CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 4668|Reply: 20

Kemurungan

[Copy link]
Post time 24-7-2007 03:25 PM | Show all posts |Read mode
Adik lelaki saya berumur 26 tahun. 3 thn lepas, setelah kematian bapa saya, dia mula jadi pendiam, banyak termenung, lama kelama2-an bercakap sorang2, senyum sorang2, x dengar cakap2 org. Kami dah bawa dia berjumpa doctor govmen di daerah kami. Warded a few days then, discharge, keadaan dia kira OK la, but mesti makan ubat setiap hari. Bermacam cara perubatan dah kami cuba, baik tradisional, homeopathy.
Sekiranya dia x makan ubat yg diberikan doctor tu, keadaan dia kembali teruk.

Pernah satu ketika dia bercakap sendiri, seperti ada dunia lain, mulut sentiasa terkumat-kamit, seperti bercakap dgn seseorang, percakapan dia kadang2 tu seperti melakonkan beberapa watak.

Pernah satu ketika dia jadi marah2, menjerit2, tak kira waktu.
Tiba2 sahaja dia boleh menjerit dgn muka merah, tegang segala urat. Seperti marahkan seseorang.
Perkara mcm nie berlarutan sehingga dia asyik dgn dunia sahaja x peduli makan minum, 2,3 days, then warded.... baru blh OK (not 100%).

Bila dia dah asyik dgn dunia dia tu, dia x blh digerakkan langsung. Sbg contoh, dia baring dan terkumat-kamit mulutnya. kita panggil la mcm mana pun, cubit la sekuat mana pun, tiada tindakbalas langsung. Nak bawa dia mandi, nak suruh dia makan, mengambil masa berjam2. Letak kuih di tangan, di biarkan, kita tolong tolak tangan ke mulut, 15 minit boleh dia kaku dgn meletakkan makanan di bibir.

Kalau dalam keadaan normal dia OK, cuma sometimes ada termenung2.  Ubat dari hospital memang kewajipan setiap hari. Sebulan sekali berjumpa doctor.

Sampai bila2 ke dia kena ambil ubat tu ye? X effect badan dia ke?

Ada tak sesiapa boleh bagi pendapat dan pandangan.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-7-2007 07:13 PM | Show all posts
Pengidap schezophrenia memang kena ambik ubat setiap hari seumur hidup.
Reply

Use magic Report

Post time 24-7-2007 09:37 PM | Show all posts

Reply #2 zerozone's post

betul ke schizo ni penyakit keturunan?
Reply

Use magic Report

Post time 24-7-2007 11:33 PM | Show all posts
penyakit skizo ni berpunca dr kemurungan yg keterlaluan ke?
Reply

Use magic Report

Post time 25-7-2007 08:13 AM | Show all posts

Reply #3 basikalgirl's post

ada pandapat yg mengatakan ia nya keturunan, dan saya pun ada berjumpa pengidap penyakit ni yg terdiri dari saudara mara.
Reply

Use magic Report

Post time 25-7-2007 08:16 AM | Show all posts

Reply #4 obachan's post

Jarang depression (kemurungan) membawa kpd schizo. Biasanya membawa kpd cuba nak bunuh diri
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 25-7-2007 08:26 AM | Show all posts

Reply #5 zerozone's post

baru tengok citer Mr Brooks..mr brooks tu pun pengidap penyakit ni kan?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-7-2007 08:58 AM | Show all posts
apa rawatan terbaik utk pesakit ini ye?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-7-2007 01:03 PM | Show all posts
aku tumpang simpati..

Adik ko rapat ngan arwah ayah ko ke? sampai ley jd camni....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-7-2007 03:04 PM | Show all posts
Originally posted by shanew3stgalz at 25-7-2007 01:03 PM
aku tumpang simpati..

Adik ko rapat ngan arwah ayah ko ke? sampai ley jd camni....


nak kata rapat atau manja sangat dgn arwah ayah tu tak juga.
Mungkin dia kehilangan tempat bergantung. Arwah ayah saya seorang yang sangat perihatin dalam pelajaran anak2 even dia x belajar tinggi dan orang kampung. Memang adik saya nie anak bongsu. Dia ni dari awal kurang dalam pelajaran dan juga kurang dalam sifat berdikari.

Arwah ayah lah yang banyak berusaha dalam menentukan perjalanan hidup dia selama ni. Pelajaran dia terlalu lemah sehingga x mampu utk ambil SPM tapi arwah ayah tetap mahukan dia belajar, usahakan dia ambil sijil vokasional di sekolah Teknik (sijil kemahiran shj without SPM).

Ketika arwah ayah meninggal, dia bekerja dia sebuah kedai di kampung saya. Menjaga kedai.
Pada peringkat awal penyakit itu kena pada dia, dia memang ada mengadukan nasib diri dia pada mak. Cth nyer "kenapa la saya nie macam ni mak?", "mak, mak, .. saya nie anak mak kan?" ....

Selepas penyakit ini menyerang dia, dia dah tak mahu bekerja. Puas dah kami pujuk. Sekarang ni dia duduk sahaja la di rumah.

Adik saya pernah dapat offer rawat ECT dekat psikiatrik klink, tapi emak saya tak izin kan, sebab takutkan keadaan lebih buruh effect selepas itu. Saya sendiri berfikiiran positif terhadap rawatan ECT tu tapi x mampu utk meyakinkan emak saya. So, peluang ECT tu kami tolak.

May be ada sesiapa yang blh beri pendapat or pengalaman tentang ECT tu.
Reply

Use magic Report

Post time 25-7-2007 08:44 PM | Show all posts
syahza tatau nk bantu kasik nasihat cemane.. tapi syahza simpati sgt ngn adik nageerah tu.. byk2 bersaba ae
Reply

Use magic Report

Post time 26-7-2007 01:57 AM | Show all posts
Originally posted by nageerah at 24-7-2007 03:25 PM
Adik lelaki saya berumur 26 tahun. 3 thn lepas, setelah kematian bapa saya, dia mula jadi pendiam, banyak termenung, lama kelama2-an bercakap sorang2, senyum sorang2, x dengar cakap2 org. Kami da ...


pada saya awak tak perlu nak risau sebab setiap penyakit ade ubat yerrr...apabila kena caranya....awak leh PM saya...untuk penerangan lebih detail....awak dok mane
Reply

Use magic Report

Post time 26-7-2007 08:33 AM | Show all posts
ECT ni kita guna arus letrik...ia dilakukan bila perlu saja. Ianya tak menyembuhkan penyakit schizo ni. Pembedahan otak pernah dicuba utk merawat kes macam ni tapi tak banyak dilakukan.
Reply

Use magic Report

Post time 26-7-2007 09:50 AM | Show all posts

Reply #10 nageerah's post

Bwk bersabar k... sy pun tak tau nak nasihat pe...

Tp bila dgr c'rita nageerah, baru la sy paham knape die jd camtu... sday nye bile die ckp "kenapa la saya nie macam ni mak?", "mak, mak, .. saya nie anak mak kan?"

Btol kate sahabat32, stiap penyakit ade ubatnye.. so, jgn give up utk b'rusaha k.. sy rs masih blh d'pulihkan...
Reply

Use magic Report

Post time 24-12-2007 09:29 AM | Show all posts
Wanita dan kemurungan
OLEH SHAFINAZ SHEIKH MAZNAN

KENYATAAN Pengarah Jabatan Kesihatan Kelantan, Dr. Mohd. Kamil Hassan sempena sambutan Hari Kesihatan Mental Sedunia 2007 peringkat negeri itu di Sekolah Menengah Teknik Tanah Merah baru-baru ini, menarik perhatian.

Hari Kesihatan Mental Sedunia 2007 diraikan pada 10 Oktober lalu, kali ini membawakan tema Kesihatan Mental dalam Perubahan Dunia: Impak Budaya dan Kepelbagaian.

Beliau melahirkan kebimbangannya tentang masalah kesihatan mental di kalangan penduduk negeri di sebelah pantai timur itu yang semakin merisaukan dan tidak boleh dipandang ringan.

Untuk rekod, pada tahun lepas sebanyak 11,828 pesakit mental mendapatkan rawatan di klinik-klinik kesihatan di Kelantan dengan 17 peratus darinya tercicir temu janji atau tidak hadir ke klinik sebagaimana yang ditetapkan.

揔ita berharap pesakit-pesakit ini datang untuk mendapatkan rawatan susulan bagi memastikan penyakit mereka tidak berulang lagi kerana sekiranya ia berulang, mereka boleh membahayakan diri sendiri dan orang lain,
Reply

Use magic Report

Post time 25-12-2007 03:43 AM | Show all posts
ok i nak share my experience, hopefully bole bantu nageerah... actually, depression ngan schizo lain... (i tau cos i did some reading about it, plus my experience keje kat psychiatric dept after grad dulu (saje volunteer)..

schizo tu dah tahap teruk sgt sbnrnya... dia cam split personality.. ade masa senyap and takut, ade masa, die marah tak tentu pasal.. depression could lead to schizo.. but i rase adik nageerah punye kes, depression je kot..

my own brother penah kene depression jugak.. i nangis tiap2 mlm time dia kene admitted kat hosp dulu.. (he kept saying he didnt belong there..) die depressed pasal gf die dulu sampai sanggup berenti university and stay umah. it took him 4 yrs to fully recovered (xyah makan ubat dah)... yg penting i nak cakap kat sini, family kene byk2 sabar n bagi sokongan kat die... ubat kene pastikan sentiase makan cos penyakit tu bole relapse (berlaku balik) if stop makan ubat before betul2 baik...

my family dulu, bawak die jumpa pakar, jumpa harun din, buat brain scan... berpuluh2 ribu abis kat die...tapi tak baik2 jugak.. i guess sometimes it depends on the person's own will jugak... yang penting, selalu doa kat Tuhan sembuhkan dia, terima ni as part of ujian Tuhan to your family and again, banyak2kan bersabar...

am proud to say that now, my brother dah nak tunang dah.. die dah keje (fixed income and rajin buat OT now).. and at the same time, buat PJJ dia punya own initiative tuh! (pendidikan jarak jauh) amik diploma in accounting (cos he was and still is very good at maths)...

nageerah, i feel for you... dont lose hope, dont stop believing... insya Allah, dengan izin Tuhan,dia akan kembali sembuh..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-12-2007 05:36 AM | Show all posts
ni pasal semangat dah lemah ni.. jiwa lemah..
kena banyak2 doa pada Allah..
satu family kena semayang hajat, baca surah yassin n ayat qursi..
insyaAllah semangat pesakit pulih .. tapi kena rajin buat la..
happened to my cousin one time ago.. balik oversea sakit depression ke apa tah sampai bole dengar suara yang bukan2.. pastu jadi penakut n lemah semangat.. alhamdulillah dah semakin pulih sebab parents dia rajin bawak gi berubat, contohnye bawak gi jumpe ustaz n ustaz tu buatkan semayang hajat untuk dia.. family dia jugak rajin buat semayang hajat untuk dia.. penah gi jumpe psikiatrist tapi ubat2 tak membantu.. sebab dia jadik pening and gelap mata macam nak pitam bila makan ubat yang diberi doc..
Reply

Use magic Report

Post time 25-12-2007 12:26 PM | Show all posts

Reply #2 zerozone's post

too young to be schizophrenic .. my dear
Reply

Use magic Report

Post time 25-12-2007 12:29 PM | Show all posts

Reply #1 nageerah's post

cadangan aku arr .... bila hilang seseorang .. its actually a huge burden to be handle alone...
he or she ..should learn .. to mourn .. and move on ...
we grieve .. we mourn .. and we move on ... its law of life...

bende ni kene tackle awal ... bila dah kronik camni .. payah sikit ... tetapi bukan x leh nak ubah ...
pertama ... kene ade pembimbing ... yg faham dan willling to spend their time with him or her .. bukan setakat .. 12 jam... perhaps more than that ...

dia kene ade kawan ... someone for him or her to talk to ....
condemination .. or any negative elements should be avoided.
ni la masa aura2 positif disalurkan atau dilepaskan di udara ...

takes time ... but hey .. its worth to try ...
some may say ... easy to say than done . well .... kalau xde orang lain nak try .. sape lagi
Reply

Use magic Report

Post time 25-12-2007 01:21 PM | Show all posts

Reply #18 sibel's post

Childhood-onset schizophrenia is a severe disorder that usually is chronic and persistently disabling.

Most psychological, pharmacologic, and neuroimaging studies of childhood-onset schizophrenia have suggested dysfunction in the prefrontal cortex and limbic system. The neurotransmitter implicated in the pathophysiology of schizophrenia is dopamine.

In the US: Childhood-onset schizophrenia is a rare disorder. In preadolescents, estimated prevalence is less than 1 in 10,000. The number of new cases increases significantly during late adolescence, reaching an approximate prevalence of 1% for later onset schizophrenia.

An increased risk of death from suicide is present in patients with schizophrenia. In the larger follow-up studies of childhood-onset schizophrenia, the mortality rate from suicide is 5-11%. In follow-up studies, more than one half of children with schizophrenia have persistent severe impairment in social skills and limitations in academic and occupational achievement.
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Kesihatan


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-11-2024 05:32 AM GMT+8 , Processed in 0.053951 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list