Edited by telracs at 4-2-2025 04:41 PM
Kuala Lumpur: Seorang wanita yang juga isteri kedua pelakon drama popular era 1990-an mendakwa digantung tidak bertali dan meminta suaminya menjelaskan status sebenar mereka.
Wanita yang hanya ingin dikenali sebagai Puan A, berusia 40-an berkata, perkenalan mereka bermula pada 2018 atas dasar kerja di syarikat yang sama.
"Dia juga duta produk yang syarikat keluarkan. Dari situ dia mula luahkan perasaan. Saya tahu statusnya suami orang dan menolak. Tapi dia meyakinkan hingga saya akur hingga kami berkahwin dan dirahsiakan dari pengetahuan isteri pertama kerana bimbang rumah tangganya tergugat.
"Kami kahwin masa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada 2021 secara online. Segala urusan kahwin dia uruskan. Dia di Kuala Lumpur dan saya di tempat lain," katanya kepada Harian Metro.
Menurutnya, selepas PKP dilonggarkan, dia berpindah ke Kuala Lumpur. Bagaimanapun mereka tidak tinggal bersama kerana suaminya memberi pelbagai alasan.
"Saya tak kenal dia mendalam, tak bercinta dan sebagainya. Tapi perwatakan dia nampak lembut dan tenang. Selepas kahwin nampak karakter sebenarnya yang suka memanipulasi keadaan.
"Dia takut isteri pertama dan burukkan saya konon saya yang paksa dia kahwin. Agak pelik sebab untuk apa saya nak paksa dia. Lainlah dia anak orang kaya, ada gelaran. "Dari segi nafkah memang saya tak dapat. Malah saya tanggung dia termasuk isi rumah satu lagi. Setahun lebih dia tiada tawaran berlakon," katanya isteri pertama pelakon itu mula mengetahui mengenai perkahwinan mereka pada September lalu.
Katanya lagi, isteri pertama sebenarnya sudah tahu mereka berkahwin sebelum ini dan disuruh cerai dengan talak tiga.
"Dia ikut tapi nama yang disebut bukan nama saya. Kiranya talak tak jatuh. Apabila ada masalah dia akan hilangkan diri dan hanya cari saya untuk minta wang. Saya ada pendapatan sendiri dan anak-anak dari perkahwinan terdahulu turut bantu.
"Saya pun dah berhenti dari syarikat itu pada 24 Januari lalu. Saya akhirnya pujuk dia selesaikan cara baik di mahkamah. Dia bawa isteri nombor satu dan kami pun tiada perbincangan untuk penyelesaian," kata ibu tiga anak itu.
Dakwa Puan A lagi, sepanjang berkahwin mereka tiada sebarang dokumen atau surat menyurat.
Suaminya berjanji akan buat sehinggalah mereka berpisah.
"Saya kata okey kalau dah tiada surat menyurat, tak perlulah nak pergi mahkamah. Kiranya lafaz cerai selesai begitulah.
"Tapi mungkin sebab isteri pertama nakkan kesahihan kami bercerai, dia pergi mahkamah Gombak dan perkahwinan kami kena didaftarkan semula, kemudian akan disiasat sah atau tidak.
"Saya minta suami bertanggungjawab dalam perkara ini dan dia asyik kata dalam proses. Dia beri macam-macam asalkan dan sengaja mainkan emosi saya," katanya yang kini mengalami kemurungan dan terpaksa makan ubat.
Sumber : HarianMetro Disiarkan pada: Februari 4, 2025 @ 4:23pm
|