CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 37946|Reply: 223

Financial Freedom

[Copy link]
Post time 21-3-2007 02:20 PM | Show all posts |Read mode
korang masing-masing ada tak target yang jelas untuk financial freedom?

contohnya macam aku la erk.. target financial freedom ialah 500K by the time umur 40 tahun. tapi tu je ar.. takat nak simpan duit 500K then duit tu sendiri akan generate passive income.. tak nampak lagi cara lain atau target yang lebih best.

So meh la kat sini kita kongsi impian atau apa-apa sajalah benda yang berkaitan dengan  financial freedom masing-masing, sebagai semangat untuk lebih menyimpan, nampak arah tuju yang jelas dan panduan pada sesiapa lagi yang tak ada target..

dan bagi sapa-sapa yang telah mencapai financial freedom, mehla berkongsi-kongsi rahsia kejayaan dan apa yang beshnya  korang dapat buat setelah berjaya.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-3-2007 04:02 PM | Show all posts

Reply #1 yays's post

bagus ni
akunye target plak nak abiskan utang rumah by age 40 gak
Reply

Use magic Report

Post time 21-3-2007 04:18 PM | Show all posts
yays
bole share strategi ko nak achive that 500K tuh??
cam sayanih da kompol asik kuar..
Reply

Use magic Report

Post time 21-3-2007 04:42 PM | Show all posts
macam aku lak, aku target aku beli rumah at 30. tapi nampaknya, insyaAllah...aku akan beli rumah pada tahun ini, iaitu umur aku baru 28 tahun. Syukur alhamdulillah, tercapai jugak target...

Lepas ni pulak, aku nak target habis bayar rumah tersebut masa umur aku 40 tahun. At that time, aku dah pun boleh bawak keluar duit insurans aku. Dan kemudian, at 35 aku plan nak beli tanah, untuk buat rumah bila dah pencen nanti. Aku nak berenti kerja bila umur aku 45 tahun. Time nih, aku dah bebas dari segala hutang piutang. Dalam tempoh masa yang sama, aku ada 500K simpanan untuk hari tua. Harap-harap business pun bertambah kukuh, so tak lah risau sangat. Suruh jek anak-anak teruskan business tersebut. Rasa-rasanya boleh ke ye? Erm...nothing is possible right...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-3-2007 05:11 PM | Show all posts
aku ada contoh dalam excel.. tapi tak tau nak paste kat porem ni cemana..

basically, aku buat simpanan bulanan la.. setiap tahun 12K. Masuk dalam ASB 80%, masuk Public Mutual 20% (ingatkan nak bagi balance 2 tu.. tapi masih takut untuk amek risiko).  

tapikan.. aku boleh simpan 12K setahun tu pasal tak ada hutang rumah, kalau nak amek umah.. rasanya memang tak cukup la nak simpan banyak tu.. tuh yang wat aku kompius, melabur dalam bentuk savings macam tu tak dapat rumah tapi insya Allah financial freedom boleh tercapai.. tapi kalau amek rumah plak, memang payah nak capai financial freedom plak..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-3-2007 05:14 PM | Show all posts
Originally posted by myhazil at 21-3-2007 04:42 PM
macam aku lak, aku target aku beli rumah at 30. tapi nampaknya, insyaAllah...aku akan beli rumah pada tahun ini, iaitu umur aku baru 28 tahun. Syukur alhamdulillah, tercapai jugak target...

L ...



aku pun ada bercadang-cadang nak beli tanah so nanti bila dah pencen buat umah sendrik.. tapi tu ar kan.. mana ler nak cekau tanak bawah 100K kat area KL nih..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 21-3-2007 08:27 PM | Show all posts

Reply #6 yays's post

CARI DALAM lelongan hartanah... berlambak..
beli rumah ada 2 tujuan: kegunaan sendiri atau pelaburan.
kalau utk pelaburan, beli apartment kat hotspot. kalau tuk sendiri guna, beli rumah teres 2 tkt, blh dapat under 200k, depending on loacation.
but still.. better cari rumah lelong..tapi ada caranya la..
Reply

Use magic Report

Post time 21-3-2007 08:39 PM | Show all posts
financial freedom boleh diperolehi dgn banyak cara.
first, back to basic. 2 type of income: active vs passive.
active income is our salary from our daytime job (sometimes mix day and night).
passive: such as dividend, rental, bussiness. senang cerita, yg tak payah guna banyak effort.

u'll achieve financial freedom once ur passive income > monthly expenses. for example, kalau monthly expenses dalam rm2000, kena ada passive income of 2000/ month.
eg in yays term, 500K boleh beri financial freedom. we need to assume he(or she) parks his (or her) money in account that generate 10% dividend/ interest (so far takde bank/ fixed deposit yg bagi banyak tuh kat mesia ni), so every year dia dapat 50K in dividend. so average monthly he can spent as much as rm4200 using the dividend alone. so in this case, dah tercapai financial freedom.

kalau assume 5% interest, he will receive 25k per year. he can be free financially if his monthly expenses not exceed rm2k.

so it depends on ur monthly axpenses jugak, and ur source of passive income.

kalau park 12k per year dalam asb, nak achieve 500k needs about 30-35 yr.. in the expense of not having a house...

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-3-2007 09:01 PM | Show all posts
TAPI perlu ingat kita wajib keluarkan zakat wang simpanan yang terkumpul tu (plus dividen)........ kalo dah ada banyak cash, so portion utk zakat pun banyak jugak. :lebai:

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 21-3-2007 11:26 PM | Show all posts
zakat ni macam kita cantas sedikit dahan supaya bunga dan buah akan tumbuh dgn lebih banyak..lagipun ianya adalah hak orang lain walaupun duit kita.
dont worry, allah akan ganti balik duit tu n akan bagi lebih banyak lagi.
Reply

Use magic Report

Post time 21-3-2007 11:28 PM | Show all posts
a good discussion on berapa duit yg kita perlukan semasa retirement :
http://forum.lowyat.net/topic/426012
Reply

Use magic Report

Post time 22-3-2007 09:56 AM | Show all posts
stuju ngan ko mat n mukmin..
kalau duit banyak ke, skit ke.. tetap kene bayar zakat
tu sebab aku simpan dlm tabung haji.. senang, dah dibersihkan terus oleh zakat
n kalau nak duit lebih banyak.. kene belajar jadi bermurah hati, ie selalulah menderma
kalau ikut logik, tak untung.. tapi biasanya Allah ganti melalui jalan laiin
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-3-2007 10:15 AM | Show all posts
Originally posted by drsalehuddin at 21-3-2007 08:27 PM
CARI DALAM lelongan hartanah... berlambak..
beli rumah ada 2 tujuan: kegunaan sendiri atau pelaburan.
kalau utk pelaburan, beli apartment kat hotspot. kalau tuk sendiri guna, beli rumah teres  ...


tu ar dr.. nak carik yang hotspot, harga mau makan setengah juta.. mana ku nak cekau! huhu..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-3-2007 10:26 AM | Show all posts
Originally posted by mukmin101 at 21-3-2007 09:01 PM
TAPI perlu ingat kita wajib keluarkan zakat wang simpanan yang terkumpul tu (plus dividen)........ kalo dah ada banyak cash, so portion utk zakat pun banyak jugak. :lebai:



ye mukmin... zakat tidak akan dilupakan.. tapi boleh tak kalau kita kira sendiri mengikut peratusan zakat simpanan, lepas tu berapa yang kena zakat tu kita bagi pada orang-orang kampung kita or sedara-mara kita yang susah instead of bagi kat baitulmal?

bukan apa.. aku lebih rasa berbaloi tengok senyuman  dan napas lega orang-orang susah tu bila kita sampaikan bantuan direct pada diorang daripada bagi amil kat baitulmal.. rasa kepuasan lebih gitu!
Reply

Use magic Report

Post time 22-3-2007 08:22 PM | Show all posts

Reply #13 yays's post

treat properties as other market jugak. one day harga dia akan turun jugak. cuma xtau bilakah masanya...
Reply

Use magic Report

Post time 22-3-2007 10:13 PM | Show all posts
agak agak kawan kawan semua la kan ... mana lebih penting ?

1. bayar hutang dulu atau
2. buat simpanan dulu
3. buat dua dua sekali serentak ?

tujuan : untuk menjimatkan masa yg berlalu dgn diisi dgn pelaburan
            dan menyelesaikan hutang utk elakkan daripada hutang dibawa mati.

sesiapa  ... tolong
terima kasih yea  
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-3-2007 07:27 AM | Show all posts
bayar hutang pun kena..... buat simpanan pun perlu..... terutamanya waktu kecemasan. kalo target bayar hutang @ nak melangsaikan hutan dengan cepat TANPA ada simpanan, nanti terpaksa pinjam kat kawan2 plak
Reply

Use magic Report

Post time 23-3-2007 09:38 AM | Show all posts
Post Last Edit by myhazil at 12-8-2010 16:18

---Edited---

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-3-2007 12:50 PM | Show all posts
Originally posted by myhazil at 23-3-2007 09:38 AM
Bagi aku dua-dua penting tapi kena tengok jugak hutang yang macamana.. Kalau hutang yang tetiap bulan makan bunga, atau mengikut kadar BLR, maka lebih baik la ko langsaikan hutang secepat mungkin ...


aku rasa dari segi bayar hutang dengan simpan mana dulu tuh, betul kalau macam hazil cakap.. ikut mana interest paling tinggi then settlekan hutang tuh.. tapi kalau boleh simpanlah siket dalam 20-30% buat-buat terdesak..

nanti ar.. sok lusa aku survey gak pelaburan hartanah, beli mana2 rumah yang aku rasa mampu kat lelong.. skang ni pasal aku dok quarters, tu yang tak terasa sangat nak ada rumah sendiri..
Reply

Use magic Report

Post time 23-3-2007 03:00 PM | Show all posts
As'kum, menarik perbincangan ini.

Kalau dari segi mana nak settle dulu, kita tidak boleh pakai ikut aja apa org cakap...kalau org kata 80% hutang, 20% saving, buat macam tu, tidak...

kita kena ada strategi...strateginyer, kita tgk, hutang tu berapa interest dia, adakah interest dia dpt lawan dividen kita...berapa keuntungannya...berapa bayaran minimum hutang itu. Kalau tak bayar, apa tindakan akan dikenakan...dan sebagainya...

So based on that, buat judgement sendiri la...kalau macam saya, hutang credit card yg paling diutamakan utk disettlekan...sbb as i mentioned in other thread  
(  http://forum.cari.com.my/viewthr ... &extra=page%3D1  ), hutang credit card yg paling cekik darah...kalau hutang2 lain, dividen saving mungkin lagi untung, tapi of course ikut jenis saving la jugak...

so benda ni subjektif...setiap org kena pandai buat analisa sendiri kewangannya camana...nak buat analisis ni, memang agak sukar, tapi anda kena ambil kira semua benda...from A to Z. Nak citer sebenarnyer komplicated jugak, susah sikit nak paham kalau citer kat dlm forum ni...

Just my humble 6cents la...

wslm
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
...BYE 2024, HELLO 2025...
seribulan...BYE 2024, HELLO 2025...
Views : 54993 Replies : 13
...AZAM TAHUN 2025...
seribulan...AZAM TAHUN 2025...
Views : 55522 Replies : 25
Kesian nenek
maklukpenggodaKesian nenek
Views : 0 Replies : 0
V82: HANIS HAIZI B. ABD HAMID Melarikan Diri Dari Bayar Cukai LHDN Ke Los Angeles CA
anony-mousV82: HANIS HAIZI B. ABD HAMID Melarikan
Views : 8790 Replies : 330
Instafamous Rempit (kak yah, kak zah & the geng) part 3
hotmakInstafamous Rempit (kak yah, kak zah & t
Views : 232053 Replies : 1826
Skandal 18 polis Indon, bikin malu
maklukpenggodaSkandal 18 polis Indon, bikin malu
Views : 90341 Replies : 38
New Chapter 01: FATTAH AMIN ~ Bebaskanlah mimpi-mimpi terindah
codenamedreamNew Chapter 01: FATTAH AMIN ~ Bebaskanla
Views : 42500 Replies : 1614
...CHAT HUMANITARY...HAPPY NEW YEAR...
seribulan...CHAT HUMANITARY...HAPPY NEW YEAR...
Views : 26050 Replies : 21
Bebas, selesa tanpa khemah biru
maklukpenggodaBebas, selesa tanpa khemah biru
Views : 8400 Replies : 1
Ha tepok!
maklukpenggodaHa tepok!
Views : 109349 Replies : 7

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-12-2024 09:05 AM GMT+8 , Processed in 0.176913 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list