|
Beberapa hari lepas, ada salah sorang ahli keluarga rapat dikatakan oleh doc kemungkinan Psoriasis
Adalah dalam umo 3 tahun lebih gitu... so dok search info ttg sakit nih..
isk...berdebar gak bila baca infor2 ttg sakit Psoriasis neh...
so, share kat sini jugak ttg Psoarisis.
Utk infor semua. |
|
|
|
|
|
|
|
Psoriasis penyakit kulit bersisik
Oleh NORLAILA HAMIMA JAMALUDDIN
JIWA tertekan, malu, rasa rendah diri dan jemu untuk mendapatkan rawatan adalah gejala biasa yang dialami pesakit psoriasis. Ketika penyakit menyerang, kalau boleh kebanyakannya mahu duduk berkurung dalam rumah supaya tidak menjadi tumpuan masyarakat yang tidak faham keperitan dan tekanan dirasai.
Bila penyakit menyerang, kulit pesakit menjadi berbintik atau bertompok merah, membengkak dan kulit pada bahagian berkenaan menebal dan keras. Ada kalanya tompokan sel ini berubah menjadi hitam akibat kehadiran melanin.
Dalam masa beberapa hari, kulit yang tebal itu menjadi tua dan apabila sel mati, ia tertanggal sendiri sebagai kepingan putih berkilat. Bahagian kulit yang tebal ini juga terasa gatal dan panas seolah-olah terbakar.
Ada juga yang merekah dan berdarah apabila bahagian ini diregangkan, terutama jika ia menyerang kulit pada sendi seperti lutut, siku dan tangan. Psoriasis adalah penyakit kulit bersisik yang disebabkan kecelaruan sistem imun badan.
Ia juga dipanggil penyakit kulit poliferatif atau ketumbuhan benigna dan kronik yang bermaksud 慻atal |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Apa Itu Psiorisis
Psoriasis adalah satu keadaan kulit meradang yang kelihatan berwarna merah disebabkan oleh pembaharuan sel-sel kulit yang abnormal (terlalu pantas), iaitu empat kali lebih cepat berbanding kulit normal.
Ia juga disebabkan oleh pertambahan bilangan saluran darah kecil yang membesar pada kulit yang menyebabkan penebalan kulit dan seterusnya pengupingan.
Psoriasis kelihatan sebagai tompok-tompok kulit berwarna merah yang diliputi oleh kuping-kuping yang mengelupas. Mana-mana bahagian badan boleh mengalaminya. Termasuk di bahagian yang sering terlibat seperti siku, lutut, dan kulit kepala.
Adakah Psoriasis Berjangkit
Psoriasis tidak berjangkit. Bahkan ianya tidak boleh merebak kepada orang lain. Penyakit ini juga tidak disebabkan oleh tahap kebersihan yang rendah.
Apa yang menyebabkan Psoriasis
* Psoriasis dipercayai disebabkan oleh satu gabungan faktor-faktor genetik dan persekitaran.
* Satu perempat hingga ke satu pertiga daripada orang-orang yang mengalami psoriasis berasal dari keluarga yang mempunyai sejarah sedemikian. Faktor-faktor genetik juga memainkan peranan dalam sebilangan kes-kes.
* Tekanan fizikal dan emosi, jangkitan kerongkong, flu, sebilangan jenis ubat-ubatan (sebagai contoh hormon steroid, sesetengah anthihipertensif) mungkin menjadikan Psoriasis lebih teruk.
* Meminum alkohol dan merokok mungkin menjadikan Psoriasis lebih teruk atau susah untuk hilang.
Rawatan Psoriasis
1. Krim
Ini termasuk pelembap, tar, ditranol, kalsipotriol dan steroid topikal. Kebanyakan orang yang mengalami Psoriasis akan menghdap penyakit yang tidak begitu teruk dan mendapat kelegaan yang bayak dengan topikal.
2. Fototerapi
Psoriasis bergerak balas kepada rawatan cahaya ultraungu (UV), cahaya UV, sama ada UVB atau UVA telah didapati berkesan dalam menghilangkan Psoriasis jika digunakan dalam dos yang ditambah secara beransur-ansur menjelang tempoh beberapa bulan.
3. Ubat-ubatan
Ahli dermatologi mungkin mempreskripsikan pil-pil oral untuk Psoriasis yang teruk. Contohnya adalah metotreksat, asitretin, siklosporin dan sulphasalazin. Ubat-ubatan ini menyebabkan kesan-kesan sampingan dan pesakit-pesakit akan memerlukan ujian darah yang tetap untuk mengesan kesan-kesan sampingan.
Nasihat kepada Pesakit Psoriasis:
* Jangan menggaru kulit kerana ini akan melambatkan pemulihan.
* Jangan terlalu lekas berhenti mendapatkan rawatan kerana ianya mungkin mengambil masa beberapa minggu untuk memberikan kesan.
* Jangan berhenti mengambil pil-pil yang dipreskripsi atau rawatan secara tiba-tiba kerana ianya boleh membuat Psoriasis lebih teruk.
* Gunakan rawatan secara kerap.
* Amalkan keadaan kulit yang lembap kerana ini akan membantu mengurangkan rasa gatal dan pengupingan.
Secara amnya, pendedahan kepada cahaya matahari mendatangkan faedah. Namun,
* Jangan dedahkan diri anda terlalu lama sehingga anda mendapat selaran matahari. Selaran matahari menjadikan Psoriasis lebih teruk.
* Tekanan boleh menjadiakn Psorisis lebih teruk. Belajarlah cara-cara menenangkan hati, bersenam dan mengambil masa rehat atau cuti.
Sumber: http://www.dermatology.org.my/
http://www.cgh.com.sg/helath_public /pamphlet/Malay/Psoriasis |
|
|
|
|
|
|
|
my mom ada psoriasis..plus athritis...kulit kepala berkelemumur jek...berkopeng2...belakang badan merah2....tak brape teruk psoriasis dia tp disebabkan ada athritis...so double the pain..anyway, my cousin ada psoriasis yg agak teruk. tapi under medication okay...time dia preggy baru2 ni, dia tak makan ubat..keadaan dia teruk sgt..sampai kena hospitalized. muka bengkak2 jek... cuma org selalu tak rasa sakit ni kritikal sbb tak nampak sgt...blh dicover2 bhg dalaman tu dgn pakaian... |
|
|
|
|
|
|
|
Hari tu ada satu prof dr UKM kot..dia hasilkan ubat psoriasis
yg menggunakan halia..dijamin berkesan..ada kuar kat TV recently...
[ Last edited by monreyes at 24-1-2007 02:24 AM ] |
|
|
|
|
|
|
|
Psoriasis penyakit kulit bersisik
Oleh NORLAILA HAMIMA JAMALUDDIN
JIWA tertekan, malu, rasa rendah diri dan jemu untuk mendapatkan rawatan adalah gejala biasa yang dialami pesakit psoriasis. Ketika penyakit menyerang, kalau boleh kebanyakannya mahu duduk berkurung dalam rumah supaya tidak menjadi tumpuan masyarakat yang tidak faham keperitan dan tekanan dirasai.
Bila penyakit menyerang, kulit pesakit menjadi berbintik atau bertompok merah, membengkak dan kulit pada bahagian berkenaan menebal dan keras. Ada kalanya tompokan sel ini berubah menjadi hitam akibat kehadiran melanin.
Dalam masa beberapa hari, kulit yang tebal itu menjadi tua dan apabila sel mati, ia tertanggal sendiri sebagai kepingan putih berkilat. Bahagian kulit yang tebal ini juga terasa gatal dan panas seolah-olah terbakar.
Ada juga yang merekah dan berdarah apabila bahagian ini diregangkan, terutama jika ia menyerang kulit pada sendi seperti lutut, siku dan tangan. Psoriasis adalah penyakit kulit bersisik yang disebabkan kecelaruan sistem imun badan.
Ia juga dipanggil penyakit kulit poliferatif atau ketumbuhan benigna dan kronik yang bermaksud 慻atal |
|
|
|
|
|
|
|
Derita remaja kulit berkuping
Oleh Zuliaty Zulkiffli
ALOR STAR: Seorang remaja lelaki berusia 19 tahun hidup menderita apabila sebahagian tubuhnya dipenuhi penyakit kulit kronik sehingga merosakkan sistem dalaman badannya.
Khairul Azhar Md Hadir dari Kampung Batin, Mergong, dekat sini, berkata penyakit 憄sioriasis |
|
|
|
|
|
|
|
Aku bekas pesakit psoriasis
Penyakit takde ubat. Punca: faulty signals in the body抯 immune system. Aku berubat dengan pakar tapi tiada perubahan. Last sekali aku sapu dengan propolis gold cream. Alhamdulillah dah 3 tahun aku bebas dari penyakit ni.
|
|
|
|
|
|
|
|
Cuba transfer factor. Dapat meningkat sistem imun.
http://malaysia.4life.com/Default.aspx |
|
|
|
|
|
|
|
suami aku ada benda ni..sian dia..kepala mcm kelemumur
tapi tang kulit tak teruk gitu..cuma merah sket2 je
anak sulung aku (sian dia) bakal ikut jejak
tapi dorang tak kronik
aku sedih gak...sbb anak aku dah la cute..tiba ada lak kena kulit gitu |
|
|
|
|
|
|
|
musang pulut,
boleh kasik info ttg propolis tu tak? |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #12 Syd's post
syd... aku guna propolis sbb pada masa tu aku tak tahu kewujudan transfer factor (TF) ni. Hasil dari pembacaan, aku ada masalah dengan imun sistem. Jadi aku cuba cari alternatif bagaimana nak tingkatkan imun system. Aku buat homework sendiri. Dari shark liver oil sampai le ke kolostrum. Aku dapati propolis adalah yg terbaik (ikut pandangan aku. jgn argue plak sbb aku bkn doc). Since skrg dah ada satu produk transfer factor yang mempunyai fungsi yg sama, aku syorkan ko cuba. Bkn aku nak promote coz aku tak terlibat dgn MLM ni.
Awk boleh baca discussion psl TF kat http://forum.cari.com.my/viewthr ... t=transfer%2Bfactor
PM ... Chippo for details...
[ Last edited by musang_pulut at 31-1-2007 05:20 PM ] |
|
|
|
|
|
|
|
Menangani penyakit psoriasis
Minggu ini Presiden Persatuan Dermatologi Malaysia (PDM), Dr. Allan Yee memberi penekanan kepada pentingnya ilmu pengetahuan, selain mempunyai pemahaman asas untuk menangani masalah penyakit psoriasis.
Psoriasis (disebut sore-eye-a-sis) berasal daripada bahasa Greek, psora yang membawa maksud rasa gatal. Satu perubahan di dalam sistem imun mempercepatkan putaran pertumbuhan sel kulit. Ia tidak bersalin kulit, sebaliknya sel-sel itu bertindan dan membentuk sisik yang menebal pada permukaan kulit. Di samping itu, radang pada kulit menyebabkan berlaku plak berwarna merah.
Kenapa saya menghidap psoriasis?
Psoriasis bukan penyakit berjangkit. Seseorang yang menghidapi psoriasis tidak mendapatkannya daripada orang lain, begitu juga dia tidak boleh 'memindahkan' penyakit itu kepada orang lain. Perkara itu perlu ditekankan di sini kerana ia mempengaruhi cara bagaimana masyarakat berinteraksi dengan penghidap psoriasis dan sebaliknya.
Psoriasis adalah satu keadaan yang diwarisi. Salah seorang atau kedua-dua ibu bapa penghidap mungkin mempunyai penyakit itu, walaupun ia tidak semestinya sedemikian.
Jenis psoriasis
Terdapat lima jenis psoriasis, dan ia boleh berlaku pada mana-mana bahagian badan. Luka boleh jadi setempat atau menyeluruh.
Plak adalah jenis psoriasis yang paling biasa berlaku. Psoriasis guttate dilihat sebagai bintik merah yang kecil pada kulit. Psoriasis inverse berlaku pada bahagian ketiak, celah kangkang atau groin dan pelipat kulit.
Psoriasis eritrodermik dilihat sebagai tanda kemerah-merahan yang keterlaluan di permukaan yang lebih luas. Psoriasis pustular terdiri daripada lecur keputihan yang dikelilingi oleh kulit berwarna merah.
Senarai di atas juga menggambarkan kekerapan ia dilaporkan di Malaysia, dengan kekerapan yang lebih tinggi merupakan psoriasis plak.
Permukaan badan yang kerap terjejas
Penyakit itu boleh menjejaskan mana-mana bahagian pada permukaan badan. Psoriasis kulit kepala kerap berlaku dan seringkali di salah diagnosis sebagai 'kelemumur'. Ia boleh jadi tidak teruk (sisik yang halus dan sedikit) atau teruk (plak tebal yang meliputi keseluruhan kulit kepala, seterusnya menyebabkan keguguran rambut). Psoriasis kerap menjangkau melebihi gigi rambut terus ke dahi, bahagian belakang leher dan di sekeliling telinga.
Psoriasis muka selalunya menjejaskan bulu kening, bahagian kulit di antara hidung dan bibir atas, dahi atas dan bahagian gigi rambut. Satu biopsi mungkin diperlukan untuk membezakan psoriasis daripada penyakit kulit yang lain.
Psoriasis yang meluap-luap pada tangan dan kaki perlu dirawat dengan kadar segera kerana ia boleh diiringi dengan rekahan, lecur dan bengkak.
Psoriasis pada bahagian alat kelamin mencakupi bintik-bintik merah yang kecil hingga ke tompok-tompok besar, dan boleh disalah tafsir sebagai 'kurap'.
Bahagian lain termasuk batang tubuh, bahagian bawah badan, bahagian atas badan, bahagian luar siku, lutut dan tulang kering.
Artritis Psoriatik
Kira-kira 10 hingga 30 peratus manusia yang mempunyai psoriasis akan juga mengalami artritis psoriatik. Ini menjejaskan sendi pada jari dan jari kaki dan mungkin turut membabitkan leher, tulang belakang, lutut dan buku lali. Seperti psoriasis, bentuk artritis seumpama ini boleh mengembang dan berkurangan. Jika tidak dirawat, artritis psoriatik boleh menyebab hilang upaya dan kerosakan yang tidak dapat dipulihkan pada sendi.
Bagaimana ilmu pengetahuan dapat membantu saya?
Ilmu pengetahuan memainkan peranan yang penting untuk hidup dengan psoriasis iaitu rawatan. Pilihan bergantung kepada faktor-faktor seperti jenis psoriasis, kawasan yang terjejas, dan keadaan yang teruk.
Pengetahuan mendalam membantu anda dan doktor menentukan rawatan yang terbaik. Psoriasis yang tidak teruk dirawat dengan rawatan topikal. Psoriasis yang lebih teruk memerlukan rawatan oral (sistemik) atau fototerapi atau rawatan suntikan dengan biologik. Terdapat bermacam jenis rawatan topikal. Apabila digunakan dengan betul, krim dan salap boleh menjadi amat berkesan dengan kesan sampingan minimum.
Psoriasis pada bahagian muka mungkin memberi tindak balas kepada pelembap dan jeli petroleum yang tidak merengsakan. Rawatan am bagi tangan dan kaki termasuk penggunaan pelembap, sabun yang lembut dan gantian sabun. Psoriasis genital memberi tindak balas yang baik kepada rawatan, tetapi mungkin perlu diberi pertimbangan khas disebabkan oleh kehalusan kulit di kawasan itu.
Rawatan ubat secara sistemik adalah sangat berkesan di dalam mengawal psoriasis yang bertahap sederhana sehingga teruk tetapi kebanyakan daripadanya dikaitkan dengan ketoksikan organ iaitu hepar (methotrexate), buah pinggang (cyclosporine), teratogenisiti (retinoid).
Para penyelidik telah melihat dengan lebih teliti kepada menangani psoriasis di peringkat sistem imun, melalui satu jenis rawatan perubatan sistemik yang dikenali sebagai biologik. Biologik memudar atau meneutralkan kesan sel-sel tertentu (sel T) yang mempercepatkan putaran sel kulit. Biologik mungkin agak mahal tetapi ia sangat berguna apabila pesakit tidak boleh dirawat dengan ubat sistemik yang konvensyenal disebabkan oleh kesan sampingannya.
Untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai psoriasis, opsyen rawatan dan KULIT, sila layari www.dermatology.org.my atau e-mel pertanyaan kepada [email protected]. KULIT adalah program kemasyarakatan ditaja oleh Wyeth Malaysia. |
|
|
|
|
|
|
|
Hidup bersama psoriasis
PSORIASIS menjejaskan orang ramai di semua peringkat umur, kanak-kanak, remaja, orang dewasa dan golongan berumur. Sesetengah mereka menghidapinya ketika di peringkat kanak-kanak, sebahagiannya pula mengalaminya di zaman dewasa.
Ada sebahagian mereka mengalaminya tanpa sebarang simptom untuk tempoh yang berpanjangan. Sebahagian besar pula, bagaimanapun, hidup secara berterusan dengan psoriasis. Penyakit itu menjadi satu cabaran harian yang menjejaskan kerja, keadaan sosial, perhubungan dan nilai diri.
Psoriasis mengubah keadaan fizikal anda kerana berlaku perubahan pada tisu kulit. Ia juga menjejaskan diri anda daripada segi emosi. Psoriasis menjejaskan pelbagai kumpulan umur dalam cara yang berbeza. Berikut adalah beberapa perkara yang wajar diingat yang kami harap akan dapat membantu anda.
Orang Dewasa
Bagi kebanyakan orang dewasa, cabaran harian adalah mengenai hidup bersama psoriasis, dan pada masa yang sama bekerja mencari nafkah. Bekerja boleh menjadi amat tertekan di bawah keadaan normal, dengan psoriasis, senarionya menjadi lebih rumit dan mencabar.
Menyemai sikap suka berjenaka amat penting agar seseorang itu tidak melihat kehidupan sebagai sesuatu yang terlalu serius. Kajian menunjukkan bahawa gelak ketawa menghasilkan ketenangan yang dapat membantu seseorang untuk menangani masalah tekanan, seterusnya meringankan lagi masalah penyakit psoriasis itu.
Rawatan merupakan bahagian penting dalam menjalani penghidupan bersama psoriasis. Bagaimanapun, bagi orang dewasa yang sibuk dengan tugas mungkin mendapatinya sukar - ia mengambil masa sehingga setengah jam atau lebih untuk menyapu krim rawatan ke sebahagian besar permukaan kulit yang terjejas.
Bentuk rawatan melalui mulut atau suntikan adalah lebih sesuai - ini termasuk rawatan standard methotrexate, retinoid, cyclosporine yang diambil melalui mulut dan agen biologik melalui suntikan. Bagi mereka yang mempunyai jadual harian yang sibuk, rawatan ini mungkin yang paling kurang mengganggu.
Sebagai contoh, jika seseorang itu turut menghidapi tekanan darah tinggi mereka tidak sesuai dengan rawatan cyclosporine; psoriatik dengan kolesterol yang tinggi tidak sewajarnya diberikan retinoids; pesakit dengan masalah hepar tidak sesuai dengan rawatan methotrexate.
Biologik yang boleh disuntik sangat sesuai untuk pesakit ini. Namun, disebabkan kosnya yang tinggi, biologik merupakan rawatan yang paling sesuai bagi mereka yang tidak dapat menjalani terapi konvensyenal.
Kanak-kanak
Di samping menghadapi masalah yang sama dengan pesakit dewasa, kanak-kanak yang mengalami psoriasis turut menghadapi cabaran-cabaran yang khusus.
Bagi kebanyakan kanak-kanak bermain di taman permainan adalah satu keseronokan harian, namun bagi penghidap psoriasis, ia boleh menjadi satu mimpi ngeri yang amat ditakuti.
Psoriasis menjejaskan 2-3 peratus rakyat Malaysia. Untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai psoriasis, opsyen rawatan dan KULIT, sila layari www.dermatology.org.my atau e-mel pertanyaan kepada [email protected]. Sila rujuk pengamal perubatan yang berkelayakan sebelum bertindak terhadap mana-mana maklumat yang terkandung di atas. KULIT adalah sebuah program kemasyarakatan yang ditaja oleh Wyeth Malaysia.
Kira-kira 10 hingga 30 peratus orang yang menghidap psoriasis akan juga mengalami artritis psoriatik, yang menjejaskan sendi, leher, bahagian belakang, lutut dan buku lali. Dalam situasi yang teruk artritis psoriatik boleh menyebabkan hilang upaya, seterusnya kerosakan yang tidak boleh dipulihkan.
Semua peringkat umur boleh mengalami psoriasis. Rawatan dan pandangan yang betul boleh membantu meringankan impak psoriasis kepada kehidupan seharian. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
gud infos syd |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #10 musang_pulut's post
dah lama ma mkn ni..he |
|
|
|
|
|
|
|
YourHealth: Reach out with optimism
Human contact is vital. Whether it抯 an emotional boost, information on treatment options or an inspirational story, someone out there will have what you need.
This six-part KULIT series by Persatuan Dermatologi Malaysia aims to raise awareness of psoriasis. In this fifth article, president DR ALLAN K.C. YEE highlights ways in which people with psoriasis can gain |
|
|
|
|
|
|
|
Psoriasis bukan penghalang untuk bermasyarakat
Perbuatan berjabat tangan dengan orang lain juga boleh menimbulkan masalah besar kepada mereka yang menghadapi masalah psoriasis. Namun, interaksi dan jalinan hubungan dengan orang lain amat penting bagi menikmati kehidupan yang sihat dan normal.
Presiden Dermatologi Malaysia, Dr. Allan Yee, sebelum kita meneliti interaksi kita dengan dunia luar, kita harus terlebih dahulu menerokai jiwa dan perasaan kita sendiri. Dalam mana-mana perhubungan kita perlu terlebih dahulu menerima diri kita sendiri sebelum kita dapat diterima sepenuhnya oleh orang lain.
Mereka yang menghidapi psoriasis, terutama jika ia bermula di peringkat usia muda, lebih cenderung untuk mendapatkan imej yang negatif. Kita perlu memprogram semula sikap negatif itu dan mengesahkan nilai intrinsik diri kita sendiri. Ini tidak terlalu sukar di dalam budaya yang bersifat penyayang.
Oleh itu kita harus berasa girang. Untuk mengungkapkan semula kata-kata Rick Warren, penulis buku yang laris, Purpose-Driven Life sekiranya kehidupan itu satu ujian (dan jika psoriasis merupakan ujian bagi kita), justeru kita tidak harus gagal dalam ujian ini."
Sudah tentu banyak penghidap psoriasis telah melepasi ujian mereka dengan jayanya, kebanyakan mereka merupakan ketua dalam industri masing-masing dan pemimpin dalam masyarakat.
Interaksi profesional
Sokongan psoriasis bermula dengan doktor anda. Berbincang dengan doktor mengenai simptom dan perkembangan anda. Melalui perkongsian maklumat dengan doktor, anda akan dapat berusaha ke arah mencapai matlamat rawatan dan kualiti kehidupan bersama psoriasis yang lebih baik.
Bagi mereka yang berkunjung ke Jabatan Dermatologi di Hospital Kuala Lumpur, terdapat satu perkhidmatan kaunseling sokongan bagi pesakit baru yang menghidapi psoriasis.
Interaksi dengan keluarga
Keluarga dan rakan-rakan anda juga merupakan sumber sokongan yang penting. Mereka adalah orang yang mengetahui mengenai diri sebagai seorang individu dan menerima anda seadanya.
Pastikan anda berkongsi pemahaman anda mengenai psoriasis dengan mereka agar mereka dapat membantu menjadikan kehidupan lebih mudah dan selesa.
Bawa mereka bersama-sama menghadiri mesyuarat kumpulan sokongan atau ke tempat mencari ketenangan. Pengetahuan mengenai psoriasis memberi kuasa kepada semua yang berkaitan untuk membantu menanganinya dengan lebih baik.
Bagi keluarga kanak-kanak yang menghidapi psoriasis, amat penting untuk membantu mereka menangani kesukaran dalam perhubungan di sekolah, dengan pembuli, aktiviti sekolah dan guru.
Perlu ada perimbangan perlindungan yang sihat daripada peristiwa-peristiwa negatif tanpa mengeluarkan kanak-kanak itu daripada dunia berinteraksi yang amat diperlukan dengan rakan dan taulan.
Kasih sayang amat perlu untuk menghalang imej negatif daripada berputik. Walaupun penyakit itu belum ada penawarnya, rawatan kini lebih baik dan semakin selamat, dan adalah penting untuk memindahkan keyakinan dan harapan itu kepada kanak-kanak terbabit.
Interaksi dengan kenalan dan rakan sekerja
Apabila anda menerima diri anda seadanya, anda boleh hidup dengan tenang walaupun menghidapi psoriasis. Lagipun, ia bukan perkara besar dan tidak akan mengurangkan nilai diri. Apabila mereka tahu bahawa psoriasis tidak berjangkit dan anda amat selesa dengan diri anda, perhubungan normal akan menyusul.
Interaksi dengan penghidap psoriasis yang lain
Banyak manfaat diperoleh apabila menjadi sebahagian daripada kumpulan sokongan tempatan seperti Persatuan Psoriasis Selangor dan Wilayah Persekutuan. (PASFT).
Persatuan ini mewujudkan sebuah komuniti di mana mereka yang menghidapi psoriasis (atau artritis psoriasis), keluarga mereka dan sukarelawan boleh berkongsi pengalaman dengan kelompok manusia yang memahami.
Layari www.guidetopsychology.com/ pmr.htm untuk mendapatkan contoh bagaimana untuk melakukan PMR bagi psoriasis atau bagi mana-mana masalah lain yang berkaitan dengan tekanan.
PASFT juga merupakan anggota gabungan Yayasan Psoriasis Kebangsaan (NPF) yang beribu pejabat di Amerika Syarikat, salah satu kumpulan sumber psoriasis yang terbesar di dunia. PASFT menghantar buletin dengan artikel-artikel NPF kepada kira-kira 1,600 ahli PASFT di seluruh Malaysia.
Interaksi dengan komuniti dalam talian
Dalam era teknologi hari ini, anda boleh bertemu mereka yang sealiran secara dalam talian atau online di forum-forum internet tanpa perlu bergerak dari kerusi anda. Bagaimanapun, kami tidak dapat memberi jaminan berhubung ketepatan maklumat yang diperoleh di forum-forum Internet dan seseorang harus berwaspada dengan agenda komersial di belakang sesetengah daripada forum atau ruang sembang itu.
Anda perlu lebih berwaspada terhadap sebarang janji mengenai 'ubat ajaib'. Psoriasis mempunyai satu asas genetik, oleh itu tidak ada cara untuk mengubati psoriasis memandangkan para saintis belum lagi menemui satu cara selamat untuk mengubah gen kita.
Kami ingin mencadangkan kepada sesiapa yang berhasrat mendapatkan maklumat lanjut mengenai psoriasis melalui Internet agar mengakses laman web tempatan kami, atau pautan yang disyorkan di bawah bagi mendapatkan maklumat yang tepat dan boleh dipercayai.
Sekiranya anda telah meraih manfaat daripada menjadi sebahagian kumpulan sokongan itu, mempunyai sesiapa di dalam keluarga anda yang menghidapi psoriasis dan ingin membantu orang lain, kenapa tidak menyertai PASFT dan berkongsi pengalaman anda dengan orang lain.
Atau jika anda menetap di luar Lembah Klang, kenapa tidak memulakan satu kumpulan sokongan di tempat anda menetap. Sila beritahu kami bagaimana kami dapat membantu anda untuk memulakannya.
Persatuan Psoriasis Selangor dan Wilayah Persekutuan (PASFT) boleh dihubungi melalui telefon (03-8948- 4335), e-mel:psoriasisassn@hotmail. com) dan surat ke alamat (1, Jalan 14/2C, Taman Serdang Utama, Sri Kembangan, 43300 Selangor).
Mereka boleh ditemui di Internet sebagai satu pautan dalam laman web Persatuan Dermatologi Malaysia www.dermatology. org.my atau pertanyaan kepada [email protected].
Artikel ini adalah sebagai panduan untuk membantu anda memahami dengan lebih baik mengenai psoriasis dan artritis psoriasis. Sila rujuk pengamal perubatan yang berkelayakan sebelum bertindak terhadap mana-mana maklumat yang terkandung di atas. KULIT adalah sebuah program kemasyarakatan yang ditaja oleh Wyeth Malaysia. |
|
|
|
|
|
|
|
Psoriasis: Tak cantik tapi tak berjangkit
27-09-2007 01:28:40 AM
Oleh DALILAH IBRAHIM
SEJAK 20 tahun lalu, Sharifah tidak pernah memakai t-shirt atau blaus berlengan pendek apabila keluar dari rumah. Dia juga tidak pernah menukar fesyen rambutnya kerana tidak pernah ke salun rambut.
Walaupun selalu diajak oleh kawan-kawannya untuk mencuba fesyen rambut yang baru, Sharifah akan menolak dan semua t-shirt atau blaus hadiah dari keluarga dan rakan-rakan hanya dipakai di dalam rumah.
Sharifah sebenarnya malu jika rahsianya terbongkar. Sekian lama, Sharifah mengalami sejenis penyakit kulit yang menjadikan lengannya hodoh dan kulit kepalanya sentiasa gatal.
Apa yang dialami oleh Sharifah adalah penyakit kulit yang kronik iaitu psoriasis. Ianya berpanjangan dan berulangan dan walaupun ianya tidak berjangkit, bentuk rupanya yang buruk menyebabkan ramai pesakit psoriasis seperti Sharifah menghadkan diri mereka dari melakukan aktiviti-aktiviti tertentu yang mendedahkan kondisi mereka kepada orang lain.
Selama ini, Sharifah cuba menyembunyikan tompok bersisik pada siku lengan kirinya yang sebesar syiling 50 sen dan tompok-tompok yang lebih kecil yang tumbuh merata di lengan kanannya dengan sentiasa memakai baju berlengan panjang. Ada ketikanya, bahagian kulit tersebut menjadi amat kering dan mengelupas.
Walaupun mempunyai paras rupa yang cantik, Sharifah malu untuk berkawan dengan lelaki kerana bimbang penyakitnya itu akan menyebabkan dia ditertawakan atau dipandang jijik..
Sharifah juga malu untuk mendapatkan khidmat di salun rambut oleh kerana keadaan tersebut turut menjejaskan kulit kepala dan kulit di belakang cuping telinganya.
"Kepala awak banyak kelemumurlah! Eeeiya," kata pencuci rambut di salun berdekatan rumahnya yang menyebabkan Sharifah, yang ketika itu baru berusia 20 tahun dan mengalami gejala pertama penyakit tersebut, serik untuk ke salun rambut lagi.
Kenali apa itu psoriasis
Seseorang yang mempunyai penyakit psoriasis biasanya akan mengalami keadaan di mana terdapat di bahagian-bahagian tertentu pada kulit mereka yang bertompok-tompok dan bersisik.
Ia biasanya terdapat pada siku, lutut, kulit kepala, dada dan bahagian bawah belakang badan. Walau bagaimanapun, ianya boleh timbul di mana-mana permukaan kulit termasuk di bahagian sulit. Psoriasis juga boleh melibatkan kuku yang menjadi rapuh dan kekuningan dan ada juga yang mengalami masalah sendi-sendi (arthiritis).
Psoriasis sering disalah anggap sebagai penyakit kulit yang berjangkit seperti kurap tetapi ia sebenarnya tidak berjangkit. Anda tidak akan menghidap penyakit ini walaupun bersentuhan dengan pesakit psoriasis. Walau bagaimanapun, ramai beranggapan begitu oleh kerana keadaan fizikalnya yang mencacatkan rupa bentuk kulit seseorang pesakit itu.
Contoh keadaan kulit psoriasis yang jelas dipermukaan kulit
(Foto www.familydoctor.co.uk)
Pesakit yang mengalami psoriasis memerlukan rawatan berpanjangan untuk mengawal penyakitnya itu tetapi mereka juga memerlukan pemahaman yang baik tentang penyakit tersebut agar tidak menjejaskan keyakinan diri mereka.
Penyelidikan terhadap penyakit ini hanya menunjukkan bahawa ianya ada kaitan dengan faktor genetik. Namun apa yang menyebabkan ianya datang, pergi dan kembali semula mungkin disebabkan oleh faktor-faktor lain seperti:
*Infeksi
*Reaksi terhadap sesetengah ubat-ubatan
*Kecederaan pada kulit
*Tekanan
*Cuaca
*Lain-lain faktor seperti merokok dan pengambilan alkohol
Faktor-faktor di atas juga boleh mempengaruhi kondisi psoriasis seseorang pesakit itu menjadi semakin teruk jika tidak mendapat rawatan.
Di Malaysia, lebih kurang 2% penduduk mengalami penyakit ini dan kebanyakannya muncul di peringkat dewasa walaupun terdapat kes-kes yang melibatkan kanak-kanak dan bayi.
Psoriasis sebenarnya adalah kondisi di mana sel-sel kulit mengalami proses matang yang lebih cepat dari biasa. Jika sel-sel biasa mengambil proses kitaran selama 28 sehingga 30 hari, sel-sel kulit psoriasis pula mengambil masa 3 sehingga 6 hari sahaja.
Akibatnya sel-sel ini bergerak ke atas menuju ke permukaan dengan cepat lalu menghasilkan sisik-sisik tebal yang jelas kelihatan. ianya juga mengakibatkan saluran darah di bawah kulit menjadi lebih lebar dan meningkatkan aliran darah.
Peningkatan bekalan darah ini menjelaskan kehadiran tompok-tompok bersisik ini dan menjadi merah apabila digaru dan mudah berdarah.
Pesakit psoriasis dan kehidupan seharian
Psoriasis boleh terdapat di mana-mana permukaan kulit
Tidak seperti penyakit kronik yang lain, pemakanan pesakit yang mengalami psoriasis tidak berkait antara satu sama lain. Psoriasis dialami oleh semua kaum di Malaysia, contohnya, walaupun juadah makan setiap kaum amat berbeza.
Ianya juga tidak sepatutnya menjejaskan perhubungan seks sekiranya pasangan itu memahami penyakit ini.
Psoriasis juga tidak akan menjejaskan kehamilan dan proses kehamilan. Kadangkala, keadaan psoriasis mungkin akan bertambah baik sewaktu kehamilan atau sebaliknya bertambah buruk.
Walaupun terdapat kaitan genetik di dalam penyakit ini, adalah sukar untuk membuat ramalan samada anak yang dilahirkan itu akan menghidap psoriasis atau tidak. Terdapat keadaan di mana beberapa ahli keluarga menghidapi psoriasis pada masa yang sama tetapi ada juga pesakit-pesakit yang tidak mempunyai sejarah keluarga seperti itu.
Rawatan dan sokongan
Walaupun tidak ada rawatan yang boleh menyembuhkan psoriasis namun ada banyak cara untuk meredakan penyakit ini. Pelbagai ubat-ubatan seperti krim dan salap boleh didapati untuk mengawal tanda-tanda penyakit ini. Rujuklah kepada pakar kulit jika mengalami tanda-tanda psoriasis.
Jangan mengambil ubat-ubatan tanpa pengawasan doktor kerana ia boleh menyebabkan kesan sampingan yang buruk seperti kerosakan hati, buah pinggang dan sum-sum tulang.
Persatuan Dermatologi Malaysia baru-baru ini melancarkan KULIT |
|
|
|
|
|
|
| |
|