CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 11460|Reply: 10

[Tempatan] Wanita sedih bayinya masuk wad gara-gara termakan najis tikus,netizen mempersoalkan bagaimana insiden tidak diingini itu boleh berlaku.

[Copy link]
Post time 19-12-2024 11:34 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Edited by YgBenar at 19-12-2024 11:35 PM

Baru-baru ini, seorang wanita berkongsi kebimbangannya mengenai keadaan bayinya yang termakan najis tikus.



Wanita yang juga pemilik TikTok @yarazaqquntukku dedah kisah mengejutkan tentang anaknya, Dede, yang terpaksa dimasukkan ke wad selama lima hari.

“Tolong doakan baby mama ini. Makan najis tikus. Lima hari dah dekat ward, doakan Dede boleh lawan kuman itu nah,” tulisnya.

Kejadian bermula ketika Yara meletakkan anaknya di katil bayi.

Tak lama selepas itu, dia melihat Dede seperti sedang mengunyah sesuatu.

Alangkah terkejut, apabila mendapati Dede mengunyah najis tikus yang tidak disedari berada di sekitar katil bayi.

Beberapa hari selepas kejadian, Dede mula menunjukkan tanda-tanda awal seperti demam, yang akhirnya memberi kesan kepada kemerosotan fungsi darah, hati, dan buah pinggangnya.

“Mama nak mintak tolong doakan anak mama baby Dede, dia termakan najis tikus.

“Bermula dengan demam, darah, hati, buah pinggang dia semua tak normal lagi. Mama tak kuat. Mama kena kuat untuk anak-anak mama kan,”ujarnya.

Ibu yang ketika itu sedang menjalani latihan di dalam hutan, terus bergegas pulang sebaik sahaja mendapat berita daripada suami mengenai anaknya.

“Papa cakap baby demam dah mama pecut laju dari Bukit Wang ke Sik, waktu itu ada latihan hutan. Demi nyawa anak, mama tak pikir nyawa mama dah. Sampai rumah sejam setengah lebih. Allahuakbar!,”katanya.

Tanpa memberi penjelasan lanjut, ibu kepada lima cahaya mata itu memaklumkan bahawa anak bongsunya perlu menjalani beberapa ujian pemeriksaan.

Bagaimanapun, ketika berita ini ditulis, anak kelima dari adik-beradik sudah dibenarkan keluar dari hospital.

Meninjau ruangan komen, ramai yang tampil memberikan spekulasi dan pandangan mengenai kejadian tersebut, selain mempersoalkan bagaimana insiden tidak diingini itu boleh berlaku.

Tidak melenting dengan komen orang ramai, Yara memaklumkan rumah yang didiami mereka terletak berdekatan kawasan kelapa sawit yang menjadi habitat tikus, menyebabkan najis tikus sukar dibersihkan sepenuhnya.

Dalam masa sama, Yara mengucapkan ribuan terima kasih kepada individu yang mendoakan kesihatan anaknya selain berharap doa itu berbalik kepada mereka.

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-12-2024 11:41 PM | Show all posts
memaklumkan rumah yang didiami mereka terletak berdekatan kawasan kelapa sawit yang menjadi habitat tikus, menyebabkan najis tikus sukar dibersihkan sepenuhnya


Invest la sikit panggil pest control. Tikus ni mengundang ular. Dah la duduk kat area kelapa sawit...
Reply

Use magic Report

Post time 19-12-2024 11:52 PM | Show all posts
bela stray cats
Reply

Use magic Report

Post time 20-12-2024 12:04 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by edayildiz at 20-12-2024 12:05 AM

rumah ada tikus?
seramnya..
kalau rumah ada lipas i dh risau..
ssh jgk nk tangkapntikus..kena letak racun kn jd mcm kes aritu pulak..
i rasa kucing skrg bolayan je tikus..
rumah lama kot meh ada tikus...
semoga anknya baikk baik je la..
Reply

Use magic Report

Post time 20-12-2024 12:45 AM From the mobile phone | Show all posts
Kg saya..keliling kelapa sawit...pastu kebun getah.

Alhamdulillah...tk pernah lg kena berkaitan tikus2.

Pernah la tgk kwn kena gigit tikus kat tgn smpai luka teruk..punca...mkn tk basuh tgn..lap2 gitu ja lenaa..

Semoga baby cepat sembuh...

Hati2..baby tgh melasak...smua ceruk dia bak maduk
Reply

Use magic Report

Post time 20-12-2024 02:56 AM From the mobile phone | Show all posts
raihaneem replied at 20-12-2024 12:45 AM
Kg saya..keliling kelapa sawit...pastu kebun getah.

Alhamdulillah...tk pernah lg kena berkaitan tik ...

Iols tak tau kenapa..takut sgttgk pokok sawit tu..uhuhu..mcm seram gitu..tak dpt bygkan kalau duduk dikelilingi sawit
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 20-12-2024 03:08 AM From the mobile phone | Show all posts
Anak dah Lima ye
OK lah bole stop
Beri perhatian pada anak2 yg ada
#begitu akak sebuk hal umahtangga orang

Seramlah duduk dekat dgn kawasan kelapa sawit
Tikus, biawak, ular.... penah jugak tengok mana ntah ada buaya sesat

Moga keluarga ini dan mereka2 yg duduk di ladang kelapa sawit sentiasa dilindungi Yang Esa
Reply

Use magic Report

Post time 20-12-2024 07:21 AM From the mobile phone | Show all posts
raihaneem replied at 20-12-2024 12:45 AM
Kg saya..keliling kelapa sawit...pastu kebun getah.

Alhamdulillah...tk pernah lg kena berkaitan tik ...

Makna nya anak nya pon boleh kena gigit dgn tikus juga lah. Dah siap ada najis tikus lagi tu. Risau pasal tikus ni. Sbb barang2 dlm rumah mudah tercemar esp barang2 masakan. Anak nya tu dah la tgk melasak, mesti suka mengutip masuk mulut
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-12-2024 07:30 AM From the mobile phone | Show all posts
Baby dia nampak camm cumell sajork.. walau dari belakang. Pitih gebuss..
Reply

Use magic Report

Post time 20-12-2024 07:39 AM From the mobile phone | Show all posts
tungkai replied at 19-12-2024 11:41 PM
Invest la sikit panggil pest control. Tikus ni mengundang ular. Dah la duduk kat area kelapa sawit ...

Pest Control nak control tikus dalam kebun sawit????
Reply

Use magic Report

Post time 20-12-2024 07:41 AM From the mobile phone | Show all posts
Tu pun masih ada orang gigih nak beli tanah kampung nak buat rumah untuk menghabiskan sisa sisa hidup katanya

Kat kampung la banyak tikus, ular, kelawar, musang, memerang.

Nak menternak pun susah.

Setakat pagar BRC tu tetap macam macam haiwan boleh masuk.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-12-2024 07:43 AM GMT+8 , Processed in 0.358144 second(s), 21 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list