View: 39835|Reply: 92
|
Iran - Satu2nyaNegara Islam Yang ditakuti Israel / US
[Copy link]
|
|
IRAN
Satu2nya negara Islam yg paling ditakuti oleh Israel dan Amerika. Sejak tamatnya perang Iran & Iraq, Iran telah berjaya membangunkan sistem persenjataan dan sistem pertahanan yg begitu mengkagumkan kita. Satu demi satu senjata baru telah berjaya dicipta dan dimajukan.
Iran juga adalah satu2nya negara arab yg berani secara terbuka membantu saudara Palestine dgn kelengkapan senjata dan kewangan. Iran juga telah membantu tentera Hizbullah dlm peperangannya dgn Israel di Lubnan. Senjata2 ciptaan telah memusnahkan banyak kelengkapan tentera Israel yg dianggap antara yg terbaik di dunia. Berpuluh kereta kebal telah berjaya dimusnahkan...dan yg lebih memalukan bila sebuah kapal perang Israel telah berjaya dimusnahkan oleh senjata buatan Iran.
Dan Iran juga adalah satu2nya negara Arab yg berani secara lantang mengutuk dan mengecam Us dan Israel.
Kerana itu, Ed agak tertarik untuk membincang tentang kekuatan Iran bersama kengkawan di sini. Marilah kita meniliti dan mengupas siapakah sebenarnya Iran yg di geruni Israel dan Negara2 Barat ini..
Sejarah Iran
Sejarah Awal Iran meliputi negara Iran dan juga negara-negara jirannya yang mempunyai persamaan dalam kebudayaan dan bahasa Parsi. Ketika itu, negara-negara ini diperintah oleh empayar-empayar Parsi seperti Medes dan Achaemenid. Sassanid pula adalah empayar Parsi terakhir sebelum kedatangan Islam. Kemudiannya Parsi bergabung menjadi sebahagian daripada empayar Islam awal. Sejarah Iran khusus pula dimulakan dengan dinasti Zand pada kurun ke 16
Empayar Parsi
Empayar Achaemenid ketika kemuncak.Kerajaan lama Iran dikenali sebagai Empayar Parsi atau Parsi sehinggalah pada tahun 1935 dimana Shah Reza mengumumkan nama tempatan Parsi iaitu Iran. Nama Parsi ini diambil dari perkataan Yunani: Persis. Orang Parsi pula menamakan tamadun mereka Iran atau Iranshahr sejak zaman Sassanid.
Nama Parsi ini sebenarnya diambil daripada Fars atau Pars (dalam Bahasa Parsi). Menerusi bahasa Greek, negara-negara Eropah menamakan Iran sebagai Parsi. Ini kerana rantau Iran dan negara-negara sekitarnya adalah teras kepada tamadun dan empayar-empayar lama Parsi. Nama Iran mula digunakan pada tahun 1935 apabila Shah Reza Pahlavi raja Iran meminta agar masyarakat antara bangsa menggunakan istilah Iran. Istilah ini bermaksud Bumi Arya.
Empayar Parsi terdiri daripada beberapa dinasti dimulai dengan Dinasti Achaemenid yang merupakan empayar Parsi asli. Kerajaan ini diasaskan oleh Cyrus Agung yang dimana beliau berjaya menyatukan kerajaan kecil dan suku-suku di penara Iran. Sassanid pula adalah empayar Parsi terakhir sebelum kedatangan Islam. Parsi kemudiannya ditawan oleh bangsa Arab diikuti dengan Turki (Tentera Seljuk), Mongol, Inggeris dan Rusia. Disebalik penawanan ini, etnik Parsi berjaya mempertahankan kebudayaan, bahasa dan identiti mereka
Kedatangan Islam
Selepas kekalahan Sassanid ke tangan tentera Islam, Parsi kemudiannya diperintah oleh khalifah Umayyah dan Abbasiyah. Ketika pemerintahan Abbasiyah, orang Parsi memainkan peranan yang penting dalam menyumbang kepada kegemilangan Islam.
Selepas pemerintahan Abbasiyah, Parsi mula mencapai kemerdekaan mereka dengan mendirikan sebuah dinasti dimulai dengan dinasti Tahirid dan disusuli dengan Dinasti Saffarid, Ziyarid dan Samanid. Dinasti-dinasti ini mula menawan semula wilayah-wilayah Parsi dari tangan Abbasiyah. Ketika zaman Buwayhid, Parsi berjaya menawan kesemua wilayah mereka dan juga kota Baghdad dan memenjarakan khalifah Abbasiyah. Raja Buwayhid pula mula memakai semula gelaran Shah yang merupakan warisan Sassanid.
Zaman Pertengahan
Dinasti-dinasti yang memerintah Parsi selepas ini adalah keturunan bangsa Turki dari Asia Tengah. Pada mulanya, mereka ini hanyalah tentera hamba ketika zaman Abbasiyah. Namun begitu, mereka menguasai pentadbiran empayar Abbasiyah berikutan kelemahan khalifahnya. Setelah kejatuhan Abbasiyah, kerajaan-kerajaan kecil mula naik di seluruh Iran. Antara yang utama ialah Tahirid dari Khorasan (820-872), Saffarid di Sistan (867-903), dan Samanid di Bukhara (875-1005). Pada 962, seorang pegawai tentera hamba Samanid, Aluptigin, menawan Ghazna dan menubuhkan wangsa Ghaznavid.
Parsi kemudiannya diserang dan ditawan oleh tentera Turki Uthmaniyah iaitu tentera Seljuk Oghuz dari Amu Darya. Ketua mereka Tughril Beg kemudiannya dianugerahi sebuah jubah, hadiah dan juga gelaran Raja di Timur. Ketika Iran dibawah pemerintahan Shah Malik (pengganti Tughril) (1072 |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Zaman Moden
Parsi pada tahun 1808.Ketika zaman Safavid (1502-1736), kebudayaan Parsi mula berkembang semula terutamanya ketika zaman Shah Abbas I. Sesetengah sejarahwan berpendapat bahawa negara Iran moden diasaskan oleh Wangsa Safavid. Banyak kebudayaan-kebudayaan Iran pada hari ini berasal dari zaman pemerintahan Safavid termasuklah pengenalan Islam Shia di Iran.
Selepas era Safavid, Iran kemudiannya diperintah oleh Wangsa Zand, Qajar dan akhirnya Pahlavi. Pada kurun ke-17, negara-negara Eropah mula menerokai Iran dan menapakkan pengaruh mereka di sana. Kesannya Iran mula kehilangan beberapa wilayahnya kepada negara-negara ini menerusi beberapa perjanjian perdamaian seperti perjanjian Turkmanchai dan perjanjian Gulistan.
Pada lewat kurun ke 19, Iran memasuki sebuah era baru ketika terjadinya Revolusi Perlembagaan Iran. Ianya merupakan sebuah revolusi yang memperkenalkan sistem raja berpelembagaan, sebuah sistem pemerintahan moden. Tetapi Shah Iran atau raja Iran masih berjaya mempertahankan kuasa mereka. Sebuah parlimen yang dinamai Majles ditubuhkan pada 7 Oktober, 1906.
Penemuan minyak mentah di wilayah Khuzestan menarik minat Inggeris dan Rusia untuk meluaskan pengaruh mereka di Iran. Kedua-dua kuasa ini bersaing untuk memonopoli minyak Iran dan akhirnya memecah belahkan Iran. Disebabkan kelemahan kerajaan Iran ketika itu (kerajaan Qajar,) menangani kuasa-kuasa ini, maka terjadilah pemberontakan oleh Reza Pahlavi yang dimana beliau berjaya menobatkan dirinya sendiri menjadi Shah Iran yang baru dan mengasaskan Dinasti Pahlavi
Perang Dunia
Ketika Perang Dunia Pertama, Iran terletak dibawah pengaruh Inggeris dan Rusia walaupun polisi kerajaannya adalah neutral. Pada tahun 1919, Inggeris cuba menjadikan Iran sebagai negeri naungan mereka tetapi rencana terbantut apabila Shah Reza menggulingkan Kerajaan Qajar dan menubuhkan Dinasti Pahlavi. Shah Reza Pahlavi memerintah Iran selama 16 tahun dan memulakan proses permodenan Iran serta menubuhkan kerajaan sekular baru.
Sejak penemuan minyak, Iran menjadi sumber bekalan minyak utama kepada negara-negara bersekutu. Ketika Perang Dunia Kedua, tentera bersekutu meminta agar Shah Reza menghalau keluar ahli teknikal Jerman tetapi permintaan ini ditolak beliau. Maka, tentera bersekutu melancarkan serangan ke atas Iran dan menyingkirkan Shah Reza dan melantik putera beliau, Shah Mohammad Reza menjadi pengganti Shah Iran. Namun begitu, Shah Mohammad hanyalah boneka Inggeris dalam pentadbiran Iran dan pemerintahan beliau bersifat autokratik dan dibenci rakyat Iran.
Revolusi Islam
Rencana utama: Revolusi Islam
Setelah berbulan lamanya protes dilancarkan terhadap pemerintahan kuku besi Shah Mohammad, pada 16 Januari, 1979 beliau terpaksa melarikan diri ke Mesir sekaligus menamatkan dinasti Pahlavi. Selepas itu, Iran terlibat dalam kancah domestik yang menyaksikan pertelingkahan antara penyokong revolusi Iran dan penyokong kerajaan sementara warisan Shah Mohammad yang dikepalai Dr. Shapour Bakhtiar. Apabila kembalinya Ayatollah Khomeini, pengasas revolusi Iran, beliau melantik Mehdi Bazargan sebagai perdana menteri baru Iran. Ini menyaksikan Iran terbahagi kepada dua, kerajaan revolusi dan kerajaan sementara Iran. Namun begitu, kerajaan sementara Iran kalah dalam persaingan merebut kuasa apabila pihak ketenteraan Iran mengisytiharkan neutral. Setelah itu, pungutan suara dibuat untuk menubuhkan sebuah kerajaan baru. Keputusannya, 98% rakyat Iran menyokong idea ini dan akhirnya terbentuklah Republik Islam Iran
Perang Iran Iraq
Pada 22 September 1980, Iraq mencerobohi Iran bagi menawan wilayah-wilayah yang dituntut Iraq. Pada mulanya, tentera Iraq berjaya mara ke wilayah-wilayah Iran tetapi mereka kemudiannya berjaya disekat oleh tentera Iran dan akhirnya perang ini menjadi Perang Perlumpuhan dimana kedua-dua belah pihak cuba melumpuhkan lawannya dengan serangan berterusan tanpa henti. Iran walau bagaimanapun berjaya menawan semula wilayah-wilayah mereka. Peperangan ini berterusan sehingga 20 Ogos 1988 manakala tawanan perang terakhir berjaya dibawa pulang semula pada tahun 2003.
Peperangan ini menyaksikan penggunaan senjata kimia oleh tentera Iraq menyebabkan ramai tentera dan penduduk awam Iran terkorban. Jumlah korbannya dianggarkan setengah juta hingga satu juta dan menjadikan Iran mangsa korban senjata kimia kedua terbesar dalam sejarah manusia (selepas Jepun). |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
masa zaman parsi dulu mereka perang ngan sparta dan seluruh greece ekk..
mereka nak takluk seluruh eropah..
tapi zaman tu bukan zaman islam lagi la kot..
erkk...
aku nengok citer 300, sparta lwn ngan persian..
battle of thermopylae thn 480 bc.
citer tu mungkin banyak ubah fakta... |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
tapi sejarah jugak telah membuktikan Israel dan Amerika juga pernah menjadi sekutu kuat Iran pada masa lalu semasa pemerintahan Shah Iran....... Iran pernah bekerjasama dgn Israel dlm membangunkan peluru berpandu yg dikenali sbg 'Jericho' dan Amerika membekalkan senjata dan teknologi nuklearnya pada Iran di loji Busher tapi terhenti setelah kejatuhan Shah Iran........ Kalau la tunggu lamma sikit sblm gulinggkan Shah Iran, sure Iran dah jadi kuasa nuklear dah..... Tomcat satu-satunya pesawat terhebat dlm USN yg tak dijual pada mana2 negara tetapi dpt dimiliki oleh Iran menunjukkan bertapa istemewanya Iran kpd US masa itu..... |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Reply #4 jofizo's post
Ye bener....sama juga dengan Iraq...Iraq boleh built up army dia giler zaman arwah Saddam dengan sokongan AMerika jugak....
Dan senjata buatan Iran tu...ye memang cop Made In Iran tapi teknologi dia Made In Russia' |
|
|
|
|
|
|
akmala This user has been deleted
|
Untuk saat ini, iran termasuk negara yang 'berbahaya' bagi AS, dan bisa jadi ganjalan bagi program AS-Zion |
|
|
|
|
|
|
|
Iran power kerana Syiah, Malaysia lemah kerana Sunnah |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #7 zenslack's post
malaysia lemah psl kurang kesedaran agama di kalangan rakyat..sebab tu kita tewas dalam psychological warfare..lg satu, kita kurang budget dan technology utk senjata..kita belum lagi pakar wat reverse engineering |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by zenslack at 30-5-2007 10:37 PM
Iran power kerana Syiah, Malaysia lemah kerana Sunnah
pastu tu tiap2 tahun u rakyat malaysia kan memukul diri mcm rakyat fahaman syiah kat iran buat tu kan?..... |
|
|
|
|
|
|
|
HMM...menarik..... kalaulah malaysia leh wat senjata lagi hebat dari iran kan bagus....leh lawan US....yg bangang tuh...:@ :@ |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by berg81 at 30-5-2007 09:40 AM
[img]Iran juga adalah satu2nya negara arab yg berani secara terbuka membantu saudara Palestine dgn kelengkapan senjata dan kewangan. Iran juga telah membantu tentera Hizbullah dlm peperangannya dgn Israel di Lubnan.
sejak bila pulak Iran jadi negara Arab.fakta biar betul lain kali bro |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by zenslack at 30-5-2007 10:37 PM
Iran power kerana Syiah, Malaysia lemah kerana Sunnah
betul ke malaysia lemah? terutama klu compare dgn iran?
expect the unexpected, bro ...
[ Last edited by junkredish at 2-6-2007 11:21 AM ] |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #12 junkredish's post
Ada mata pandang, ada telinga dengar, ada otak fikir. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #11 ChildrenOfBodom's post
iran kan bermusuh ngan arab...
us geram giler ngan iraq ngan iraq sbb curi teknologi diorg...
us tuh kene tipu ngan iraq ngan iran..
itu yg diorg tak puas hati tuh..
kira lawan tokeh tuh..
malaysia..kekuatan tentera malaysia masih rahsia beb..
maner bleh kasi tau...
jiran2 kan byk update senjata..
biar diorg kecoh..
kita diam2 dahler.. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
teringat aku kisah sorg sahabat rasullulah saw..salman al farisi..dia ni org parsi...(idea yg bijak) dia lah yg cadangkan nabi agar bina parit disekiling agar puak kapir harbi takleh serang...nama perang tu aku lupa plak..perang khandaq kot... |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
iran bukan orang arab tapi orang parsi occey |
|
|
|
|
|
|
|
bro....
orang parsi buakn orang arab bro...bangsa diorang lain.....macam melayu dengan arab jugak...even islam..tapi bangsa lain.....
satu lagik..bahasa arab dengan parsi jauh beza......satu lagik,satu satunya negara yang ada persamaan bangsa ialah turki dan pakistan..tapi kebanyakan orang pakistan dan kacuk dengan arab dan india/punjab... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #14 remizati's post
Errr bila masa Iraq curi teknologi? teknologi apa?
pasal tentera Malaysia tu...nak aku listkan inventori kita? |
|
|
|
|
|
|
silvermuse This user has been deleted
|
Reply #18 alphawolf's post
eh bro.ko ada inventori tentera kita ke.try la list ble tgk |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #18 alphawolf's post
maksud aku pemindahan teknologi ketenteraan...kan iraq sekutu amerika masa perang iran-iraq dulu...pembekal utamanya USA ler....list nyer..nak tgk ... |
|
|
|
|
|
|
| |
|