CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 19580|Reply: 43

Kampung Baru

[Copy link]
Post time 9-8-2007 02:10 PM | Show all posts |Read mode
Tubuh Perbadanan Bagi Bangunkan Kampung Baru, Kata Syed Ali


KUALA LUMPUR, 9 Ogos (Bernama) -- Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM) menyarankan supaya kerajaan menubuhkan sebuah perbadanan bagi membangunkan Kampung Baru bagi menentukan pemilikan tanah oleh orang Melayu dalam kawasan bandar tetap terpelihara.

Presidennya Syed Ali Mohamed Al-Attas berkata kerajaan tidak boleh membiarkan Kampung Baru terus dihimpit oleh arus pembangunan yang mana akhirnya menyebabkan pemilikan tanah oleh orang Melayu di tengah-tengah bandaraya semakin mengecil dan kemungkinan terhapus sama sekali.

"Tanah di Kampung Baru melambangkan budaya, maruah serta jati diri masyarakat Melayu bandar yang diwarisi sejak ratusan tahun.

"Oleh itu, adalah penting sebarang bentuk pembangunan yang ingin dibawa ke Kampung Baru tidak harus mengorbankan maruah serta jati diri masyarakat Melayu bandar ini," katanya kepada pemberita sebelum meninjau keadaan peniaga Melayu di Kampung Baru, di sini malam tadi.

Justeru, beliau mencadangkan agar kerajaan menubuhkan sebuah Perbadanan yang dianggotai oleh semua pemilik tanah di Kampung Baru dan dikendalikan oleh sebuah lembaga penasihat yang dianggotai oleh pegawai tinggi kerajaan bagi merancang serta melaksanakan pembangunan di kawasan itu.

Syed Ali juga mencadangkan perbadanan itu yang boleh ditubuhkan menerusi Akta Parlimen dinamakan sebagai "Malay Agriculture Settlement (MAS) Corporation" bagi memperingati sejarah penubuhan Kampung Baru kira-kira seratus tahun yang lalu.

Beliau berkata menerusi MAS Corporation, pemilik tanah Kampung Baru akan sama-sama membangunkan tanah milik mereka tanpa risiko ia tergadai kepada pihak yang tidak sepatutnya.

Katanya menerusi kesepakatan dalam MAS Corporation juga masalah tanah yang mempunyai lebih daripada satu hak milik akan dapat ditangani dan tanah berkenaan dapat dibangunkan secara bersama dan semua pihak akan memperoleh keuntungan.

"Pemilik tanah boleh memilih sama ada mahu mendapatkan bangunan, dividen atau wang tunai dengan menjual tanah kepada perbadanan yang tetap mereka miliki," katanya.

Syed Ali berkata jika semua pihak merestui cadangan itu, DPMM menerusi anggotanya yang terdiri daripada golongan profesional Melayu seperti arkitek, jurutera dan pemaju hartanah sanggup membuat kertas cadangan untuk dikemukakan kepada kerajaan.

Mengenai peniaga, Syed Ali berkata kini terdapat lebih 400 peniaga Melayu di Kampung Baru terutamanya dalam bidang peruncitan dan industri makanan.

Beliau berkata sungguhpun perniagaan mereka berjalan lancar namun lebih banyak perlu dilakukan oleh pihak berkuasa bagi mewujudkan keadaan persekitaran yang lebih menarik dan selesa bagi para peniaga dan pengunjung di Kampung Baru.

-- BERNAMA
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 9-8-2007 02:11 PM | Show all posts
Sultan Sulaiman Club: Once A Centre For The Malay Agenda


HISTORICAL HERITAGE
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-8-2007 02:17 PM | Show all posts
The Magazine of the Malaysian Australian New Zealand Association- October 2002

Kampung Baru Walking Tour By Petra Hewson ( Tuesday, August 20, 2002)

Dress conservatively and bring along a scarf was the order of the day for  this trip !
Where is KL do you find...fruit trees...a weekend market...LRT...traditional Malay
architecture and history that dates over a century and a view of the Petronas Towes?

'Kampung Baru'.

A brief history
Kampung Baru was set up in 1899 when the Sultan realized that the population in KL was dwindling. Malays were moving to the countryside where land was available. To encourage his people to stay in KL, he gave the Malay people half an acre each of land. However, there were a few stipulations.

Each plot was to have a traditional Malays house; fruit trees were to be planted; and rice was to be farmed. Families were not allowed to sell the land , as it was hoped that this area would be lived in by future generations. Obviously, over the years the area has been modernized, but the Sultan's wish for the community to
be passed on through generations, has survived.

Our Tour

25 MANZA members and guests attended this walking tour under the guidance of Angie Ng from Heritage Travel. The walk led us through the main area of the community.

Our first stop was the main market area. Various outlets line the street. The traditional 'Songkok' (Hat Makers) shop is here. Rows of decorated black oval Malay hats were displayed on shelves and selling for RM 20 each. Men wear these hats on festive occasions.

Antique shops displaying copies of Malay porcelain, daggers, and bric-a-brac were an interesting browse. What was once the Tourist Office in the center of the market area is now a dressmaker's shop. Anyone who would like a traditional Malay outfit made is sure to get an excellent quote from these ladies.

For those of you with aches and pains and are daring enough, a highly recommended Malay healer has his surgery in this area. However, Angie did suggest that you might require an interpreter!

As the tours moved into the residential area of Kampung Baru, we saw some fine examples of wooden Malay style houses. Angie pointed our numerous varieties' of fruit trees, breadfruit, mangoes, star fruits to name but a few. Mouth dry, we stopped at a very grand house for refreshments. I'm not sure if 'rose hip' juice was that thirst quenching !

We then had a put scarves on the visit to the mosque. Encik Zainal showed us the female praying area and answered questions we had. We left the Mosque to wander through the streets on the home of 'Makcik' Rosmal, fondly know as Aunty by those who know her.

Not only is Angie a knowledgeable tour guide she is also quite a gourmet. Here a wonderful Malay feast was laid out in traditional style, chicken curry , beef rendang, rice, spicy aubergines were some of the tasty dishes offered. I wonder what ' Makcik' thought of us trying to eat with our right hand and sit in the correct Malay female position, legs to the right side ! What a delicious end to a fabulous trip.

When you next have visitors it really is worth taking them to Kampung Baru. Have lunch at one of the hawker stalls and they do have knives, forks, table and chairs ! Many thanks Jenny for organizing a very interesting outing, and to Angie Ng for being such an entertaining tour guide.

link: http://www.heritagetravel.com.my/ref.htm
Reply

Use magic Report

Post time 9-8-2007 02:17 PM | Show all posts
rajin tol hang mengepaste,,,huhu
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-8-2007 02:37 PM | Show all posts
AKHBAR / NEWSPAPER:        THE MALAY MAIL       
TARIKH / DATE        :        10/09/2004       
HARI / DAY        :                SABTU
ISU / ISSUE        :        LAIN-LAIN        MUKA SURAT / PAGE        : 10

Residents' approval needed to develop Kg Baru: Isa

       
Keratan Akhbar

PORT DICKSON: The development of the more than 100-year-old Kampung Baru
will only proceed when the Government gets the residents' approval.

Federal Territory Minister Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad yesterday said
it was up to Kampung Baru residents to decide if the settlement should be
developed.

Although the Lembaga Pentadbir Penempatan Pertanian Melayu (MAS) has
made known its decision that the settlement can be developed, Isa said the
Government would still have to wait for the residents' decision.

"The committee (MAS) has agreed but I do not know whether the residents
have agreed or not. Discussions are still in the early stage.

"No contractor has been appointed to develop the village. Any discussion
to be held will involve all parties concerned," he said after presenting
certificates to 39 teachers from Special Schools at a hotel near here.

It was reported recently that MAS had appointed Universiti Teknologi
Mara (Uitm) and Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) to formulate a master
plan on the development project.

The master plan will serve as a model for the Program Pembangunan Melayu
Bandar in the country. It is expected to be ready within a year.

MAS had said claims that some 1,004 lot owners in Kampung Baru were
against the development plan were untrue.

MAS deputy chairman, Zakaria Yahaya had said that Kampung Baru could be
developed on one condition that it maintained the ownership of the Malays,
its social, culture and heritage.

Kampung Baru was gazetted as a Malay settlement in 1900 by the British
under the 1897 Land Enactment.
Reply

Use magic Report

Post time 9-8-2007 05:16 PM | Show all posts
minggu lepas i pegi makan sup kat kg baru sebab dah lama tak pegi sana n tak tau nak pegi makan kat mana.. nampak satu banner tulis " pada mat-mat rempit, sila bersopan apabila berada di kawasan kg. kami".. lebih kurang mcm tu lah ayat dia.. bagus jugak ada banner tu.. aman sikit org yg nak makan kat situ..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 9-8-2007 05:28 PM | Show all posts

Reply #6 bettyboops's post

Betul tu, mat rempit tak berani masuk kg. baru sebab dia orang tau apa yang dia akan terima...
Reply

Use magic Report

Post time 9-8-2007 09:16 PM | Show all posts
Originally posted by kupia at 9-8-2007 05:28 PM
Betul tu, mat rempit tak berani masuk kg. baru sebab dia orang tau apa yang dia akan terima...


Malam minggu jer RELA berkampung kat situ....cekup kutu rayau, pendatang...tau takut depa semua....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


dempol This user has been deleted
Post time 10-8-2007 10:52 AM | Show all posts
Originally posted by kupia at 9-8-2007 17:28
Betul tu, mat rempit tak berani masuk kg. baru sebab dia orang tau apa yang dia akan terima...



diorang terima apa..parang terbang macam dulu lagi ke..
Reply

Use magic Report

Post time 10-8-2007 05:18 PM | Show all posts

Reply #9 dempol's post

Tak de lah keluar parang terbang sume...  dalam KL ni faham2 ajalah dia orang dari dulu lagi memang respect habis budak2 kg baru ni, tak payah cite sama2 paham dah lah.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-12-2007 01:29 PM | Show all posts
Kelab Sultan Sulaiman selepas 98 tahun
Oleh: SITI AINIZA KAMSARI (WARTAWAN UTUSAN)

SELEPAS 98 tahun, bangunan warisan Kelab Sultan Sulaiman yang terletak di Kampung Baru, Kuala Lumpur dirasmikan dalam satu majlis yang gemilang Sabtu lalu.

Bangunan yang didirikan pada tahun 1909 itu dirasmikan oleh Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah.

Ia bukan sahaja satu jejak kembali kepada baginda sebagai Sultan Selangor tetapi kepada seluruh warga khususnya kepada generasi lama yang cukup mengenali Kelab Sultan Sulaiman.

Sebab itu, bukan sesuatu yang memalukan bagi golongan veteran untuk menitiskan air mata apabila mendapat khabar bahawa bangunan yang penuh nostalgia itu akhirnya akan dirasmikan.

Bagi generasi muda, perasmian yang tertangguh sejak berpuluh tahun itu merupakan satu hebahan kepada mereka bahawa ada sejarah bukan lagi untuk dikenang tetapi untuk diambil pengajaran.

Tidak semata-mata kerana ia bangunan lama, bangunan warisan atau kelab Melayu pertama dan tertua di negara ini.

Namun secara ringkasnya, sehingga tahun 1957, kelab ini dikenali sebagai Sultan Sulaiman Club sempena nama Sultan Selangor pada masa itu iaitu Sultan Alaedin Sulaiman Shah Ibni Almarhum Raja Muda Musa yang memerintah dari tahun 1898 hingga 1938.

Penubuhan kelab ini berasaskan kepada keperluan penduduk Kampung Baru yang memerlukan sebuah tempat untuk berbincang dan bermesyuarat.

Pada tahun 1899 Kampung Baru yang ketika itu dikenali sebagai Malay Agricultural Settlement (M.A.S) memerlukan penduduknya untuk sering mengadakan perjumpaan.

Ini menyebabkan mereka membina sebuah pondok secara gotong-royong yang kemudiannya antara lain berfungsi sebagai rumah tumpangan atau tempat bermalam bagi pelawat-pelawat yang datang ke Kuala Lumpur.

Pada tahun 1901, beberapa orang penduduk Kampung Baru yang dikenali sebagai Yahya, Mohd Tahir, Ibrahim Nyonya, Ibrahim Haji Osman, Munshi Abdul Rahman dan beberapa orang lagi mendaftarkan aktiviti-aktiviti mereka sebagai satu kelab tetapi ia belum dikenali sebagai Kelab Sultan Sulaiman.

Sehinggalah pada 1909, bangunan Kelab Sultan Sulaiman telah didirikan bagi menggantikan 憄ondok
Reply

Use magic Report

Post time 26-1-2008 09:43 AM | Show all posts
Saturday January 26, 2008

Kampung Baru plan expected out in April


By GEETHA KRISHNAN

THE long-awaited local plan for Kampung Baru, the Malay enclave in the heart of Kuala Lumpur, is scheduled to be unveiled in April.

The plan will present in detail the government development agenda for Kampung Baru. It will be exhibited to the public on a date and at a venue to be disclosed later.  



At long last: Datuk Seri Zulhasnan Rafique said the local plan for Kampung Baru in Kuala Lumpur will be unveiled to the public in April.
According to Federal Territories Minister Datuk Seri Zulhasnan Rafique, much thought had gone into drafting the plan with the government taking into account issues like the Malay image and land ownership.

He also said the plan was drafted after many rounds of discussions with various parties.
Zulhasnan said that Prime Minister Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi would be given a second briefing on the plan sometimes next week.

Zulhasnan said this during a press conference on the Federal Territory Day celebrations at his office in Putrajaya on Thursday.

揂 sum of RM100mil has been allocated under the 9th Malaysia Plan for four to five projects requiring the government attention pertaining to land development and the improvement of infrastructures,
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-1-2009 10:50 AM | Show all posts
‘Kampung baru dianggap curi hak tanah Melayu’

Oleh HATA WAHARI

KUALA LUMPUR 15 Jan. – Raja Muda Perak, Raja Nazrin Shah bertitah, raja-raja Melayu telah menzahirkan teguran terhadap rancangan penempatan semula kampung baru pada tahun 1950 yang dianggap mencuri hak tanah kepunyaan Melayu.

Baginda yang dalam keadaan sebak semasa menyentuh perkara itu ketika menutup Kongres Ekonomi Islam Ketiga (KEI-3) di sini hari ini bertitah, teguran tersebut dizahirkan dalam Mesyuarat Raja-Raja Melayu pada 24 Mei 1950.

Titah baginda, penempatan semula melalui Rancangan Briggs yang dilancarkan oleh Sir Henry Gurney itu telah menimbulkan rasa kurang senang raja-raja Melayu.

Raja Nazrin bertitah, Rancangan Briggs memberi nikmat kepada 400,000 penduduk setinggan Cina di pinggir hutan berpindah ke kampung baru yang dilengkapkan dengan jalan, bekalan elektrik, air paip, kemudahan sekolah dan kesihatan serta turut dibantu mendapat pelbagai peluang pekerjaan dan kemudahan perniagaan.

Rancangan penempatan tersebut, titah baginda, dilaksanakan ketika masih begitu ramai keluarga Melayu yang tidak memiliki tanah dan dari segi lokasi geografi, kampung baru itu lebih hampir dengan bandar berbanding kawasan pembangunan Felda.

Raja Nazrin bertitah, kemudahan-kemudahan infrastruktur dan sosial yang disediakan di kampung baru juga jauh lebih baik daripada apa yang terdapat di kampung tradisi Melayu.

“Rancangan Briggs sebenarnya menimbulkan rasa kurang senang raja-raja Melayu. Mesyuarat Raja-Raja Melayu pada 24 Mei 1950, menzahirkan teguran terhadap rancangan penempatan semula yang dianggap mencuri hak tanah kepunyaan Melayu.

“Raja-raja Melayu malah pernah menzahirkan kebimbangan terhadap pelantikan Sir Henry Gurney sebagai Pesuruhjaya di Tanah Melayu pada tahun 1948 berasaskan kepada kebimbangan Duli-duli Tuanku itu terhadap apa yang dilakukan oleh Gurney ketika bertugas sebagai Setiausaha Negara di Palestin terhadap penduduk Arab,” titah baginda.

Raja Nazrin bertitah, peneroka tanah rancangan Felda hanya berpeluang melalui penghidupan di perkampungan moden 11 tahun selepas dinikmati oleh penduduk-penduduk kampung baru yang dibangunkan melalui Rancangan Briggs itu.

“Bayangkan betapa nasib lebih 112,000 keluarga desa berkemungkinan berada di dalam kategori miskin tegar sekiranya Felda tidak pernah wujud di negara ini,” titah baginda.

Raja Nazrin bertitah, rancangan pembukaan tanah melalui Felda adalah contoh ketara kejayaan gemilang program fardu kifayah yang bukan sahaja berjaya mengatasi masalah kemiskinan bagi ribuan keluarga Islam malah turut membawa mereka menerokai kejayaan yang lebih luas dan besar.

Titah baginda, kejayaan sesuatu idea begitu juga kejayaan sesuatu dasar bergantung pada kejayaan melepasi ujian di peringkat pelaksanaan.

Menurut baginda, Tabung Haji dan Felda bermula daripada satu idea, digubal dasar untuk memberikan roh kepada idea itu lalu ditubuhkan institusi bagi memberikan kerangka dan diterjemahkan kepada projek serta diuji pada peringkat pelaksanaan.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 31-1-2009 04:00 PM | Show all posts
Kampung Baru : Antara Dua Darjat

Oleh Rohana Mustaffa

Pembangunan di Kampung Baru, warisan Melayu di tengah-tengah ibu kota metropolitan Kuala Lumpur bergerak perlahan sejak dibuka pada 1899, disebabkan pelbagai faktor, antaranya kerenah birokrasi usang dan sikap penduduk. Bagaimanapun, harapan baru muncul dengan cadangan transformasi kampung ini yang menarik perhatian Bernama untuk menyiarkan siri rencana.

Ini ialah bahagian pertama daripada enam bahagian.

KUALA LUMPUR, 29 Jan (Bernama) -- Jam besar di perkarangan Masjid Jamek Kampung Baru menunjukkan waktu 4.55 petang.

Baru sebentar muezin melaungkan azan masuk waktunya solat Asar dan berpusu-pusu umat Islam di sekitar Jalan Raja Alang dan Jalan Raja Abdullah ini meninggalkan sementara pekerjaan mereka untuk menunaikan ibadat fardu.

Ini ialah rutin harian para peniaga dan pekerja pejabat serta orang ramai di sekitar Kampung Baru Kuala Lumpur dan kesempatan untuk solat berjemaah seperti tidak mahu mereka lepaskan setiap hari.

Laungan azan memuji kebesaran Allah swt bergema di seluruh kampung yang mencetuskan tindak balas pantas para peniaga terutamanya pada deretan kedai di hadapan masjid untuk serta merta menutup premis perniagaan dan menyahut seruan mengerjakan solat.

Dari muka pintu masjid tua ini kelihatan Menara Kembar Petronas di sebelah barat manakala di sebelah timur pula kelihatan Menara KL dan beberapa pencakar langit seperti Menara Bank SME, Menara Universiti Kuala Lumpur, antaranya tiga hotel mewah dan beberapa lagi struktur yang seakan-akan membentuk suatu kepungan mengeliling Kampung Baru, satu-satunya entiti dan warisan Melayu di tengah-tengah ibu kota metropolitan ini.

Solat berjemaah berikutnya ialah pada waktu Maghrib dan masa selama lebih dua jam di antaranya membenarkan umat Islam kembali kepada pekerjaan dan perniagaan mereka. Ada yang pulang ke rumah yang berdekatan untuk berehat.

Pendek kata mereka banyak masa untuk melakukan pelbagai perkara.

DUA DARJAT

Bagaimanapun, masa juga seakan-akan bergerak perlahan, kadang kala seperti terlalu perlahan di Kampung Baru, sekiranya dibandingkan kerancakan pembangunan di kawasan ini dengan jirannya di sebalik sempadan bersama, terutama Sungai Kelang yang menjadi penanda aras.

Kampung Baru terletak di bahagian utara pusat bandar raya yang disempadani Jalan Raja Muda Abdul Aziz di utara, Jalan Tun Razak di timur, Jalan Dang Wangi, Lebuhraya Bertingkat Ampang-Kuala Lumpur (Akleh) dan Sungai Kelang di selatan, dan Jalan Tuanku Abdul Rahman di sebelah barat.

Sebagai contoh, menara kembar yang paling tinggi di dunia hanyalah satu kilometer dari sini sedangkan masjid, deretan kedai, kelompok rumah dan pelbagai lagi tidak kelihatan berubah seperti mana Kampung Baru mula dibuka pada tahun 1899 dan digazetkan setahun kemudian.

Tidak keterlaluan sekiranya dikatakan seakan-akan wujud dua darjat antara Kampung Baru dan kawasan di sekelilingnya.

Ironinya menara itu berdiri megah bersebelahan Kampung Baru dan seseorang hanya perlu menaiki pelbagai bangunan pencakar langit di sekeliling kampung ini untuk meninjau keadaan warisan Melayu ini dan betapa ia juga sewajarnya sudah lama dimajukan seiring dengan kemajuan fizikal di sekitarnya.

TUJUH KAMPUNG UTAMA MEMBENTUK KAMPUNG BARU

Kampung Baru yang seluas 90.35 hektar (225.89 ekar) terdiri daripada tujuh buah kampung -- Kampung Hujung Pasir, Kampung Pindah, Kampung Periuk, Kampung Paya, Kampung Masjid, Kampung Atas A dan Kampung Atas B.

Saiz perkampungan membesar selepas beberapa kampung kecil turut dirangkumkan ke dalam Kampung Baru seperti Kampung Manggis dan Kampung Sungai Baru dan kemudiannya disertai perkampungan yang ditakrifkan setinggan sebelum ini, iaitu Kampung Limau, Kampung Chendana dan Kampung Paya Baru.

Terdapat tiga kategori tanah milik Melayu wujud di Kampung Baru iaitu Tanah Simpanan Melayu, Tanah Simpanan Pertanian Melayu dan Tanah Melayu Diberi Milik.

Dahulunya pernah terdengar jenaka bahawa yang berubah di Kampung Baru hanyalah pada nama-nama jalannya sedangkan kampung ini masih lagi seadanya.

Apa tidaknya, Hale Road yang dinamakan sempena seorang pentadbir British di zaman penjajah kini bernama Jalan Raja Abdullah manakala Jalan Raja Muda Abdul Aziz yang merentangi Kampung Baru dahulunya ialah Princess Road dan Jalan Haji Yahya Sheikh Ahmad pernah bergelar Jalan Watson. Begitu juga dengan Jalan Raja Alang di mana bermulanya Bazar Ramadan Kuala Lumpur sebelum ini dikenali sebagai Perkins Road.

Sementara itu Jalan Dewan Sultan Sulaiman pula yang wujud satu-satunya kelab Orang Melayu di dada ibu kota ini pernah dikenali sebagai Stoney Road.

Nama-nama keluarga Diraja Melayu Selangor dan tokoh Melayu yang pernah tinggal dan menyumbang kepada kemajuan penduduk Kampung Baru diabadikan dalam penjenamaan semula jalan-jalan di Kampung Baru yang kini berusia 110 tahun.

Justeru, tiada lagi nama berbau Eropah di jalan atau bangunan di sekitar Kampung Baru, nama Vision City yang pernah dicadangkan berdekatan dengan kelab itu kini dikenali sebagai Bandar Wawasan.

Entiti tunggal orang Melayu ini juga menyaksikan pelbagai dimensi sejarah - Kongres Melayu Pertama pada 1 hingga 4 Mac 1946 di Kelab Sultan Sulaiman yang mencetuskan gerakan menuntut Kemerderkaan 1957, tempat bersemaraknya Peristiwa 13 Mei 1969, pernah wujudnya Kediaman Rasmi Menteri Besar Selangor (di Jalan Raja Muda Abdul Aziz), kemuncak Perhimpunan Melayu di Stadium TPCA (kini dikenali sebagai Stadium Jalan Raja Muda) yang disusuli dengan Operasi Lalang II 1987 dan tempat perhimpunan mingguan gerakan Reformasi 1998.

UMNO DILAHIRKAN DI KAMPUNG BARU

Menurut mantan Menteri Besar Selangor Datuk Seri Dr Mohd Khir Toyo, Umno dilahirkan di Kampung Baru, lebih tepat lagi di Kelab Sultan Sulaiman, dan pendapat beliau disokong Ketua Bahagian Umno Titiwangsa Datuk Seri Dr Suleiman Mohamed yang menambah bahawa "saya menyifatkannya sebagai Umno hamil tua di Kampung Baru dan dilahirkan di Istana Besar Johor Baharu".

Pendek kata, semuanya ada di Kampung Baru -- Pasar Minggu Kampung Baru yang popular sebagai pusat menjamu selera, Masjid Jamek yang sinonim dengan bubur lambuk percuma sepanjang Ramadan dan yang memperkenal Solat Tarawikh dipimpin oleh Hafiz Arab Saudi hinggalah kepada Banjir Kilat besar pada tahun 2001 akibat pembangunan di sekelilingnya.

Sepuluh tahun selepas keberantakan gerakan Reformasi yang tercetus ekoran pemecatan Datuk Seri Anwar Ibrahim daripada jawatan Timbalan Perdana Menteri dan Timbalan Presiden Umno, beliau sekali lagi bertandang ke Kampung Baru khususnya ke Kelab Sultan Sulaiman bersama-sama penyokongnya untuk menghadiri Perhimpunan Black 14 pada 14 April 2008.

Di sebalik semua spektra sejarah ini, entiti Kampung Baru Kuala Lumpur sebenarnya sentiasa dipelihara dan dipertahan sebagai Warisan Melayu, lebih-lebih lagi ia masih wujud sebagai yang tunggal di ibu kota.

Mengikut sejarah, sebuah lembaga pentadbir khusus untuk Kampung Baru ditubuhkan serentak dengan pembukaannya sebagai Malay Agriculture Settlement (Petempatan/Tanah Pertanian Melayu) dan bertanggungjawab kepada Residen British bagi menguruskan hal ehwal pentadbiran kampung yang ketika itu diukur seluas 89.63 hektar.

MALAY AGRICULTURE SETTLEMENT (MAS)

Antara tugas Lembaga Pentadbir Kampung Baru itu ialah memberi kebenaran kepada sesiapa sahaja orang Melayu yang memohon tinggal di kampung ini dan luas kawasan yang diperuntuk tidak melebihi setengah ekar (0.2 hektar) seorang.

Dua persatuan -- Persatuan Pembangunan Kampung Baru (PPKB) dan Persatuan Kebajikan Anak-anak Melayu Kampung Baru (Pakam) pada 1994 dalam memorandum mereka mengenai pembangunan Kampung Baru menyatakan bahawa kampung ini terbentuk apabila sekumpulan orang Melayu yang tinggal di kawasan Sungai Gombak dan Sungai Kelang terpaksa berpindah untuk memberi jalan kepada pembangunan bandar Kuala Lumpur.

Sehubungan itu Sultan Selangor Sultan Sulaiman atau Sultan Alauddin Sulaiman Syah bin Raja Muda Musa memperuntuk sebuah kawasan di tepi Sungai Kelang untuk orang Melayu berpindah dan MAS diwartakan pada 1 Jan 1900.

Disebabkan semua urusan pentadbiran tanah adalah hak lembaga tadbir MAS, ia tidak dapat memenuhi harapan tuan tanah yang berhasrat membangunkan kawasan ini kerana mereka tidak memegang apa-apa surat hak milik yang boleh diurusniagakan hinggalah pada tahun 1960-an.

Menteri Besar Selangor Datuk Harun Idris yang ketika itu menjadi pengerusinya, mengusahakan geran hak milik tanah bagi penduduk kampung ini. Ketika itu juga kediaman rasmi Menteri Besar Selangor terletak di Jalan Raja Muda Abdul Aziz.

Cakap-cakap mengenai Kampung Baru akan dibangunkan timbul selepas itu dan sentiasa terdengar. Sejak 1975, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) pula dikatakan cenderung menjalankan usaha ke arah itu.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 31-1-2009 04:01 PM | Show all posts
USAHA TERKINI MEMBANGUNKAN KAMPUNG BARU

Usaha pertama untuk membangunkan Kampung Baru bermula pada 1975 dengan menyatukan pelbagai lot kecil tetapi langkah itu tidak mendapat sambutan dan 10 tahun kemudian DBKL mengemukakan pelan konsep pembangunan dengan tujuan mengelakkan pemilik individu membangunkan tanah mereka secara persendirian.

Setelah lama menyepi, khabar angin mengenai pembangunan Kampung Baru hangat diperkata semula pada 1991 susulan lawatan Perdana Menteri ketika itu Datuk Seri (Tun) Dr Mahathir Mohamad bersama rombongannya, Ketua Setiausaha Negara, Datuk Bandar Kuala Lumpur, ketua-ketua jabatan dan agensi kerajaan.

Datuk Dr Suleiman Mohamed, ketika itu Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang sebelum itu dilantik mengetuai jawatankuasa pembangunan semula Kampung Baru, turut mengiringi beliau.

Beberapa siri pertemuan dengan penduduk seramai 1,923 diadakan, tetapi usaha tiga tahun Dr Suleiman gagal, berpunca daripada pelbagai masalah tuntutan pembangunan, hak milik beramai, kos dan pentadbiran tanah dan sebagainya.

Ekoran itu pelbagai aktiviti cuba diusahakan sama ada secara bersendirian atau berkumpulan untuk membangunkan Kampung Baru dan dilaporkan DBKL pernah diarah mengambil balik tanah seluas 16.36 hektar (40.94 ekar) di sepanjang Jalan Raja Abdullah dan cadangan ini menghadapi jalan buntu akibat masalah kos pengambilan balik tanah.

MAS Melayu Berhad, konsortium 11 syarikat Melayu, juga pernah ditubuhkan untuk membangunkan Kampung Baru selepas Tun Dr Mahathir membubarkan jawatankuasa pimpinan Dr Suleiman, tetapi usaha mereka turut terhenti separuh jalan.

Akibatnya ramai penduduk dan pemilik tanah keliru mengenai apa yang berlaku.

Pelan Tempatan Kampung Baru yang diarah dikeluarkan DBKL pada 1992 sehingga kini tidak diketahui umum bentuknya sehinggalah Draf Kuala Lumpur 2020 Pelan Bandar Raya yang melibatkan Kampung Baru di dalam Jilid 4, dibentangkan tahun lepas.

PENDUDUK TUBUH PERSATUAN

PPKB dan Pakam dalam memorandum mereka pada 1994 itu turut menyenaraikan beberapa masalah yang timbul dalam perancangan membangunkan Kampung Baru.

Ketika itu wujud kumpulan pemilik tanah yang mendesak kerajaan membayar pampasan yang terlalu tinggi dan tidak munasabah daripada segi harga pasaran dan penyewaan, ada pula pihak yang menangguk di air keruh dengan mempengaruhi tuan tanah supaya menyerahkan kuasa menguruskan tanah sehingga berlaku penipuan.

Tidak kurang juga yang mencari populariti memperjuang isu Kampung Baru sehingga menampakkan suara pemilik tanah dan tujuan kerajaan tidak sekata.

PPKB didaftarkan pada 1994 dan membuka keanggotaannya kepada orang Melayu berumur 18 tahun ke atas yang mempunyai harta atau kepentingan hartanah di Kampung Baru atau perniagaan lebih dari 10 tahun di Kampung Baru, suami, isteri atau anak, cucu kepada orang yang berdaftar sebagai tuan tanah di Kampung Baru yang beragama Islam dan berumur lebih daripada 18 tahun.

Pakam pula dianggotai anak-anak Melayu Kampung Baru yang berumur 18 tahun ke atas, bertujuan mengumpulkan semua anak Kampung Baru di Kuala Lumpur dan Selangor, bagi mengeratkan silaturrahim, memupuk semangat cintakan kampung halaman, membantu menggalakkan dan memajukan bidang pendidikan, kebudayaan dan kebajikan anggota, menggalakkan perniagaan dalam kalangan anggota dan bekerjasama dengan mana-mana badan kebajikan negeri dan persekutuan.

Menurut PPKB dan Pakam, selepas mengadakan beberapa mesyuarat dengan anggota mereka ketika itu, rata-rata penduduk Kampung Baru yang mempunyai kepentingan hartanah dan perniagaan di sini menyokong rancangan untuk membangunkan Kampung Baru dengan syarat pihak berkenaan mengambil kira masalah yang dihadapi mereka dan memenuhi harapan mereka yang munasabah.

KEKALKAN KAMPUNG BARU SEBAGAI MARKAS KELOMPOK MELAYU

Di dalam memorandum mereka, kedua-dua persatuan itu menyatakan harapan supaya di sebalik pembangunan yang dirancang, Kampung Baru hendaklah dikekalkan sebagai markas kelompok Melayu di tengah-tengah metropolitan Kuala Lumpur dan tanahnya seberapa yang boleh terus dipertahan sebagai milik orang Melayu selama-lamanya.

Mereka tidak mahu berulangnya peristiwa perpindahan orang Melayu dari Sungai Gombak dan Sungai Kelang ke Kampung Baru atas alasan pembangunan, mengakibatkan hampir pupus orang Melayu yang bermastautin di bandar raya Kuala Lumpur.

Jika tidak, kata mereka, akan terus kekal dua darjat antara Kampung Baru dan kawasan di sekitarnya.

-- BERNAMA
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 31-1-2009 04:02 PM | Show all posts
Kampung Baru : Kehidupan Teratur, Masyarakat Makmur

Oleh Rohana Mustaffa

Bahagian 2 daripada enam bahagian siri rencana Kampung Baru

KUALA LUMPUR, 30 Jan (Bernama) -- Tiada yang terlepas pandang di Kampung Baru Kuala Lumpur.

Tiada butiran yang terlalu kecil untuk tidak dihiraukan dan tiada pula perkara besar yang lebih penting daripada yang lain kerana semuanya diambil kira di kampung ini sejak wujudnya kampung ini pada 1899.

Dahulu kehidupan harian di satu-satunya entiti Melayu di tengah-tengah ibu kota ini amat teratur dan rapi, pendek kata ia agak "regimented".

"Kami anak-anak Kampung Baru sudah sedia tahu bila waktu ke sekolah dan bersekolah di mana, waktu mengaji Quran, waktu bermain bola, bila pula hendak ke masjid, dan menyertai aktiviti marhaban atau berzanji kerana semuanya diatur," kata Shamsuri Suradi, antara penduduk asal yang menceritakan zaman membesar di Kampung Baru.

Sebenarnya aktiviti teratur ini berpunca daripada peraturan lembaga yang mentadbir Kampung Baru yang ketika itu di bawah pengawasan Residen British Selangor.

Kini Shamsuri merupakan Setiausaha Kehormat Lembaga Pentadbiran Malay Agriculture Settlement (Petempatan/Tanah Pertanian Melayu) atau MAS Kampung Baru yang kebetulan merupakan badan penyelia aktiviti di kampung ini mengikut tradisi kehidupan Melayu sejak diwartakan pada 1900.

MAS diwujudkan untuk memindahkan Orang Melayu yang kebanyakannya menghuni di pinggir Sungai Gombak dan Sungai Kelang walaupun ketika itu mereka aktif dalam kegiatan perniagaan dan perlombongan kerana British berpendapat orang Melayu wajar bergiat dalam sektor pertanian.

Pentadbiran British menegaskan bahawa penempatan di sebuah kampung khas akan memudahkan anak-anak Melayu menerima pendidikan dan mengambil bahagian dalam pentadbiran dan membolehkan penduduk menikmati sebahagian daripada kemewahan hidup masa itu.

AKTIVITI HARIAN RAPATKAN HUBUNGAN Dengan jadual teratur itu, para penduduk mengenali satu sama lain di samping mengambil tahu pergaulan dan kegiatan masing-masing sehinggakan jika ada orang luar masuk atau anak gadis kampung diganggu, Orang Melayu Kampung Baru akan bersatu dan bertindak.

Dari situlah wujudnya gelaran Gengster Kampung Baru, kata Shamsuri yang berusia, 57 tahun.

Seramai 27 orang Melayu dicatatkan pada Januari 1900 memilih beberapa lot yang disediakan di Kampung Baru untuk dijadikan tempat tinggal mereka selepas Pentadbiran British pada asalnya memperuntuk 223 ekar (89.2 hektar) sebagai kawasan khas rizab perkampungan orang Melayu di Kuala Lumpur.

Lembaga MAS ditubuhkan untuk mentadbir kampung ini dengan kuasa melulus dan menetapkan syarat-syarat pemberian lot rumah dan menyimpan butiran pertukaran, meluluskan pelan bangunan, menjalankan projek kecil dan mengawal ketenteraman penduduk.

"MAS juga berkuasa menyingkir penduduk yang ingkar atau tidak patuh akan peraturan dan dianggap berbahaya kepada masyarakat Kampung Baru," kata Shamsuri.

Anggota lembaga MAS dilantik dari kalangan pegawai tinggi penjajah, dan kerabat diraja (Raja Muda Selangor pada asalnya menjadi Yang Dipertua) sehinggalah selepas Perang Dunia Kedua dan di bawah Jepun barulah beberapa orang penduduk Kampung Baru dilantik menganggotai lembaga itu.

Tujuh buah kampung di dalam Kampung Baru secara rasmiya diwakili oleh tujuh orang di dalam lembaga berkenaan -- Kampung Masjid (asalnya sekitar Masjid Jamek Kampung Baharu), Kampung Periuk (asal namanya ada perusahaan periuk tanah di situ), Kampung Atas A dan Kampung Atas B (kawasan tanah tinggi), Kampung Pindah dan Kampung Paya (kawasan rendah dan berpaya) dan Kampung Hujung Pasir (kebanyakan penduduk berasal dari Kampung Hujung Pasir di Melaka).

Beberapa buah kampung kecil seperti Kampung Manggis dan Kampung Sungai Baru turut digabungkan ke dalam Kampung Baru dan dituruti beberapa kampung setinggan, iaitu Kampung Limau, Kampung Chendana dan Kampung Paya Baru dan ini melebarkan keluasan Kampung Baru kepada kira-kira 121 hektar.

RUMPUN BANGSA BERGABUNG DI DALAM SATU KAMPUNG

Tijah Salim, misalnya, memilih untuk menduduki satu lot di Kampung Baru pada 1900 dan beliau membuat pilihan itu sebenarnya mengikut trend suku kaum tertentu yang datang menduduki kampung-kampung ini dari kalangan orang Melaka, Rawa, Minangkabau, Bugis, Mendeling dan Jawa.

Orang Melaka dikatakan memilih kawasan paling strategik iaitu di Kampung Hujung Pasir manakala Kampung Paya menjadi tumpuan Orang Jawa dan masyarakat Minangkabau yang suka berniaga pula menduduki kawasan sekitar masjid di Jalan Raja Alang yang terkenal sebagai bermulanya Bazar Ramadan Kuala Lumpur sehingga merebaknya ke seluruh negara.

Setiap penduduk memilih satu lot atau tidak lebih 0.2 hektar dan nama mereka direkodkan di dalam buku. Sebuah fail mengenainya dibuka dan semua rekod itu disimpan oleh lembaga itu sehinggalah sekarang.

Fail 124, contohnya, mencatatkan nama Milap binti Pulau yang didaftar masuk pada 28 Julai 1903. Failnya kosong daripada catatan sehinggalah pada 1955, dia mahu membuat pertukaran nama pemilik tanah, maka lembaga ada merekodkan proses itu.

Lembaga ini menggunakan kuasa di bawah peraturan atau undang-undang kecil MAS untuk menentukan penduduk kampung umpamanya, tidak meninggalkan tempat yang didiaminya lebih daripada tiga bulan tanpa izin lembaga atau mereka akan disingkirkan, memastikan hanya orang Melayu yang menetap di situ, meluluskan pembangunan atau ubahsuai rumah, menyelia aktiviti bercucuk tanam dan bersawah (yang enggan akan didenda), sekolah anak-anak Melayu, sakit, kematian dan sebagainya.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 31-1-2009 04:04 PM | Show all posts
FAIL MENCATAT SEGALANYA Di dalam fail pemilik lot tanah inilah dicatatkan segala-galanya, seperti urusan tukar hakmilik tanah, masalah keluarga, nasihat lembaga, perselisihan faham, kematian, kenduri kahwin dan sebagainya.

"Ada fail mengandungi laporan seperti jalan cerita sebuah drama," kata Shamsuri sambil menunjukkan fail-fail lama tulisan tangan yang tersimpan elok di Dewan Serbaguna Kampung Baru, di Jalan Hamzah, pejabat lembaga MAS kini.

Apa tidaknya, jika seorang penduduk bernama Maznah misalnya, kematian suami, ia akan dicatatkan. Jika Maznah menukar nama pemilik harta pesaka atau ada anak angkat atau anak lelaki terlibat, akan direkodkan pertanyaan dan nasihat pembahagian harta yang diberikan lembaga kepadanya. Dan jika berlaku perselisihan faham dengan suaminya sebelum itu dan diadukan kepada ketua kampung, akan juga ditulis dan disimpan di dalam fail.

Begitu juga sekiranya Maznah ada masalah dengan jiran, dan apabila perkara itu sampai ke pengetahuan ketua kampung, maka ia akan dilaporkan dan direkodkan dalam fail berkenaan.

Pendek kata, laporan tulisan tangan ini memperinci segalanya, daripada masalah yang timbul hinggalah kepada proses penyelesaiannya.

ORANG MELAYU AMBIL ALIH LEMBAGA SELEPAS PERANG DUNIA KEDUA Orang Melayu hanya mengambil alih lembaga pentadbiran MAS selepas Perang Dunia Kedua kerana sebelumnya kebanyakan anggotanya ialah pegawai Pentadbiran British.

Tidaklah menghairankan apabila wujud nama-nama jalan sempena pegawai penjajah itu di Kampung Baru seperti Watson, Perkins, Hale dan Stoney.

Lembaga akan bermesyuarat dua bulan sekali dan mengikut cerita John Hands, seorang daripada setiausaha kehormat lembaga itu, mesyuarat pertama lembaga itu diadakan pada 11 Mac 1900 dan dihadiri Raja Muda Selangor.

Dalam beberapa mesyuaratnya selepas itu perbincangan bertumpu kepada perkara mengenai pembukaan padang permainan, pembinaan sekolah, jalan, masjid, mengupah tukang, pelantikan guru mengaji Quran, guru besar, penyaluran air, pemasangan lampu dan segala perbelanjaan yang berkaitan dengannya.

Shamsuri kini tinggal di Jalan Raja Muda Musa, tanah asal datuknya di kawasan Pasar Minggu.

Pasar Minggu pada asalnya dinamakan Saturday Fair, merupakan tempat tumpuan penduduk Jawa terutamanya, yang menjual hasil pertanian dan makanan mereka seperti keropok dan tapai.

Sekolah untuk anak-anak Kampung Baru dari usia 5 hingga 12 tahun ditentukan oleh lembaga sementara kawasan kediaman hendaklah bersih dan petak bercucuk tanam mesti diusahakan.

WUJUD KESEDARAN POLITIK, IBU PEJABAT UMNO DI KAMPUNG BARU

Disebabkan eratnya para penduduk melalui aktiviti harian mereka, maka lahirlah beberapa persatuan di Kampung Baru seperti pada awalnya Persatuan Penduduk Melayu Minangkabau, Persatuan Anak Melaka dan Persatuan Peranakan Jawa dan kemudian beralih kepada persatuan sukan seperti Persatuan Seni Silat Cekak Kampong Bharu.

Persatuan agama yang popular di Kampung Baru ketika itu ialah Persatuan Budi Pekerti Islam, antara persatuan yang pertama ditubuhkan.

Kemudian perkembangan politik mempengaruhi penubuhan Ikatan Setia Kampong Bharu pada tahun 1946 sehinggalah anggotanya diserapkan ke dalam Umno Kampung Baru yang dikatakan memainkan peranan penting dalam Umno Malaya kerana ibu pejabat Umno terletak di sempadan kampung, di Jalan Tuanku Abdul Rahman.

Persatuan Pembangunan Kampung Baru Kuala Lumpur (PPKB) dan Persatuan Anak Melayu Kampung Baru (Pakam) hanya ditubuhkan beberapa dekad kemudian, iaitu pada 1994 untuk memperjuang isu pembangunan kampung ini.

Dalam pengkisahannya, Hands turut menceritakan bahawa lembaga pentadbiran MAS dari semasa ke semasa meluluskan beberapa undang-undang kecil mengikut keperluan, seperti melarang penyewaan rumah oleh penduduk tanpa kebenaran lembaga, tidak membenarkan mengupah pekerja bukan Melayu dan melarang penternakan lembu, kambing dan lain-lain.

Penduduk kampung juga tidak dibenarkan melebarkan atau mengubahsuai rumah mereka tanpa kebenaran lembaga dan jika lembaga itu mendapati kelakuan atau kehidupan seseorang penduduknya bertentangan dengan tujuan baik petempatan itu dibuka, individu berkenaan boleh dihukum diusir keluar.

PERKEMBANGAN DI KAMPUNG BARU

Shamsuri berkata lembaga itu kini masih menguruskan hal ehwal urusan tanah dan sebagainya untuk penduduk ini, dalam dalam kalangan penduduk asal, mereka mengenali satu sama lain kerana masing-masing kebanyakannya ada talian kekeluargaan.

Mantan Timbalan Menteri Penerangan dan Ketua Umno Bahagian Titiwangsa yang juga bekas anggota Parlimen Titiwangsa Datuk Seri Dr Suleiman Mohamed dalam bukunya mengenai sejarah Kampung Baru pada 1999, menulis bahawa kampung itu menempuh tiga tahap perkembangan:

a. Bermula dengan penubuhannya sebagai perkampungan Melayu pada abad ke-20,

b. Tahap kedua ketika berakhirnya zaman penjajahan dan negara merdeka pada 1957 dan Kampung Baru sudah menjadi kawasan kediaman Melayu yang kukuh dan

c. Tahap ketiga apabila ia termasuk ke dalam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan ditadbir secara langsung oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur.

Lembaga MAS ketika itu menghantar memorandum menyatakan kebimbangannya Kampung Baru tidak akan dapat dipertahan sebagai satu-satunya kawasan entiti Melayu di pusat bandar Kuala Lumpur dan mendesak kampung setinggan Melayu yang terbentuk berhampirannya, seperti Kampung Chendana dan Kampung Limau turut tidak diketepikan.

TRANSFORMASI SOSIAL MELAYU BANDAR

Dr Suleiman menceritakan tujuan asal Pentadbiran British menempatkan orang Melayu di Kampung Baru, sebuah kawasan terbiar yang semak samun, sebenarnya ialah kerana mereka mahu mengenepikan orang Melayu daripada kegiatan kehidupan bandar seperti perlombongan dan perniagaan.

Orang Melayu ketika itu ramai di Jalan Pudu dan Jalan Melayu atau tertumpu di sekitar kawasan pertemuan dua sungai - Sungai Gombak dan Sungai Kelang yang akhirnya membentuk nadi Kuala Lumpur.

Sebuah daripada masjid sebagai mercu tanda orang Melayu menetap di tengah-tengah Kuala Lumpur ialah di Jalan Melayu/Masjid India dan sebuah istana di kawasan Bukti Nenas.

Dr Suleiman yang membuat penyelidikan mengenai Kampung Baru dalam tesis "Transformasi Sosial Melayu Bandar" untuk ijazah Doktor Falsafahnya (Ph.D) pada 1999, menyatakan British memujuk Sultan Selangor Sultan Sulaiman ketika itu untuk menganugerahkan tanah di pinggir kota bagi petempatan Kampung Baru.

"Ironinya, daripada tujuan untuk meminggirkan Orang Melayu ketika itu, kini Kampung Baru muncul sebagai petempatan di tengah-tengah ibu kota," kata beliau dalam satu temu bual. Arus pembangunan menyaksikan kampung ini kini berada di tengah-tengah bandar raya, bersebelahan kawasan segi tiga emas.

PERUBAHAN DI KAMPUNG BARU

Perubahan sebenar kehidupan di Kampung Baru tercetus selepas pelancaran Dasar Ekonomi Baru ekoran rusuhan kaum yang turut melibatkan kampung ini.

Dari sini bermulanya peningkatan penyertaan orang Melayu di dalam pelbagai sektor ekonomi negara sehingga menggalakkan kedatangan orang Melayu ke Kuala Lumpur dan Kampung Baru dibanjiri mereka dari serata pelusuk tanah air.

Kini 60 peratus daripada 45,000 penduduk Kampung Baru (bancian tahun 2000) bukan lagi penduduk asal, dan amalan regim rutin harian secara teratur di awal pembukaannya, terhakis ditelan zaman.

Pun begitu, jika kita menjejak kaki ke Dewan Serbaguna Kampung Baru, masih ada aktiviti yang diuruskan lembaga MAS untuk penduduk kampung.

Contohnya sempena Hari Wilayah 1 Feb, mereka menganjurkan pertandingan dam haji dan congkak besar-besaran, dan sebagai persediaan, sekumpulan anak remaja Kampung Baru berkumpul di sini membantu membuat beratus-ratus "buah dam" dan mengisi guli buah congkak di dalam bekas.

-- BERNAMA
Reply

Use magic Report

Post time 31-1-2009 10:43 PM | Show all posts
heritage tuh...elok la jaga bebaik
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-2-2009 02:21 PM | Show all posts
Kampung Baru: Jauh Lagikah Pembangunannya

Oleh Rohana Mustaffa

Bahagian 3 daripada 6 siri rencana Kampung Baru

KUALA LUMPUR, 31 Jan (Bernama) -- Beliau pernah dikecam hanya kerana menyebut "hendak membangunkan Kampung Baru", pernah kecewa setelah tiga tahun berusaha cuba membangunkannya, dan pernah membawa rajuknya ke Universiti Kebangsaan Malaysia membuat tesis mengenainya dalam usaha membuka mata orang Melayu Kampung Baru untuk maju.

Namun, semangat Datuk Seri Dr Suleiman Mohamed, nama yang sinonim dengan Kampung Baru Kuala Lumpur, tidak pernah luntur untuk melihat kampung ini maju dan setaraf dengan kawasan sekelilingnya.

"Mata saya akan lelap, tertutup rapat bila mati nanti jika Kampung Baru dibangunkan," katanya kepada Bernama ketika membincangkan rancangan pembangunan Kampung Baru di bawah pelan pembangunan Bandar Raya Kuala Lumpur 2020.

Begitulah sentimen beliau terhadap Kampung Baru.

Dr Suleiman, Ketua Umno Bahagian Titiwangsa dikecam hebat ketika pertama kali membentangkan kertas kerja mengenai pembangunan Kampung Baru pada Konvensyen Umno Bahagian Setapak, 1982.

Mantan Timbalan Menteri Penerangan dan anggota Parlimen Titiwangsa ini juga pernah kecewa kerana usahanya selama tiga tahun sejak 1990 untuk membangunkan Kampung Baru gagal kerana tidak mendapat sokongan semua pihak walaupun direstui perdana menteri ketika itu Datuk Seri (Tun) Dr Mahathir Mohamad yang melantiknya Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Semula kampung berkenaan.

Antara usahanya ialah mengadakan pelbagai perjumpaan dengan seramai 1,923 tuan tanah kampung ini dan jawatankuasa itu pernah mengemukakan pelan tempatan pembangunan di situ, namun kata sepakat tidak dapat dicapai dan akhirnya penyelesaian menemui jalan buntu.

Dr Suleiman kemudian membawa rajuknya ke Universiti Kebangsaan Malaysia, melanjutkan pelajaran ke peringkat ijazah doktor falsafah (Ph.D) dengan menghasilkan tesis bertajuk "Transformasi Sosial Melayu Bandar", hasil penyelidikan yang dijalankannya di Kampung Baru dan menulis buku mengenai kampung ini.

ASAL JOHOR NAMUN JIWANYA TETAP DI KAMPUNG BARU

Walaupun dilahirkan di Johor Baharu pada tahun 1947, beliau membesar di Jalan Mahmud Kampung Baru dan sehingga kini sinonim sebagai anak Kampung Baru. Beliau pernah menjadi anggota Parlimen Titiwangsa selama tiga penggal.

Haji Khatib Koyan, Penghulu Gombak yang kawasan jajahannya dari Batu 2 (kini Chow Kit) hingga ke Gombak, adalah datuk Dr Suleiman yang suka memburu di Kampung Baru, dan antara pemimpin awal kawasan petempatan Melayu di tengah-tengah ibu kota ini.

Justeru, sebuah jalan di kampung kini diabadikan dengan nama beliau.

Bagi Dr Suleiman yang begitu bersemangat apabila bercakap mengenai Kampung Baru, entiti Melayu di Kuala Lumpur yang sudah berusia 110 tahun ini, kampung ini boleh dibangunkan jika ada semangat politik yang serius yang dilandaskan kepada perubahan minda.

"Pernah suatu hari saya ternampak beberapa bas pelancong menyusuri pinggir Kampung Baru, di kawasan setinggan Kampung Chendana dan mereka sibuk mengambil gambar.

"Bayangkanlah kawasan Melayu di ibu kota hanya setaraf setinggan di mata pelancong sedangkan ia bersebelahan dengan kawasan segi tiga emas. Sampai bila kita nak biarkan Kampung Baru macam ni? Inikah taraf Kampung Baru?, Setinggan di tengah-tengah Kuala Lumpur," tanya beliau.

Dr Suleiman mencadangkan Perbadanan Kampung Baru ditubuhkan sepertimana Perbadanan Putrajaya atau Perbadanan Labuan yang boleh menjadi pusat sehenti menyelesaikan pelbagai masalah hak milik dan pelan pembangunan.

"Pemilik tanah perlu realistik semasa membuat tuntutan nilai tanah, hak milik tanah beramai hendaklah diselesaikan cara elok dan halangan undang-undang kecil Malay Agriculture Settlement (Petempatan/Tanah Pertanian Melayu) mengenai pentadbiran tanah di Kampung Baru perlu dihapuskan," kata Dr Suleiman.

Para pemilik tanah Kampung Baru juga lebih yakin kalau usaha pembangunan ini dilakukan oleh kerajaan berdasarkan pengalaman sesetengah mereka yang ditipu oleh invididu atau syarikat sebelum ini, semuanya atas alasan "ingin membangunkan Kampung Baru".

PENDUDUK PERNAH DITIPU, HAKMILIK TANAH TERGADAI

Beliau menceritakan bagaimana 44 keping tanah Kampung Baru pernah tergadai selepas seorang ahli korporat/politik memujuk pemilik menyerahkan tanah kepadanya untuk dimajukan, sedangkan tanah itu dicagar bagi membiayai projeknya di tempat lain, yang kemudian gagal.

Nikmat yang diperoleh tuan tanah hanyalah tambang pergi menunaikan haji yang diberikan tokoh korporat itu sebelum tanah mereka tergadai, menurut Dr Suleiman.

MAS Melayu Berhad, satu konsortium 11 syarikat Melayu, yang ditubuhkan selepas Dr Mahathir membubarkan jawatankuasa pimpinan Dr Suleiman, turut gagal membangunkan Kampung Baru kerana mereka hanya mampu membeli kelompok-kelompok berasingan tanah disebabkan tuntutan harga tinggi tuan tanah dan pemilikan tanah beramai, adakalanya lebih 20 penama untuk tanah tidak sampai 0.2 hektar.

Dr Suleiman menyarankan supaya dihapuskan undang-undang MAS yang menyekat penyewaan hartanah Kampung Baru kepada bukan Melayu (tanah masih milik Melayu) bagi memudahkan kemasukan modal ,dan tanah milik beramai dinilai dan dibahagikan dalam bentuk saham kepada tuan punya supaya mereka akan menikmati keuntungannya dalam jangka panjang.

Nilai tanah juga hendaklah seimbang tanpa mengira tanah yang diambil sama ada untuk kawasan taman rekreasi, perumahan atau industri untuk berlaku adil kepada semua pemilik tanah.

Bagi yang boleh mencapai kata sepakat, katanya, patut digalakkan menubuhkan syarikat sendiri, seperti mana adik beradik beliau seramai lapan orang yang menubuhkan syarikat menguruskan sebidang tanah mereka di Jalan Mahmud. Pembahagian keuntungan adalah dalam bentuk saham.

"Sudah tiba masanya Kampung Baru dibangunkan secara harmoni dengan semangat politik yang kuat dan penduduk atau pemilik tanah pula terbuka untuk menerima perubahan," katanya mengulas Draf Pelan Bandar Raya Kuala Lumpur 2020 yang menyediakan rancangan pembangunan menyeluruh Kampung Baru itu oleh DBKL.

PENDUDUK TUNTUT HARGA TINGGI

Datuk Abdul Rahim Mohd Ibrahim pula merupakan pemilik Plaza RAH di Jalan Raja Abdullah, satu-satunya bangunan 300 unit kondominium setinggi 23 tingkat yang berdiri megah di tengah-tengah Kampung Baru.

Beliau membangunkan tanah keluarga sebanyak dua lot bersama tiga lot tanah sebelah yang dibeli daripada Dewan Perniagaan Melayu Malaysia dan satu lot lagi tanah jiran yang menjadikan kawasan yang dibangunkan seluas 0.48 hektar.

Purata harga tanah yang dibeli ialah RM150 kaki persegi sementara nilai kasar pembangunan Plaza RAH semasa pelancarannya pada 2005 ialah lebih RM60 juta termasuk kos tanah.

"Kami jual seunit kondominium tiga bilik tidur, dua bilik mandi dan dua dapur dari RM170 kaki persegi atau nilainya antara RM177,540 hingga RM284,759," katanya dan 50 peratus unit dijual sebaik pelancarannya.

Kini unit kondominium yang masih ada untuk dijual bernilai lebih RM300,000 seunit. Ada sebuah restoran makanan Barat di tingkat bawahnya, Hale's Kitchen, (sempena nama lama Jalan Raja Abdullah), usaha Abdul Rahim memperkenal konsep ruang makan kemas dan selesa.

Abdul Rahim berkata beliau tidak menghadapi masalah semasa mendapatkan kelulusan membangunkan tanah itu kerana semua pihak memberikan kerjasama dari segi serah kuasa tanah hinggalah kepada hak milik strata.

Baginya masalah yang sering menjadi halangan untuk sesuatu hartanah itu dimajukan di Kampung Baru ialah sikap pemilik yang mahukan keuntungan berlebihan.

"Contohnya pemaju baru sahaja menawarkan harga, pemilik sudah pun mengira keuntungan pemaju itu dan kerana itu dia mahukan yang lebih sekurang-kurangnya antara RM3 sehingga RM6 juta".

"Mereka tidak fikir mengenai syarat tanah Melayu Kampung Baru mesti dibeli orang Melayu dan mesti dijual hanya kepada orang Melayu. Kalau sudah dijual kepada pemaju Melayu pada harga sebegitu tinggi, berapa pula pemaju itu hendak jual untuk dapatkan semula modal atau keuntungan, dan berapa pula harga yang mampu dibeli oleh orang Melayu lain?".

Beliau juga tidak setuju sekiranya DBKL dalam pelan pembangunannya melarang bangunan tinggi dimajukan di Kampung Baru kerana kalau kawasan sekelilingnya dipenuhi bangunan pencakar langit, kenapa tidak di Kampung Baru?.

Dr Suleiman yang menyifatkan Plaza RAH sebagai pemangkin kepada pembangunan Kampung Baru, berkata plaza itu adalah bukti bahawa segalanya mungkin sekiranya penduduk mencapai kata sepakat.

Kondominium itu ialah antara contoh pembangunan yang wajar diikuti orang lain di Kampung Baru, seperti juga Menara Naza dan kawasan sekitarnya yang dimajukan allahyarham Tan Sri S.M Nasimuddin, seorang lagi tokoh korporat Melayu yang memilih Kampung Baru sebagai pusat operasinya.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-2-2009 02:21 PM | Show all posts
PEMBANGUNAN KAMPUNG BARU HENDAKLAH BERPERINGKAT

Setiausaha Kehormat Lembaga Pentadbiran MAS Shamsuri Suradi, turut mencadangkan pembangunan di Kampung Baru dilaksanakan secara berperingkat.

"Bangunkan satu kawasan dulu, kalau berjaya, boleh dijadikan contoh untuk majukan sekelompok kawasan lagi. Ini bagi mengelakkan pembangunan secara menyeluruh daripada gagal dan legasi Kampung Baru terhapus," katanya.

Beliau memberi contoh kegagalan 44 lot tanah dimajukan oleh seorang tokoh korporat, kegagalan MAS Melayu Berhad dan pembangunan Bandar Wawasan di Jalan Sultan Ismail.

"Ini semua menakutkan pemilik tanah dan penduduk yang sayangkan Kampung Baru. Mereka patut diajak berbincang mengenai satu-satu kawasan yang mahu dibangunkan dan bagaimana masalah tuntutan tanah boleh diselesaikan," katanya.

Anggota Parlimen Titiwangsa Dr Lo' Lo' Mohamad Ghazali sebagai penasihat Badan Bertindak Pembangunan Kampung Baru yang turut meneliti draf pembangunan Kampung Baru itu sebelum ini berkata: "Bagi orang Kampung Baru, yang paling penting mereka mahu hak mereka terjaga, mereka mesti menjadi sebahagian daripada pembangunan dan mereka diberi peluang menentukan konsep pembangunan yang mereka mahukan."

"Saya berharap semua pihak jujur dalam menyelesaikan isu ini," katanya.

Anak jati Kampung Baru, Abdul Rahman Hussin tidak mahu pembangunan yang dilakukan menyebabkan penduduk asalnya terpinggir.

"Saya lahir dan membesar di sini. Kalau boleh memang tidak mahu pindah ke mana-mana. Rumah yang saya tinggal sekarang ini adalah rumah pusaka yang diperturunkan moyang saya, jadi saya mahu ia kekal selama-lamanya di sini," kata penduduk yang menetap di Jalan Raja Muda Musa.

Menurutnya, sungguhpun DBKL mengadakan beberapa perjumpaan dengan penduduk kampung mengenai draf pembangunan Kampung Baru itu, tetapi ia sekadar membentangkan pelan yang sudah tersedia.

PENDUDUK TIDAK MENOLAK PEMBANGUNAN

Nor Faridah Abdul Rashid, seorang lagi anak Kampung Baru yang lahir dan masih menetap di sini berharap pembangunan yang dilaksanakan tidak menghilangkan ciri-ciri sejarah dan warisan Kampung Baru.

Beliau tidak menolak pembangunan, kerana sudah melihat kemajuan satu persatu bangunan tinggi didirikan di sekeliling kampung ini, dan Kampung Baru seperti ditinggalkan.

"Pembangunan di Kampung Baru tidak boleh mengabaikan pemilik tanah," kata Nor Faridah, seorang profesional.

Beliau yang tinggal di rumah pusaka keluarganya di Kampung Periuk di Jalan Dewan Sultan Sulaiman berkata walaupun menjadi kawasan baru yang moden kelak, diharapkan ciri-ciri kampung yang menjadi tarikan pelancong akan dikekalkan.

Lain pula kisahnya dengan Sutiah Ahmad yang menduduki sebuah rumah kayu di Jalan Raja Muda Musa sejak 80 tahun lalu di mana sebidang tanah seluas 0.4 hektar dibahagi dua dengan adiknya yang turut menetap di situ.

Sepanjang tinggal di rumah pusaka itu, pelbagai peristiwa bersejarah dilaluinya dan antara yang meninggalkan kesan ialah Zaman Pendudukan Jepun, Peristiwa 13 Mei dan banjir besar Kampung Baru.

"Disebabkan dari kecil sudah tinggal di sini, saya tidak berhasrat meninggalkan rumah ini. Kalau boleh, biarlah ia kekal seperti hari ini sampai bila-bila. Biarlah anak cucu saya tahu rupa bentuk asal rumah ini.

KAMPUNG BARU DEKAT DI HATI ALMARHUM SULTAN SELANGOR

Malah rumah kayu ini juga pernah dikunjungi Almarhum Yang di-Pertuan Agong ke-11 Sultan Sallahuddin Abdul Aziz Shah kerana "baginda pernah bermain di sini sewaktu zaman kanak-kanaknya," katanya.

Sultan Salahuddin melawat Kampung Baru pada 5 Sept 1999 sempena 100 tahun pembukaan kampung ini. Seri Paduka juga pernah menjamu rombongan penduduk Kampung Baru di Istana Negara, dan menurut Dr Suleiman, pada pertemuan itu Almarhum menawarkan sebuah kawasan di Putrajaya untuk dihuni penduduk Kampung Baru bagi membolehkan kampung ini dimajukan.

Jalan Raja Muda Musa yang terletaknya Pasar Minggu Kampung Baru sedang dalam proses dibangunkan, namun sekumpulan peniaga di situ masih bertahan walaupun sudah menerima tiga surat pemberitahuan untuk berpindah ke kawasan baru di Kampung Baru Air Panas.

Mereka khuatir akan kehilangan pelanggan tetapi akur bahawa pembangunan tidak dapat tidak akan berlaku dan yang menjadi kegusaran mereka ialah sama seperti penduduk lain Kampung Baru, mereka mengharapkan kemajuan di kampung ini tidak akan meminggirkan mereka.

Mereka masih mahu menjadi sebahagian penduduk Kampung Baru yang baru wajahnya.

(Rencana ditulis dengan kerjasama Nurul Halawati Mohamad Azhari)

-- BERNAMA
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-12-2024 01:02 PM GMT+8 , Processed in 1.170475 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list