CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 10209|Reply: 32

Kanser Prostat

[Copy link]
Post time 20-11-2006 10:59 AM | Show all posts |Read mode
Revolusi IMRT mensasar kanser
Oleh SHAFINAZ SHEIKH MAZNAN

KETAKUTan merupakan satu emosi semula jadi insan. Tetapi ia boleh mendatangkan masalah jika terus-terusan mengikat anda daripada membuat keputusan terbaik tentang kesihatan diri.

Perasaan yang sama turut menghalang kebanyakan lelaki daripada mendapatkan rawatan yang sesuai untuk penyakit kanser prostat yang mereka deritai. Adakah anda pun demikian juga?

Malangnya, tidak seperti kanser payudara yang boleh dikesan awal, kanser prostat yang juga dikenali sebagai karsinoma prostatik lazimnya tidak menunjukkan sebarang gejala sehinggalah penyakit sudah masuk ke tahap lewat.

Bagi kaum Adam, didiagnosis menghidap kanser prostat menjadi satu ancaman yang dahsyat bukan hanya kerana ia boleh mengancam nyawa tetapi juga merisikokan 慿ejantanan
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 20-11-2006 03:29 PM | Show all posts
Kanser prostat

Oleh NORLAILA HAMIMA JAMALUDDIN
[email protected]

JIKA wanita bimbang diserang kanser payu dara dan serviks, lelaki pula berdepan kemungkinan mengalami kanser prostat, terutama bagi yang menjangkau umur 50 tahun serta mengamalkan gaya hidup tidak sihat.



Walaupun jarang diperkatakan, kanser prostat menduduki tangga keenam dalam carta kanser di Malaysia.

Berbanding wanita yang semakin mementingkan kesihatan, tahap kesedaran di kalangan lelaki secara umumnya rendah dan kurang satu peratus lelaki tempatan bersedia menjalani pemeriksaan.

Kelenjar prostat terletak di bawah pundi kencing dan dikelilingi uretra (saluran kencing) yang menghasilkan air mani bagi membolehkan sperma hidup. Pada lelaki muda saiznya hanya sebesar kacang walnut, tetapi akan membesar dengan peningkatan usia.

Kanser prostat adalah masalah yang biasa dihadapi kebanyakan lelaki berumur dan ia boleh menyebabkan kematian. Seperti kanser lain, kanser prostat mengambil masa lama untuk 憁embesar
Reply

Use magic Report

Chippo This user has been deleted
Post time 24-11-2006 09:37 AM | Show all posts
A preliminary report on the use of transfer factor for treating stage D3 hormone-unresponsive metastatic prostate cancer



Giancarlo Pizza(1), Caterina De Vinci(1), Diego Cuzzocrea(1), Domenico Menniti(1), Ernesto Aiello(1), Paolo Maver(1), Giuseppe Corrado(1), Piero Romagnoli(1), Ennio Dragoni(1), Giuseppe LoConte(1), Umberto Riolo(2), Aldopaolo Palareti(3), Paolo Zucchelli(4), Vittorio Fornarola(1) & Dimitri Viza(5).

(1)Immunodiagnosis and Immunotherapy Unit 1st-Division of Urology, (2)Pharmacy, S.Orsola-Malpighi Hospital, Bologna; (3)Department of Statistics, University of Bologna, Bologna, Italy; (4)Blood Bank Service, Maggiore Hospital, Bologna. (5)Facult
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-12-2006 05:18 PM | Show all posts
CEKAP: Cegah kanser prostat
Oleh: SHAFINAZ SHEIKH MAZNAN

SEIRING pertambahan usianya yang sudah pun melangkaui 40 tahun, sudah tentu, kesihatan menjadi agenda utama.

Jika sebelum ini dia tidak begitu memahami apa itu kanser prostat misalnya, namun dengan pendedahan yang diperoleh, sedikit sebanyak terdetik jua di hatinya:

揂pa yang akan berlaku sekiranya aku menghidap penyakit ini...

揟idak dapat saya membayangkan penderitaan yang terpaksa ditanggung kelak sekiranya malapetaka ini terjadi.拻 Begitulah luahan selebriti yang tidak asing lagi, Jalaludin Hassan.

Demikian antara ucapan sulung Jalaludin, sesuai pelantikannya selaku duta Kempen Cegah Kanser Prostat (CEKAP) anjuran syarikat kesihatan dan kecantikan, MayFirst Gold Sdn. Bhd.

Pelancarannya disempurnakan oleh Timbalan Pengarah Bahagian Perkembangan Perubatan, Kementerian Kesihatan, Datin Dr. Rogayah Bakri di Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Menurut Jalaludin yang sebelum ini turut menjadi jurucakap pelbagai produk, peranannya kali ini terasa lebih dekat di hati kerana hakikat dirinya yang dilahirkan sebagai kaum Adam.

Beliau mengakui, apabila disebut kanser, ramai yang berasa gerun dengan perkataan itu termasuklah dirinya sendiri. Apatah lagi, ia merupakan sejenis penyakit kronik yang tidak memilih kasih, darjat mahupun keturunan.

揌ari ini, terdapat 210 jenis penyakit yang diklasifikasikan sebagai kanser. Pusat Penyelidikan Kanser Kebangsaan (Malaysia) meletakkan kanser prostat sebagai kanser keenam paling tinggi dihidapi oleh kaum lelaki Malaysia.

揥alaupun berada di tangga keenam, namun bagi seorang lelaki, kanser prostat mungkin berada di tangga teratas bagi tahap kegerunannya.拻

Beliau menarik perhatian, kanser tersebut menyerang anggota yang memainkan peranan paling penting dalam sistem reproduktif seorang lelaki iaitu pada organ yang dikenali sebagai prostat.

Kehadirannya sering kali tidak disedari kerana ia datang secara senyap-senyap, tanpa sebarang simptom.

揟etapi dengan kesedaran, kebarangkalian untuk sembuh adalah amat tinggi iaitu hampir 100 peratus jika dikesan di peringkat awal lagi.

揑a amat mudah dikesan. Dengan ujian darah PSA (antigen spesifik prostat), kemungkinan kehadiran kanser di dalam prostat akan dikenal pasti,拻 kata Jalaludin.

Beliau turut melahirkan kekecewaannya dengan tahap kesedaran kanser prostat yang masih amat rendah dalam kalangan lelaki Malaysia.

Sebagai contoh, ramai yang tidak sedar bahawa kebarangkalian untuk menghidapinya adalah tinggi apabila kaum Adam menjangkau umur 50 tahun ke atas.

揗alah, saya difahamkan, pengalaman MayFirst selama tiga tahun lalu bersama para pengedar mereka khususnya dan masyarakat umumnya telah menunjukkan betapa pengetahuan terhadap subjek tersebut amat cetek sekali.

揂pabila ditanya di mana letaknya organ prostat, ramai yang tidak pasti subjek apakah sebenarnya yang sedang diperbincangkan itu.拻

Sementara itu, Pegawai Eksekutif MayFirst, Datuk Rojali Edris yang juga merupakan penaung Kempen CEKAP berkata, kajian mendapati bahawa seorang daripada enam lelaki akan menghidapi kanser prostat dalam seumur hidupnya.

揝elalunya, masalah seperti inkontinens dan kencing yang kerap terutamanya pada waktu malam dianggap sebagai sakit oran tua-tua.

揑ni tidak semestinya benar, kerana gejala-gejala tersebut adalah juga merupakan gejala awal kanser prostat,拻 jelasnya.

Mengulas lanjut beliau berkata, pernah dilaporkan bahawa kurang satu peratus daripada kalangan lelaki tempatan yang bersedia menjalani ujian kanser prostat.

Terdapat juga penyelidikan menunjukkan bahawa seramai 80 peratus daripada mereka juga tidak mengetahui apa itu prostat serta fungsi organ yang dimaksudkan.

揗aka, keperluan untuk mengadakan kempen seperti CEKAP menjadi tanggungjawab fardu kifayah korporat MayFirst bagi menggalakkan kesedaran, sikap lebih terbuka serta peri pentingnya pengesanan kanser awal.拻

Kalendar 2007 CEKAP akan diisi dengan pelbagai aktiviti menarik seperti pameran bergerak di beberapa lokasi di Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak, pengiklanan agresif di media elektronik dan cetak, khidmat kaunseling oleh MayFirst Health & Wellness Council, penajaan slot kesihatan di dalam seminar atau forum masyarakat dan sebagainya.

Pertandingan golf amal turut dirancang bagi meningkatkan kesedaran di kalangan golongan berada dengan sasaran mengumpulkan dana sebanyak RM500,000 dalam tempoh tiga tahun yang akan diagih-agihkan kepada beberapa kumpulan penyokong pesakit kanser termasuklah Persatuan Kanser Kebangsaan.

Menjelang akhir fasa satu Kempen CEKAP, MayFirst berharap usaha murni ini berjaya meningkatkan kesedaran lelaki tentang prostat, kanser prostat dan langkah-langkah pencegahannya dalam peratusan yang lebih tinggi.

Apa itu kanser prostat?

Kanser prostat merupakan tumor barah yang berbahaya yang mula tumbuh dalam kelenjar prostat. Sewaktu tumor membesar, ia mungkin merebak dari satu bahagian daripada prostat ke bahagian yang bersebelahan atau mengelilingi bahagian tersebut.

Kanser prostat boleh merebak dari prostat sehingga ke nod limfa dan juga pada bahagian yang jauh seperti tulang belakang, tulang rusuk atau bahagian tulang yang lain.

Apakah tahap keseriusan kanser prostat?

Kanser prostat merupakan penyakit yang amat serius dan boleh membawa maut kerana keupayaannya merebak ke bahagian badan yang lain apabila mencapai peringkat lanjut.

Apakah faktor-faktor risiko kanser prostat?

* Bangsa: Lelaki dari negara Amerika dan Eropah berisiko tinggi berbanding lelaki Asia.

* Umur: Bilangan pesakit kanser tertinggi berada di dalam lingkungan lelaki 50 tahun ke atas.

* Hormon: Paras hormon testosterone tinggi menggalakkan perkembangan tisu kanser prostat.

* Diet: Mengambil diet rendah lemak, sayur-sayuran dan makanan mengandungi kandungan fiber yang tinggi boleh mengurangkan risiko kanser prostat.

* Sejarah keluarga: Lelaki yang mempunyai sejarah ahli keluarga lelaki yang disahkan menghidapi kanser prostat dan ahli keluarga wanita yang menghidap kanser berisiko tinggi menghidap kanser prostat.

Simptom kanser prostat

Sekiranya penyakit ini dikesan pada peringkat awal kebanyakan lelaki tidak akan mengalami sebarang gejala. Selain daripada simptom BPH, gejala bagi kanser prostat adalah:

* Terdapat darah dalam air kencing

* Terasa sakit atau panas semasa membuang air kecil

* Daya pengaliran air kecil yang lemah atau hilang kawalan terhadap pembuangan air kecil

* Ejakulasi yang menyakitkan

* Penurunan dari segi keinginan seksual

* Kurang upaya dalam mengalami rangsangan seksual

* Kesakitan pada bahagian belakang, pelvis (tulang pinggul) atau bahagian atas paha

* Hilang selera makan

* Kesakitan tulang yang berlanjutan.

Cara-cara kanser prostat dikesan

* Digital Rectal Examination (DRE): Memasukkan jari ke dalam rektum (dubur) untuk merasai tisu keras (ketumbuhan) atau saiz besar prostat.

* Pengesanan Antigen Spesifik Prostat (PSA): Ujian ini akan mengukur paras PSA di dalam sampel darah pesakit. PSA adalah protein yang dikeluarkan oleh prostat.

* Ultrasound: Menggunakan alat menerusi gelombang bunyi untuk mengesan kebengkakan prostat melalui imej di skrin.

* Biopsi: Menggunakan jarum mengambil tisu prostat dan melihat bawah mikroskop untuk mengesahkan tisu kanser.

Rawatan kanser prostat

Terdapat banyak jenis rawatan untuk kanser prostat. Pilihan utama ialah:

* Tunggu dan lihat: Melihat perkembangan simptom kanser prostat dari semasa ke semasa.

* Pembedahan: Pembuangan keseluruhan kelenjar prostat.

* Radiasi: Menggunakan sinar x untuk memusnahkan tisu kanser prostat.

* Terapi hormon: Merencatkan aktiviti testosterone. Testosterone menggalakkan perkembangan tisu kanser prostat.

* Rawatan kimo: Menggunakan ubat-

ubatan kanser untuk merencat atau memusnahkan tisu kanser prostat.

Kesan sampingan kanser prostat

Sebilangan lelaki mungkin mengalami satu atau lebih kesan sampingan berikut yang berpunca daripada rawatan kanser atau dari penyakit itu sendiri:

* Masalah pembuangan air kecil

* Masalah usus

* Masalah ereksi

* Ketidaksuburan/kemandulan.

Cara-cara untuk mencegah kanser prostat

Kesan awal kanser prostat menyelamatkan nyawa anda. Oleh itu:

* Keraplah melakukan pemeriksaan perubatan

* Lebihkan pemakanan sayur-sayuran dan makanan yang mempunyai zat fiber yang tinggi

* Kurangkan pengambilan makanan yang tinggi kandungan lemaknya

* Bersenam dan amalkan gaya hidup yang sihat
Reply

Use magic Report

Post time 26-12-2006 05:39 PM | Show all posts
Tapi, skang nih... Ader banyak supplement yang boleh mengelakkan kanser nih.
Cari laa kat pasaran.
Reply

Use magic Report

Post time 26-12-2006 06:49 PM | Show all posts
Dinyatakan didalam artikel diatas bahawa cancer prostate terjadi disebabkan kadar hormon testosterone yg tinggi; berapa sukatan nya yg membolehkan kita kata bahawa level hormon tu melebihi paras normal? Jika kita tahu hormon testosterone kita melebihi paras normal dan mengundang risiko cancer prostat; ada atau tidak ubat2 yg boleh menurunkan paras testosterone yg tinggi itu?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 26-12-2006 11:03 PM | Show all posts

Reply #5 allymariano's post

Such as saw palmetto?
Reply

Use magic Report

Post time 27-12-2006 09:31 AM | Show all posts

Reply #7 Shanty's post

Cancer prostate (Carcinoma of Prostate) dan BPH ( Benign Prostatic Hypertrophy) adalah dua penyakit yang berbeza. Orang yang mengidap BPH boleh mendapat Ca prostate dikemudian hari; tetapi tidak tidak semua kes Ca Prostate itu mesti didahului oleh BPH. Ada orang yang terus mendapat Ca prostate tanpa mengidap BPH terlebih dahulu. Saw Palmetto baik untuk BPH kerana ia boleh mengecutkan kelenjar prostate...tapi tidak memberi munafaat kapada Ca prostate. Kalau anda semua baca dalam CNN.COM hari ni ada artikel menyatakan bahawa mengurangkan berat badan boleh mengurangkan risiko Ca prostate. Kami pernah mencuba menggunakan pil perancang keluarga untuk pesakit BPH...hasilnya memang berjaya...tetapi pesakit lelaki ni mendapat kesan sampingan ubat tu...suaranya jadi nyaring (macam suara perempuan). Orang2 sekarang takut dengan pembedahan...so kalau anda ada experiance mengubati mereka ni dengan cara makan ubat saja...bolehlah tulis kat ruangan ni.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-4-2007 12:24 PM | Show all posts

Rawatan untuk kanser Prostat

Kini berbagai bagai kaedah rawatan untuk kanser prostat dapat dijalankan keatas pesakit pesakit kanser prostat ini. Marilah kita bincangkan beramai ramai tentang kaedah kaedah yang sedia ada untuk mengawal penyakit ini. :ah:

Rawatan kanser prostatOleh: DR. SULAIMAN TAMANANG
RAWATAN kanser prostat dikendalikan oleh gabungan dua doktor pakar, iaitu pakar urologi dan pakar kanser. Tidak semua pesakit kanser prostat mendapat rawatan yang sama.
Seseorang pesakit kanser prostat perlu memahami beberapa pilihan rawatan. Dengan dibantu oleh doktor pakar, pesakit perlu membuat pilihan rawatan yang sesuai dan paling baik untuk diri mereka.
Pilihan rawatan bergantung kepada dua faktor, iaitu faktor klinikal dan faktor psikologi. Para pesakit boleh berunding dengan pakar urologi, pakar onkologi dan pakar radioterapi.
Mereka boleh membantu pesakit untuk memilih cara rawatan yang sesuai
Reply

Use magic Report

Post time 10-4-2007 09:58 PM | Show all posts

Reply #1 Maideen.'s post

Apa kata sebelum berbincang mengenai kaedah rawatan, kita kenali dulu tanda2 kanser prostat ini, Maideen?
Reply

Use magic Report

Post time 10-4-2007 10:02 PM | Show all posts
Originally posted by pelaga at 10-4-2007 09:58 PM
Apa kata sebelum berbincang mengenai kaedah rawatan, kita kenali dulu tanda2 kanser prostat ini, Maideen?

<posting berunsur lucah>


Bersambung...... :clap: :cak:

[ Last edited by  Muntz at 10-4-2007 10:29 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 10-4-2007 10:03 PM | Show all posts
err... prostat itu apa? :hmm:
Reply

Use magic Report

Post time 10-4-2007 10:04 PM | Show all posts
adakaqh prostat itu sama dengan skrotum ... yakni kantung zakar, atau buah pelir? :hmm:
Reply

Use magic Report

Post time 10-4-2007 10:05 PM | Show all posts
Originally posted by peace at 10-4-2007 10:03 PM
err... prostat itu apa? :hmm:


Entah. Macam bunyi photostat je. Konpius aku.
Reply

Use magic Report

Post time 10-4-2007 10:09 PM | Show all posts
prostat tu otot yang mengawal salur kencing dan salur mani.. kalau rosak, jadi susah kencing atau senangggg sangat kuar.... lelaki je.. klau nak lebih tau g tanya kat farmasi nyer site
Reply

Use magic Report

Post time 10-4-2007 10:12 PM | Show all posts
Errr....takda kaitan dengan serban atau taleban ker ??
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-4-2007 10:15 PM | Show all posts
Why is this in CI? Don't we have section to discuss about health?
Reply

Use magic Report

Post time 10-4-2007 10:16 PM | Show all posts
Bahasa orang melayu dahulu, dipanggil angin pasang. Ubatnya senang. Lebih baik mencegah dari mengubat..

Perbanyakkan makan ulam dan herba terutama daun pegaga, petai, daun mengkudu, misai kucing dan makjun. Kerap minum air suam.
Reply

Use magic Report

Post time 10-4-2007 10:21 PM | Show all posts
angin pasang itu bbukan Hernia ke Budak Kecik?

yakni usus terkelua masuk ke celah peha?
Reply

Use magic Report

Post time 10-4-2007 10:23 PM | Show all posts
Originally posted by peace at 10-4-2007 10:21 PM
angin pasang itu bbukan Hernia ke Budak Kecik?

yakni usus terkelua masuk ke celah peha?


Salah satu antara buah dalam kantung tu yang makin membesar. Terlupa aku dalam perubatan moden. Kerap makan rumput alfafa samada dalam bentuk kapsul atau pil. Harganya murah.
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Kesihatan


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-11-2024 12:20 AM GMT+8 , Processed in 0.074631 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list