View: 49670|Reply: 201
|
PEKIDA...Pembela Umat Melayu.
[Copy link]
|
|
PEKIDA atau nama penuhnya Pertubuhan Kebajikan Islam Dan Dakwah adalah satu pertubuhan yang bukan baru wujud di negara kita ini. Pertubuhan ini yang bukan saja dikaitkan dengan perjuangan memelihara Islam secara sulit tapi adakalanya dituduh juga sebagai samseng atau kongsi gelap angkara keganasan yang dilakukan oleh ahli2 mereka. Mungkin di awal penubuhannya memang berlaku keganasan tersebut sebab ia adalah pertubuhan yang tidak didaftarkan...justeru sesiapa saja boleh mengaku sebagai ahli PEKIDA. Sejak akhir2 ini setelah didaftarkan maka sudah ada pihak yang bertanggungjawab dan tidaklah boleh menuding jari sebarangan. Apa yang kedengaran cuma fitnah2 dan tuduhan2 tanpa bukti yang kukuh dan tidak pernah dibawa kehadapan umum.
Sebagai maklumat...sejarah PEKIDA telah lama wujud sejak dari zaman peperangan Vietnam dulu. Dikhuatiri teori Domino akan berlaku maka telah ada usaha menubuhkan sebuah perkumpulan yang boleh bergerak secara bawah tanah melawan kominis andainya Tanah Melayu jatuh nanti ke kekuasaan mereka nanti. Maka tertubuhlah pergerakan P.A.S. ataupun Pertubuhan Angkatan Sabilullah yang dinaungi oleh pemimpin2 tertinggi tertentu khususnya di Kedah. Namun akibat kegiatan2nya yang agak subversif dan kononnya dituduh sebagai menghasut rakyat miskin seperti peristiwa demonstrasi di Baling maka ia telah diharamkan. Pengharaman tersebut tidak menghalang ahli2nya dari bergerak secara rahsia malah telah berjaya menyusup dalam organisasi2 politik seperti UMNO dan PAS sehingga tertubuhnya PEKIDA.
Ustaz Fadhil Noor suatu masa dulu telah memberikan katadua kepada pengikutnya sama ada mahu kekal dalam PAS atau keluar PEKIDA. Kata-kata ini tidak diendahkan oleh mereka malah mereka terus menjalankan aktiviti sesama ahli PEKIDA. UMNO pula lebih selesa dengan PEKIDA sebab dalam banyak isu mereka lebih memihak kepada UMNO...malah ada yang mengatakan bahawa PEKIDA itu sendiri dinaungi oleh beberapa orang pemimpin UMNO seperti Sanusi Junid, Osman Aroff dsbnya.
Nak tahu bagaimana nak kenali ahli PEKIDA? Hehehe...ada caranya yang tertentu yang hanya ahli saja mengenali ahlinya. Aku bukan ahli tapi pernah diajak menyertai mereka dan ahli2nya ramai yang menjadi kawan aku. Sungguhpun aku bukan ahli tapi dalam banyak hal yang berkaitan dengan perniagaan Islam, mereka telah banyak membantu. Dengar khabarnya Rufaqak di Kedah ini pun ada juga ahli PEKIDA yang orang Rufaqak sendiri tak kenal....heheh.
PEKIDA..... http://www.pekida.org/ |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by Gravedigger at 15-3-2007 02:11 AM
PEKIDA atau nama penuhnya Pertubuhan Kebajikan Islam Dan Dakwah adalah satu pertubuhan yang bukan baru wujud di negara kita ini. Pertubuhan ini yang bukan saja dikaitkan dengan perjuangan memelih ...
aku tak kisah kalau betul2 bela org melayu....tapi, ada tapi nyer....
nantilah aku nak pi borak2 dgn seorg pakcik PEKIDA tu, pasal PEKIDA....sebb kau kata bukan PEKIDA kan....
klau dapt borak dgn Dato JBpun bagus gak yer......hehehhehe...psal geng bawa lori mercun yg terlepas tuh... |
|
|
|
|
|
|
|
pasal pekida ni kdg2 aku tak bp jelas dia punya tujuan ditubuhkan ... |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by Gravedigger at 15-3-2007 02:11 AM
PEKIDA atau nama penuhnya Pertubuhan Kebajikan Islam Dan Dakwah adalah satu pertubuhan yang bukan baru wujud di negara kita ini. Pertubuhan ini yang bukan saja dikaitkan dengan perjuangan memelih ...
semua orang Islam boleh join? kalu india atau cina muslim nak join boleh? |
|
|
|
|
|
|
|
kalau benar pekida nak pertahankan Islam, muslim bangsa lain pung patut boleh join.... kalu tak, taik kuceng sungguh....... |
|
|
|
|
|
|
|
Aku pernah diberitahu yang PEKIDA nie ade cara sendiri nak salam dengan orang...cara salam PEKIDA nie ko bole rase kat urat nadi ko bile bersalaman dengan mereka...betul ke? |
|
|
|
|
|
|
namesnaw This user has been deleted
|
yang aku tau.. byk ahli2 dier abuse the trust given!!! |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by namesnaw at 15-3-2007 05:19 PM
yang aku tau.. byk ahli2 dier abuse the trust given!!!
kepimpinan melalui tauladan.... |
|
|
|
|
|
|
|
aku ahli pekida .
tapi aku rasa aku biasa saja.
korang boleh cek keahlian aku dengan no siri ni
sebenarnya rasa riak dan sombong ni ada pada semua manusia.yang membezakan nya cuma samaada dia dididik dengan nur islam atau pun tidak .itu saja.tak kira dia pekida ke tak.
aku masih ingat al arqam tumbang bukan kerana di istiharkan sesat tapi kerana ahlinya yang mula merasa mereka benar .ustaz ashaari sendiri dah mula merasakan bahawa arqam akan berkubur bila pertelingkahan mula berlaku dan ramai pemimpin yang mengatakan diri sendir lebih utama dan memikirkan bahawa jamaah bergantung pada nya .mereka merasakan jemaah menjadi beban kepada mereka dan bukannya diri mereka menjadi beban pada jemaah |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by rurouni_khairul at 15-3-2007 03:12 PM
Aku pernah diberitahu yang PEKIDA nie ade cara sendiri nak salam dengan orang...cara salam PEKIDA nie ko bole rase kat urat nadi ko bile bersalaman dengan mereka...betul ke?
Silat Gayung pun ada cara salam sendiri jugak. (ni cerita Gayong zaman Datuk Meor Rahman punya zaman laa).
Tak cayo cubo trai. |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by awangbok at 15-3-2007 08:19 PM
aku ahli pekida .
tapi aku rasa aku biasa saja.
korang boleh cek keahlian aku dengan no siri ni
sebenarnya rasa riak dan sombong ...
ahli seumur hidup ... kad dia macam mana lak? |
|
|
|
|
|
|
|
ini kerana ramai yg masuk krana kepentingan diri semata-mata. dan ada sesetengah kawasan, dari pucuk pimpinan sampai la kebwh nye lari dari matlamat asal penubuhan. kebenaran mmg pahit. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by mahathirGX at 15-3-2007 10:01 PM
ahli seumur hidup ... kad dia macam mana lak?
aku ahli seumur hidup |
|
|
|
|
|
|
ummi_nuur This user has been deleted
|
best jgk tahu benda baru ni....
key lptop saya kdg2 ok, kdg k.o,, cmne niiiii........ |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by awangbok at 15-3-2007 09:19 PM
aku ahli pekida .
tapi aku rasa aku biasa saja.
korang boleh cek keahlian aku dengan no siri ni
sebenarnya rasa riak dan sombong ...
kau kenal geng PEKIDA Kubang Pasu ?...klau kenal, PM kat aku...
geng PEKIDA elitpun ada gak aku kenal... |
|
|
|
|
|
|
|
Lagi pertubuhan yang memecahbelahkan umat Melayu seperti Arqam. Cukuplah kembali kepada al-quran dan sunnah untuk menjamin keselamatan hidup dunia dan akhirat. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #17 BikerLady's post
PERPADUAN DAN PENYATUAN UMAT
18/01/2007
Di zaman Rasulullah SAW apabila seseorang itu mengucap Dua Kalimah Syahadah secara otomatik bersatu dalam semua perkara. Bersatu dalam soal aqidah, ibadah, akhlak, syariat, ekonomi, siasah, pendidikan dan lain-lain. Kasih sayang mereka luar biasa. Semangat membela mereka sungguh kental. Saudaranya yang lain dirasakan lebih bernilai dan lebih layak hidup berbanding dirinya sendiri. Lantaran itulah mereka sanggup bergalang-ganti nyawa.
Pengakuan tauhid mereka itu diiringi dengan bernaung di bawah pimpinan Rasulullah SAW dan bersatu dalam semua bidang. Tidak ada firqah, kelompok, persatuan atau organisasi yang memisahkan antara mereka. Andainya terjadi kesamaran, kekeliruan dan perbezaan pandangan mereka kembali merujuk kepada wahyu yang masih turun dan bersandar kepada Rasulullah SAW sendiri.
Kini senarionya sudah terlalu jauh berbeza. Biarpun sama-sama mengucap Dua Kalimah Syahadah, namun terjadi berbagai-bagai percanggahan dan perselisihan hingga membawa kepada pepecahan. Umat Islam berpecah di bidang aqidah, ibadah, akhlak, syariat, siasah dan sebagainya. Malah sampai ke tahap bermusuhan, berbunuhan dan berperang. Ikatan perpaduan sangat mudah terungkai, benteng penyatuan sangat mudah roboh, pagar kesatuan umat terlalu mudah reput, semuanya berpunca dari faktor-faktor yang sangat remeh-temeh.
Musuh dianggap kawan dan bekerjasama dengannya. Kawan pula dianggap musuh. Pejuang Islam tidak diburu oleh Yahudi dan Nasrani tetapi oleh umat Islam sendiri. Negara Islam berbelanja besar untuk membeli senjata dari Barat yang dengan senjata itu banyak nyawa umat Islam sendiri terkorban. Hubungan diplomatik sesama negara Islam boleh dengan mudah diputuskan. Peluru di negara Islam lebih banyak membunuh umat Islam sendiri berbanding musuh. Kiasan orang Melayu mengenai perpaduan ialah umpama lidi. Sebatang lidi tidak boleh menyapu sampah dan terlalu mudah untuk dipatah-patahkan. Sebatang lidi juga lazimnya tidak diendahkan oleh sesiapa pun. Gabungan lidi yang diberkas bersama membentuk satu keteguhan yang dinamakan penyapu. Sebuah penyapu lidi berubah menjadi kuat dan tidak boleh dipatah-patahkan, serta berkesan untuk berfungsi sebagai penyapu.
Perumpamaan lain yang biasa digunakan untuk memberi gambaran keutuhan perpaduan ialah 揃ulat air kerana pembetung (kolah, tangki, empangan), bulat manusia kerana muafakat. |
|
|
|
|
|
|
|
Mana-mana institusi yang berbentuk perjuangan, tidak kira sama ada perjuangan yang hak mahupun bathil, sangat mementingkan keutuhan perpaduan. Lebih-lebih lagi dalam perjuangan Islam yang merupakan salah satu aspek kekuatan mencapai kemenangan. Sangat-sangat memerlukan perpaduan yang benar-benar teguh dan kukuh. Apabila rapuh atau roboh benteng perpaduan, bukan sahaja musuh tidak dapat ditewaskan sebaliknya perjuangan itu sudah lemah dan tewas di gelanggang sendiri. Perpecahan itu sendiri ertinya kekalahan, kerana Allah SWT sangat murka kepada hamba-hambaNya yang bermusuhan sesama sendiri. Di kalangan pejuang-pejuang Islam semangat pembelaan sesama anggota bukan sekadar bertolong bantu dalam segala urusan malah sampai kepada tahap sanggup bergalang ganti nyawa.
Sudah tentulah bukan calang-calang pencapaian ikatan perpaduan yang tercetus hingga sampai kepada tingkat menggadai nyawa demi membela orang lain. Tentulah sangat mendalam dirasainya orang lain, lebih berharga, bernilai dan lebih layak hidup berbanding dirinya. Sikap dalam perlakuan yang sangat mengutamakan orang lain bukan satu retorika. Ianya memang benar-benar telah berlaku di kalangan para sahabat. Dan boleh berlaku di sepanjang zaman serta kepada siapa saja di kalangan umat ini.
Di zaman ini perpaduan sukar dibina malah ada yang beranggapan tidak rasional kerana masing-masing sudah hidup terlalu cinta kepada diri sendiri. 慐go-centric |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Mereka yang terlalu mencintai dan mementingkan diri sendiri inilah yang sudah tidak lagi ada ruang memikirkan orang lain lantas beranggapan tidak diterima akal adanya perpaduan yang begitu rapat.
Mereka seumpama ini yang menjadi ejen pembawa virus perpecahan yang tidak kunjung padam.
saja nak quote bagi bikerlady baca sebb dia ada kata dlm thread lain bhw :
Dosa, halal haram terpulang pada masing-masing. Kubur juga masing-masing tanggung.
[ Last edited by rainbows at 16-3-2007 03:46 PM ] |
|
|
|
|
|
|
| |
|