sbg golongan minoriti sering ditindas oleh puak majoriti Hindu.Kebanyakan rumah2 org Islam di sana meletakkan perkataan بسم الله الرحمن الرحيم di pintu rumah mereka.
Akibatnya apabila berlaku pertelingkahan agama,rumah2 org Islam telah diserang dan cara utk mengenalnya adalah terdapatnya perkataan بسم الله الرحمن الرحيم di pintu2 rumah mereka.Utk memelihara perkataan ini drp dihina oleh org2 Hindu(mungkin dipijak2 atau dibakar dsb)org India Muslim telah mencipta kod yg disebutkan oleh palong sbg ganti utk memelihara kesucian kalimah بسم الله الرحمن الرحيم.
Jadi kesimpulannya,pada pendapat saya angka 786 itu diletakkan adalah kerana mengikut kebiasaan org2 India Muslim ini sejak mereka di india lagi bukan atas niat lain rasanya.
Wallahua'lam.
SELAMAT HARIRAYA AIDILFITRI
MAAF ZAHIR & BATIN |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
salam...
fatwa :
Kepercayaan terhadap angka 786 bermaksud بسم الله الرحمن الرحيم , juga menyakini angka tersebut membawa tuah dan nasib yang sentiasa baik adalah satu kepercayaan yang salah dan bertentangan dengan aqidah أهل السنة والجماعة dalam syariah serta akhlak Islam.
perkataan juga bermaksud DAN, jadi Ada 2perkara di atas, iaitu mereka yang menganggap :
1. 786 = بسم الله الرحمن الرحيم
2. dan 786 membawa tuah
adalah bertentangan dengan aqidah ASWJ dalam syariah serta akhlak Islam. Tidak kira apa tujuan mereka, kerana hal ini dikira sebagai mentafsir al-quran mengikut hawa nafsu.
Al-Imran Ayat 7
Dialah yang menurunkan kepadamu (wahai Muhammad) Kitab Suci Al-Quran. Sebahagian besar dari Al-Quran itu ialah ayat-ayat "Muhkamaat" (yang tetap, tegas dan nyata maknanya serta jelas maksudnya); ayat-ayat Muhkamaat itu ialah ibu (atau pokok) isi Al-Quran dan yang lain lagi ialah ayat-ayat "Mutasyaabihaat" (yang samar-samar, tidak terang maksudnya). Oleh sebab itu (timbullah faham yang berlainan menurut kandungan hati masing-masing) adapun orang-orang yang ada dalam hatinya kecenderungan ke arah kesesatan, maka mereka selalu menurut apa yang samar-samar dari Al-Quran untuk mencari fitnah dan mencari-cari Takwilnya (memutarkan maksudnya menurut yang disukainya). Padahal tidak ada yang mengetahui Takwilnya (tafsir maksudnya yang sebenar) melainkan Allah dan orang-orang yang tetap teguh serta mendalam pengetahuannya dalam ilmu-ilmu agama, berkata: Kami beriman kepadanya, semuanya itu datangnya dari sisi Tuhan kami dan tiadalah yang mengambil pelajaran dan peringatan melainkan orang-orang yang berfikiran.
wallahualam... |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Good info
sebelum ni tertanya2 apa maksud 786 |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by rempo at 26-10-2005 05:27 PM
Saya tidak fikir mamak meletak no 786 itu sbg angka bertuah.Setahu saya kisah asal usul penggunaan 786 adalah kerana di India umat Islam sbg golongan minoriti sering ditindas o ...
tapi skrg diorg kat malaysia... |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by palong at 27-10-2005 01:35 PM
tapi skrg diorg kat malaysia...
Ya palong ..dia orang kat Malaysia..
Dia orang dah memohon supaya mereka di MELAYUKAN ..
antiQue : racism remark edited
[ Last edited by antiQue at 27-10-2005 05:53 PM ] |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by pipi at 26-10-2005 08:37 PM
salam...
fatwa :
perkataan juga bermaksud DAN, jadi Ada 2perkara di atas, iaitu mereka yang menganggap :
1. 786 = بسم الله الر ...
Macamana pulak yang gantung ayat seribu dinar untuk 'tuah'? Ada jugak yang tak makna dia langsung. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by ibnur at 27-10-2005 05:31 PM
Macamana pulak yang gantung ayat seribu dinar untuk 'tuah'? Ada jugak yang tak makna dia langsung.
heheh.. yg ni hampir sume kedai mamak n melayu ada.. kebanyakkannya gantung utk mendapat tuah.. sedangkan mereka tak tahu pon maksud ayat tu, apa yg dikehendaki oleh Allah utk mendapat rezeki yg tak disangka2... |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by nahzaluz at 25-10-2005 01:52 PM
ooo sebab tu dlm lagu alhamdulillah too phat duet dgn yasen tu ada ''786 alhamdulillah syukur" . rupanya bismillah.
eh palong, yang 666 tu apa dia plak? mrk kira mcm kira bismillah tu ...
:hmm: 666 tu tak represent apa apa untuk orang muslim.. setau saya, 666 tu dalam lagu matsaleh, represent agama Satan |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
salam...
ooh... 666 tu lagu Satan. Thanks for your info.
kalau 555 ? :cak: .. teringat buku hutang.. hehehe.... |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by pipi at 28-10-2005 10:29 AM
salam...
ooh... 666 tu lagu Satan. Thanks for your info.
kalau 555 ? :cak: .. teringat buku hutang.. hehehe....
Hehehe Kalau berhutang, segeralah bayar!!:cak:
Jangan pulak nak dilori sampah kan atau nak diindah waterkan:stp:
Nasib baik tak der bunga . Kalau tidak lagi jenuh nak bayar hutang!!
Heran bangsa ku, kat Along mau bayar, kat sedara sesama Islam sendiri macam nak lari jer siberhutang bila berjumpa dengan sipemiutang.
:cry::cry: |
|
|
|
|
|
|
|
Info ini dipetik dari buku : Kitab Ilmu Perubatan Kesufian
Disamping solat 5 waktu, org2 sufi memahami ayat2 al-quran dan nama2 Allah. Ayat2 Al-quran dan asma-Allah itu boleh digunakan utk menyembuhkan penyakit serta menyihatkan badan dan jiwa. Dgn mencampurkan sesuatu ayat dan sesuatu asma Allah, boleh menyembuhkan penyakit. Cara penyembuhan ini digelar sains ta抴idh atau ilmu azimat. Perkataan ta抴idh diperolehi dr kata 慳dha |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by skywalker at 28-10-2005 06:10 PM
Info ini dipetik dari buku : Kitab Ilmu Perubatan Kesufian
Disamping solat 5 waktu, org2 sufi memahami ayat2 al-quran dan nama2 Allah. Ayat2 Al-quran dan asma-Allah itu boleh digu ...
Boleh sebutker siapa pengarangnya, tahun penerbitannya dan penerbitnya.
setahu saya orang-orang sufi mana ada main nombor2. Kecuali geng Harut dan marut jer.
sebab tu mereka suka buat kerja karut marut...!! Jangan tertipu yer. |
|
|
|
|
|
|
|
salam
tak seronoklah nak mengantungkan AYAT SERIBU DINAR tu kat mana-mana
nak seronok cubalah try yang ini
walaupunteramatlah susahnya..
menggantungkan AL QURAN di dalam HATI
cakap-cakap juga
tapi dah cubakah memberi PERINGATAN kepada mereka itu
manalah tau, mereka pun LALAI macam kita.......
dan bukan ....... |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
kalau la aku tak silap ....
7 , 8 , 6 masing masing membawa maksud ..
saya tak ingat la tapi saya pernah tanya india muslim yang keretanya ada no tu ..
dia cakap bermaksud bismillah , lailahaillah , dan fatihah .. im not sure la .. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
786, Alhamdullilah
sapa tahu no. 786 tu apa maksud dia.
selalu tulis kat kedai makan mamak,
lagu alhamdullilah by yasin and too phat pun ada.
apa maksud dia.
aku dgr cerita 786 nih no. utk pengamal ajaran Qadiani. betul ker?
Dalam edisi siasat, Qadiani tu dah terpesong sikit. betul ker.
markas diaorang ada kat penang,
kebanyakannyer india muslim.........
so...apa pendapat korang? |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
|