View: 14913|Reply: 12
|
[Tempatan]
Faridah Daud ada di Perak, Polis dah jumpa wanita dakwa bakal kahwini Tengku Hassanal
[Copy link]
|
|
Polis mengesahkan mereka merekodkan keterangan seorang wanita yang mendakwa akan berkahwin dengan Tengku Mahkota Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah, pada April ini.
Ketua Polis Pahang, Datuk Seri Yahaya Othman, berkata pihaknya sedang dalam proses melengkapkan siasatan terhadap wanita berusia 38 tahun yang dikenali sebagai Faridah Daud.
"Kami berjaya mengesannya di Perak, dan keterangannya telah direkodkan.
"Siasatan kini di peringkat akhir sebelum kes diserahkan kepada pejabat timbalan pendakwa raya," kata Yahaya dalam sidang media di Ibu Pejabat Kontinjen Polis Pahang pada Selasa.
Yahaya berkata kes itu disiasat di bawah Seksyen 500 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.
Pada 17 Disember lalu, Yahaya menggesa wanita berkenaan tampil ke balai polis berhampiran bagi membantu siasatan berhubung dakwaan tersebut.
Terdahulu, Istana Pahang menafikan sebarang perkahwinan melibatkan Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah dengan mana-mana individu pada April ini.
Dakwaan Faridah di Instagram menimbulkan kekeliruan dalam kalangan orang ramai, sekali gus mendorong pihak polis untuk menjalankan siasatan.
Sumber: mStar
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Kesihanya dia, berharap satu hari nanti akan menjadi kenyataan walaupun bukan dari kalangan diraja |
|
|
|
|
|
|
|
pompuan ni tengok dari IG dia, nampak sangat tak sehat nya
Tapi rasa nya dia ni tak sehat yang datang dari family berada jugak |
|
|
|
|
|
|
|
lambat gk polis nk trace dia ni |
|
|
|
|
|
|
|
Tingi sangat angan2 ko Faridah.... dah tu buat pulak berita palsu. Kan dah terciduk.
|
|
|
|
|
|
|
|
apa ig nyaaa..ini maya darina nii
|
|
|
|
|
|
|
|
Haha ternyata kertu..38 tahun woo |
|
|
|
|
|
|
|
jari10 replied at 4-2-2025 09:46 PM
Haha ternyata kertu..38 tahun woo
Muda ja...tapi banyak orang sekarang cepat tua, punca makanan. |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by B40tastePosh at 4-2-2025 10:06 PM
Harap patik pacal yang hina akan Tengku Hassanal mencemar duli, menghadap si Bunga Layu itu. Arakian jelaslah akan kacau bilau di Istana dan Kerajaan Pahang asbab dari ulah si Bunga Layu di Tasik Madu itu kelak.
Ampun Tuanku |
|
|
|
|
|
|
|
boh dlm tnjg rambutan la...kesian plak dia.
pastikan tiada internet |
|
|
|
|
|
|
|
Ya hamponnnnn, ralit aku tgk IG Story si Paridah delulu ni
Sekali tarik napas, sekali cerita berubah
Skjp cerita kerja kat Lang Tengah, kejap cerita beli emas dkt Bangkok, kejap couple italian ckp dia sophisticated, kejap ckp kebaya ketat ijau pucuk pisang.
BAHAHAHHA, random tak chuolllzzahhh????
Ujung2 aku yg mereng |
|
|
|
|
|
|
|
Punah laa tak dapat ipong nam belass
Terpaksa la mengemiss ngn aisaaaar
Sar money sarrr |
|
|
|
|
|
|
| |
|