CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234Next
Return to list New
View: 16848|Reply: 68

[MERGED] pinggan mangkuk dari emas/ perak & Bone China Dinnerware

[Copy link]
Post time 3-2-2006 10:39 AM | Show all posts |Read mode
Assalamualaikum semua

Sebenarnya dah lama dok was was mengenai perkara ini. Tentang penggunaan set pingganmangkuk yang diperbuat dari emas dan perak..bukan keselurahhannya dari emas/perak tapi hanya bahagian tepi pingganmangkuk sahaja di buat dari 22 karat emas dengan tangan.

Sesetengah pendapat mengatakan tidak boleh sesetengah kata boleh
mok nik banyak lah koleksi pinggan mangkuk yang dibuat dari 22 karat emas ini
nanti mok nik tempek gambar antara barangan dari gold utk penilian anda semua

mok nik bergilir menguna barangan ini sebagai basahan di dapur.



pandangan dan pendapat dari anda semua amat dialu-alukan

[ Last edited by  DARSITA at 4-8-2006 05:44 PM ]

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 3-2-2006 01:19 PM | Show all posts
Ini yang mok nik jumpa....

Bijana Emas dan Perak

1. Bijana bermaksud alat perkakas kegunaan kita setiap hari seperti pinggan , mangkuk , gelas , sudu , pisau dan lain-lain lagi .

2. Penggunaan bijana daripada emas dan perak hukumnya adalah haram.

3. Sebab dihukumkan haram adalah :
kerana tegahan - Sebagaimana Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud:

“ Jangan kamu minum pada segala bijana emas dan perak dan
janganlah kamu makan pada semua pinggannya “.
( Riwayat Al-Hakim ).
kerana akan menjadi beku tidak dapat menambah atau mengembangkan ekonomi.
kerana boleh menimbulkan rasa kecil hati dari kalangan fakir miskin.

4. Haram menggunakan bijana emas dan perak seperti pencelak mata bekas celak, sikat dan lain-lain.

5. Haram seseorang itu mengupah dan mengambil upah membuat sesuatu bijana daripada emas dan perak. Dan tidak wajib ganti apabila memecahkan alat permainan yang diperbuat daripada emas dan perak.

6. Hukum menyimpan bijana emas dan perak hukumnya adalah haram begitu juga hukum menyadurkan bijana besi atau tembaga dengan emas atau perak juga adalah haram.

7. Bijana emas dan perak yang disadurkan dengan tembaga atau sebagainya tidak haram.

8. Hukum bijan yang ditimpal dengan perak:-
Jika besar tampalannya pada kebiasaan kerana perhiasan hukumnya adalah haram.
Jika besar tampalannya pada kebiasaan kerana hajat atau keperluan hukumnya harus beserta makruh.
Jika kecil tampalannya pada kebiasaannya kerana perhiasan hukumnya makruh.
Jika kecil tampalannya kerana hajat hukumnya tidak makruh.

9. Hukum menampal bijana dengan emas hukumnya adalah haram.

10. Makanan atau minuman yang ada di dalam bijana emas atau perak hukumnya adalah halal di makan atau diminum kalau ia bukan daripada makanan yang haram, yang diharamkan hanyalah menggunakan bijana-bijana tersebut.

11. Dihukumkaan haram menggunakan bijana itu adalah terhadap ke semua manusia sama ada lelaki atau perempuan.

12. Bersuci dengan menggunakan bijana emas atau perak itu hukumnya adalah sah.


Rujukan: (Kitab Matlaal Badrain – Syeikh Daud Fattani)
(Kitab Fiqh Syafi’I – Al-Ustaz Hj. Idris Ahmad S.H)

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 3-2-2006 02:44 PM | Show all posts
terima kasih banyak mok nik, sebab kak hannah pun musykil gak ni... kak hannah ada beli bekas menghidang QUEEN ANNE yg bersadur perak ... so, nak gak lah tau hukum hakam penggunaan barangan ni..

harap2, boleh lah sesiapa jua di sini membantu kami dalam soal ni...

wassalam...
Reply

Use magic Report

Post time 4-2-2006 10:27 AM | Show all posts
tak silap Mala, if you fly Royal Brunei first class, toilet fitting dia pun gold plated. tul ke ?

ff: kalau MAS tu silverware standardlah kan...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-2-2006 01:04 PM | Show all posts
Originally posted by noor_hannah at 3-2-2006 02:44 PM
terima kasih banyak mok nik, sebab kak hannah pun musykil gak ni... kak hannah ada beli bekas menghidang QUEEN ANNE yg bersadur perak ... so, nak gak lah tau hukum hakam penggunaan barangan ni..

...


kak hannah, barangan silver lagilah banyak dalam koleksi mok nik
Buffet Set semua silver...selalu pulak dok guna nie

tapi kak hannah tak ada siapa leh bantu kita nie ...:hmm:
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-2-2006 01:05 PM | Show all posts
Originally posted by Normala17 at 4-2-2006 10:27 AM
tak silap Mala, if you fly Royal Brunei first class, toilet fitting dia pun gold plated. tul ke ?

ff: kalau MAS tu silverware standardlah kan...


tak pernah naik royal brunei ..tak tahu ler Normala
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 4-2-2006 06:43 PM | Show all posts
Originally posted by mok_nik at 4-2-2006 01:04 PM

tapi kak hannah tak ada siapa leh bantu kita nie ...:hmm:


cian nyer... meh Mala tolong... tolong 'angkut'
Reply

Use magic Report

Post time 4-2-2006 07:59 PM | Show all posts
toilet fitting emas tak apa agaknya, bukan makan...  ntah ler..

lagipun, tu gosip jer toilet fitting Royal Brunei dari mas.  tak tau ler kot toilet jet sultan brunei tu yang bersadur mas, mungkin agaknya.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-2-2006 03:17 AM | Show all posts
Ish tak pernah terfikir langsung hal ni boleh jadi masalah. Termasuk saya...kira 3 orang mengharap penjelasan.
Reply

Use magic Report

Post time 5-2-2006 08:16 AM | Show all posts
Silverware / gold plated utensils ni Mala rasa are becoming very common in Mesia now tak cayer pegilah mana-mana umah masa open house...

I'm sure now ramai yg tengah pening :stp:

btw : kitab mutaal badrin tu yg sek agama johor pakai tu ke ?
Reply

Use magic Report

Post time 5-2-2006 10:02 AM | Show all posts
tapi bagi aku, katalah benda tu tak haram pun, aku tetap takkan pakai. sbb bagi aku, bila kita makan pinggan emas camtu, ader org lain kat dunia nie... sedara seIslam kita yg nak cari makan pun susah, jgn kata nak ada pinggan yg elok2.

try to be moderate lah. macam dlm flight royal brunei tu.. mmg nampak melampau skett.. sink emas dan banyak gold-plated wares dalam flight tu. bila aku tengok org2 Islam yg kaya gitu.. macam kat saudi arabia, kuwait, uae, brunei... aku terfikir lak, satu gram emas tu kalau dikikis, berapa ramai org Islam yg kebulur dapat makan daripada hasil tu.
Reply

Use magic Report

Post time 5-2-2006 10:52 AM | Show all posts

Good discussion gak nih...

bagi aku yg tak kesah benda2 nih [or sebab tak mampu ker? ekekekeke]...
itu sumer is not a need... so tak perlu sesumer tuh macam kata Muntz

Tapi kalu ikut akal aku rasanya hukum tuh is based on the lifestyle of the users...
macam jugak hukum kawen yg jatuh wajib, makruh, haram sumer tuh...

still... MOD? or sesaper yg lebih arif? curious gak nih...
Reply

Use magic Report

Post time 5-2-2006 12:42 PM | Show all posts

Nasi tambah...

Originally posted by mok_nik at 3-2-2006 01:19 PM
Ini yang mok nik jumpa....
Bijana Emas dan Perak
1. Bijana bermaksud alat perkakas kegunaan kita setiap hari seperti pinggan , mangkuk , gelas , sudu , pisau dan lain-lain lagi .
2. Penggu ...


Salam,

Haram menggunakan bejana yg dicelup dgn air emas / perak jika dibakar pd api keluar zat emas/ perak tersebut.

Tidak haram menggunakan bejana yg dicelup dgn air emas / perak jika dibakar pd api tidak keluar zat emas/ perak tersebut.

Wajib zakat pinggan mangkuk yg ditampal sedikit dgn perak krn perhiasan.

wallahua'lam
Reply

Use magic Report

Post time 5-2-2006 12:53 PM | Show all posts
Originally posted by Muntz at 5-2-2006 10:02 AM
tapi bagi aku, katalah benda tu tak haram pun, aku tetap takkan pakai....


if it's not a problem to us, tokleh assume it's not a problem to others

sometimes it's difficult to appreciate masalah org simply b'cos we have never 'been' there. Mala selalu encounter problem cam ni. So nak kata 'pecah kan je pinggan mangkuk tu' or 'convert sudu garpu tu jadi jewellery gantung kat leher' isk isk... :cry:

Originally posted by fleurzsa
Haram menggunakan bejana yg dicelup dgn air emas / perak jika dibakar pd api keluar zat emas/ perak tersebut.

Tidak haram menggunakan bejana yg dicelup dgn air emas / perak jika dibakar pd api tidak keluar zat emas/ perak tersebut.


to fleurzsa,

boleh elaborate lagi (dlm bahasa baku ) apa yg dimaksudkan zat emas/perak tu ?
mcm zat besi ke :stp:
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-2-2006 04:00 PM | Show all posts
Originally posted by Muntz at 5-2-2006 10:02 AM
tapi bagi aku, katalah benda tu tak haram pun, aku tetap takkan pakai. sbb bagi aku, bila kita makan pinggan emas camtu, ader org lain kat dunia nie... sedara seIslam kita yg nak cari makan pun susah, jgn kata nak ada pinggan yg elok2.


Allah hendak menguji manusia nie pelbagai cara..ada dianugerahkan kekayaan yang melimpah ruah, ada yang kekurangan serba serbi. Yang kaya itu Allah sudah tetapkan bahagiannya utk yang miskin iaitu melalui pengeluaran pelbagai jenis zakat. Itulah adilnya Allah, harta sikaya bukan hanya utk dirinya sahaja tapi untuk di kongsi sedara yang murang berada.

Jadi pada mok nik, kepada yang Allah lebihkan rezeki tak salah kalau dia mampu barangan yang Muntz katakan tak nak pakai tuh. Yang mok nik musykil ialah merata tempat mok nik pergi rumah kawan kawan mok nik sekarang nie trend penggunaan pinggan mangkuk yang ada emas dan perak itu adalah perkara biasa. Lantas kami pun bersembang pasal hukum hakam penggunaan pingganmangkuk ini. Sebab pinggan mangkuk itu bukan emas keseluruhannya cuma di bahagian atasnya di tampalkan emas 22 karat.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-2-2006 04:04 PM | Show all posts
Originally posted by Pe4RL at 5-2-2006 10:52 AM

Good discussion gak nih...

bagi aku yg tak kesah benda2 nih [or sebab tak mampu ker? ekekekeke]...
itu sumer is not a need... so tak perlu sesumer tuh macam kata Muntz



kes nie seumpama orang beli kereta lah
yang tak ada duit kata..kancil pun cukup
bila ada duit sikit tukar pada waja ker wira ker perdana ker
dan kalau yang mampu lak tak pandang dah car made in malaysia tuh
terus terkam MERC :cak:
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 5-2-2006 04:07 PM | Show all posts
Originally posted by fleurzsa at 5-2-2006 12:42 PM


Salam,
Salam,

Haram menggunakan bejana yg dicelup dgn air emas / perak jika dibakar pd api keluar zat emas/ perak tersebut.

Tidak haram menggunakan bejana yg dicelup dgn air emas / perak jika dibakar pd api tidak keluar zat emas/ perak tersebut.

Wajib zakat pinggan mangkuk yg ditampal sedikit dgn perak krn perhiasan.

wallahua'lam


Yang jenis inilah yang kebanyakkannya yang ada pada jenis pingganmangkuk baik Royal Albert,Royal Doulton,  Noritake dsbnya.
Reply

Use magic Report

Post time 5-2-2006 04:38 PM | Show all posts
Kalau dah haram menggunakan,jadi benda2 ni boleh disimpan hanya sebagai perhiasan/harta dan cukup tahun  keluarkan zakat, begitu?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-2-2006 08:25 PM | Show all posts
Originally posted by Normala17 at 5-2-2006 08:16 AM
Silverware / gold plated utensils ni Mala rasa are becoming very common in Mesia now tak cayer pegilah mana-mana umah masa open house...

I'm sure now ramai yg tengah pening :stp:

btw : kitab mutaal badrin tu yg sek agama johor pakai tu ke[/zise]...


yang nie mok nik tak tahu
sebab tak pernah belajar kat johor
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-2-2006 08:33 PM | Show all posts
Originally posted by belanga at 5-2-2006 04:38 PM
Kalau dah haram menggunakan,jadi benda2 ni boleh disimpan hanya sebagai perhiasan/harta dan cukup tahun  keluarkan zakat, begitu?


kalau cukup haul memang lah kena zakat bel
tapi bejana kita yangdisimpan itu ada ker sampai atau melebihi 85 gram utk keluarkan zakat?

Sebab sepengentahuan mok nik jika emas yang disimpan itu menyamai atau melebihi kadar nisab (85 gram), maka wajib dikeluarkan zakat sebnyak 2.5% atas nilai emas tersebut. Nilai yang diambil kira adalah nilai emas sahaja iaitu tidak termasuk batu-batu permata.

correct me if I wrong
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-1-2025 05:22 PM GMT+8 , Processed in 0.143369 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list