CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 10300|Reply: 56

Halal atau haram? ASN/ASNB

[Copy link]
Post time 26-7-2006 03:48 PM | Show all posts |Read mode
Assalamualaikum,

Saya amat keliru dengan pelabulan ASN/ASB dan sebagainya.....

Saya dengar ada yang kata ia HARAM.  Betul kah?

[ Last edited by  antiQue at 26-7-2006 03:57 PM ]

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-7-2006 03:56 PM | Show all posts
aku pon penah dengar haram
Reply

Use magic Report

Post time 26-7-2006 04:10 PM | Show all posts
Perkara ni menjadi khilaf ulama' di Malaysia samada dividend yg diterima dari pelaburan ini halal atau tidak.

Bekas YDP PUM, Ust Hj Ahmad Awang pernah mengeluarkan fatwa pengharaman ASB ni kerana ada melabur dalam kaunter yg tidak sepatutnya. Tetapi sesetengah ulama' berpendapat pelaburan di kaunter tersebut hanya sedikit berbanding  keseluruhan pelaburan lain. Tetapi Ust Ahmad Awang kata mengikut kaedah fiqh, apa-apa sahaja yg haram apabila bercampur dgn halal, maka yg menonjol itu adalah haram. Tetapi  memang ada fatwa negeri yg mengharuskannya.

Saya dah lama tidak melihat ke mana pelaburan ASB sekarang dibuat, tetapi dengar ceritanya pelaburan mereka dah pun dibersihkan. Dulu-dulu masa zaman jadi auditor, mudah sikit nak cari fakta tentang ke mana pelaburan mereka ni, tapi sekarang ni susah sikit. Nanti lah saya try cari maklumat.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-7-2006 04:23 PM | Show all posts
terima kasih antiQue. Maklumat anda sedikit sebanyak telah membantu.  Saya tunggu lagi komen2 dari semua.....
Reply

Use magic Report

Post time 27-7-2006 11:15 AM | Show all posts

Reply #4 tssy's post

assalamualaikum..  
benar seperti kata antique..  
dan ini pula, mengikut pendapat yang dikeluarkan dari pejabat mufti perak..  pelaburan asb adalah 'harus'..  ini kerana mengikut pandangan mufti, umat islam tiada avenue untuk menggunakan wang secara efektif..  semasa itu; bank islam, tabung haji, etc masih baru beroperasi (kalau tak silap)..
tidak silap saya, ini mengambil kira faktor ramai orang yang telah pun melaburkan wang di asb sebelum timbulnya isu ragu-ragu tentang pelaburan asb..
jadi, kita kini ada tabung haji, bank islam, takaful, etc..  lebih afdhal jika kita proaktif memastikan duit kita terpelihara dari unsur haram..

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 27-7-2006 02:14 PM | Show all posts
assalamu`alaikum

saya pernah bertanya soalan yang sama kepada moderator di bicara muslim tidak lama dahulu. maka di sini saya paste jawapan yang saya dapat dari beliau.

g@y@t
Pengendali

Baru2 ni, Ustaz Zainuddin Abd. Rahman ada menjawab persoalan ASB ini dgn baik. Beliau telah melakukan kajian semula sblm memberikan kpd kita jwpnnya. Berikut jawapan beliau:

Salam,

Bismillah wa hamdalillah,

Setelah membuat kajian di ASB , maka jawapan yang paling tepat untuk soalan ASB adalah seperti berikut :-

Ia adalah haram dan tidak sah seratus peratus, seluruh dividen hasil ASB juga tidaklah sah di sudut syara' kerana sebeba berikut :-

1) Pelaburan ASB iaitu sebanyak 37.30 % ke Maybank ( perbankan Ribawi yang haram)
2) Commerce asset holdings berhad ( KOnvensional) - 1.11 %
3) British American Tobacco berhad 1.07 %
4) Malaysian National Reinsurance Berhad - 0.89 % ( insuran konvensional)

justeru, jika menurut ukur rujuk (benchmark) peratusan pelaburan haram dalam sesbuah syarikat yang dibuat oleh Majlis Penasihat Shariah Suruhanjaya Sekuriti , ( rujuk keputusan Majlis Penasihat Shariah SC). Maka jumlah di atas sudah menjadikan pelaburan haram menguasi dana pelaburan ASB. ini menyebabkan nya menjadi haram.

Bagaimanapun , kemudian timbul fatwa yang menghalalkannya atas hujah di atas.

Bagaimanapun minta maaf saya katakan bahawa semua hujjah di atas terlepas pandang satu aspek kritikal dalam mengesahkan pelaburan ASB. iaitu aspek AQAD PELABURAN YANG digunakan. adakah ia mudabarah atau musyarakah atau apa?

dan jika mudarabah, perlu diingat bahawa jika aqad nya tidak sah dari sudut syara' maka seluruh pelaburan adalah batal tanpa mengira dalam industri halal atau haram ia dilaburkan.

Maka setelah saya merujuk ke PNB, dan buku prospektus ASB. saya dapati bahawa termaktub bahawa capital (modal) pelaburan ASB adalah di jamin oleh PNB. ini bermakna sayarat dalam aqad pelaburan ini telah bercanggah dgn syarat pelaburan Mudarabah dalam Islam.

Menurut mazhab Syafie, aqad pelaburan tadi adalah batal. Malah modal pelaburan tidak boleh dijamin oleh pihak yang mengurskan pelaburan juga di fatwa kan oleh Majma' Fiqh Islami atau OIC Islamic Fiqh Academy dalam konvensyen ke 9 mereka telah memutuskan bahawa jaminan modal hanya dibenarkan jika ia datang dari pihak ketiga. dan dengan syarat ia tidak dimasukkan di dalam kontrak mudarabah.

Adakah ini dijaga oleh ASB...tidak sama sekali kerana mereka langsung tidak mempunyai Penasihat Shariah. Sepatutnya jika Malasyia ingin menjadi Global Islamic banking and Finance Hub.. sebagaimana di warwarkan Oleh Dato' Seri Najib, PNB harus di Islamisasikan terlebih dahulu. gunakan konsep mudarabah dalam pelaburan mereka dan melabur di kaunter halal sahaja.

Banyak lagi kaunter halal untuk melabur wp kurang sikit dividen, biar halal walaupun sedikit, daripada banyak tapi haram .


sekian, wallahu a'lam.

UZAR
http://www.al-ahkam.net/home/ind ... 2b6067cbc3c0bfe6c42

--------------------

Saya sendiri mempunyai akaun ASB ini yg mana pd mulanya saya menerima pendpt fatwa Perak dan juga Kedah memandangkan ini sahaja badan fatwa yg ada mengeluarkan fatwa perihalnya. alhamdulillah, UZAR dtg dgn kajiannya dan memberikan jwpn yg memauskan kpd kita. Ana sudahpun memutuskan utk mengeluarkan kesemua wang ana dalam ASB.

Dalam masa yg sama, ana berharap ada pihak yg boleh mengutarakan permasalahan ini kpd kerajaan memandangkan ASB dipantau sendiri oleh kerajaan dan ramainya umat Islam yg bergelumang dalamnya. WA.

wassalam


link berkaitan : http://www.bicaramuslim.com/bicara6/viewtopic.php?t=9048

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 27-7-2006 02:40 PM | Show all posts

Reply #6 mardhiah12's post

anda keluarkan semua wang di asb..  
boleh tak ajarkan bagaimana nak asingkan jumlah wang sebenar kita dengan jumlah yang ditambah hasil dari pelaburan itu sendiri?  supaya tak bercampur halal dan haram..
berguna ilmu ni..  supaya sesapa yang nak keluarkan wang dari asb boleh pakai cara ni jugak..  selalunya buku simpanan (rekod) akan bertukar ganti terutamanya yang kerap melakukan transaksi..

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 27-7-2006 02:56 PM | Show all posts
saya tidak pernah ada akaun ASB.sebab takut benda ni la.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-7-2006 04:53 PM | Show all posts
susah nak jawab juga tu. apa yang saya buat, saya bayar zakat dan sedekahkan setengahnya. mungkin moderator boleh jawab. TQ
Reply

Use magic Report

Post time 27-7-2006 05:04 PM | Show all posts

Jawapan dari BAHEIS

Soalan :  Assalamualaikum, ustaz saya keliru dengan hukum melabur di dalam ASB. Ada pihak yang mengatakannya halal dan ada pihak yang mengatakannya haram. Bolehkah ustaz tolong huraikan mengenai pertelagahan ini ?
.
Jawapan :  Merujuk kepada Majlis Fatwa Negeri Kedah melabur dalam ASB adalah harus. Tuan dinasihatkan supaya melabur dalam mana-mana institusi yang telah difatwakan halal. Mengikut fatwa negeri Kedah dan Perak hukum melabur dalam ASB adalah harus dan dividennya halal.
.     


Nota dari moderator: ~ saya ikut mufti perak jer, sebab saya orang perak :bgrin:.  kalau nak dikaji segala pelaburan tu ke mana dan apa, memang saya tak mampu.  kat radio dulu ada mufti perak terangkan, tapi saya tak dapat nak detailkan sini, sebab dah lama nanti salah tulis pulak.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 27-7-2006 05:19 PM | Show all posts
ustaz ibnur, yg fatwa perak tu dah lama. saya jumpa di internet, masa tu tahun 80-an. saya rasa ustaz boleh refer pada al-ahkam.net. ustaz zaharuddin (UZAR) ni tak salah saya merupakan perunding panel syariah di RHB Islamic Bank.
Reply

Use magic Report

Post time 27-7-2006 06:06 PM | Show all posts
maaf saya bukan ustaz...  

memang dah lama tapi bukan 80'an sebaliknya 1992 utk lebih tepat.
saya menggunakan fatwa ini sebab masih ada dalam simpanan pejabat mufti.

Jawapan :
Untuk makluman tuan mesyuarat jawatankuaa syariah perak yang berlangsung pada 1
Ogos 1992, membuat keputusan berdasarkan pendapat terbanyak serta dengan alasanalasan
syarak yang dikemukakan adalah seperti berikut :
揃ermuamalah dengan skim ASN dan ASB adalah harus dan segala
keuntungannya berupa dividen atau bonus hukumnya HALAL

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 27-7-2006 10:38 PM | Show all posts
Originally posted by mardhiah12 at 27-7-2006 05:19 PM
ustaz ibnur, yg fatwa perak tu dah lama. saya jumpa di internet, masa tu tahun 80-an. saya rasa ustaz boleh refer pada al-ahkam.net. ustaz zaharuddin (UZAR) ni tak salah saya merupakan perunding pa ...


Yupp.... Ust Zaharuddin memang dalam syariah compliance dept dalam RHB Islamic... my 1 year senior masa kat sekolah dulu...

Sebenarnya he has his own website... http://www.zaharuddin.com ... boleh lah kalau nak tanya direct about this..

[ Last edited by  antiQue at 27-7-2006 11:26 PM ]

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 29-7-2006 03:23 AM | Show all posts
skrg nie hukumnya yg betul apa?? bnyk dah melabur nie takut pulak kalau benda nie haram..
Reply

Use magic Report

Post time 29-7-2006 08:20 AM | Show all posts
Originally posted by baby_bro85 at 29-7-2006 03:23 AM
skrg nie hukumnya yg betul apa?? bnyk dah melabur nie takut pulak kalau benda nie haram..


Itu terpulang pada kamu lah nak ikut fatwa yg mana...

element-element haram memang disepakati ada dalam pelaburan ASB tersebut... cuma perbezaannya satu fatwa mengatakan element pelaburan ini sangat sedikit dan tidak signifikan untuk menjadikannya haram... dan satu lagi fatwa mengatakan, walaupun sedikit ianya tetap haram.....

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 29-7-2006 09:59 AM | Show all posts
Originally posted by mardhiah12 at 27-7-2006 04:53 PM
susah nak jawab juga tu. apa yang saya buat, saya bayar zakat dan sedekahkan setengahnya. mungkin moderator boleh jawab. TQ


sorang ustaz pernah sebut, duit yg kita dapat secara haram (eg faedah bank) tak boleh kita gunakan untuk perkara-perkara yang 100% utk org islam eg bina masjid etc....
tapi duit tu boleh kita sumbangkan untuk perkara-perkara yg memberi faedah untuk orang awam (bukan islam saja) eg bina tandas, baiki jalan dan apa-apa lah yg tidak terhad hanya kepada org islam.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


ghetto_souljah This user has been deleted
Post time 29-7-2006 03:05 PM | Show all posts

ni link yg saya pernah rujuk kat internet

http://www.e-fatwa.gov.my/mufti/fatwa_search_result.asp?keyID=756

http://www.e-fatwa.gov.my/mufti/fatwa_search_result.asp?keyID=952

http://www.e-fatwa.gov.my/mufti/ ... sult.asp?keyID=1155

http://www.e-fatwa.gov.my/mufti/ ... sult.asp?keyID=1121

harap2 membantu persoalan ini...kalau nak tengok dengan lebih mendalam di mana wang ASB atau ASN atau apa2 amanah saham yg anda berminat, pegi la ambil Prospektus terkini daripada pejabat yang berkaitan..kat dalam prospektus tu mmg wajib dimaklumkan kepada orang awam di mana duit amanah saham itu dilaburkan..kalau tak semua pun sekurang-kurangnya lima pelaburan yang terbesar...

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 29-7-2006 04:19 PM | Show all posts

salam

Apa yg I tahu...

Kita kena tahu membezakan antara sah atau batalnya sesuatu itu sama ada disebabkan oleh keadaannya sendiri atau yang disebabkan oleh perkara-perkara yang mendatang.  Perkara yang mendatang menjadikannya hanya rosak dan bukannya batal.

Oleh itu apa2 saham pun dapat dijadikan sah dengan cara menghilangkan sebab yang merosakkannya itu.  Contohnya sebuah syarikat saham yang telah menjalankan urusniaga yang haram seperti menjual dadah atau terlibat dengan riba. Syarikat tersebut sah tetapi urusniaga dengan dadah dan riba itulah yang batil.

Ini sebagaimana yang tersebut di dalam usul mazhab Hanafi iaitu mengenai konsep kaedah batil dan rosak.

wallahua'lam
Reply

Use magic Report

Post time 31-7-2006 01:08 AM | Show all posts
OK kalau ASB HARAM.. Unit Trust pulak HARAM TAK? tu pon pelaburan jugak kan
Reply

Use magic Report

Post time 31-7-2006 01:35 AM | Show all posts
Originally posted by apalancut at 31-7-2006 01:08 AM
OK kalau ASB HARAM.. Unit Trust pulak HARAM TAK? tu pon pelaburan jugak kan


ASB tu difatwakan haram oleh sesetengah ulama' kerana komposisi pelaburannya, bukan kerana benda lain.... hanya kerana ia ada melabur dalam Maybank dsb di mana Company2 tersebut tersebut juga involve dgn riba'... tapi kalau dia tak melabur ke situ, tak ada masalah pun.... so in case satu hari nanti ASB membersihkan pelaburannya, contoh jika hanya melabur dalam approved syariah counters, semua ulama' akan agree ianya tak ada masalah....

Unit Trust pun konsepnya sama juga... dasarnya tak haram.... tapi kamu kena juga lah tengok komposisi pelaburannya ke mana... Unit trust ni ada banyak.... satu company biasanya offer pelbagai jenis fund, setiap jenis fund ni ada porfolionya yg tersendiri... setiap unit trust tu direka untuk specific preference... ada yg high risk, ada yg low risk, ada balanced risk... setiap Fund Managers yg mengendalikan satu-satu unit trust fund tu ada matlamat yg mereka perlu capai berdasarkan preference awal sesuatu fund tu... Jadi kamu tengok saja lah, fund tu melabur ke mana... Malah dah banyak company yg manage funds yg pelaburannya berdasarkan approved syariah counters....

Pendeknya... semuanya bergantung pada ke mana pelaburan mereka dibuat...

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-12-2024 10:45 AM GMT+8 , Processed in 0.694352 second(s), 50 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list