CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 54720|Reply: 123

anak luar nikah dibinkan bapa?

[Copy link]
Post time 15-1-2007 01:56 PM | Show all posts |Read mode
ustaz,

saye ader satu kemusykilan...
apakah syarat2 untuk seorg anak luar nikah dibinkan bapa sebenar...

terima kasih...:hmm:

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-1-2007 02:05 PM | Show all posts
Setahu sy (sila rujuk dgn pakar agama) anak luar nikah seharusnya di-bin/binti dgn nama Abdullah ataupun nama datuk sebelah ibu bayi berkenaan.

Namun begitu, dah jd kebiasaan masyarakat kita dlm menutup malu, maka anak luar nikah di-bin/binti dgn nama bapa sebenarnya (sekiranya bapanya mengahwini ibunya setelah perzinaan yg mengakibatkan terhasilnya anak luar nikah itu).

Walau apa pun cara menutup kebejatan lalu, sekiranya anak luar nikah itu perempuan, maka bapa sebenarnya TIDAK LAYAK MENJADI WALI BAGI ANAKNYA walaupun bapanya telah menikahi ibunya. Hanya saudara lelaki sebelah ibu shj yg layak menjadi wali anaknya itu.

Wassalam

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-1-2007 02:07 PM | Show all posts
:hmm:  ade pendapat lain tak?
sebab bulat musykil bilamana bulat ade tgk surat beranak baby yg bulat tau hasil sebelum nikah tapi dibinkan bapa sebenar baby tu....
:hmm:
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2007 02:39 PM | Show all posts
Nde baru balik JPN utk settlekan kes anak angkat nde..
masa amik dia dulu mmg dorang biarkan dulu tak berbinti..tunggu 2 thn baru tukar..sekarang dah 2 thn la..tu yg pegi tadi tu.

dorang kasi 2 pilihan..samada nak taruk binti abdullah atau nak carry nama husband nde terus...tapi TAKLEH taruk binti.

contoh - nora bt abdullah
             atau
            nora mohd sani

berdasarkan pengalaman dorang ramai org sekarang yg guna nama bapak angkat terus..sbb dah banyak kes yg dtg mintak tukar balik...takmo taruk abdullah

mgkn sbb tak bersedia nak bagitau anak lagi..terutama rakan sekelas dah perasan nama bapak dia lain dgn ic...umur cam gini kita takleh bebankan pala dorang dgn isu sensitif ni..

lagi satu kalau taruk nama bapa abdullah, nanti kalau pg luar negara silap2 kena tahan..sbb imegresen dorang tgk
surname tak sama..bapak mohd sanii tp anak abdullah pulak..so jadi kes culik anak orang pulak...dah byk kes gini

tapi nde tak pasti lak kerajaan kita dah check ke tak hukum
perkara ni sebelum dorang bagi kita pilihan sebegini....

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2007 02:40 PM | Show all posts
Berbuat begitu takde maknanya.

Sbb, tarikh lahir bayi berkenaan akan disemak dgn tarikh perkahwinan bapa & ibunya.

Dah byk kita dgr benda mcm ni terbongkar di saat akhir majlis pernikahan. Tersgt haru bila si pengantin perempuan tergezut sbb ayahnya takleh jd wali, malah akhirnya dpt tau sejarah hitamnya yg dia rupanya berstatus anak haram. Tuhan Maha Kuasa. Nak tipu manusia blh la, tapi nak tipu Allah, Allah bayar secara tunai.

Wassalam

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-1-2007 02:47 PM | Show all posts
tapi yg kes ni baby boy...
but still bulat rase confuse...
x blh kan?

kenapa blh keluar surat beranak mcm tu?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 15-1-2007 02:51 PM | Show all posts
kenapa blh keluar surat beranak mcm tu?


Sapa yg tau baby tu anak haram ...pastinya si ibu & bapa takkan mengaku punya.

Bab tipu org JPN & hospital kerajaan ni isu lapuk sebenarnya.
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2007 03:01 PM | Show all posts
rasanya kalau baby tu baru 3 bln dalam perut masih boleh taruk bin/bt bapak kandungnya..mgkn baby yg bulat tgk tu masih sempat dok 6 bln dlm perut maknya lps dorang kawen.

kl salah tlg betulkan ya..

dlm kes anak angkat nde...kes lain sbb mmg anak angkat.
buat apa taruk nama bapak betulnya..bkn boleh jd walipun..

[ Last edited by  nde at 15-1-2007 03:09 PM ]
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 15-1-2007 04:47 PM | Show all posts
:hmm: bulat penah dgr pasal nih dlm tv tapi x clear pasal brp bulan pregnant yg boleh dibinkan bapa dia tu...

tapi bulat confirm baby tu dok dlm perut mak dia x sampai 6 bulan sebelum nikah...

kire subahat tak yer?
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2007 10:54 PM | Show all posts
Kenapa malu berbin dan berbintikan Abdullah? Kan mualaf pun berbin dan berbintikan Abdullah di belakang?
Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2007 01:03 AM | Show all posts
tak habes2 nak kaetkan pak lah dalam semua perkara

rasa gembira kot
skang ni..kalau tak pandai didik anak..
nak tunding jari kat islam hadhari
kalau dapat anak haram..pun nak tunding jari dkt pak lah

----------------

balik pd tajuk asal
aku pun pnah dgr pasals status anak haram..ikut bulan dalam kandungan bila nikah..

siap cakap...
ada yg dipanggel anak haram..anak tak sah taraf la..
hapa
tak paham aku

takda ke org yang btol2 pakar boleh jelaskan ttg isu nih
harap sudi posting
Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2007 07:52 AM | Show all posts
Saya banyak berjumpa kes2 macam ni...dan semuanya kata memang tak boleh berbin/binti bapa asal...tak kira lah berapa umur kandungan.
Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2007 10:56 AM | Show all posts
Jgn cuba mempolitikkan isu nama Abdullah.

Nama Abdullah itu sendiri cantik, 'Hamba Allah'.

Wassalam
Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2007 11:07 AM | Show all posts
Saya rasa sekarang bayi tidak sah taraf ni, dibelakang namanya tidak diletak bin/bt apa-apa.  Dalam surat beranak pada kolum yang nama bapa dikosongkan, cuma dalam kolum nama ibu sahaja diisikan.  Tapi kesianlah pada anak yang tidak berdosa ni.  Terutama bila dia dah bersekolah.

Menurut kawan saya yang menjadi guru, budak2 macam ni kesian.  Bila tingkatan 1, dia orang kena tulis salah silah keturunan mereka.  Selalunya masa ni rahsia akan pecah, bila anak mula bertanya.

Ibubapa yang mempunyai anak tidak sah taraf ni hendaklah berani menghadapi kenyataan apabila anak perempuannya mereka hendak kawin.  Ini perlu untuk mengelakkan perzinaan berpanjangan kecucu cicit.
Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2007 01:05 PM | Show all posts
ya lah...kesian kat dorang..cuba letak diri kita kat dorang mmg sedih ...malu....tension..tapi camanapun satu hari kena gak terima hakikat ni. tp bila masa nya utk dorang betul2 ready utk tau kebenaran?

cam kakak aku dia selalu sebut gurau2 kat anak angkat dia yg tak sah taraf tu (umur 10 thn dah)..dia spesel sbb ada ramai bapak..bapak angkat..bapak betul...anak abdullah..dan plg spesel dia pun anak paklah tau!!  

yang penting dia kena tau yg semua orang sayanggggggggg sgt kat dia... tu je
Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2007 01:47 PM | Show all posts
Originally posted by nde at 16-1-2007 01:05 PM
ya lah...kesian kat dorang..cuba letak diri kita kat dorang mmg sedih ...malu....tension..tapi camanapun satu hari kena gak terima hakikat ni. tp bila masa nya utk dorang betul2 ready utk tau keb ...

Yer betul nde,

Seorang kawan saya yang mengajar disekolah menengah cerita, satu hari tu anak murid dia lelaki datang pada dia.  Muridnya tu tunjukkan surat nikah mak/ayahnya dan surat beranak dia.  Kalau dihitung tarikh lahir muridnya tu memanglah tak sampai 9 bulan 10.  Rasanya adalah kurangnya.  Jadi anak murid ni tanya dia.  "Cikgu bolehleh baby lahir 7 bulan/8 bulan.  Sebab saya tengok saya tak cukup 9 bulan, saya ni anak tak sah taraf ker.

Jadi kawan saya ni kenalah terangkan pada dia, yang baby boleh lahir 7 bulan ke atas dan hidup.  Jadi mungkin dia dilahirkan tak cukup bulan.  Tapi kawan saya kata, muka dia macam frust jer.

Tapi sekarang ni, mana-mana ibu bapa yang nak menikahkan anak perempuan sulungnya dikehendaki melampirkan salinan surat nikah semasa menghantar borang kawin anak.  Mungkin tujuannya untuk menyelamatkan keturunan, mana yang tak bersih.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-1-2007 07:16 AM | Show all posts
Bagi jawapan persoalan bagi thread ini;

'Jika anak dilahirkan itu setelah 6 bulan 1 lahzoh (ketika) daripada tempoh perkahwinannya, maka hukumnya boleh di binkan kepada lelaki yang menyebabkan ibunya mengandung. Pernikahannya adalah sah dan tidak perlu diulangi semula.'

Sekadar membantu, petikan dari sumber lain. Sila dapatkan pengesahan dari pihak Jakim.

Bagi jawapan persoalan mengahwini perempuan yang sedang mengandung anak luar nikah;
Kategori : Munakahat
  Tajuk : Mengahwini Perempuan Yang Sedang Mengandung Anak Luar Nikah

Keputusan;

'Perempuan yang sedang mengandung anak luar nikah harus dinikahkan tetapi anaknya tidak boleh dinasabkan kepada lelaki itu, tidak dapat pesaka daripadanya, tidak menjadi mahram kepadanya dan lelaki itu tidak boleh menjadi walinya.'

Oleh : Muzakarah Jawatankuasa Fatwa kali ke-3
Tarikh Keputusan : 21 Januari 1971
Tarikh Muzakarah : 21 Januari 1971 hingga 22 Januari 1971







[ Last edited by  daisy71 at 18-1-2007 07:46 AM ]
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2007 10:20 PM | Show all posts
Lagi mengenai kemusykilan dijawab.
Jab Mufti Negara.

Soalan :
       
Assalammualaikum.

Saya ada sedikit kemusykilan di sini. Berhubung dengan orang yang bernikah ketika mengandung kandungan luar nikah.. adakah sah nikahnya.. Dan adakah benar. jika janin itu belum membentuk manusia.. ianya boleh di binkan kepada bapa luar nikahnya.. yakni org yg berzina dgn ibunya sebelum nikah..bolehkan pihak tuan terangkan secara terperinci mengenai hukumnya.
         

ini disebabkan saya ada terbaca sebuah artikel mengenainya...
Ini berdasarkan 'isyarat al-nas' drp ayat-ayat berikut:
Ayat 15 Surah al-Ahqaf yg bermaksud, "Dan Kami (Allah s.w.t.) telah berpesan kepada manusia supaya berbuat ihsan kepada kedua ibu bapanya, ibunya telah mengandungkannya secara payah, dan melahirkannya secara payah, (tempoh) kandungan dan penyusuan selama tiga puluh bulan…"
                
Manakala ayat 14 Surah Luqman pula bermaksud, "…dan penyusuannya selama dua tahun…" dan ayat 232 Surah al-baqarah yg bermaksud, "Dan ibu-ibu yang menyusukan anak-anak mereka selama genap dua tahun, iaitu bagi sesiapa yang hendak menyempurnakan penyusuan itu"

       
Berdasarkan ayat-ayat di atas, para ulama Islam yang bijaksana lagi memahami al-Quran telah merumuskan bahawa tempoh kandungan yg minima (paling pendek) ialah selama enam bulan Hijriah. Ini kerana Al-Ahqaf: 15 menyatakan tempoh kandungan beserta penyusuan ialah 30 bulan (perkiraan bulan dlm al-Quran adalah berdasarkan Qamariah/Hijriah), manakala al-Baqarah: 232 dan Luqman: 14 pula menyatakan tempoh penyusuan yang lengkap ialah 24 bulan. (30 - 24 = 6), maka tempoh 6 bulan yg tinggal itu ialah utk usia kandungan yg minima, walaupun kebiasaan tempoh hamil ialah lebih kurang 9 bulan.

Berdasarkan inilah, maka anak yang dilahirkan selepas 6 bulan Hijriah ibunya bernikah, adalah dikira anak yang sah dan dibinkan kepada bapanya yang telah bernikah secara sah dgn ibunya, walaupun umum mengetahui si ibu itu telah berzina dan telah hamil semasa akad nikah diadakan. Maka sesiapa yang menuduh anak itu sebagai anak haram, maka si penuduh layak dikenakan Had al-Qazaf (jenayah menuduh zina tanpa saksi) sebanyak 80 sebatan (berdasarkan Surah al-Nur: 4).

Sebaliknya, jika usia kandungan itu tak cukup enam bulan Hijriah selepas nikah yang sah, maka adalah HARAM membinkan anak itu kepada lelaki yg dinikahi oleh ibunya secara sah semasa sedang hamil zina itu.
         

Jawapan :
1.Hukum nikah dengan perempuan yang sedang mengandung anak   
   luar nikah adalah sah (iaitu mesti cukup rukun dan syarat nikah),
   sama ada lelaki yang menikah itu si penzina atau lelaki lain.
       
2.masalah sama ada boleh atau tidak anak luar nikah itu dibinkan  
   dengan bapanya (yang dinikahi secara sah selepas zina) adalah  
   bergantung pada tempoh usia kandungan selepas dinikahi.
       
3.Sekiranya usia kandungan adalah melebihi tempoh 6 bulan   
   (mengikutperkiraan kalendar hijriah) selepas dinikahi maka boleh  
   dibinkan anak yang lahir itu kepada suaminya yang sah.
       
4.Sekiranya usia kandungan adalah tidak sampai enam bulan hijriah  
   selepas akad yang sah, maka haram membinkan anak itu kepada
   lelaki yang menjadi suami kepada ibunya.
       
5.Sebagai contoh: Bedah telah melakukan zina dengan Bedul lalu  
   hamil. Semasa usia kandungnya tiga bulan hijriah, Bedah bernikah  
   dengan Bedul atau lelaki lain enam bulan sepuluh hari selepas nikah,  
   Bedah bersalin hasil perzinaan dengan Bedul lebih bulan sembilan
   bulan yang lalu. Walaupun anak itu sebenarnya hasil zina atas dasar  
   Husnuz Zan (berbaik sangka) maka syariat itu membenarkan anak itu
   dibinkan kepada Bedul atau lelaki lain yang telah berkahwin secara
   sah.
       
Walaubagaimanapun jika anak itu perempuan, yang menjadi pokok persoalannya ialah bila ia dewasa kelak, ibunya hendaklah berterus terang bahawa ia anak luar nikah dan tidak boleh berwalikan bapanya; anak itu berwalikan hakim ( imam jurunikah) tidak sah nikah jika anak zina berwalikan bapanya.
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2007 11:48 PM | Show all posts

Reply #21 daisy71's post

Cadangannya tak payah di "bin atau binti" kan...biar kosong..
Reply

Use magic Report

Post time 19-1-2007 12:49 PM | Show all posts
Originally posted by daisy71 at 18-1-2007 10:20 PM
Lagi mengenai kemusykilan dijawab.
Jab Mufti Negara.

Soalan :
        
Assalammualaikum.

Saya ada sedikit kemusykilan di sini. Berhubung dengan orang yang bernikah ketika mengandung kandunga ...


Daisy saya kurang jelas tentang ni.

Walaubagaimanapun jika anak itu perempuan, yang menjadi pokok persoalannya ialah bila ia dewasa kelak, ibunya hendaklah berterus terang bahawa ia anak luar nikah dan tidak boleh berwalikan bapanya; anak itu berwalikan hakim ( imam jurunikah) tidak sah nikah jika anak zina berwalikan bapanya.



Adakah bapa yang dimaksudkan ini bapa yang telah menjadi bintinya tu.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-2-2025 11:18 AM GMT+8 , Processed in 0.219714 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list