CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234Next
Return to list New
View: 9996|Reply: 69

SALEEM - yang baru --

[Copy link]
Post time 2-8-2006 12:15 PM | Show all posts |Read mode
'Hidup saya lebih baik sekarang'
Oleh Suzan Ahmad
(NSTP e-media)


BIAR sehitam manapun laluan yang ditempuh Saleem, namun sebagai penyanyi dan penghibur, dia perlu terus kuat menyusun langkah. Hidup perlu diteruskan walau macam mana sukar dan pahit sekalipun.

A M Salim Abdul Majeed, 44, yang lebih kita kenali sebagai Saleem mengakui: "Saya bukanlah yang terbaik tetapi kehidupan saya ternyata lebih baik kini."

Selepas sekian lama, jujur penulis katakan berdepan Saleem kali ini seolah melahirkan satu perspektif baru. Dari pertuturannya, dia kedengaran lebih merendah diri dan pasrah.

Majlis pelancaran album kompilasi terbarunya, Epigoni di Planet Hollywood, baru-baru ini bermula dengan persembahan live Saleem membawakan lagu yang pernah dipopularkan rakan artis satu generasi dengannya, Sudirman, Wings, Shima, Ilusi, Bumiputera Rockers dan Lefthanded.

Nyanyian live Saleem diiringi Umarul dan Bell ternyata lebih hebat berbanding kualiti vokal yang dipersembahkan dalam album Epigoni!

Cerita Saleem, Epigoni melambangkan rasa hormat dan bangganya terhadap rakan artis satu generasi yang pernah mewarnai industri muzik tanah air.

"Ia seolah tapak permulaan buat saya jadikan sandaran untuk kembali dalam bidang ini. Saya pernah tersungkur, jatuh, susah, dihina, dicemuh dan dikeji masyarakat. Kini saya cuba bangun kembali," katanya cukup bersemangat ketika majlis itu.

Bukan itu saja, album ini turut menampilkan duet lagu Sesat Di Kuala Lumpur bersama Amy Search. Malah seboleh mungkin, Saleem cuba mengekalkan keaslian dengan mengenengahkan gaya tersendiri dalam lagu itu tanpa mengganggu melodi asal.

Bagaimanapun, Saleem tidak terbabit langsung dalam hal susunan muzik sebaliknya lebih menumpu kepada kualiti persembahan vokal yang mantap. Menambah kelainan, Epigoni turut memuatkan sebuah lagu ciptaan Saleem sendiri.

Untuk tidak menghampakan peminat setia Saleem yang tidak dapat hadir pada majlis itu, Sunday Nite Live di Planet Hollywood akan membawakan penyanyi kelahiran Terengganu menemui mereka pada 13 Ogos depan. Jadi pastikan diari sudah pun ditandakan.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 2-8-2006 01:44 PM | Show all posts
saya minat suara saleem - and reason saya letak article ni --
supaya peminat2 seni suara - terbuka hati - pandang dia dengan
positive -- dan bagusla kalau dia berubah --
gambar tu kat PH.... saya belum pernah tengok persembahan dia
tapi kalau dia buat lagi kat PH  saya nak pergi..
suka lagu dia - suci dalam debu  dengan bukan aku tak cinta...
suara dia memang class...    macam suara jamal - class..
walau berlainan... nada nya.. sebab dia ni cam serak2 gitu..
Reply

Use magic Report

Post time 2-8-2006 01:46 PM | Show all posts
aku sangat suka suara saleem yg dulu dulu...

skrg tak taw aa, apa album baru, epigoni ek ??
ntah best ke tak suara dia utk lagu baru.. :stp: ..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-8-2006 01:47 PM | Show all posts

Reply #3 adik_nazgul's post

sama aje suara dia cam dulu..
best suara dia --
Reply

Use magic Report

Post time 2-8-2006 01:53 PM | Show all posts

Reply #4 dexa's post

ye ke ??

apsal sore dia masa nyanyi ngan faizal AF 4 tu
dah sengau sengau... mungkin dalam album sore dia
dah direpair kot... :stp: ..

aku tak boleh sangkal sore saleem mmg antara sore paling
sedap pernah aku dengar... :love:
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-8-2006 01:56 PM | Show all posts

Reply #5 adik_nazgul's post

tu la - saya harap sangat nak tengok live --
see how it sounds ---
kan ada thread - penyanyi yang nyanyi live tak sama
dengan studio --  nyanyian studio dia memang best--
(dalam album)
saya tak tengok AF - so tak tahu re: dia nyanyi dengan
budak AF  camana suara dia..

saya setuju - suara dia memang komersil...
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 7-8-2006 08:42 PM | Show all posts
Kau Anugerahku, lagu Saleem untuk isteri
Oleh Salhan K. Ahmad  

SEKIAN lama menyepi, penyanyi bersuara serak-serak basah ini kembali dengan azam baru untuk terus hidup di dalam bidang seni suara.

Saleem, atau nama sebenarnya AM Saleem Abdul Mejeed, yang pernah mengalami masalah penyalahgunaan dadah kini kembali ke arena muzik dengan lebih serius.

Lagu Kau Anugerahku yang dicipta olehnya lima bulan lalu membayangkan semangatnya untuk pulih daripada aktiviti berkaitan dadah dan mengamalkan gaya hidup yang sihat.

Senikata yang ditujukan khas kepada isterinya Juliana Bachok, 40, itu ditulis oleh S. Amin Shahab sebagai mengenang pengorbanan wanita tersebut yang menyokong gigih sepanjang proses pemulihan Saleem daripada ketagihan dadah.

"Kalau dulu, hidup saya sering dibayangi 'sesuatu', tapi saya belum pernah rasa sihat macam sekarang. Sekarang ni baru saya boleh kenal orang, boleh kenal apa itu warna.

"Sekarang saya sudah belajar menepati masa dan mendisiplinkan diri, tapi saya mengaku saya bukan sempurna," kata anak kelahiran Setiu, Terengganu ini.

Menurutnya, beliau akan menumpukan sepenuh perhatian kepada kariernya demi membantu Julia yang kini menjadi pengurusnya dan juga untuk memelihara lima anaknya.

Ingin jadi orang beriman

Saleem, 45, berazam menjauhi tabiat-tabiat lamanya dan berharap, "kalau boleh, saya nak jadi seorang yang beriman." Beliau juga akan menumpukan usahanya untuk mencipta lebih banyak lagu.

"Dulu ramai yang minta saya buat lagu. Saya memang boleh main gitar dan keyboard, tetapi saya main semasa latihan vokal saja. Sekarang bila saya mula dapat ilham dan mula buat lagu (Kau Anugerahku), barulah saya lebih berkeyakinan,"

Kau Anugerahku dimuatkan di dalam album Epigoni yang dipasarkan sejak 18 Mei lalu.

Kemunculan album itu disifatkan oleh Saleem sebagai ubat untuk teman-teman yang 'sakit,' di samping menjadi hadiah kepada peminat-peminatnya.

"Sakit ni banyak, ada sakit yang Tuhan beri, ada yang sakit cari sendiri," kata Saleem di sidang akhbar selepas majlis pelancaran album yang diterbitkan Warner Music (Malaysia).

Menerusi album ini, Saleem juga ingin memberikan penghargaan kepada lagu-lagu rock balada popular yang pernah dipopularkan Allahyarham Sudirman, Shima, kumpulan Kembara, Bumiputra Rockers (BPR), Wings dan Lefthanded.



Saleem akan menumpukan perhatian untuk memajukan lagi
karier seninya dengan mencipta lebih banyak lagu
(Foto The Star)


Persembahan di Planet Hollywood, 18 Ogos

Berikutan itu, beliau akan membuat persembahan akustik di Planet Hollywood pada 18 Ogos ini bersama Amy Search dan diiring pemain keyboard Bell dan gitaris Umarul yang juga bekas ahli kumpulannya Iklim.

Saleem turut mengambil kesempatan menyanyikan beberapa lagu sebelum sidang media tersebut. Nyata, kemampuan vokalnya masih belum terjejas walau sudah lama tidak membuat persembahan.

Beliau memilih akustik kerana tidak lagi sanggup mendengar lagu-lagu 'bising', sesuai dengan usianya kini yang menjangkau setengah abad.

"Lagu-lagu bising ni dah tak bolehlah. Mungkin sebab saya sudah tua kot," katanya sambil berseloroh.

Epigoni yang kini terjual lebih 15,000 unit itu  mempertaruhkan lagu-lagu balada antaranya Sesat di Kuala Lumpur (M. Nasir), Antara Hujan dan Air Mata (Sudirman) dan Setelah Aku Kau Miliki (Shima). Kebanyakan lagu-lagu itu seolah-olah membawa mesej keinsafan dan keyakinan baru kepada Saleem yang mula dikenali bersama kumpulan Iklim dalam Juara Lagu 1992.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-8-2006 08:43 PM | Show all posts

Reply #7 dexa's post

NAK PERGI!!!!

18th Ogos!! -- kat PH --
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-8-2006 08:30 AM | Show all posts
ada tgk konsert jomheboh kat kuantan??
cam lalok jer perform...
ala2 kes jamal....

apapun...
2 org ni mmg besh!!
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-8-2006 10:21 AM | Show all posts

Reply #9 tundahgulana's post

masa  advertisement concert mawi
saya tukar channel dan dapat tengok dia nyanyi
suci dalam debu ( tengok kejap aje) suara dia best..

MESTI PERGI ni!!!  18th OGOS....
Reply

Use magic Report

Post time 8-8-2006 08:28 PM | Show all posts
Aku pun minat lagu2 Saleem masa dia dgn Iklim dulu... suara Saleem ni mmg komersil
suka lagu2 pop rock dlm album debut diaorg "Satu Kesan Abadi"... Antara lagu2 dia yg menjadi fav. aku sampai skrg:

1. Satu Kesan Abadi
2. Seribu Penghargaan
3. Hakikat Sebuah Cinta
4. Budi
5. Patah Ranting Di Cermin Usia
6. Dunia (duet dgn Umarul)
7. Gerhana Cinta Luka
8. Mahligai Seribu Impian
9. Mimpi Yang Pulang

Lagu2 kat dlm list ni semua bukan jenis pop leleh... tapi mmg melodi dier best2, especially yg di composed oleh Umarul. Tapi lagu dia yg latest2 ni aku kureng minat sket la...








       SUPERMAN/KAL-EL/CLARK KENT Fever!!                     THE X-FILES : The Truth Is Out There

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-8-2006 09:08 PM | Show all posts

Reply #11 leon_mclaren78's post

leon..
suka suci dalam debu
dan bukan aku tak cinta??

best lagu ni kan..?
saya suka gerhana cinta luka tu...
suara dia best

tapi tu bukan dalam album tu
i reckon..?

pergi tak 18th Ogos nanti?
Reply

Use magic Report

Post time 8-8-2006 09:16 PM | Show all posts
Originally posted by dexa at 8-8-2006 09:08 PM
leon..
suka suci dalam debu
dan bukan aku tak cinta??

best lagu ni kan..?
saya suka gerhana cinta luka tu...
suara dia best

tapi tu bukan dalam album tu
i reckon..?

pergi tak 18th Og ...


Lagu 'Suci Dlm Debu' & 'Bukan Aku Tak Cinta' tu aku kurang minat la, Dexa... masa awal2 kuar dulu lagu tu mmg aku penah minat la... tapi bila dah slalu dengar rasa biase2 jer.... Btw lagu2 yg aku list kat atas nu mmg sampai la ni aku dok ulang2... sedap banget!

Aku jarang gi konsert2 atau show nih.... minat dengar lagu dier jer...









       SUPERMAN/KAL-EL/CLARK KENT Fever!!                     THE X-FILES : The Truth Is Out There

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-8-2006 09:24 PM | Show all posts

Reply #13 leon_mclaren78's post

saya pergi show pun pilih penyanyi aje..
tapi sebab suka saleem ( suara dia dan
most lagu2 dia) saya pergi la nanti
kat PH  - lagipun tak jauh sangat
boleh din din kat situ sekali...

saya kalau dengar bukan aku tak cinta --
mesti macam sedih sedih --  
suke sangat lagu ni -- walaupun belum
ada kena mengena dengan diri --
tapi -- melodi dia --- best

gerhana cinta luka pun saya suka..
Reply

Use magic Report

Post time 8-8-2006 09:37 PM | Show all posts
saleem
wa mmg respect abis spesis penyanyi macam dia
lagu best, suara best, bakat best
susah nak cari kat malaysia spesis macam ni
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-8-2006 09:49 PM | Show all posts

Reply #15 palooza's post

setuju dengan you --
and feel happier to know that dia
NAK berubah dan berubah ke arah
kebaikan --  macam tu - peminat dia
mesti support dan wishing him the best..

rasanya show dia ni mesti full house punya..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-8-2006 08:25 AM | Show all posts
Originally posted by dexa at 8-8-2006 09:49 PM


rasanya show dia ni mesti full house punya..



aku rasa cam tu gak...
kalau tak mampus PH takkan amik dia....
mmg syiok lah sapa yg dpt pegi...
tiket berapa RM??
dah lama gak tak gi PH ni...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-8-2006 08:27 AM | Show all posts
Originally posted by tundahgulana at 9-8-2006 08:25 AM



aku rasa cam tu gak...
kalau tak mampus PH takkan amik dia....
mmg syiok lah sapa yg dpt pegi...
tiket berapa RM??
dah lama gak tak gi PH ni...


tengahari ni saya akan call PH
tanya pasal ni --

nanti saya beritahu apa depa cakap...
Reply

Use magic Report

Post time 9-8-2006 08:48 AM | Show all posts
Originally posted by dexa at 9-8-2006 08:27 AM


tengahari ni saya akan call PH
tanya pasal ni --

nanti saya beritahu apa depa cakap...


really appreciate that dexa...
thanks....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-8-2006 08:54 AM | Show all posts

Reply #19 tundahgulana's post

de nada.....

bak sini 50 bucks

teasing aje...
(depa bukak lunch time karang...)
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-2-2025 12:23 AM GMT+8 , Processed in 0.054269 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list