CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 9064|Reply: 32

Tun Musa Hitam

[Copy link]
Post time 19-7-2007 12:53 PM | Show all posts |Read mode



Sejarah Boleh Ajar Kita Rasa Bersyukur, Kata Musa Hitam

Oleh Melati Mohd Ariff

KUALA LUMPUR, 18 Julai (Bernama) -- Rakyat Malaysia perlu merenung kembali sejarah supaya mereka dapat menghargai liku-liku kebangkitan negara serta evolusi masyarakatnya sejak laungan Merdeka bergema di bumi bertuah ini hampir separuh abad yang lalu.

Menurut Tun Musa Hitam; "Kita bukan sahaja telah melewati satu perjalanan yang jauh dalam membentuk sebuah negara Malaysia yang berdaulat. Kita juga telah mengharungi pelbagai onak dan duri dalam mewujudkan sebuah masyarakat majmuk yang dinamik.

"Dengan segala kelemahannya, dengan segala kesilapannya, dengan segala masalahnya, Malaysia masih sebuah negara yang menjadi kebanggaan semua orang," kata Musa.

Penulis mewawancara mantan timbalan perdana menteri dan mantan timbalan presiden Umno ini baru-baru ini untuk mendapatkan pandangannya mengenai pencapaian Malaysia sejak merdeka hampir 50 tahun lalu.

Bagi Musa, dalam tempoh kurang separuh abad, Malaysia telah menikmati kemajuan yang pesat daripada segi fizikal, sosial, politik dan ekonomi lebih daripada apa yang dibayangkan oleh pejuang-pejuang kemerdekaan tanah air.

Bagaimanapun, Musa berpendapat masyarakat majmuk di negara ini perlu melalui tempoh yang agak lama lagi untuk benar-benar bersatu seperti yang diharapkan sewaktu negara ini merdeka daripada belenggu penjajahan Inggeris.

PERPECAHAN KAUM DAN REALITI

"Kita perlu bersikap jujur. Dalam hal ini, tidak ada satu pun negara di dunia yang mempunyai atau boleh menjadi contoh sebuah negara yang bersatu-padu," jelasnya.

Malah, kata beliau, Malaysia lebih bernasib baik kerana dalam zaman moden ini, banyak negara maju kini mengalami perpecahan perpaduan berdasarkan kaum dan agama.

"Orang Melayu tetap orang Melayu, orang Cina tetap orang Cina dan begitu juga orang India, tetap orang India. Kita terima sahaja hakikat ini dan nikmati negara ini seadanya. Jangan kita bimbang tentang apa yang disebut sebagai perpecahan dalam hubungan kaum di negara ini.

"Ada banyak kebaikan di keliling kita, jadi tak usahlah kita menyimpan perasaan dan cuba mentafsirkan apa yang berlaku. Sebaliknya kita harus berusaha memperbaiki keadaan yang ada dan hentikan prasangka yang bukan-bukan ini. Pada saya sekiranya keadaan yang ada sekarang dapat dikekalkan, saya boleh katakan Malaysia akan menjadi sebuah negara yang hebat dan terbilang dalam tempoh 50 tahun akan datang," kata Musa.

KACAU-BILAU DAPAT DIELAK

Tanggapan negatif mengenai hubungan kaum di negara ini bukan sesuatu yang baru.

Musa turut mengimbau telahan Perdana Menteri Sri Lanka (pada masa itu dikenali sebagai Ceylon) bahawa Malaya akan menghadapi persengketaan kaum dalam masa 10 tahun selepas kemerdekaannya.

"Perkara itu berlaku pada tahun 1958 semasa satu perhimpunan pelajar di Ceylon di mana saya bertemu dengan Perdana Menteri Solomon West Diaz Bandaranaike (ketawa sambil memuji kemampuannya untuk mengingati nama yang begitu panjang). Beliau mengajak saya menaiki kenderaannya dan memperkenalkan saya kepada menteri-menterinya.

"Perdana menteri itu kemudiannya memberitahu saya bahawa Malaya akan dilanda kekacauan kaum dalam masa 10 tahun selepas kemerdekaan. Saya dengan keras membangkang apa yang diperkatakan oleh perdana menteri itu.

"Di sinilah lahirnya semangat nasionalisme saya. Saya merasa begitu susah hati dengan apa yang dikatakan dan tidak bersetuju dengannya. Beliau mahu saya percaya dengan apa yang dikatakannya kerana Malaya sebuah negara berbilang kaum.

"Apabila saya menjadi setiausaha politik kepada Tun Sardon Jubir dan kemudiannya setiausaha eksekutif Umno, saya menjelajah ke seluruh negara dan mengulangi apa yang telah diberitahu oleh perdana menteri Sri Lanka itu. Perkara ini tidak disenangi Tunku yang mengecam saya dan menggelar saya sebagai `budak ubun lembut'," jelas Musa.

Malaysia agak bernasib baik kerana hanya menyaksikan satu tragedi perkauman iaitu 13 Mei 1969 dan semenjak insiden berdarah itu, kerajaan telah berjaya menangani dengan baik isu-isu perkauman.

Seperkara lagi yang diperhatikan Musa dalam tempoh hampir 50 tahun lalu ialah semakin bercambahnya kesedaran politik di kalangan bukan Melayu berbanding sebelumnya.

"Ini merupakan perkembangan paling penting kerana sewaktu saya mula berjinak-jinak dengan politik, ia hanya dipelopori orang Melayu. Orang Cina (pada pandangan saya) hanya berminat mencari wang melalui perniagaan. Orang India pula dengan hal mereka. Kesedaran politik hanya wujud di kalangan orang Melayu berbanding hari ini, politik adalah milik semua rakyat Malaysia," demikian pandangan Musa.

PENGALAMAN MUSA

Memperingati hari-hari sebelum kemerdekaan, Musa yang dilahirkan di Segamat, bercerita mengenai pengalamannya dengan nada penuh ceria. Musa masih ingat beliau ketika itu "seorang pelajar muda yang arif dengan apa yang sedang berlaku di sekelilingnya."

"Kalau hendak diikutkan pada ketika itu saya berada di mana segala-galanya berlaku, iaitu kebangkitan politik Melayu. Saya tinggal tidak jauh daripada kediaman Datuk Onn Jaafar tetapi beliau daripada golongan atasan dan kami pula hanyalah orang biasa.

"Saya merasa begitu takjub dengan segala yang berlaku tetapi pada masa itu saya belum ada sebarang kecenderungan politik yang mendalam. Mungkin persekitaran yang menjadikan saya sedar dengan apa yang sedang berlaku. Segalanya berlaku lebih 50 tahun lalu, saya sendiri tak menduga kita sudah melalui satu tempoh yang panjang, amat panjang," ujar Musa sambil mendepangkan kedua-dua tangannya seolah-olah menunjukan jarak masa yang telah dilalui.

DARIPADA AHLI POLITIK PELAJAR KEPADA DIPLOMAT

Kalau hendak diikutkan, kerjaya politik bekas pelajar English College Johor Baharu (kini Kolej Sultan Abu Bakar) bukan bermula secara tiba-tiba.

Musa mengakui keinginan untuk bergiat dalam bidang politik mula bercambah sejak beliau di bangku sekolah lagi. Sewaktu Musa belajar Falsafah dan Sejarah di Universiti Malaya, beliau mula berminat dengan Hal Ehwal Antarabangsa.

Selepas tamat pengajian di Universiti Malaya, beliau bertugas dengan Sekretariat Pelajar Antarabangsa di Leiden, Belanda, selama dua tahun sebelum kembali ke tanah air pada awal 60-an untuk berkhidmat sebagai penolong pegawai daerah di Kluang.

Apabila beliau membuat keputusan untuk membabitkan diri dalam dunia politik, beliau meletak jawatan dan menyertai sebuah syarikat yang berpejabat di Singapura, Jardine Waugh.

Menurut Musa, beliau sedikit pun tidak berasa kekok bertukar kerja daripada pegawai kerajaan kepada jurujual yang antaranya menjual kamera, pati ayam, traktor, alat pendingin hawa dan sabun.

BERHENTI POLITIK

Sewaktu lawatan ke Sabah, beliau bertemu dengan Sardon Jubir yang kemudian melantiknya sebagai setiausaha politik dan menurut Musa, "Sardonlah yang bertanggungjawab mengajar saya mengenai politik akar umbi."

Musa kemudiannya melahirkan rasa sedih kerana politik akar umbi yang diamalkan oleh ahli politik hari ini sudah berubah.

"Pada zaman lampau, ada sentuhan peribadi. Salah satu sebabnya ialah tiada cara lain. Anda terpaksa turun padang menemui rakyat. Malangnya hari ini keadaan sudah berubah kerana kemajuan teknologi, ada telefon, televisyen, radio dan juga internet.

"Ini yang paling saya kesalkan. Jika saya bercakap seperti orang tua, memang pun saya sudah tua. Dengan adanya teknologi moden, sentuhan peribadi itu sudah berkurangan," keluhnya panjang.

Musa aktif berpolitik lebih 30 tahun. Beliau meletak jawatan sebagai timbalan perdana menteri pada 1986 dan beberapa tahun kemudian terus berundur daripada dunia politik.

Namun namanya masih tersohor. Beliau dilantik oleh kerajaan untuk mengetuai perwakilan Malaysia ke Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) untuk tempoh 1993-1998 dan juga menjadi Pengerusi, Sesi ke 51 (1995) dan ke 52 (2000) Suruhanjaya Hak Asasi Manusia PBB. Pada tahun 2000 juga, Musa dilantik sebagai Wakil Khas Perdana Menteri ke Kumpulan Bertindak Menteri-Menteri Komanwel (CMAG).

Musa yang sudah mencecah usia 73 tahun, masih terserlah ketokohannya. Beliau juga masih aktif dengan jadual harian yang padat, berulang-alik dari pejabat ke pejabat termasuk yang terletak di tingkat 48 Menara Citibank, Jalan Ampang dan satu lagi di Kompleks Antarabangsa, Jalan Sultan Ismail.

Beliau antaranya merupakan pengerusi bagi Lion Industries Corporation Berhad, Majlis Perniagaan Malaysia-China Business dan Forum Ekonomi Islam Dunia (WIEF).

-- BERNAMA
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 19-7-2007 12:56 PM | Show all posts
Musa Hitam
From Wikipedia, the free encyclopedia


Tun Musa bin Hitam (born 18 April 1934), is a Malaysian politician and a former Deputy Prime Minister of Malaysia, serving under Mahathir bin Mohamad. He was born in Johor Bahru, Johor on 1934.

[edit] Education and honorifics

He received his Bachelor's degree from the University of Malaya and his Master's degree from the University of Sussex. He has since been awarded with various honours, including an Honorary Doctorate from the University of Sussex. Tun Musa has held various posts at the international level at various times. These included being Chairman of the Commonwealth Parliamentary Association, Member of the Board of UNESCO, Leader of the Commonwealth Observer Delegation to the Malawi general elections and Member of the Commonwealth Ministers Delegations to Nigeria, Pakistan, Fiji and Gambia.

[edit] Political career

Before becoming Malaysia's fifth Deputy Prime Minister and Minister of Home Affairs in 1981-1986, Tun Musa held a number of key government posts, including Chairman of the Federal Land Development Authority (FELDA), Deputy Minister of Trade & Industry, Minister of Primary Industries (1974-1978) and Minister of Education (1978-1981). In the 1960s, he was briefly Acting Secretary-General of UMNO. He was later expelled from the party in the wake of the May 13 racial rioting for insubordination to then Prime Minister and UMNO President Tunku Abdul Rahman. During his political exile, he obtained his Master's from the University of Sussex. Upon his return in 1971, he was readmitted to UMNO under the Tunku's successor, Tun Abdul Razak. He rose quickly, becoming Deputy Whip of the Alliance coalition in Parliament, and was elected as a member of the UMNO Supreme Council. He was elected as an UMNO Vice-President in 1978. [1]

Between 1990 and 1991, he was Malaysia's Special Envoy to the United Nations, and since 1995 he has been the Prime Minister's Special Envoy to the Commonwealth Ministerial Action Group (CMAG). Tan Sri Musa also led the Malaysian delegation to the UN Commission on Human Rights from 1993 to 1998 and was elected Chairman of the 52nd Session of the Commission in 1995. As a member of UMNO, Musa has held various positions within the party up to Deputy President until 1987.

He also served as the Chairman of Suhakam, the Malaysian Human Rights Commission, from 1999 till 2002.

On June 3, 2006, he was conferred with Tunship, Malaysian highest federal award by the King of Malaysia.[2]
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-7-2007 12:59 PM | Show all posts
PUTRAJAYA, Feb 17 (Bernama) -- The Federal Court on Friday held that the Ampang Municipal Council (MPAJ) is not liable for losses suffered by 73 residents of two blocks of Highland Towers condominium who had to evacuate after the collapse of block one 13 years ago killing 48 people.

A three-member panel of judges presided by Chief Judge of Sabah and Sarawak Tan Sri Steve Shim Lip Kiong, Federal Court judges Datuk Abdul Hamid Mohamed and Datuk Arifin Zakaria ruled that MPAJ were not liable for the pre-collapse and post collapse of block one.

The quorum unanimously ruled that local authorities such as MPAJ were given full immunity under Section 95 (2) of the Street, Drainage & Building Act 1974 (Act 133) from claims for pre-collapse period.

The court today unanimously allowed MPAJ's appeal to set aside the Court of Appeal's decision holding MPAJ 15 per cent responsible for pre-collapse of the block one condominium

However, the quorum, in a majority 2-1 decision, dismissed the cross-appeal by the 73 residents of block two and three of the condominium against the Court of Appeal's ruling in not holding MPAJ for post-collapse liability.

MPAJ was apportioned by the then High Court Judge Datuk James Foong (now Court of Appeal Judge) for post-collapse liability after he held that MPAJ was indemnified from post-collapse liability but the Court of Appeal, which set aside the High Court's decision to apportion post-collapse liability instead held MPAJ for pre-collapse liability.

President of the Highland Towers Owners and Residence Association Dr Benjamin George said they were saddened by the Federal Court's decision.

"It is the end of the line and we accept the decision. We're surprised (by the decision). We have to accept the final verdict," he said.

When asked whether the residents would pursue the other suits, he said the residents have yet to decide whether to pursue with the suits or end it.

Besides MPAJ, the High Court, on Aug 11, 2000 held Arab Malaysian Finance Bhd (AMFB) 30 per cent liable for the collapse of block one, engineer Wong Yuen Kean (10 per cent), Metrolux Sdn Bhd and MBF Property Services Sdn Bhd (20 percent), developer Highland Properties Sdn Bhd (15 per cent), draughtsman Wong Ting Sang (10 per cent).

The 73 residents of Blocks 2 and 3 had sued 10 parties for between RM31 million and RM35 million to repair the two blocks which had to be evacuated after the collapse of block one on Dec 11, 1993 which had rocked the nation and the world.

The High Court held that the landslide was caused by soil on the hillslope being saturated with excessive water which triggered the failure of the high retaining wall within the Highland Towers compound causing retrogressive landslide resulting in the collapse of block one.

The trial judge concluded that the presence of the water was due to the existence of an inadequate drainage system and held that MPAJ had breached its duty of care in failing to maintain the stream on the hillslope behind Highland Towers which was diverted.

On Nov 3, 1997, the Coroner's Court returned a verdict of misadventure following an inquest into the tragedy which, among others, claimed the lives of Carlos Rashid and Rozita Abu Bakar, the son and daughter-in-law of former deputy prime minister Tan Sri Musa Hitam.

On July 29 last year, the board of engineers of Malaysia's Board of Appeal upheld its disciplinary board's decision to revoke the practising licence of engineer Wong Yuen Kean.
Reply

Use magic Report

Post time 20-7-2007 01:02 AM | Show all posts
rajin kau tulis pasal dia ni Syd keh keh keh..dia ni ada kena mengena sebelah arwah nenenk aku. masa dia buat kenduri naik jadik TPM dulu kami satu famili ada pegi kenuri tu. tapi tak rapat sangat ngan dia ni. tak kenal pun dia kat kami keh keh keh..

TMH ni dari kampun baru JB. Terinagt masa aku duk sana dulu2
Reply

Use magic Report

Post time 20-7-2007 08:36 AM | Show all posts
dia ni dgn musang pulut atau m,usang berjanggut nie sedara tak?...
Reply

Use magic Report

Post time 20-7-2007 10:38 AM | Show all posts

Reply #2 Syd's post

Secara peribadi, saya mengaguminya. Kepetahannya. Kebijaksanaannya. Kehebatannya.

Kecuali satu perkara, dendamnya.
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 20-7-2007 11:33 AM | Show all posts

Reply #6 SangSaka's post

saya nak tahu lebih ttg yang itu...plz.

tq
Reply

Use magic Report

dempol This user has been deleted
Post time 21-7-2007 12:11 PM | Show all posts
Originally posted by Syd at 20-7-2007 11:33
saya nak tahu lebih ttg yang itu...plz.

tq



takkan tak baca sejarah kot...sejarah pun ade nampak sikti2 bayang2 pasal dendam tun musa ni..kalau baca buku tun dr mahathir banyak tulis pasal tun musa ni..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-7-2007 02:03 PM | Show all posts

Reply #6 SangSaka's post

dendam..?

13 mei ke..?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-7-2007 04:13 PM | Show all posts

Reply #8 dempol's post

tak baca.

ni baru nak belajar ttg dia ni.
Reply

Use magic Report

Post time 22-7-2007 03:37 PM | Show all posts

Reply #6 SangSaka's post

pasal 13 mei @ pasal kes ibrahim libya..?

x pasti laa

cter skit
Reply

Use magic Report

dempol This user has been deleted
Post time 23-7-2007 11:34 AM | Show all posts
Originally posted by selendangmerah at 22-7-2007 15:37
pasal 13 mei @ pasal kes ibrahim libya..?

x pasti laa

cter skit



bukan yg tu..dendam dalam politk sehingga tertubuhnya team B dan UMNO diharamkan serta tertubuhnya S46.
Reply

Use magic Report

Post time 23-7-2007 06:04 PM | Show all posts
...sori nk tanya. ada otai2 cni tau biografi susurgalur TMH ni x? Lahir katne,keturunan dr mna? sapa atuk moyangnya? TQ.
Reply

Use magic Report

Post time 28-7-2007 02:45 AM | Show all posts
Originally posted by dempol at 23-7-2007 11:34 AM



bukan yg tu..dendam dalam politk sehingga tertubuhnya team B dan UMNO diharamkan serta tertubuhnya S46.


Tun Musa Hitam bergabung dengan Tengku Razaleigh Hamzah dan menubuhkan Team B bagi menentang Team A pimpinan Tun Dr. Mahathir dan Tun Ghafar Baba (Allahyarham) semasa pemilihan pucuk pimpinan UMNO pada 24 April 1987.
Reply

Use magic Report

dempol This user has been deleted
Post time 28-7-2007 11:40 AM | Show all posts
Originally posted by jkkkj at 28-7-2007 02:45


Tun Musa Hitam bergabung dengan Tengku Razaleigh Hamzah dan menubuhkan Team B bagi menentang Team A pimpinan Tun Dr. Mahathir dan Tun Ghafar Baba (Allahyarham) semasa pemilihan pucuk pimpinan ...



dan sorang lagi..Abdullah ahmad badawi..itu orang team B tapi tak join S46..dia stay dalam UMNO lagi..tu yg cerah masa depan jadi PM...tak belot pada parti..
Reply

Use magic Report

dempol This user has been deleted
Post time 28-7-2007 11:40 AM | Show all posts
Originally posted by kuda-liar at 23-7-2007 18:04
...sori nk tanya. ada otai2 cni tau biografi susurgalur TMH ni x? Lahir katne,keturunan dr mna? sapa atuk moyangnya? TQ.



kau tanya Presiden Prowaris..itu cucu dia.

www.prowaris.com
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 5-9-2007 10:12 AM | Show all posts
The new awakening: Musa: Openness reflects people's maturity and not cause for alarm
By : Suganthi Suparmaniam



KUALA LUMPUR: The discussion of racial issues today reflects the openness of the government and the people抯 maturity and does not indicate a breaking down of ties.

Former deputy prime minister Tun Musa Hitam said voices of concern warning that the country was facing a racial crisis were, therefore, baseless.
He was saddened that there were such alarmist views amid the celebration of 50 years of independence.

Musa said these views gave the impression that the historical bond between the races was being tested.

揑t appears to give the impression that this country is facing a racial split. There are also indications that politics of fear like that before May 13, 1969 are starting to make their presence felt,
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-9-2007 10:15 AM | Show all posts

Former deputy prime minister Tun Musa Hitam (left) receiving the Honorary Doctor of Political Science degree from Universiti Malaya抯 Chancellor Sultan Azlan Shah.
Reply

Use magic Report

Post time 5-9-2007 12:36 PM | Show all posts
simpati dengan anaknya yang menjadi mangsa Highland Tower
Reply

Use magic Report

Post time 8-9-2007 11:53 AM | Show all posts

Reply #20 highlander07's post

Walau saya tidak bersetuju dengan Tun Musa dan tidak bersetuju cara dia menangani isu Memali, realitinya isu Memali dah lari dari tajuk biasa.

Al Hadi Bawang Presiden PAS hari ini senornya tidak menyokong tindakan Ibrahim Libya. Ramai pemimpin PAS pusat sendiri, tidak pernah mengahmpiri rumah Ibrahim Libya atau menyuarakan sokongan kepada beliau ketika beliau dan orang-orangnya mula membuat sekatan jalan raya sendiri dan mula menahan anggota-anggota polis yang membuat rondaan di kawasan berkenaan.

Tetapi disebabkan politik, apabila Ibrahim Libya mati, kesemua pemimpin PAS menggunakan kesempatan ini untuk kepentingan politik. Ramai pemimpin politik PAS yang insaf dengan perjuangan sesat PAS mengakui hal ini. Dan dakwaan lain seperti nehazah yang masih panas tidak pernah menjadi isu dan berita termasuk dalam Harakah yang hanya menyiarkan gambarnya - dakwaan yang berlaku kemudiaan.

Dalam Islam, menipu tidak dibenarkan.
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-12-2024 03:39 PM GMT+8 , Processed in 0.062643 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list