CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 13640|Reply: 39

Tips buat bisnes online di Malaysia...

[Copy link]
Post time 30-6-2007 09:27 AM | Show all posts |Read mode
Aku ada buat beberapa artikel di RahsiaEbiz sebelum ni berkaitan online business yang boleh dipraktikkan oleh rakyat Malaysia :

1. Affiliate Programme
Affiliate program adalah yang paling mudah untuk menjana duit sampingananda. Dengan hanya register sbg affiliate/agent anda akan dapatkomisyen dari setiap jualan yang dibuat. Anda hanya perlu promosikanproduk/servis melalui link, url, ads banner tanpa menanggung sebarangrisiko kerana ia akan ditanggung oleh company yang menawarkan affiliatetersebut. Antara affiliate programme yang boleh anda sertai ialah seperti  AdikBijak.Com  , IdeaBisnesLuarBiasa.Com , MasKahwin.Com , LinkShare.Com , Commission  Junction dan banyak lagi.

2. Jual Produk/Servis Anda
Sekiranya anda mempunyai produk atau servis perkhidmatan anda sendiribolehlah mencuba untuk menjualnya di internet. Ini kerana kelebihannyaanda boleh mengetahui harga kos sebenar, boleh markup price mengikutkesesuaian kerana anda yang menjualnya sendiri. Antara contoh menjualproduk dan servis ialah seperti menjual kerongsang, gelang, buku,cd/kaset, cincin, jam, ebook, software, hosting, design service danlenlain yang berpotensi. Apa yang anda perlu untuk realisasikannyaialah dengan marketing melalui website rasmi anda. Sekiranya andahendak tahu lebih lanjut utk membangunkan web anda sendiri sila hantarpertanyaan anda di sini. Untuk membangunkan web hanya cukup mudahsekiranya anda sudah bermula dengan domain com/net/org dan hosting yangsesuai dgn modal anda.

3. Menjual secara 'Drop Ships'

Drop Ships ini ialah satu perancangan anda melalui pembekal (provider)dalam menjual produk mereka di internet pada harga yang telah di'markup' utk mengambil untung atas angin. Contohnya Cik Siti mempunyaiwebnya sendiri telah mempromosikan produk Total Skin Care Package padaharga RM150 dan caj RM10 bagi delivery (jumlah kesemuanya RM160).Apabila customer membelinya secara online di web Cik Siti produktersebut dgn harga RM160 (termasuk delivery), dengan itu Cik Siti akanproceed melalui pembekal dengan order yang mana akan dihantar produktersebut kepada pembelinya tadi. Sedangkan harga kos produk tersebuthanyalah RM100 dan Cik Siti dapat untung atas angin RM50 dgn kaedahdrop ships di atas tanpa menanggung kos produk & delivery. Kaedahini untung atas angin ini sangat mudah, apa yang perlu ialah mengambilorder customer yang selebihnya diserahkan kepada pembekal (provider).

4. Buat Kerjasama Strategik
Inilah yang saya lakukan bagi menjimatkan kos dan masa. Kita wat JV(Joint Venture) atau kerjasama strategik dengan individu/companytertentu dalam mencapai matlamat bisnes online kita. Contohnya andatidak tahu buat website tetapi anda boleh buat pakatan strategik denganmana-mana web developer utk membangunkan web anda dengan perkongsiankeuntungan yang dipersetujui. Dengan ini anda boleh fokuskan kepadaidea bisnes dan marketing strategy manakala rakan kerjasama pula yangmembangunkan web sepenuhnya. Dgn ini kita mampu menjimatkan kos, masadan tenaga. Dengan mempelbagaikan rakan kerjasama dalam sesuatu bisnessama ada aspek marketing, production, development etc anda akanmempunyai team yang mantap dan membolehkan bisnes anda berkembangdengan lebih baik. Selain itu anda juga boleh buat JV dengan companyyang menawarkan komisyen bagi setiap jualan produk/servis mereka, iaadalah mudah kerana ia sekadar menyedia tempat iklan produk di websitekita dan mengambil order bagi produk mereka yang boleh memberikankomisen yang lumayan.

5. Menjual Ruang Iklan  
Sekiranya anda mempunyai website yang tinggi hits trafik pengunjungatau opt-in email anda boleh pertimbangkan untuk servis pengiklanan.Contohnya seperti laman web www.utusan.com.my dan  juga www.bharian.com.myyang mempunyai lebih 1 juta hits sehari mampu menjana pelanggan untuksesuatu produk atau servis. Dengan itu mereka dpt menjual ruang iklanberbayar yang cukup lumayan serta menjadi tumpuan jutawan internetmarketers seperti Dr. Irfan Khairi dan lenlain company yangmempromosikan produk mereka. Pada tika ini anda dapat memanfaatkansegala kelebihan hits trafik pengunjung di web anda atau opt-in listemail yang berwibawa untuk menjana pendapatan mudah.

Salah satu konsep web yang berkaitan ruang iklan ialah anda juga boleh mengambil  idea dari MyKedai2u.Com, ataupun jika anda pernah melayari web MillionDollarHomepage.Comyang mana ia sangat terkenal dan menjadi lagenda di dalam sejarahinternet kerana berjaya menjual sejuta pixel ruang iklan di website.Macam tak percaya je ada org wat web camni, tapi x mustahil mungkinanda juga salah seorang yang menjadi masyhur di dunia internet...

6. Buat Blog
Sekarang ni ada banyak orang buat blog untuk mencari perhatian orang.Di sinilah kekuatannya, yang mana anda juga boleh meniru mereka menjanapendapatan dgn melalui blog... Contohnya blog www.afdlinshauki.blogspot.comyang cukup menarik kita lihat ia mempromosikan produk filem dankaryanya yang terkini. Bagi saya blog afdlin shauki mempunyai auranyatersendiri apabila dibaca dan diikuti oleh berjuta rakyat malaysia dgnkerenah Chief Kodoknya itu.. Itu satu pendekatan yang murah, fleksibeldan efisien. Bagi anda juga boleh membuat blog sendiri di www.blogger.comdan ianya percuma. Start sumthing new with ur blog, carilah idea untukdiri anda dan promosikan blog anda pada org lain sehingga mendapatperhatian.. Ia cukup menarik dan cukup mudah. Contoh blog lain yangboleh anda kaji ialah blog jutawan siber Dr Irfan  Khairi. Ada banyak tips di situ yang boleh anda pelajari.

7. Develop Portal & Community
Sekiranya anda mempunyai skills kepakaran website yang baik ataumembuat kerjasama dengan org yang mempunyai skills dlm web developmentsudah tentu anda boleh mencipta sebuah portal dan komuniti untukmenjana pendapatan di sebalik free services di dalam portal tersebut.Mengapa portal dan komuniti? Ini kerana dengan melalui portal &komuniti kita boleh menyediakan pelbagai ruang utk free services danactivity online seperti online discussion forum, downloads, resources,articles, advertising, promotion, viral marketing dan lenlain elemenyang cukup banyak menguntungkan dari segi jangka masa panjang... Contohportal dan komuniti yang berjaya ialah seperti www.cari.com.my, www.jiwang.org dan www.terato.com... kini mereka telah mempunyai 40 ribu lebih ahli dan mempunyai hitstrafik yang tinggi kerana pelbagai xtvt online & resources di dalamforum dan portal. Di situ mempunyai tumpuan orang setiap hari denganpelbagai isu, mempunyai jaringan network sesama ahli dan bolehmengetahui sesuatu peluang bisnes sesama ahli. Mmg hebat penanganportal komuniti ini jika kena caranya..

8. Jana Peluang Pendapatan Dengan Google  Adsense
Ini adalah satu program advertisement bersama google inc yang merupakansyarikat gergasi dalam internet search engines.. Anda hanya perlu signup google adsense dan implementkan code adsense dalam website anda.Contoh yang paling mudah ialah gunakan blogspot atau web anda sendiridgn menepati syarat2 yang ditentukan google. Contoh laman web yangberjaya mengimplementasikan google adsense ialah seperti di Shoemoney.Com. Sekiranya anda berminat utk menyertai google adsense sila ke  site ini http://adsense.google.com

9. Jana Peluang Melalui Auction Site  
Auction Site ataupun laman web yang menyediakan kemudahan lelongan. Contoh  auction site seperti Ebay, Yahoo  Auction, Lelong.Com.My, BuySell.Com.Mydan banyak lagi.. Di laman web lelongan ini anda boleh memulakan bisneslelong anda tak kira apa jua jenis barang sekalipun. Ada org berjayalelong henset yg rosak dgn harga yg tinggi, ada juga yg lelong barangterpakai seperti baju dan buku serta lain2 bentuk cenderamata yangmenarik ataupun duit syiling/setem lama... Kebanyakan org di luarnegara suka dengan keris dan matawang melaka ataupun yg menjadi simbolsesuatu bangsa di Asia. Namun begitu di auction site anda boleh mencubamengikut kreativiti dan strategi anda sendiri. Boleh search banyakauction site di Yahoo Directory

10. Kuasai IM (Instant Messenger) & IRC
Siapa kata Yahoo Messenger dan MIRC itu tak boleh wat bisnes? Inilahcommunication tools yang murah dan berkesan jika digunakan denganbijak. Saya di antara individu yang selalu menggunakan YM berjayamendapatkan keuntungan melalui kemudahan IM ini. Antaranya promosi danpublisiti mengenai produk/servis di dalam YM bersama rakan2 dalam listsaya. Manakala dalam MIRC pula ada banyak channel yang boleh digunakanutk promosi. Anda boleh membuat promosi tetapi jangan spam. Kuasai ilmupenggunaan IM dan MIRC dan pastinya anda dpt menjual apa juaproduk/servis dengan baik.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-5-2008 12:59 PM | Show all posts

Reply #1 dimiez's post

Kalau nak jual batu cincin, tips mana yang sesuai agaknya.
Reply

Use magic Report

Post time 18-5-2008 02:45 PM | Show all posts

Reply #2 sitidedek's post

:: PERLUANG PERNIAGAAN BARU :: - Internet Trading

Keterangan lanjut sila hubungi YUSOF: 017-2361071

KEJAYAAN DI ATAS TANGAN ANDA!
Reply

Use magic Report

Post time 18-5-2008 07:52 PM | Show all posts
tips yg sgtlah bagus2...
Reply

Use magic Report

Post time 18-5-2008 08:46 PM | Show all posts
Originally posted by dimiez at 30-6-2007 09:27 AM
Aku ada buat beberapa artikel di RahsiaEbiz sebelum ni berkaitan online business yang boleh dipraktikkan oleh rakyat Malaysia :

1. Affiliate Programme
Affiliate program adalah yang paling mu ...


kalo yang jual produk/service tu.... camana eh, akak tak tau/tak pandai nk wat website....
Reply

Use magic Report

Post time 18-5-2008 10:45 PM | Show all posts
Jika anda berminat miliki website (PORTAL) sendiri, layari website saya www.eyaiyo.com
Peluang menjana pendapatan secara online dan offline melalui Program Whisep.
Memasarkan Portal Mesra Pengguna (DIY) yang sangat mudah diselenggara dan dikemaskini
tanpa perlu memiliki kemahiran IT.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 27-5-2008 11:28 AM | Show all posts
Kalau nak belajar buat web jualan belajar dengan Bearnerd. Dia ni memang best. Friendly. Anda boleh buat apa shj jualan dalam internet. Pendapatan pun lumayan.

Dia ajar asas buat web jualan mcm kita lihat kat internet. Dulu saya tak tahu buat web jualan. Sekarang dah boleh. Terima kasih Bearnerd.

Sila klik kat web dia:



Selamat mencuba.
Reply

Use magic Report

Post time 28-5-2008 03:27 PM | Show all posts
  tips yg bagus
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-5-2008 03:39 PM | Show all posts
  berpinau mata aku baca satu persatu.....

kalau ada space between ayat kan best...
Reply

Use magic Report

Post time 29-5-2008 01:11 AM | Show all posts
Good info
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-9-2008 04:06 PM | Show all posts


* Klik pada imej di atas untuk download percuma

Kalo susah sgt nak baca post di atas leh download ebook Buat Duit & Cari Duit Dengan Internet... percuma sehh...
Reply

Use magic Report

Post time 26-9-2008 09:26 PM | Show all posts
Originally posted by dimiez at 25-9-2008 04:06 PM
http://www.rahsiaebiz.com/image/buatduitcariduit.jpg

* Klik pada imej di atas untuk download percuma

Kalo susah sgt nak baca post di atas leh download ebook Buat Duit & Cari Duit Dengan Int ...



good info.thanks for the ebook :-)
Reply

Use magic Report

Post time 4-10-2008 01:55 PM | Show all posts
aky nak try download.....thanks
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-3-2009 09:03 AM | Show all posts
download jgn x download.. free jer..
Reply

Use magic Report

Post time 9-3-2009 10:51 AM | Show all posts
info yg bagus utk semua.
Reply

Use magic Report

Post time 9-3-2009 11:46 AM | Show all posts
ingat topik baru hehe..topik UP balik eh....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-3-2009 12:38 PM | Show all posts
...thanX 4 `good info
Reply

Use magic Report

Post time 10-3-2009 01:43 AM | Show all posts
Karo nak blaja wat online bisnes gak. Tp x tau camana nak mulakan. Harap sifu2 & otai2 bg tunjuk ajar..
Reply

Use magic Report

Post time 7-5-2009 02:56 PM | Show all posts
'she' pun baru belajar buat online bis ni..x tau cara nak cari traffic/marketing
Reply

Use magic Report

Post time 7-5-2009 04:08 PM | Show all posts
1. Affiliate Programme
Affiliate program adalah yang paling mudah untuk menjana duit sampingananda. Dengan hanya register sbg affiliate/agent anda akan dapatkomisyen dari setiap jualan yang dibuat. Anda hanya perlu promosikanproduk/servis melalui link, url, ads banner tanpa menanggung sebarangrisiko kerana ia akan ditanggung oleh company yang menawarkan affiliatetersebut. Antara affiliate programme yang boleh anda sertai ialah seperti  AdikBijak.Com  , IdeaBisnesLuarBiasa.Com , MasKahwin.Com , LinkShare.Com , Commission  Junction dan banyak lagi.


programme ni mmg bagus..
aku nak try belajar cara2 nak masukkan dlm website aku...
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
...BYE 2024, HELLO 2025...
seribulan...BYE 2024, HELLO 2025...
Views : 54993 Replies : 13
...AZAM TAHUN 2025...
seribulan...AZAM TAHUN 2025...
Views : 55522 Replies : 25
Kesian nenek
maklukpenggodaKesian nenek
Views : 0 Replies : 0
V82: HANIS HAIZI B. ABD HAMID Melarikan Diri Dari Bayar Cukai LHDN Ke Los Angeles CA
anony-mousV82: HANIS HAIZI B. ABD HAMID Melarikan
Views : 8790 Replies : 330
Instafamous Rempit (kak yah, kak zah & the geng) part 3
hotmakInstafamous Rempit (kak yah, kak zah & t
Views : 232053 Replies : 1826
Skandal 18 polis Indon, bikin malu
maklukpenggodaSkandal 18 polis Indon, bikin malu
Views : 90341 Replies : 38
New Chapter 01: FATTAH AMIN ~ Bebaskanlah mimpi-mimpi terindah
codenamedreamNew Chapter 01: FATTAH AMIN ~ Bebaskanla
Views : 42500 Replies : 1614
...CHAT HUMANITARY...HAPPY NEW YEAR...
seribulan...CHAT HUMANITARY...HAPPY NEW YEAR...
Views : 26050 Replies : 21
Bebas, selesa tanpa khemah biru
maklukpenggodaBebas, selesa tanpa khemah biru
Views : 8400 Replies : 1
Ha tepok!
maklukpenggodaHa tepok!
Views : 109349 Replies : 7

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-12-2024 09:26 AM GMT+8 , Processed in 0.721091 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list