CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3892|Reply: 10

NUTP saman ibu bapa buat laporan palsu

[Copy link]
Post time 5-8-2007 09:20 AM | Show all posts |Read mode
NUTP saman ibu bapa buat laporan palsu

KUALA LUMPUR: Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan Malaysia (NUTP) mengambil keputusan menyaman ibu bapa yang membuat laporan palsu mengenai salah laku guru di sekolah kepada media sehingga menjejaskan imej dan maruah guru.

Ini berikutan NUTP mengesan tiga kes palsu di Kedah membabitkan guru di Sekolah Menengah (SM) Bakar Arang, Sungai Petani; Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Tamil (SRJKT) Tun Sambanthan, Bukit Lembu dan SRJKT Kalaimagal yang dituduh tanpa bukti kukuh.


Setiausaha Agung NUTP, Lok Yim Pheng, berkata keputusan itu dibuat Jawatankuasa Kerja NUTP kelmarin bertujuan menegakkan kebenaran dan melindungi guru daripada tuduhan tidak berasas ibu bapa.

Beliau juga menuntut ibu bapa terbabit memohon maaf secara terbuka.

Lok yang yakin banyak lagi kes sedemikian dilaporkan kepada media berkata, tindakan tidak bertanggungjawab ibu bapa itu menyebabkan guru sentiasa bimbang dan resah untuk melakukan tugas mereka.

揔ini didapati ramai guru menjadi mangsa tuduhan ibu bapa sehingga guru dan keluarga mereka terpaksa menanggung malu.

揝eperti kes di SJKT Kalaimagal, kehidupan guru terbabit sangat terjejas dan keluarganya juga mendapat malu kerana ia mendapat liputan meluas media.

揑bu bapa tidak seharusnya memberi tunjuk ajar kepada anak mereka dengan cara memalsukan fakta dan menuduh tanpa bukti kerana pada akhirnya, anak itu juga akan menerima kesan,

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-8-2007 11:39 PM | Show all posts
saya sokong cadangan tu sebab kadang2 sikit punya hal pun
nak masuk surat khabar..
anak kena rotan sikit tak blh..
bagi saya kalau setakat anak sy kena hukum kat sek...normal la
selagi hukuman itu utk mengajar,mendisiplinkan anak sy,sy tak kisah.
utk ibubapa..jgn cepat melenting....selidik dulu.
utk guru..teruskan mendidik anak bangsa mu...
Reply

Use magic Report

Post time 6-8-2007 05:25 PM | Show all posts
Macam gila publisiti saja mereka ini
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-8-2007 05:27 PM | Show all posts
saman je

biar mak bapak ni tahu

Reply

Use magic Report

Post time 6-8-2007 05:50 PM | Show all posts
bila cikgu pukul skit anak dgn tujuan nak ajar..
dikatanya cikgu nie pukul anak dia xingat dunia..
pdhal kalau mmg anak dia mmg jenis kurang ajar..
mmg patut pun cikgu yg 'ajar' kalo dh mak bapak xpandai 'ajar'..
tp dlm byk2 kes haku suka sgt kes cikgu warden asrama denda student rendam
dlm kolam..biar serik skit bbudak tu..
sengaja buang pad dlm lubang tandas..
tp kalo student u yg buat camtu camne plak ek nak ajar diorg nie..
Reply

Use magic Report

Post time 8-8-2007 03:56 PM | Show all posts

Reply #4 Syd's post

Setuju...:victory:  
Mak bapak skrg nih terlalu manjakan anak...
Manja tak kena tempat...
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 4-9-2007 11:09 AM | Show all posts
Minda Pengarang: Musyawarah cara terbaik tangani masalah guru, ibu bapa


SEBELUM ini kita hanya mendengar kes ibu bapa menyaman guru dan sekolah kerana tindakan guru terhadap anak mereka yang menimbulkan rasa tidak puas hati. Bagaimanapun, laporan akhbar semalam berlainan ceritanya dengan guru pula akan menyaman tiga ibu bapa kerana membuat tuduhan palsu. Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) akan memfailkan saman itu kerana ketiga-tiga ibu bapa berkenaan didakwa membuat aduan palsu mengenai salah laku guru terhadap murid mereka melalui media. Tindakan menyaman ibu bapa ini, yang pertama dalam sejarah perguruan di negara ini, diputuskan Jawatankuasa Kerja NUTP minggu lalu bagi memelihara maruah dan imej profesion guru. Ia juga bertujuan menghindari guru daripada terus menjadi sasaran pihak tidak bertanggungjawab yang cuba mencemar serta mencalarkan imej guru sehingga menimbulkan kekecewaan rakyat. Antara aduan yang biasa dilemparkan terhadap guru ialah murid dirotan hingga lebam, murid ditampar dan sebagainya. Aduan seumpama itu yang disiarkan akhbar dan televisyen kemudian mendapat perhatian ahli politik dan isu itu pun menjadi lebih besar. Guru terbabit dikenakan tindakan disiplin dan terpaksa mengharungi kehidupan masa depan lebih suram. Guru berkenaan juga tidak berpeluang mendapat pembelaan sewajarnya padahal niat guru itu hanya untuk mengajar murid yang tidak berdisiplin.

Walaupun niat guru itu baik, tidak semua ibu bapa menganggap apa yang dilakukan guru itu sebagai sesuatu yang baik. Ada tersalah sangka, lalu membuat pelbagai andaian dan tidak kurang pula melemparkan tuduhan tanpa usul periksa. Apakah pembangunan dan kemajuan menyebabkan pandangan masyarakat kita terhadap tanggungjawab guru turut berubah. Jika dulu, ibu bapa meminta guru 憁erotan
Reply

Use magic Report

Post time 4-9-2007 02:42 PM | Show all posts
saman je...... kadang-kadang diorang ni ingat anak-anak diorang tu
baik sesangat silap sikit nak menyalahkan orang hah kena buku dengan ruas
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-9-2007 03:26 PM | Show all posts
saman patut ya'
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-1-2008 09:56 AM | Show all posts
Guru saman fitnah ibu murid RM250,000

Oleh OPAT RATTANACHOT

SUNGAI PETANI 17 Jan.
Reply

Use magic Report

Post time 21-1-2008 12:43 AM | Show all posts
aku sokong sungguh2..bese dengar ibu bapa saman guru biar kali ni guru saman ibu bapa. kdg2 parents ni dengar cakap anak lebih padahal belom tentu
betul sepenuhnye..asyik cari salah cikgu je..kalo aku jadi cikgu kat perak tu, kalo terbukti difitnah..saman je kaw2..minta kaw2 gak duit hahaah rm500k
ke...muahahah
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-11-2024 08:57 AM GMT+8 , Processed in 0.092527 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list