CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 51818|Reply: 202

Kewujudan manusia di bawah bumi??

[Copy link]
silvermuse This user has been deleted
Post time 11-6-2007 04:07 PM | Show all posts |Read mode
Kajian mengenai kewujudan manusia di bawah bumi??Sejauh mana kebenaran nya

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


silvermuse This user has been deleted
 Author| Post time 11-6-2007 04:11 PM | Show all posts

Reply #1 silvermuse's post

Apakah yang anda faham mengenai planet bumi? Tentu ramai yang akan menjawab bahawa kerak bumi (tanah) sebenarnya adalah satu lapisan yang agak nipis dan ia berada di atas lahar-lahar yang amat panas. Dan kerak bumi ini sentiasa bergerak-gerak, menyebabkan terjadinya gempa bumi, tsunami, gunung-ganang dan gaung-gaung lautan. Itu adalah asas kefahaman ramai orang. Maka kalaulah ada orang yang berani menyatakan bahawa ada manusia yang hidup dalam bumi, tentulah ramai orang akan menolaknya mentah-mentah atas alasan bahawa bawah bumi amat panas dan tidak sesuai untuk didiami oleh manusia. Ini adalah sebab mereka gunakan teori bahawa bawah bumi ini amat panas.

Tapi benarkah bawah bumi ini amat panas? Adakah dengan adanya gunung-gunung berapi dan geysers serta kolam-kolam air panas maka manusia buat keputusan bahawa bawah bumi ini amat panas? Adakah di bawah kerak bumi ada lapisan demi lapisan yang semakin panas, hingga batu-batu menjadi cair? Teori yang dipelajari umum memanglah begitu, tapi belum ada manusia yang benar-benar sampai ke pusat bumi untuk mengesahkannya.

Tapi adakah bumi ini berlubang di tengahnya? Ini ada satu teori lain. Malah ramai juga yang mendokong teori tersebut. Mereka berpendapat bahawa bukan saja bumi ini berlubang di tengahnya, malah ia dihuni oleh kelompok manusia yang berjuta jumlahnya, dan mereka ini mempunyai teknologi yang jauh lebih maju daripada manusia yang berada di atas kerak bumi. Sebenarnya pendapat ini sudah wujud sejak beribu-ribu tahun lampau, dan tempat di mana wujudnya "bumi kembar" ini dinamakan Agartha, dan di sana ada bandaraya yang dinamakan Shambala. Terdapat kira-kira 13 lubang-lubang untuk sampai ke sana dari permukaan bumi kita. Salah satu dari lubang-lubang itu berada di kawasan banjaran Gunung Himalaya.

Benarkah semua ini? Saya ingin bawa semula anda kepada persoalan "alien". Ada pendapat yang menyatakan bahawa mereka ini sebenarnya datang dari bawah bumi kita, bukan dari angkasa lepas. Malah ada pendapat yang menyatakan bahawa Hitler dan para pengikutnya telah melarikan diri ke bawah bumi bila kalah dalam Perang Dunia Kedua dulu. Sebagaimana yang telah saya catat dalam artikel sebelum ini, German sudah tahu bagaimana membina piring terbang pada zaman tersebut, dan tidaklah jadi sesuatu yang menghairankan jika kita boleh lihat piring terbang berlegar di angkasa, kemudian ghaib entah ke mana. Kaum yang mendiami bawah bumi ini digelar kaum Naga oleh setengah pengkaji, dan mereka ini pakar dalam hal teknologi air. Mereka dikatakan keluar masuk ke permukaan bumi melalui air, sama ada sungai atau laut atau lautan. Maksudnya, sebahagian dari lubang untuk sampai ke perut bumi berada di bawah air.

Bagaimanakah gambaran kaum Naga ini mengikut para pengkaji? "Nagas are described as a very advanced race or species, with a highly-developed technology. They also harbor a disdain for human beings, whom they are said to abduct, torture, interbreed with and even to eat." Nampaknya mereka ini lebih banyak melakukan kerosakan di bumi, dan merbahaya kepada manusia. Tapi mengapakah mereka mendiami dalam bumi, atau adakah mereka masih terperangkap di bawah bumi dan hanya sebilangan kecil saja yang berjaya keluar masuk ke permukaan bumi? Ini satu persoalan yang amat menarik untuk difikirkan.

Kalau anda mengkaji pula kisah kapal-kapal dan kapalterbang yang hilang begitu saja di Segitiga Bermuda, anda akan dapati bahawa ianya agak pelik sedikit. Kadangkala kapal-kapal yang hilang ditemui semula dalam keadaan baik, tapi tidak seorang pun anak kapalnya ditemui semula, walaupun beratus-ratus kapal termasuk kapal selam tentera dan beratus-ratus kapalterbang termasuk pesawat pejuang tentera telah hilang di sana. Apakah ia ada kaitan dengan kaum Naga? Kaitannya belum pasti, tapi kehilangan secara misteri memang sudah berlaku. Ada sarjana menyatakan bahawa terdapat 12 tempat yang sifatnya seakan serupa dengan Tigasegi Bermuda di atas muka bumi ini, dan tidak semuanya berada di kawasan lautan. Telah banyak kehilangan manusia terjadi di atas muka bumi ini. Saya pernah terbaca bahawa pernah terjadi satu kumpulan tentera berjumlah ribuan orang hilang tanpa kesan dalam masa 1 hari. Tidak ada seorang pun yang tahu ke mana sebenarnya mereka telah pergi dan siapakah yang telah mencolek mereka.
Reply

Use magic Report

silvermuse This user has been deleted
 Author| Post time 11-6-2007 04:13 PM | Show all posts

Sumber petikan ini

aku dpt sumber ni dr website agama.dorg buat kajian berpandukan Al-Quran
Reply

Use magic Report

Post time 11-6-2007 04:22 PM | Show all posts
kalu kat kubur tu ada la...hehheee...
Reply

Use magic Report

Post time 11-6-2007 04:46 PM | Show all posts
Kalo ade la manusia kat bawah bumi nih, aku mesti nak tanye, ape sumber cahaya diorang kat bawah tuh and boleh tak diorang bezakan malam dan siang and kat mane diorang dapat oksigen? And camner diorang boleh tahan preasure yang begitu kuat kat tgh bumi tuh..

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 11-6-2007 07:20 PM | Show all posts
kalau lah benar,mungkin mereka inilah kaum yakjuj dan makjuj yang dikatakan oleh al quran...tapi kalau dipikir secara logik,benar katadCeook,dari mana mereka mendapatkan sumber cahaya dan oksigen??kalau dipikr secara rambang,mereka ini kan dikatakan lebih maju dari manusia yang tinggal di atas bumi,so,mungkin mereka ada saluran tertentu yang boleh mendapatkan sumebr cahaya dan oksigen...hmmm....huwallahualam...

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 12-6-2007 09:08 AM | Show all posts
kalu era 60/70an dulu tu ada la, kat vietnam....org2 vietkong nak lawan ngan askar amerika....
Reply

Use magic Report

Post time 12-6-2007 11:04 AM | Show all posts


Rasanya thread pasai nih dah ada dah...anyway kat atas gambaran ttg Hollow Earth

http://paranormal.about.com/library/weekly/aa090400a.htm

[ Last edited by  Azhargoth at 12-6-2007 11:26 AM ]

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-6-2007 11:29 AM | Show all posts
Originally posted by Azhargoth at 12-6-2007 11:04 AM


Rasanya thread pasai nih dah ada dah...anyway kat atas gambaran ttg Hollow Earth

http://paranormal.about.com/library/weekly/aa090400a.htm


macam mengarut jer peta nih...
Reply

Use magic Report

Post time 12-6-2007 02:33 PM | Show all posts
Originally posted by GRINDSAKHTANIC at 12-6-2007 11:29 AM


macam mengarut jer peta nih...



mcm peta KL time banjir ari tu ajer....
Reply

Use magic Report

Post time 12-6-2007 08:11 PM | Show all posts
aku rase takde lah manusia yg hidup bwh tanah ni..psl yakjuj makjuj tu aku tak tau la..jin ada lah dok bwh tanah,kat langit,etc kot..
Reply

Use magic Report

Post time 13-6-2007 02:58 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 13-6-2007 08:52 AM | Show all posts
mmg la tak lojik ....ikut peta tuh ukuran kedalaman tpt diorang 1 meter=tinggi gunung everest, maksud kedalaman tpt tu 16 kali everest..dalam tuh..anyway its all a myth sama la mcm ufo ke..planet x ke..pengkaji gan hardcore mmg biasanya akan bagi segala fakta yang adakalanya kita rasa mcm lojik..

anyway dah terbukti ke cross-section bumi ni terdiri dari crust, mantel, outer and inner core..? hanya Allah maha mengetahui..

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 13-6-2007 12:11 PM | Show all posts
kononnya masa lebih kurang 15,000 tahun lepas, Bumi dikuasai oleh 3 kuasa dunia iatu Lemuria, Atlantis, Rama dan Yu. Atlantis adalah kuasa dunia yg paling kuat n Atlantis beria-ria nak gantikan kedudukan Lemuria sebagai mother of kingdom. Akhirnya Lemuria dan Rama berjaya dihapuskan.Yu akhirnya bertindak memindahkan kerajaan ke dalam bawah tanah. Kononnya lubang menuju ke dunia kerajaan Yu bleh dimasuki melalui terowong rahsia kat Tibet. Kononnya lama tibet dah biasa pergi ke tamadun ni. Kononnya pada masa akan datang Yu akan proclame semula bumi ni kerana merekalah pemilik bumi sebenar.

Ntah ler betul ke x...

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 13-6-2007 01:03 PM | Show all posts
baca ebook ni...

As It Was - T. Lobsang Rampa - Lama Tibet

- The WALK-IN PROCESS(transmigration)
- CATS - AND THEIR ANCESTORS IN THE PAST
- TRIP TO A DISTANT PAST - MADE ARTIFICIAL TUNNEL
- The mighty civilisation of Atlantis.
- Recordings on old great stone discs
- Artificial made spine of The Earth
- Hidden Earth tunnels
- a truly wondrous civilisation of the far past
- ABOUT MEDITATION
- The planning of the body-changeover (Walk-In-process)

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 13-6-2007 01:21 PM | Show all posts
huwallahu alam......hanya allah taala yang mengathui apa yang diatas dan di bawah.....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-6-2007 02:55 PM | Show all posts
cam citer Lord of The Ring lah plak.............
Reply

Use magic Report

Post time 13-6-2007 03:04 PM | Show all posts
Aku nak share info sket pasai Yakjuj & Makjuk yang aku dengar

kat Radio KL FM jam 7.20 mlm (plot Wahyu B4 waktu maghrib)..

Menurut keterangan ustaz jemputan tersebut,..bahawa..,

Yakjuj & Makjuk ini berada & terkurung di tempat antara 2 buah

gunung di suatu tempat antara Armenia dan Azerbaijan...iaitu,

mereka ini terpisah drp umat manusia oleh satu dinding/benteng

yang dibina oleh Iskandar Zulkarnain dengan kerjasama penduduk

disitu dari bahan campuran besi/keluli/tembaga yang dilebur lalu

dicurahkan menjadi acuan spt sebuah benteng.....dan..,

ditutup hijab dari pandangan mata manusia..

Walahualam.....

[ Last edited by  koko2 at 14-6-2007 08:23 AM ]

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 13-6-2007 03:12 PM | Show all posts
kalu dah tahu area makhluk ni berada, apasal x serang je makhluk ni sebelum dia serang kita. x pun serang ngan bom atom... kebal ke?
Reply

Use magic Report

Post time 13-6-2007 04:01 PM | Show all posts
harga besi mahai woo la nih............ sure depa pi melombong kat situ........

takder ker gambor2 benteng tu kat pergunungan tuh.......?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-12-2024 12:08 PM GMT+8 , Processed in 0.502608 second(s), 45 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list