View: 7468|Reply: 1
|
[Jenayah]
Demi secebis konten, kan dah kena dek!
[Copy link]
|
|
Edited by maklukpenggoda at 19-12-2024 07:12 AM
KUALA LUMPUR: Polis menahan pemilik akaun TikTok bagi membantu siasatan berhubung kandungan berunsur penghinaan terhadap Yang di-Pertuan Agong, Pemangku Sultan Johor dan Perdana Menteri yang dimuat naik di akaun berkenaan.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain, berkata penahanan dibuat susulan laporan dibuat pegawai Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) berkaitan kandungan yang dimuat naik.
"Semalam pada jam 4.30 petang pengadu melihat satu kenyataan yang dimuat naik pemilik akaun @ryanwong_5845 di aplikasi TikTok.
"Kandungan berkenaan mengeluarkan kenyataan bersifat jelik yang dipercayai dengan niat untuk menyakitkan hati, memperlekeh dan menghina Institusi Diraja bagi membangkitkan kebencian serta provokasi terhadap Institusi Diraja yang berpotensi mengganggu-gugat keselamatan awam dan keharmonian negara," katanya ketika dihubungi, hari ini.
Menurutnya, polis turut merampas satu telefon pintar jenis Galaxy Z Flip5.
"Kes disiasat mengikut Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948 dan Seksyen 233 Akta Komunikasi Dan Multimedia 1998.
"Siasatan masih diteruskan dan perkembangan kes akan dimaklumkan dari semasa ke semasa," katanya.
BH
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
| |
|