CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234Next
Return to list New
View: 11737|Reply: 63

Sultan Muhammad Al - Fateh

[Copy link]
Post time 15-2-2007 06:00 PM | Show all posts |Read mode
Muhammad Al - Fateh : Penakluk Konstantinopel.



Istanbul atau yang dulunya dikenali sebagai Costantinople, adalah salah sebuah bandar nostalgia dunia. Tidak setakat tercatat oleh tinta Sejarah Islam, bahkan statusnya sebagai salah sebuah bandar utama dunia, pasti mengundang seisi alam manusia untuk meninjau dan menghubungkan sejarah kegemilangan masing-masing dengannya Istanbul diasaskan pada tahun 330M oleh Maharaja Byzantine iaitu Costantine I.
pada tahun 330M oleh Maharaja Byzantine iaitu Costantine I.
Kedudukannya yang strategik, diungkapkan oleh Napoleon Bonapart sebagai, 搮kalaulah dunia ini sebuah negara, maka Costantinople inilah yang paling layak menjadi ibu negaranya!

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 15-2-2007 06:02 PM | Show all posts
Persediaan Ke Arah Penawanan


Sultan Muhammad Al-Fatih telah membuat persediaan yang besar ke arah mencapai matlamatnya menawan Costantinople. Beliau telah menyediakan mujahid seramai kira-kira 250,000 dan ini merupakan angka yang begitu besar jika dibandingkan dengan tentera negara lain di zaman itu. Para mujahid berkenaan diberikan latihan intensif dan sentiasa diperingatkan dengan pujian Rasulullah SAW kepada tentera yang akan menawan Costantinople itu nanti.

Beliau telah membina Kota Rumeli (Rumeli Hisari) di tebing Eropah Selat Bosphorus iaitu di bahagian tersempit antara tebing Asia dan Eropah. Kota yang berhadapan dengan kota binaan Sultan Beyazid di sebelah tebing Asia ini, mempunyai peranan yang besar dalam usaha mengawal lalu lintas di selat tersebut. Maharaja Byzantine telah berusaha gigih untuk menghalang Sultan Muhammad Al-Fatih daripada membina kota berkenaan tetapi gagal menghalangnya.
Sultan Muhammad Al-Fatih juga berusaha untuk mempertingkatkan kelengkapan senjatanya. Beliau telah menapatkan khidmat pakar membina meriam bernama Orban. Beberapa meriam telah dibina termasuk Meriam Diraja yang masyhur. Catatan menceritakan betapa meriam ini adalah yang terbesar di zaman berkenaan. Beratnya beratus tan dan memerlukan beratus tenaga tentera untuk mengangkutnya. Beliau juga menyediakan kira-kira 400 buah kapal laut untuk tujuan yang sama.
Sebelum serangan dibuat, Sultan Muhammad Al-Fatih telah mengadakan perjanjian dengan musuh-musuh yang lain. Ini merupakan strategi yang penting supaya seluruh tenaga dapat ditumpukan kepada musuh yang satu tanpa ada sebarang ancaman yang berada di luar jangkaan. Antaranya ialah perjanjian yang dibuat dengan kerajaan Galata yang berjiran dengan Byzantine. Perkembangan ini sangat membimbangkan Maharaja Byzantine lantas pelbagai cubaan dibuat untuk menawan hati Sultan Muhammad Al-Fatih supaya membatalkan hasratnya. Hadiah dan rasuh cuba dibuat untuk tujuan berkenaan. Akan tetapi semuanya menemui kegagalan.
Keazaman yang begitu kuat pada diri Sultan Muhammad Al-Fatih telah mendorong Maharaja Byzantine berusaha mendapatkan pertolongan daripada negara-negara Eropah. Tanpa segan silu, beliau memohon pertolongan dari kepimpinan gereja Katholik, sedangkan ketika itu semua gereja di Costantinople bermazhab Orthodoks. Atas dasar bermuka-muka demi mengekalkan kuasanya, Maharaja Byzantine telah mengaku bersetuju untuk menukar mazhab di Costantinople demi menyatukan kedua-dua aliran yang saling bermusuh itu. Wakil telah dihantar dari Eropah ke Costantinople untuk tujuan berkenaan. Beliau telah berkhutbah di Gereja Aya Sofya menyatakan ketundukan Byzantine kepada Katholik. Akan tetapi hal ini telah menimbulkan kemarahan penduduk Costantinople yang bermazhab Orthodoks. Sehinggakan ada di antara pemimpin Orthodoks berkata, 搒esungguhnya aku lebih rela melihat di bumi Byzantine ini serban para orang Turki (muslim) daripada aku melihat topi Latin!擲ituasi ini telah mencetuskan pemberotakan rakyat terhadap keputusan maharaja yang dianggap khianat.

Keesokan harinya, Sultan Muhammad Al-Fatih telah menyusun dan membahagikan tenteranya kepada tiga kumpulan. Pertamanya adalah kumpulan utama yang bertugas mengawal kota yang mengelilingi Costantinople. Di belakang kumpulan utama itu adalah tentera simpanan yang bertugas menyokong tentera utama di hadapan. Meriam Diraja telah dihalakan ke pintu Topkapi. Pasukan pengawal juga diletakkan di beberapa kawasan strategik seperti kawasan-kawasan bukit di sekitar Kota Byzantine itu. Kapal-kapal laut Othmaniyyah juga diletakkan di sekitar perairan yang mengelilingi Costantinople. Akan tetapi kapal-kapal berkenaan tidak berjaya memasuki perairan Tanjung Emas disebabkan oleh kehadiran rantai raksasa yang mengawal pintu masuk.

Semenjak hari pertama serangan, tentera Byzantine telah berusaha keras menghalang tentera Othmaniyyah daripada merapati pintu-pintu masuk kota mereka. Tetapi serangan strategik tentera Islam telah berjaya mematahkan halangan itu, ditambah pula dengan serangan meriam dari pelbagai sudut. Bunyi meriam itu telah menimbulkan rasa takut yang amat sangat kepada penduduk Costantinople sehingga menjejaskan semangat mereka untuk bertahan.
Tentera Laut Othmaniyyah telah mencuba beberapa kali untuk melepasi rantai besi di pintu masuk Tanjung Emas. Dalam masa yang sama, panahan diarahkan kepada kapal-kapal Byzantine danEropah yang tiba untuk membantu. Walau bagaimana pun usaha ini tidak berjaya, dan ini memberikan semacam semangat di awalnya kepada penduduk Costantinople. Para paderi berjalan di lorong-lorong kota, mengingatkan penduduk supaya membanyakkan sabar serta terus berdoa kepada Jesus dan Maryam supaya menyelamatkan Costantinople. Maharaja Byzantine juga berulang-alik ke Gereja Aya Sofya untuk tujuan yang sama.


Perjanjian Al-Fatih Dengan Maharaja Costantine
kepungan tentera Al-Fatih masih belum sempurna disebabkan oleh rantai besi yang melindungi pintu masuk Tanjung Emas itu. Dalam pada itu, para mujahid tetap terus melancarkan serangan demi serangan dan pada 18 April 1453M, pasukan penyerang Othmaniyyah telah berjaya memecah tembok Byzantine di Lembah Lycos yang terletak di sebelah barat kota. Tentera Byzantine telah berusaha sedaya upayanya untuk mempertahankan kota dari serangan itu. Pertempuran sengit berlaku bersama iringan hujan anak panah yang amat dahsyat.
Pada hari yang sama, beberapa buah kapal laut Othmaniyyah telah cuba merempuh rantai besi di Tanjung Emas. Akan tetapi, gabungan tentera laut Byzantine dan Eropah telah berjaya menangkis serangan itu bahkan beberapa buah kapal laut Othmaniyyah telah musnah menyebabkan yang lain terpaksa pulang ke kawasan masing-masing untuk mengelakkan kemusnahan yang berterusan.
Dua hari selepas serangan itu, berlaku sekali lagi serangan laut antara kedua belah pihak. Sultan Muhammad Al-Fatih sendiri mengawasi misi berkenaan dari pantai. Beliau telah menghantar utusan kepada tentera laut yang sedang berperang. Katanya,
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-2-2007 06:03 PM | Show all posts
Keajaiban Tentera Othmaniyyah


Beliau telah memanggil tenteranya dan menyarankan kepada mereka supaya membawa kapal-kapal itu masuk ke perairan Tanjung Emas melalui jalan darat! Malam itu juga, tentera Othmaniyyah dengan semangat dan kekuatan luar biasa telah berjaya menarik 70 kapal dari pantai Besiktas ke Galata melalui bukit yang begitu tinggi dengan jarak melebihi 3 batu! Sesungguhnya kejadian ini sangat luar biasa dan di luar bayangan manusia hingga ke hari ini.
Pagi 22 April itu, penduduk Costantinople dikejutkan dengan laungan takbir dan nasyid para mujahidin di Tanjung Emas. Tiada siapa yang dapat membayangkan bagaimana semua itu boleh berlaku hanya pada satu malam. Bahkan ada yang menyangka bahawa tentera Al-Fatih mendapat bantuan jin dan syaitan! Yilmaz Oztuna di dalam bukunya Osmanli Tarihi menceritakan bagaimana seorang ahli sejarah Byzantine berkata, 揟idaklah kami pernah melihat atau mendengar hal ajaib seperti ini. Muhammad Al-Fatih telah menukar darat menjadi lautan, melayarkan kapalnya di puncak gunung dan bukannya di ombak lautan. Sesungguhnya Muhammad Al-Fatih dengan usahanya ini telah mengatasi Alexander The Great!
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-2-2007 06:05 PM | Show all posts
Tentera Othmaniyyah akhirnya berjaya menembusi kota Costantinople melalui Pintu Edirne dan mereka telah mengibarkan bendera Daulah Othmaniyyah di puncak kota. Costantine yang melihat kejadian itu berasa putus asa untuk bertahan lantas menanggalkan pakaian maharajanya supaya tidak dikenali musuh. Akhirnya beliau menemui ajal dalam keadaan yang amat mengaibkan.
Berita kematian Costantine telah menaikkan lagi semangat tentera Islam untuk menyerang. Begitu juga sebaliknya, bagaikan pokok tercabut akar, tentera salib menjadi kucar kacir apabila berita kematian maharajanya tersebar. Kesungguhan dan semangat juang yang tinggi di kalangan tentera Al-Fatih, akhirnya berjaya sampai ke cita-cita mereka. Kejayaan menguasai Costantinople telah disambut dengan penuh rasa syukur oleh Al-Fatih serta

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 15-2-2007 06:48 PM | Show all posts
Allah hu akhbar!! Semoga roh mereka yg berjuang dijalanNya dicucuri rahmat.
A good post...
Reply

Use magic Report

Post time 15-2-2007 06:56 PM | Show all posts
panjangnyaaaaaaa... bila masa nak baca ni.. uhuhuhhu.. walau apa pun.. bagus laa info dia. .walaupun......................................
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 15-2-2007 09:13 PM | Show all posts
Muhammad Al Fateh

Kota Konstantinopel kini bernama Istanbul. Kota yang kaya akan
arsitektur dan seni Islam ini terletak di tepi selat yang terindah di
dunia, yakni selat Bosporus (Turki). Istanbul mempunyai daya pikat bagi
wisatawan, lokal dan mancanegara. Daya tarik itu apalagi kalau bukan
bangunan-bangunan bersejarah, museum, baik bangunan peninggalan masa
Byzantium maupun peradaban Islam.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 15-2-2007 09:14 PM | Show all posts
Di antara obyek wisata yang paling banyak dikunjungi itu antara lain
adalah Aya Sophia (peninggalan Kerajaan Byzantium), Masjid Biru yang
memiliki enam menara, dan Istana Topkapi yang dibangun pada tahun 1462.


Dalam eksiklopedi disebutkan, Konstantinopel dibangun oleh Kaisar
Constantine Agung sebagai ibukota Kekaisaran Romawi, di tempat bekas
Kota Byzantium Lama (324-330). Karena dibangun oleh Constantine Agung
itulah kota ini kemudian dinamakan Konstantinopel (Constantinople).
Ketika kerajaan Romawi pecah menjadi dua, kota ini tetap menjadi ibukota
Kerajaan Romawi Timur atau Kerajaan Byzantium. Pada tahun 1455
Konstantinopel ditaklukkan oleh Dinasti Turki Ottoman.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-2-2007 09:15 PM | Show all posts
Sejarah menyebutkan, pasukan Islam yang pertama kali menyerbu
Konstantinopel adalah pasukan yang dipimpin oleh Mu'awiya bin Abi Sufyan
saat pemerintahan Khalifah Ali bin Abi Thalib ra pada tahun 34 H.
Penyerangan berikutnya dilakukan oleh putranya Yazid pada 47 H, kemudian
oleh Sufyan bin Aus pada tahun 52 H yang selanjutnya diikuti oleh Salma
saat pemerintahan Khalifah Umar bin Abdul Aziz pada tahun 97 H.


Konstantinopel kembali diserbu selama pemerintahan Khalifah Hisham bin
Abdul Malik pada 121 H dan serbuan terakhir selama pemerintahan Khalifah
Harun Al Rashid pada 182 H. Upaya penyerbuan ini berhenti ketika
pemerintahan Islam mulai melemah dan retak serta banyak mengalami
rongrongan baik dari dalam maupun luar. Lemahnya pasukan Islam dan
kuatnya pasukan Byzantium membuat semua upaya untuk menguasai
Konstantinopel itu gagal.


Penyerbuan kembali Konstantinopel terjadi delapan abad setelah
penyerbuan pertama. Adalah Kesultanan Uthmany (Ottoman) yang berhasil
menaklukkan Konstantinopel pada 857 H. Dengan keberhasilan ini maka
'ramalan' Nabi bahwa umat Islam akan dapat membebaskan Konstantinopel,
sebagaimana disebutkan oleh sebuah hadits riwayat Imam Ahmad, terwujud.
Reply

Use magic Report

Post time 15-2-2007 09:15 PM | Show all posts
Pada tahun itu, tepatnya tanggal 16 Rabi'ul Awwal, Muhammad Al Fateh,
Sultan Uthmany yang berkuasa pada waktu itu mengerahkan sekitar 150 ribu
tentara Islam. Al Fateh telah melakukan persiapan luar biasa untuk
menggapai kemenangan itu.


Sejarawan Islam, Ismail Hami Danshbund, yang hidup sezaman dengan Sultan
Muhammad Al Fateh melukiskan, sejak menaiki singgasananya Sultan harus
rela 'begadang' setiap malam guna mempelajari peta dan keadaan Kota
Konstantinopel guna mencari strategi yang jitu untuk penyerangan. Sultan
mempelajari lokasi-lokasi mana yang cocok untuk pertahanan dan mencoba
menemukan titik-titik kelemahan musuh.
Reply

Use magic Report

Post time 15-2-2007 09:16 PM | Show all posts
Selain itu, Sultan juga mencoba mengevaluasi kegagalan pasukan Islam
sebelumnya. Tak cuma itu, ia terlibat diskusi dengan para pembantunya
untuk menemukan strategi terbaik. Sultan juga memerintahkan para
insinyur untuk membuat peralatan atau fasilitas pendukung penyerbuan.
Para insinyur itu membuat meriam dam bom 'raksasa'.


Artileri-artileri berat juga digunakan untuk penyerbuan ke
Konstantinopel. Sultan juga melibatkan para kaum cendekiawan dan para
imam yang memiliki otoritas seperti Sheikh Alqourany, dan Sheikh
Khisrawi, yang telah memotivasi para tentara untuk berjihad.
Reply

Use magic Report

Post time 15-2-2007 09:17 PM | Show all posts
Begitu tentara Islam mencapai dinding-dinding pertahanan kota, Sultan
memerintahkan pasukannya untuk mengumandangkan adzan dan mendirikan
shalat berjamaah. Demi menyaksikan 150 ribu pasukan Muslim shalat di
belakang pemimpinnya dengan suara takbir yang menggema, pasukan
Byzantium yang Kristen itu mulai kecut dan cemas. Mental mereka jatuh.
Reply

Use magic Report

Post time 15-2-2007 09:18 PM | Show all posts
Namun, kegembiraan mereka tidak berlangsung lama. Pagi berikutnya,
mereka dikejutkan oleh kehadiran 80 kapal musuh di dalam teluk Bosporus.
Sultan dengan ketajaman strateginya membawa kapal-kapal itu menghadang
laju kapal kiriman paus itu. Kapal-kapal bantuan paus ini dihujani
artileri pasukan Ottoman. Dan merekapun terbakar. Tapi ini tak membuat
Constantine menyerah begitu saja.


Memang, pasukan Islam belum sampai ke benteng yang ada di jantung kota.
Untuk bisa menyerbu kota, Sultan memerintahkan pasukannya untuk membuat
terowongan bawah tanah.
Reply

Use magic Report

Post time 15-2-2007 09:18 PM | Show all posts
Selain itu, Sultan meminta pasukan untuk menyiapkan senjata-senjata
rahasia hasil bikinan para insinyurnya. Senjata rahasia ini berupa
sebuah menara raksasa yang bisa digerakkan ke mana saja. Menara yang
bisa menampung ratusan tentara di dalamnya ini tingginya melebihi tinggi
benteng/tembok kota Konstantinopel. Senjata rahasia ini membuat bulu
kuduk pasukan Byzantium berdiri. Sebab, mereka mengira tentara Muslim
dibantu oleh 'setan-setan'.


Setelah pasukan Islam berhasil menjebol benteng bagian tengah, pasukan
Kristen berhasil merusak 'menara yang bergerak' dengan melempari zat-zat
kimia. Kendati demikian, pertahanan kota mulai melemah. Ketakutan
membersit di wajah para tentara Byzantium.
Reply

Use magic Report

Post time 15-2-2007 09:19 PM | Show all posts
Malam harinya, pasukan Bizantium menghabiskan waktunya di dalam gereja.
Mereka berdoa agar Tuhan mengirimkan bala bantuannya agar Konstantinopel
selamat dari pasukan Muslim. Saat yang bersamaan, Sultan menghabiskan
malamnya untuk memotivasi para tentaranya dengan mengingatkan mereka
akan hadits Nabi di atas, dan berdoa mengharap kemenangan dari Allah.


Paginya, pasukan Islam kembali menyerang. Mereka memanjati dinding
dengan tangga atau melompat dari dalam 'menara-menara', Mereka
menghujani benteng bagian dalam kota dengan meriam-meriam. Tetapi,
penyerangan ini tak membuahkan hasil. Pasukan Byzantium dengan gagah
berani mempertahankan kotanya. Ribuan tentara Muslim gugur sebagai
syuhada. Ketika Sultan menyaksikan hal ini, dia lalu memerintahkan
pasukannya untuk mundur.
Reply

Use magic Report

Post time 15-2-2007 09:20 PM | Show all posts
Sembari mundur Sultan meminta pasukannya untuk terus membombardir kota
hingga waktu tengah hari. Tentara Muslim kembali menyerang dan beberapa
Mujahidin dapat memasuki kota. Yang pertama kali dapat memasuki kota
adalah Hasan Ulu Badi dengan 30 anak buahnya. Namun, mereka semuanya
gugur menjadi syuhada ketika ratusan anak panah menghujani mereka dari
segala penjuru. Demi melihat hal ini pasukan Muslim kemudian mulai
mundur, dan bahkan mereka nyaris mengambil langkah seribu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-2-2007 09:20 PM | Show all posts
Pada kondisi kritis inilah Al Fateh tampil ke depan. Ia membangkitkan
semangat para tentaranya dengan mengisahkan keberanian pasukan Nabi saat
perang Uhud. Sembari mengutip hadits Sultan berseru, ''Anakku, di sini
saya siap untuk mati di jalan Allah, barangsiapa yang menginginkan
kesyahidan, mari ikuti saya.'' Sejenak kemudian, tentara Muslim yang
tadinya hendak mundur kembali menyerbu mengikuti Sultan laksana banjir
bandang yang membobol pertahanan kaum Kuffar. Mereka akhirnya dapat
merebut kota dan menegakkan kalimat Allah. Inilah awal bagi
berkembangnya Islam di Eropa

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 15-2-2007 09:22 PM | Show all posts
Sumber:

http://www.angelfire.com/al/alasroban/Alfatth.txt

Credits to Angelfire.... :tq: :tq:    :solute:
Reply

Use magic Report

Post time 15-2-2007 09:48 PM | Show all posts
Subhanallah..zaman ni persenjataan umat Islam mmg gempak2..dgn meriam nye..artilarinya..knape teknologi2 senjata2 seperti itu tak dibangunkan lagi..
Reply

Use magic Report

Post time 15-2-2007 09:54 PM | Show all posts
Sultan Muhammad al-Fateh
Mari kita baca artikel Putraiman pula..


            Pernah dengar tentang Sultan Muhammad al-Fateh? Baginda adalah Khalifah Islam yang memerintah Kerajaan Turki Uthmaniyyah dan merupakan Pembuka Bandar Konstantinopel a.k.a Islambul a.k.a Istanbul nowadays
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-12-2024 04:43 PM GMT+8 , Processed in 0.666557 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list