CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 40510|Reply: 83

SEJARAH KELUARGA RASULULLAH SELEPAS BAGINDA WAFAT

[Copy link]
Post time 6-6-2007 02:12 PM | Show all posts |Read mode
Salam...

Selepas kewafatan Rasulullah, kerajaan Islam ketika itu diperintah pula oleh Khalifah Ar-Rasyidin. Seperti yg kita ketahui Khalifah yg keempat adalah Sayyidina Ali bin Abi Talib yang berkahwin dengan puteri Rasulullah iaitu Saidatina Fatimah Az-Zahra.

kemudian, keturunan selepasnya ramai yg kita tidak ketahui.

Kenapa juga keluarga Rasulullah ini berpindah ke Iraq? Adakah diusir oleh pemerintah kerajaan di Mekah ketika itu?Kenapa pula diusir?

Bolehkah sesiapa tahu tentang sejarah kerajaan Islam dan juga keluarga Rasulullah boleh la diceritakan di sini supaya kita tahu perjalanan sebenar sejarah ini.

Adakah susur galur keturunan Rasulullah sama dengan Imam 12 yg didakwa oleh Puak Syiah?

..dan di manakah keturunan Rasulullah sekarang?terdengar juga keturunan Rasulullah yang menjaga pintu Kaabah sekarang..benar atau tidak?

sama-sama lah kita berkongsi cerita/sejarah ini di sini..

[ Last edited by  cak! at 6-6-2007 02:15 PM ]

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-6-2007 08:11 PM | Show all posts
setahu aku... raja2 di negeri Perak, Pahang dan Terengganu berasal dari keturunan Rasulullah....itu sebabnya bendera di negeri tersebut mempunyai warna hitam...setahu aku warna bendera Rasulullah ialah hitam..... keturunan Rasulullah telah banyaak merantau ke alam melayu....itulah suatu hari nanti imam mahadi akan muncul dr alam melayu....
sherif @ pebjaga pintu kaabah setahu aku bukan berasal dr keturunan Rasulullah... tp kalau tak silap sebelah paman Baginda.....

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 7-6-2007 07:01 PM | Show all posts
Originally posted by irmamanggis at 6-6-2007 08:11 PM
setahu aku... raja2 di negeri Perak, Pahang dan Terengganu berasal dari keturunan Rasulullah....itu sebabnya bendera di negeri tersebut mempunyai warna hitam...setahu aku warna bendera Rasulullah ...

???raja perak,pahang dan terengganu keturunan rasulullah??sesetengah sikap "tengku tengku" dari keturunan raja raja tersebut (yang kononnya keturunan rasulullah) nih boleh aku katakan rakyat biasa punya sikap lagik bagus dari mereka....berlagak kaya,angkuh dengan kedudukan dan keturunan mereka.....ini dikatakan keturunan rasulullah???jangan nak merepek la.....hanya ALLAH taala yang maha mengetahui dimana keturunan rasulullah yang sebenarnya...

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 7-6-2007 08:02 PM | Show all posts
...apa nk heran tengku2 raja melayu.....kerabat raja saudi.....bangsawan2 arab pun dogol gak prangai mrk. Expatriate2 arab kat KL ni.....pergghh....standard yuppie melayu gak.....
Reply

Use magic Report

Post time 8-6-2007 12:03 AM | Show all posts
itu yang aku baca la.... ader satu kisah zaman nabi nuh a.s..... kita tau nabi nuh nie mmg warak dsb... anak dia mana ikut mcm dia..... iman seorang ayah mana bleh turun kepada anak dia.... kekadang tue... pak imam masjid tp anak macam hantu... bleh explain tak... sama la mcm yg sy cakap.... walaupun keturunan rasulullah tak semestinya semua anak cucu baginda mempunyai perangai dan peribadi yang sebijik dengan rasulullah selain imam mahdi (nie dr keturunan baginda gak)...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-6-2007 12:11 PM | Show all posts
Islam bermula pada tahun 622 apabila wahyu pertama diturunkan kepada rasul yang terakhir iaitu Muhammad bin Abdullah di Gua Hira', Arab Saudi. Sejarah Islam menceritakan perkembangan Islam sehinggalah sekarang.

Pengenalan
Islam muncul di Semenanjung Arab pada kurun ke-7 masihi apabila Nabi Muhammad s.a.w. mendapat wahyu daripada Allah s.w.t. Selepas wafatnya Rasullullah s.a.w. kerajaan Islam berkembang sejauh Lautan Atlantik di Barat dan Asia Tengah di Timur. Lama-kelamaan umat Islam berpecah dan terdapat banyak kerajaan-kerajaan Islam lain yang muncul.

Walau bagaimanapun, kemunculan kerajaan-kerajaan Islam seperti kerajaan Umaiyyah, kerajaan Abbasiyyah, kerajaan Turki Seljuk, kerajaan Turki Uthmaniyyah, Empayar Moghul India, dan Kesultanan Melaka telah menjadi antara empayar yang terkuat dan terbesar di dunia. Tempat pembelajaran ilmu yang hebat telah mewujudkan satu Tamadun Islam yang agung. Banyak ahli-ahli sains, ahli-ahli falsafah dan sebagainya muncul dari negeri-negeri Islam terutamanya pada Zaman Keemasan Islam.

Pada kurun ke-18 dan ke-19 masihi, banyak kawasan-kawasan Islam jatuh ke tangan penjajah Eropah. Selepas Perang Dunia I, Empayar Turki Uthmaniyyah iaitu empayar Islam terakhir tumbang menyembah bumi.


Nabi Muhammad s.a.w.
Untuk melihat dengan lebih lanjut mengenai topik ini, sila lihat Nabi Muhammad s.a.w.
Semenanjung Arab sebelum kedatangan Islam merupakan sebuah kawasan yang tidak maju. Kebanyakkan orang Arab merupakan penyembah berhala dan ada sesetengahnya merupakan pengikut agama Kristian dan Yahudi. Mekah ialah tempat suci bagi bangsa Arab ketika itu kerana di situ terdapatnya berhala-berhala agama mereka dan juga terdapat Telaga Zamzam dan yang paling penting sekali Kaabah.

Nabi Muhammad s.a.w. dilahirkan di Mekah dalam Tahun Gajah (570 atau 571 masihi). Baginda merupakan seorang anak yatim lagi selepas ayahnya Abdullah dan emaknya Aminah meninggal dunia. Baginda dibesarkan oleh pakciknya iaitu Abu Talib. Baginda kemudiannya berkahwin dengan Siti Khadijah dan menjalani kehidupan yang selesa dan aman.

Namun demikian, ketika Nabi Muhammad s.a.w. berusia lebih kurang 40 tahun, baginda didatangi oleh Malaikat Jibril a.s. Selepas beberapa ketika baginda mengajar ajaran Islam secara tertutup kepada rakan-rakan terdekatnya dan seterusnya secara terbuka kepada seluruh penduduk Mekah.

Pada tahun 622 masihi, baginda dan pengikutnya berhijrah ke Madinah. Peristiwa ini dipanggil Hijrah. Semenjak daripada peristiwa itu bermulalah Kalendar Islam.

Mekah dan Madinah kemudiannya berperang. Nabi Muhammad s.a.w. memenangi banyak pertempuran walaupun ada di antaranya tentera Islam tewas. Lama kelamaan orang-orang Islam menjadi kuat dan berjaya membuka Kota Mekah. Selepas kewafatan Nabi Muhammad s.a.w., seluruh Semenanjung Arab di bawah penguasaan orang Islam.


Perkembangan Islam

Semenanjung Arab selepas kewafatan Nabi Muhammad s.a.w.Secara umumnya Sejarah Islam selepas kewafatan Nabi Muhammad s.a.w. telah berkembang secara serius diseluruh dunia. Kerajaan Bani Ummaiyyah, Kerajaan Bani Abbasiyyah, dan Empayar Turki Uthmaniyyah boleh dikatakan penyambung kekuatan Islam selepas pemerintahan Khulafa al-Rasyidin.

[ Last edited by  cak! at 8-6-2007 12:12 PM ]
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 8-6-2007 12:15 PM | Show all posts
Khulafa al-Rasyidun

632M- Kewafatan Nabi Muhammad s.a.w. Saidina Abu Bakar dilantik menjadi khalifah. Usamah mengetuai ekspedisi ke Syria. Kempen menentang kumpulan Murtad iaitu Bani Tamim dan Musailimah.
633M- Pengumpulan Al Quran bermula.
634M- Kewafatan Saidina Abu Bakar. Saidina Umar Al-Khatab dilantik menjadi khalifah. Penaklukan Damsyik dan seterusnya kempen meluaskan jajahan Islam di Tanah Parsi
635M- Penawanan Madain.
636M- Penaklukan Syria, Mesopotamia, dan Palestin.
637M- Mesir ditawan.
638M- Penawanan Baitulmuqaddis oleh tentera Islam.
640M- Kerajaan Islam Madinah mula membuat duit syiling Islam.
644M- Saidina Umar mati syahid akibat dibunuh. Saidina Uthman Affan menjadi khalifah.
645M- Kempen di Afrika Utara. Cyprus ditakluk.
646M- Kempen menentang Byzantine.
647M- Angkatan Tentera Laut Islam ditubuhkan & diketuai oleh Muawiyah Abu Sufyan. Perang di laut menentang angkatan laut Byzantine. Empayar Parsi ditumpaskan.
648M- Pemberontakan menentang pemerintahan Saidina Uthman.
656M- Saidina Uthman wafat akibat dibunuh. Saidina Ali Abi Talib dilantik menjadi khalifah. Terjadinya Perang Jamal.
657M- Saidina Ali memindahkan pusat pemerintahan daripada Madinah ke Kufah. Perang Siffin meletus.
659M- Saidina Ali menawan kembali Hijaz dan Yaman daripada Muawiyah. Muawiyah mengisytiharkan dirinya sebagai khalifah Damsyik.
661M- Saidina Ali wafat dibunuh. Tamatnya pemerintahan Khulafa al-Rasyidin. Muawiyah mengasaskan Kerajaan Bani Ummaiyyah.



Kerajaan Bani Ummaiyyah


661M- Muawiyah menjadi khalifah dan mengasaskan Kerajaan Bani Ummaiyyah.
670M- Mara ke Afrika Utara. Penaklukan Kabul.
677M- Penawanan Samarkand dan Tirmiz. Serangan ke atas Constantinople.
680M- Kematian Muawiyah. Yazid I menaiki takhta. Peristiwa pembunuhan Saidina Hussein.
685M- Khalifah Abdul Malik menjadikan Bahasa Arab sebagai bahasa rasmi kerajaan.
700M- Kempen menentang kaum Barbar di Afrika Utara.
711M- Penaklukan Sepanyol, Sind, dan Transoxiana.
712M- Tentera Ummaiyyah mara ke Sepanyol, Sind, dan Transoxiana.
713M- Penaklukan Multan.
716M- Serangan ke atas Constantinople.
717M- Umar bin Abdul Aziz menjadi khalifah. Pembaharuan yang hebat dijalankan.
725M- Tentera Islam menawan Nimes di Perancis.
749M- Kekalahan tentera Ummaiyyah di Kufah, Iraq ditangan tentera Abbasiyyah.
750M- Damsyik ditawan oleh tentera Abbasiyyah. Kejatuhan Kerajaan Bani Ummaiyyah.



Kerajaan Bani Abbasiyyah


752M- Bermulanya Kerajaan Bani Abbasiyyah.
755M- Pemberontakan Abdullah bin Ali. Pembunuhan Abu Muslim.
756M- Abd ar-Rahman I mengasaskan Kerajaan Bani Ummaiyyah Sepanyol.
763M- Penubuhan kota Baghdad. Kekalahan tentera Abbasiyyah di Sepanyol.
786M- Harun al-Rashid menjadi Khalifah.
792M- Serangan ke atas selatan Perancis.
800M- Kaedah sainstifik dicipta. Algebra dicipta oleh Al-Khawarizmi.
805M- Kempen menentang Byzantine. Penawanan Pulau Rhodes dan Cyprus.
809M- Kewafatan Harun al-Rashid. Al-Amin dilantik menjadi khalifah.
814M- Perang saudara di antara Al-Amin dan Al-Ma'mun. Al-Amin terbunuh dan Al-Ma'mun menjadi khalifah.
1000M- Masjid Besar Cordoba siap dibina.
1005M- Multan dan Ghur ditawan.
1055M- Baghdad ditawan oleh tentera Turki Seljuk. Pemerintahan Abbasiyyah-Seljuk bermula, yang kekal sehingga tahun 1258 apabila tentera Mongol memusnahkan Baghdad.
1085M- Tentera Kristian tawan Toledo (di Sepanyol).
1091M- Bangsa Norman tawan Sicily, pemerintahan Muslim di sana tamat.
1095M- Perang Salib pertama berlaku.
1099M- Tentera Salib tawan Baitulmuqaddis. Mereka membunuh semua penduduknya.
1144M- Nuruddin Zengi tawan Edessa daripada tentera Kristian. Perang Salib kedua berlaku.
1187M- Salahuddin Al-Ayubbi tawan Baitulmuqaddis daripada tentera Salib. Perang Salib ketiga berlaku.
1194M- Tentera Muslim menawan Delhi, India.
1236M- Tentera Kristian tawan Cordoba (di Sepanyol).
1258M- Tentera Mongol menyerang dan memusnahkan Baghdad. Ribuan penduduk terbunuh.Kejatuhan Baghdad. Tamatnya pemerintahan Kerajaan Bani Abbasiyyah-Seljuk.
1260M- Kebangkitan Islam. Kerajaan Bani Mamluk di Mesir (merupakan pertahanan Islam yang ketiga terakhir selepas Makkah & Madinah) pimpinan Sultan Saifuddin Mahmud Al-Qutuz menewaskan tentera Mongol di dalam pertempuran di Ain Jalut.



Empayar Turki Uthmaniyyah


1243M- Bangsa Turki yang hidup secara nomad menetap secara tetap di Asia Kecil.
1299M- Sebuah wilayah pemerintahan kecil Turki di bawah Turki Seljuk ditubuhkan di barat Anatolia.
1301M- Osman I mengisytiharkan dirinya sebagai sultan. Tertubuhnya Empayar Turki Uthmaniyyah.
1345M- Turki Seljuk menyeberangi Selat Bosporus.
1389M- Tentera Uthmaniyyah menewaskan tentera Serb di Kosovo.
1402M- Timurlane, Raja Tartar (Mongol) menumpaskan tentera Uthmaniyyah di Ankara.
1451M- Sultan Muhammad al-Fatih menjadi pemerintah.
1453M- Constantinople ditawan oleh tentera Islam pimpinan Sultan Muhammad Al Fatih. Berakhirnya Empayar Byzantine.
1520M- Sultan Sulaiman al-Qanuni dilantik menjadi sultan.
1526M- Perang Mohacs
1529M- Serangan dan kepungan ke atas Vienna.
1571M- Perang Lepanto berlaku.
1641M- Pemerintahan Sultan Muhammad IV
1683M- Serangan dan kepungan ke atas Vienna buat kali kedua.
1687M- Sultan Muhammad IV meninggal dunia.
1703M- Pembaharuan kebudayaan di bawah Sultan Ahmed III.
1774M- Perjanjian Kucuk Kaynarca.
1792M- Perjanjian Jassy.
1793M- Sultan Selim III mengumumkan "Pentadbiran Baru".
1798M- Napoleon cuba untuk menawan Mesir.
1804M- Pemberontakan dan kebangkitan bangsa Serbia pertama.
1815M- Pemberontakan dan kebangkitan bangsa Serbia kedua.
1822M- Bermulanya perang kemerdekaan Greece.
1826M- Pembunuhan beramai-ramai tentera elit Janissari. Kekalahan tentera laut Uthmaniyyah di Navarino.
1829M- Perjanjian Adrianople.
1830M- Berakhirnya perang kemerdekaan Greece.
1841M- Konvensyen Selat.
1853M- Bermulanya Perang Crimea.
1856M- Berakhirnya Perang Crimea.
1876M- Perlembagaan Uthmaniyyah diluluskan.
1878M- Kongres Berlin. Serbia dan Montenegro diberi kemerdekaan. Bulgaria diberi kuasa autonomi.
1908M- Jawatankuasa Perpaduan dan Kemajuan atau lebih dikenali sebagai Turki Muda ditubuhkan. Perlembagaan Uthmaniyyah dikembalikan. Austria menyerang Bosnia dan Herzegovina.
1912M- Perang Balkan pertama.
1913M- Perang Balkan kedua.
1914M- Empayar Uthmaniyyah memasuki Perang Dunia I sebagai sekutu kuasa tengah.
1919M- Mustafa Kemal Atat黵k mendarat di Samsun.
1923M- Sistem kesultanan dihapuskan. Turki diisytiharkan sebagai sebuah Republik.
1924M- Pejabat khalifah dihapuskan. Tamatnya pemerintahan Empayar Turki Uthmaniyyah.

[ Last edited by  cak! at 8-6-2007 12:17 PM ]

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-6-2007 12:26 PM | Show all posts

Perang jamal

Perang Jamal atau Perang Unta berlaku pada 11 Jamadilakhir 36H atau Disember 657M yang mengambil masa tidak sampai sehari. Kemenangan berpihak kepada Khalifah Ali. Peperangan tersebut berlaku Ali menggantikan semua pegawai kerajaan yang merupakan keluarga Uthman bin Affan iaitu Bani Umaiyyah kepada mereka yang cekap dan adil. Ali yang dikenal dengan keadilannya juga mencabut undang-undang yang diskriminatif dan memutuskan untuk membatalkan segala konsesi yang sebelumnya diberikan kepada orang-orang Muhajirin dan menyamaratakan hak umat atas kekayaan baitul mal. Disamping itu, pihak keluarga Bani Umaiyyah menggunakan alasan kemangkatan Khalifah Uthman sebagai alasan untuk menentang pemerintahan Ali.

Hal tersebut mendapat tentangan dari orang yang selama bertahun-tahun menikmati keistimewaan yang dibuat oleh khalifah sebelumnya. Ketidakpuasan itu kian meningkat sampai akhirnya mendorong sekelompok orang untuk menyusun kekuatan untuk melawan beliau. Thalhah, Zubair dan Aisyah berhasil mngumpulkan pasukan yang cukup besar di Basrah untuk bertempur melawan khalifah Ali bin Abi Thalib.

Mendengar adanya pemberontakan itu, Ali turut mengerahkan pasukannya. Kedua pasukan saling berhadapan. Ali terus berusaha membujuk Thalhah dan Zubair agar mengurungkan rencana berperang. Beliau mengingatkan keduanya akan hari-hari manis saat bersama Rasulullah S.A.W dan berperang melawan pasukan kafir.

Walaupun ada riwayat yang menyebutkan bahawa imbauan Ali itu tidak berhasil menyedarkan kedua sahabat Nabi itu, tetapi sebahagian sejarawan menceritakan bahawa ketika Thalhah dan Zubair mendengar teguran Ali, bergegas meninggalkan medan perang.

Perang tak dapat dihindarkan. Ribuan nyawa melayang sia-sia, hanya kerana ketidakpuasan hati sebahagian orang terhadap keadilan yang ditegakkan oleh Ali. Pasukan Ali berhasil mengalahkan pasukan yang dikepalai Aisyah, yang ketika itu menunggang unta. Perang Jamal atau Perang Unta berakhir setelah unta yang dinaiki oleh Aisyah tertusuk tombak dan jatuh terkapar.

Sebagai khalifah yang bijak, Ali memaafkan mereka yang sebelum ini menghunus pedang untuk memeranginya. Aisyah juga dikirim kembali ke Madinah dengan dikawal oleh sepasukan wanita bersenjata lengkap. Fitnah pertama yang terjadi pada masa kekhalifahan Ali berjaya dipadamkan. Namun masih ada kelompok-kelompok lain yang menghunus pedang melawan Ali yang oleh Rasulullah SAW disebut sebagai poros kebenaran.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 8-6-2007 12:28 PM | Show all posts

Perang Siffin

Perang Siffin merupakan pemberontakan yang diketuai oleh Muawiyah bin Abu Sufyan ke atas Ali bin Abi Talib.

Setelah Perang Jamal berakhir, Amirul Mukminin Ali bin Abi Talib menghantar utusan kepada Muawiyah meminta beliau berbai`ah kepada dirinya. Muawiyah menolak, sebaliknya mengulangi tuntutannya agar Amirul Mukminin Ali mengambil tindakan ke atas para pembunuh Usman. Jika tidak, Muawiyah sendiri yang akan mengambil tindakan. Mendengar jawapan yang sedemikian, Amirul Mukminin Ali menyiapkan pasukannya dan mula bergerak ke arah Syam. Senario ini menyebabkan Muawiyah juga mempersiapkan pasukannya dan mula bergerak ke arah Kufah. Akhirnya kedua-dua pasukan ini bertemu di satu tempat yang bernama Siffin dan bermulalah peperangan yang dikenali dengan Perang Siffin.

Walau bagaimanapun, para pengkaji berbeza pendapat, kenapakah Amirul Mukminin Ali mempersiapkan pasukannya ke arah Syam? Persoalan ini masih memerlukan penelitian yang mendalam dengan mengambil kira faktor-faktor luaran dan dalaman yang wujud pada ketika itu. Hal ini demikian kerana Amirul Mukminin Ali tidak akan mengambil apa-apa tindakan melainkan ia adalah untuk kemaslahatan umat Islam seluruhnya.

Satu peristiwa menarik mengenai peperangan ini adalah walaupun tentera Ali bin Abi Talib hampir mencapai kemenangan, tetapi oleh sebab pihak lawan mengangkat al-Quran, beliau menghentikan peperangan tersebut dan memulakan proses perundingan.

Proses rundingan berlangsung di mana pihak Ali diwakili oleh Abu Musa As-Sya'ari & di pihak Muawiyah pula diwakili oleh Amru ibn Al As
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-6-2007 03:35 PM | Show all posts

Rujukan yg boleh menerangkan keturunan Rasulullah..

perpecahan Syi'ah
Imamiyyah bermula dari masalah  siapa  yang  berhak  menjadi
imam sesudah Husain wafat? Menurut sekte ini karena saat itu
dapat dikatakan dalam keadaan darurat, maka mereka memandang
sah  pengangkatan  'Ali  ibn  Husain  yang  dijuluki  dengan
Zainal-'Abidin,27  sekalipun  ia  belum  dewasa.  Imam   ini
selamanya  tinggal di Madinah sampai wafatnya di tahun 94 H,
dan ia pun tidak pernah mengadakan aksi  kekerasan  terhadap
penguasa  Bani  Umayyah.  Sekte  ini sesudah 'Ali ibn Husain
wafat, enggan mengakui Zaid ibn 'Ali  sebagai  Imam,  tetapi
mengangkat  saudaranya  Muhammad al-Baqir. Dalam usia 19, ia
menduduki jabatan imam tersebut di akhir  masa  pemerintahan
al-Walid,  namun  ia  tetap  tinggal  di Madinah sebagaimana
ayahnya.28 Sepeninggal al-Baqir, jabatan imam dipegang  oleh
puteranya,  Ja'far  as-Sadiq.  Silsilah imam ini, dari jalur
ayahnya sampai kepada Nabi;  sedangkan  dari  jalur  ibunya,
Ummu Farwah, sampai kepada Abu Bakr as.-Siddiq. Ketenarannya
sebagai guru dan pemikir  besar  di  zamannya,  diakui  oleh
semua pihak yang mengenal kemasyhurannya, terutama di bidang
ilmu fiqh dan hadis.

Sejumlah  muridnya  telah  memberikan  andil   besar   dalam
memajukan Ilmu Fiqh dan Ilmu Kalam, sepeffi: Abu Hanifah dan
Anas ibn Malik. Menurut riwayat lain juga terdapat nama-nama
seperti  Wasil  ibn  'Ata  yang  dikenal  sebagai  tokoh dan
pendiri Mu'tazilah, dan Jabir ibn Hayyan sebagai ahli  kimia
yang  masyhur.  Karena  kemasyhurannya  itu,  beberapa tokoh
Syi'ah abad  modern  seperti  Syarafuddin  al-Mu-sawi,  'Ali
Syariati  dan  lain  sebagainya , menunjukkan klaim terhadap
ummat Islam non Syi 'ah supaya mereka mengakui dan  menerima
pikiran-pikiran  hasil  ijtihad Imam Ja'far as-Sadiq sebagai
mazhab ke-5 dalam Islam, namun demikian,  karya-karya  besar
Imam   ini,   di  perguruan  tinggi  Timur  Tengah,  seperti
Universitas al-Azhar di Mesir, telah dijadikan bidang  studi
sendiri dalam Ilmu Fiqh.

'Ulama'   besar  dari  kalangan  Ahlul-Bait  ini  menyatakan
berlepas tangan dari segala kebohongan dan kebodohan  ucapan
serta  tindakan  kaum  Syi'ah  Rafidah yang dihubungkan pada
dirinya,   seperti   ucapan   mereka   tentang:   al-Gaibah,
ar-Raj'ah,  al-Bada',  Tanasukh,  Hulul, dan at-Tasybih atau
penyerupaan  Tuhan  dengan  manusia.  Penolakannya  terhadap
kebid'ahan-kebid'ahan  kaum  Syi'ah  dinyatakan dengan tegas
sebagai berikut:

"Semoga Allah mengutuk mereka  (kaum  Syi'ah),  sesungguhnya
kami  tidak membiarkan para pendusta yang senantiasa membuat
kedustaan atas nama kami. Maka  cukuplah  bagi  kami,  Allah
sebagai  pengaman dari semua para pendusta. Dan semoga Allah
menyangatkan panasnya siksa pada diri mereka."2929

Dari uraian diatas, nyatalah  bahwa  tokoh-tokoh  Ahlul-Bait
yang  diangkat  sebagai  Imam oleh kaum Syi'ah, pada umumnya
tinggal di Madinah dan mereka  jauh  dari  para  pengikutnya
yang  bertebaran di berbagai negeri. Tampaknya tidak seorang
pun di antara para Imam  itu  yang  menyimpang  dari  ajaran
Islam,  dan  bahkan  mereka tidak suka menyerang pribadi Abu
Bakr atau 'Umar, malahan mereka menghormatinya. Oleh  karena
itu,  sikap  para  Imam yang lurus dan tegas terhadap segala
penyelewengan para pengikutnya, dapat diduga  sebagai  salah
satu  faktor  yang  menambah  kejengkelan mereka dan sebagai
reaksinya, kaum Syi'ah tidak segan-segan mencatut nama  baik
imam-imam  mereka  untuk  menguatkan  pendirian  atau  paham
masing-masing. Tidak mustahil,  jika  kaum  Syi'ah  kemudian
mendirikan   sub-sub  sekte  yang  ekstrem  dengan  menyerap
ajaran-ajaran  non-Islam   dan   kemudian   mereka   membuat
cerita-cerita  fiksi  tentang  kehebatan  dan  keluarbiasaan
imam-imam mereka.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-6-2007 05:36 PM | Show all posts
Perkembangan Ahlul Bait

Setelah wafatnya Muhammad

Berkembangnya Ahlul-Bait walaupun sepanjang sejarah kekuasaan Bani Umayyah dan Bani Abbasiyah mengalami penindasan luar biasa, adalah berkah dari do抋 Muhammad kepada mempelai pengantin Fatimah putri beliau dan Ali di dalam pernikahan yang sangat sederhana.

Doa Nabi SAW adalah,擲emoga Allah memberkahi kalian berdua, memberkahi apa yang ada pada kalian berdua, membuat kalian berbahagia dan mengeluarkan dari kalian keturunan yang banyak dan baik擺/i] Setelah mengalami titik noda paling kelam dalam sejarah Bani Umayyah, dimana cucu Nabi SAW, al-Husain bersama keluarga dibantai di Karbala, pemerintahan berikutnya dari Bani Abbasiyah yang sebetulnya masih kerabat (diturunkan melalui Abbas bin Abdul-Muththalib) tampaknya juga tak mau kalah dalam membantai keturunan Nabi SAW yang saat itu sudah berkembang banyak baik melalui jalur Ali Zainal Abidin satu-satunya putra Husain bin Ali yang selamat dari pembantaian di Karbala, juga melalui jalur putra-putra Hasan bin Ali.

Setelah berakhirnya Bani Abbasiyah

[Perkembangan di berbagai negara

Menurut berbagai penelaahan sejarah, keturunan Hasan bin Ali banyak yang selamat dengan melarikan diri ke arah Barat hingga mencapai Maroko. Sampai sekarang, keluarga kerajaan Maroko mengklaim keturunan dari Hasan melalui cucu beliau Idris bin Abdullah, karena itu keluarga mereka dinamakan dinasti Idrissiyyah.[6] Selain itu pula, ulama-ulama besar seperti Syekh Abu Hasan Syadzili Maroko (pendiri Tarekat Syadziliyah) yang nasabnya sampai kepada Hasan melalui cucunya Isa bin Muhammad.

Mesir dan Iraq adalah negeri yang ulama Ahlul Baitnya banyak dari keturunan Hasan dan Husain. Abdul Qadir Jailani seorang ulama yang dianggap sebagai Sufi terbesar dengan julukan 慚awar kota Baghdad
Reply

Use magic Report

Post time 19-5-2010 10:20 AM | Show all posts
nak lagi.....
Reply

Use magic Report

Post time 19-5-2010 05:45 PM | Show all posts
ade sebuah buku yg aq pernh baca dulu..
buku tu ade crite serba sedikit tentang perjalann hidup cucu rasulullah yakni hassan dan hussin..
dlm buku tu ada juga kisah kn tentang keturunan2 raja2 dahulu...
biler anda bace buku tu, anda dpt jwb persoalan2 begini..

kenapa owg arab banyak yg xmacam dulu2, zamn baginda dulu2 baik2 belaka...
kenapa sultan2 skarang xmacam sultan dulu2..sultan/raja dulu2 hebat2 belaka dan arif dalam bab2 agama dan pnyai kefahaman yg tinggi tentang islam...
kenapa d perak kedah ada makam2 sultan kita yg batu2 nisan nya macam d aceh..
kenapa aceh itu dulu di kata kan sebagai serambi mekah..
kenapa para2 wali2 atau yg arif ttg agama atau ilmu2 ghaip itu byk wujud d sumatra indonesia..

jwapan nya ade d dlm buku yg bernama...
BERPETUALANG KE ACEH
ade 3buah buku tu....
Reply

Use magic Report

Post time 19-5-2010 10:41 PM | Show all posts
Reply 13# cozack


    rumuskan la kat sini
Reply

Use magic Report

Post time 20-5-2010 12:11 AM | Show all posts
ehehehehe better bace sndiri kot...nak taip pnjg2 xde masa la.. sorry ya
Reply

Use magic Report

Post time 20-5-2010 07:59 AM | Show all posts
Kalau nak berkira....sebenarnya tiada keturunan Rasulullah hari ini.....at least direct descendants sebab tiada zuriat lelaki Baginda yang ada zuriat mereka masing-masing.....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-5-2010 11:25 AM | Show all posts
Post Last Edit by sayapghaib at 20-5-2010 11:30
Kalau nak berkira....sebenarnya tiada keturunan Rasulullah hari ini.....at least direct descendants  ...
alphawolf Post at 20-5-2010 07:59



    Kira ikut adat Perpatih lah kot. .Ikut sebelah perempuan.Tapi maksud dari Hadith nabi yg menyatakan Al Mahdi itu dari keturunan ku bolehlah dikira keturunan disebelah perempuan pun tetap keturunan Rasulullah iaitu anak cucu baginda.Lagipun Baginda tidak mewariskan harta tetapi mewariskan Islam kepada seluruh umatnya.
Reply

Use magic Report

Post time 20-5-2010 11:55 AM | Show all posts
Benarkah keturunan Nabi telah diselerakkan di sebelah sini....yg aku tau org2 yahudi memang mencari keturunan Nabi....tak tau lah dari sumber mane dorang dpt utk mengesan, Imam Mahdi yg di maksudkan itu adalah dari keturunan Nabi sebelah anak perempuannya Fatimah....Keturunan Nabi ni agak misteri...Allah mempunyai perancangan yang maha hebat sehingga tidak ade seorang pon yang tahun di mane keturunan Nabi berada....aku yakin masih ade sehingga mereka sendiri tidak tahu mereka itu keturunan Rasulullah..

Dan wpon ko keturunan Rasulullah itu tak menjanjikan yg keturunannya masuk ke syurga, kerana nabi sendiri tidak pernah menjamin keturunan nya masuk syurga...hanya amalan yg menjadi pengukurnya...tidak mustahil keturunan nabi pon dah mcm setan sbb, syaitan hanya tidak boleh mengganggu nabi yg maksum...sedangkan keturunannya bukan maksum

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 20-5-2010 11:55 AM | Show all posts
Benarkah keturunan Nabi telah diselerakkan di sebelah sini....yg aku tau org2 yahudi memang mencari keturunan Nabi....tak tau lah dari sumber mane dorang dpt utk mengesan, Imam Mahdi yg di maksudkan itu adalah dari keturunan Nabi sebelah anak perempuannya Fatimah....Keturunan Nabi ni agak misteri...Allah mempunyai perancangan yang maha hebat sehingga tidak ade seorang pon yang tahun di mane keturunan Nabi berada....aku yakin masih ade sehingga mereka sendiri tidak tahu mereka itu keturunan Rasulullah..

Dan wpon ko keturunan Rasulullah itu tak menjanjikan yg keturunannya masuk ke syurga, kerana nabi sendiri tidak pernah menjamin keturunan nya masuk syurga...hanya amalan yg menjadi pengukurnya...tidak mustahil keturunan nabi pon dah mcm setan sbb, syaitan hanya tidak boleh mengganggu nabi yg maksum...sedangkan keturunannya bukan maksum
Reply

Use magic Report

Post time 20-5-2010 03:22 PM | Show all posts
Ahlul-Bat adalah dari keturunan Nabi Muhammad dari anak perempuannya, Fatimah Az-Zahra dan telah melahirkan Saidina Hasan dan Saidina Husin. Dari Saidina Hasan dan Husin inilah yang menyebarkan keturunan Rasullulah di seluruh pelusuk bumi ini. Termasuklah di Nusantara ini sendiri yang ramai ahlul-bayt.

Untuk pengetahuan korang Imam Mahdi/ Muhammad Abdullah adakah dari keturunan Saidina Hasan. Tapi syiah mengatakan Imam Mahdi mereka dari keturunan Saidina Husin dan Imam Mahdi mereka 'ghaib' dan bernama Muhammad bin Hasan Al-‘Askari berbeza dengan Imam Mahdi sebenar iaitu Muhammad Bin Abdullah sama seperti nama Rasullulah s.a.w.

Sebenarnya di nusantara ini ramai ahlul bayt ada yang sedia maklum mereka adalah ahlul bayt, contohnya yang menggunakan gelaran di pangkal nama mereka. Dan ada juga yang tidak mengetahui mereka itu adalah ahlul bayt kerana di'rahsia'kan oleh tok nenek mereka kerana mereka lah yang akan menjadi penggerak kebangkitan akhir zaman nanti.

Ahlul bayt dari keturunan Saidina Husin akan menggunakan gelaran di pangkal nama mereka seperti Syed, syeikh, syarifah, al-attas, al-idrus, al-jefri dan banyak lagi. Sedangkan ahlul bayt dari nasab saidina hasan seakan tidak ada di nusantara ini. Ini kerana adalah kerana beberapa sebab.. Antaranya, gelaran dibuang untuk tujuan keselamatan mereka, kerana dari nasab Saidina Hasan (cucu sulong Rasullulah s.a.w) akan melahirkan watak-watak utama akhir zaman seperti Imam Mahdi, PBT, Al-Harris Al-Harras dan lain-lain..

Wallahualam.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-12-2024 11:00 AM GMT+8 , Processed in 0.085933 second(s), 43 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list