CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 36022|Reply: 5

[Tempatan] Buruh 53 tahun masuk bilik tidur, tergamak rogol anak tiri usia 14 tahun

[Copy link]
Post time 4-2-2025 04:05 PM | Show all posts |Read mode
SEBERANG PERAI – Seorang buruh dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Butterworth di sini hari ini atas tuduhan merogol anak tirinya pada Oktober tahun lalu.

Tertuduh yang berusia 53 tahun bagaimanapun mengaku tidak bersalah sebaik pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Hakim Zulhazmi Abdullah.



Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa merogol seorang remaja perempuan yang merupakan anak tirinya ketika mangsa berusia 14 tahun.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu antara jam 10.30 malam hingga 11.30 malam di bilik tidur kediaman mereka di Jalan Kampung Selamat, Tasek Gelugor di sini, pada Oktober 2024.

Sehubungan itu, dia didakwa mengikut Seksyen 376 (1) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun serta sebatan jika sabit kesalahan.

Sementara itu, Timbalan Pendakwa Raya, Muhammad Rifaie Mohamed Riyaludin tidak menawarkan sebarang jaminan terhadap tertuduh atas faktor hubungan tertuduh dengan mangsa dan mereka tinggal serumah.

Mahkamah tidak membenarkan tertuduh diikat jamin selain menetapkan 4 Mac depan sebagai tarikh sebutan kes.

Sumber: Kosmo

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-2-2025 04:52 PM From the mobile phone | Show all posts
UAI tolong upgrade ceramah selari dengan jenayah dosa yang kaum lelaki buat zaman sekarang ni.
Reply

Use magic Report

Post time 5-2-2025 02:24 AM From the mobile phone | Show all posts
BAB LELAKI TAK RETI JAGA ONEX?
OSTAJ MANA NAK KASI TEGURAN??

Adik2 perempuan zmn skrg kena tempah cawat besi berkunci dah...nanti kita usulkan kpd menteri pembangunan dan wanita
Reply

Use magic Report

Post time 5-2-2025 09:54 AM | Show all posts
mana mak dia. budak tu dah umur berapa skrg
Reply

Use magic Report

Post time 5-2-2025 11:04 AM From the mobile phone | Show all posts
Gokuuu replied at 5-2-2025 02:24 AM
BAB LELAKI TAK RETI JAGA ONEX?
OSTAJ MANA NAK KASI TEGURAN??


Hi goku

Bangkem minat awak dari kecil

Bila nak datang malaysia
Reply

Use magic Report

Post time 5-2-2025 08:38 PM From the mobile phone | Show all posts
kemaruk replied at 5-2-2025 11:04 AM
Hi goku

Bangkem minat awak dari kecil

Dekat jepon ni lagi...banyak job.
Tunggu laa gokuuu dtg melesia nanti hahaha
Reply

Use magic Report

Follow Us
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-2-2025 08:02 AM GMT+8 , Processed in 0.040771 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list