View: 93695|Reply: 1096
|
~MERGED~ Shamsiah Fakeh
[Copy link]
|
|
salam..
saya teringin nak tahu sejarah hidup yang berkaitan dengan shamsiah fakir..
betul ke beliau ni ex komunis dan lari ke China?
jikalau saya tak silap, beliau ni berasal dri keturunan yg kuat pegangan agamanya
pls ceritakan..
Thanks..
[ Last edited by amazed at 24-2-2009 06:06 AM ] |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #1 joyahglam's post
shamsiah fakir
hmm teringat 1 cerita happens kt makcik aku
ada org tua suami isteri dtg kdai makan makcik aku
kata kdai makcik aku kena buat dek org(mandrem le)
dia kata dia anak ke cucu shamsiah fakir
mmg biasa idup dlm utan
yg sedih diavtipu duit makcik aku
tak taulah dia btrul ke tak kturunan shamsiah fakir
tp mmg dia ada cerita mak dia skrg kt cina |
|
|
|
|
|
|
|
Shamsiah Fakeh
Dari Wikipedia
Shamsiah Fakeh ialah ketua Angkatan Wanita Sedar (AWAS), sebuah parti politik sayap kiri yang ditubuhkan di Tanah Melayu pada Februari 1946. Tujuan parti ini adalah untuk menuntut kemerdekaan Tanah Melayu dari tangan penjajah British. Gandingannya dengan Ahmad Boestamam, Ketua Angkatan Pemuda Insaf (API) telah membakar semangat sebilangan pemuda-pemudi Tanah Melayu mengangkat senjata menentang penjajah. Oleh itu, AWAS kemudian diharamkan oleh kerajaan pada tahun 1948.
Shamsiah menyertai Rejimen Ke-10 yang merupakan sayap Melayu Parti Komunis Malaya] (PKM). Kehidupannya penuh ranjau berduri. Perjuangannya tidak mengira tempat, sama ada di hutan mahupun di pentas antarabangsa. Beliau bersama suaminya, Ibrahim, bertugas di China, Indonesia dan Vietnam dalam rangka meniup semangat nasionalisme kepada penduduk Asia Tenggara yang masih di bawah penjajahan.
Selepas terpisah dari PKM, Shamsiah terus berada di China menyambung hidupnya dengan bekerja di kilang besi. Beliau sekeluarga akhirnya kembali ke Malaysia pada 23 Julai 1994, selepas termeterainya Perjanjian Damai antara PKM dengan kerajaan Malaysia dan kerajaan Thailand yang ditandatangani di Haadyai, Thailand pada tahun 1989. |
|
|
|
|
|
|
|
Memoir Shamsiah Fakeh: Dari AWAS ke Rejimen ke-10. 2004. Penerbit UKM: Bangi. ISBN 967-942-659-9 (Paperback). 138 hlm. RM30.00. Shamsiah Fakeh.
Shamsiah Fakeh adalah pemimpin pergerakan Kemerdekaan dari kalangan wanita Melayu yang berjuang dengan gigih hingga ke belantara Malaya. Beliau adalah Ketua Angkatan Wanita Sedar (AWAS) yang berganding bahu dengan Angkatan Pemuda Insaf (API) bagi mengibarkan panji-panji perjuangan menuntut Kemerdekaan dari tangan penjajah British. Gandingannya dengan Ahmad Boestamam, Ketua API telah membakar semangat sebilangan pemuda-pemudi Tanah Melayu mengangkat senjata menentang penjajah. Shamsiah menyertai Rejimen Ke-10 iaitu sayap Melayu Parti Komunis Malaya (PKM). Kehidupannya penuh ranjau berduri. Beberapa kali beliau sesat di hutan ketika melanjutkan perjuangan bersenjata ke arah menuntut Kemerdekaan. Perjuangannya tidak mengira tempat, sama ada di hutan mahupun di pentas antarabangsa. Beliau bersama suaminya Ibrahim, bertugas di China, Indonesia dan Vietnam dalam rangka meniup semangat nasionalisme kepada penduduk Asia Tenggara yang masih di bawah penjajahan. Shamsiah mengorbankan jiwa dan raga untuk memerdekakan Malaya mengikut caranya yang tersendiri. Selepas terpisah dari PKM, beliau terus berada di China menyambung hidupnya dengan bekerja di kilang besi. Beliau sekeluarga akhirnya kembali ke Malaysia pada 23 Julai 1994, selepas termetrainya Perjanjian Damai antara PKM dengan kerajaan Malaysia dan kerajaan Thailand yang ditandatangani di Haadyai, Thailand pada 1989. Setelah pulang ke tanah air, beliau menghabiskan sisa kehidupannya atas stigma sebagai seorang bekas Komunis. |
|
|
|
|
|
|
|
Shamsiah Fakeh srikandi Malaya
Roslan SMS
08:55pm 30 Dis 2004
Sekiranya disebut nama Shamsiah Fakeh berkemungkinan ramai anak-anak muda hari ini tidak mengenalinya apalagi dapat mengaitkan beliau dalam perjuangan membebaskan tanahair. Malah nama Shamsiah bagi yang mengecam atau mengenalinya pun apabila disebut maka akan digambarkan wajah seorang pengganas atau terroris yang pernah terlibat bersama Partai Komunis Malaya PKM satu ketika dahulu sehingga mencetuskan huru-hara dalam Negara.
Bagi kita di luar, Shamsiah lebih dikenali sebagai seorang yang ganas dan jahat. Inilah gambaran yang telah diasak bertalu-talu oleh penjajah British kepada kita dan inilah yang telah kita terima dan perakui melainkan bagi mereka yang rapat atau mengenalinya dengan dekat.
Lantaran itu karya beliau yang telah diterbitkan oleh Universiti Kebangsaan Malaysia berjudul Memoir Shamsiah Fakeh Dari AWAS ke Rejimen ke-10 seharusnya dapat memberikan gambaran yang kontra dari apa yang telah pihak British sajikan pada kita selama ini. Apakah versi British atau versi Shamsiah yang benar, terserahlah kepada rakyat untuk membuat perhitungan. Langkah UKM menerbitkan buku ini seharusnya dipuji demi mendapatkan gambaran sejarah yang seimbang walaupun ada pihak yang mendesak agar karya ini diambil tindakan oleh pihak berkuasa.
Sesunggunya Parti Kebangsaan Melayu Malaya atau PKMM yang ditubuhkan pada tahun 1945 di Ipoh merupakan satu-satunya parti politik Melayu yang terawal ditubuhkan di tanahair. Ia berfahaman kebangsaan progresif dan kemudiannya melahirkan sayap-sayap lain yang bersifat kiri umpamanya API atau Angkatan Pemuda Insaf yang diketuai Ahmad Boestamam dan AWAS ataupun Angkatan Wanita Sedar yang diketuai oleh Shamsiah. Memoir Shamsiah ini menghuraikan darihal penglibatan beliau dalam PKMM melalui AWAS dan pendedahan awal beliau terhadap gerakan politik tanahair.
Sesuatu yang menarik dalam bukunya adalah apabila Shamsiah mendedahkan darihal perkahwinannya dengan Ahmad Boestamam. Shamsiah menurut Memoirnya berkahwin sebanyak 5 kali dan perkahwinannya dengan Ibrahim Mohamad adalah yang terakhir baginya. Boestamam tidak pernah menulis darihal perkahwinan ini dalam mana-mana karya beliau. Menurut Shamsiah perkahwinannya dengan Boestamam terganggu dengan penahanan Boestamam oleh kerajaan penjajah British pada April 1947.
Dalam hal ini Shamsiah menyatakan betapa Boestamam telah diheret ke mahkamah atas pertuduhan menghasut melalui karya panas beliau Testamen API yang telah diharamkan oleh pihak penjajah. Boetamam telah didapati bersalah dan kemudiannya didenda seribu dua ratus ringgit ataupun 9 bulan penjara. Boestamam telah membayar denda tersebut dan kemudiannya telah dibebaskan.
Menurut seorang bekas pegawai Polis yang pernah berkhidmat dengan Cawangan Khas Shamsiah sebenarnya telah mendesak Boestamam agar tidak membayar saman tersebut kerana tindakan itu akan dikira sebagai tunduk kepada British sedangkan mereka berjuang menentang British. Namun Boestamam memikirkan yang beliau lebih penting berada diluar dari dibelenggu di penjara maka keputusan Boestamam membayar denda itulah sebenarnya yang telah mencetuskan penceraian mereka kerana Shamsiah tidak dapat menerimanya. Namun dalam memoirnya Shamsiah tidak menyatakan demikian.
Apabila penjajah British mula mengekang gerakan politik Melayu yang dianggap ekstrim dan kiri, Shamsiah dan rakan-rakannya mula terasa tertekan. Penahanan Boestamam dan ramai lagi mengakibatkan API dan badan-badan gerakan kebangsaan lain kemudiannya diharamkan dan lumpuh kecuali Umno. Umno tidak diambil tindakan dan tidak seorang pun ahlinya ditahan oleh kerena menurut Shamsiah jelas parti tersebut pro penjajah malah bekerjasama pula dengan penjajah untuk menekan dan menindas golongan yang dikatakan kiri.
Akibat daripada tekanan pihak penjajah yang berterusan inilah akhirnya Shamsiah membuat keputusan menurut jejak langkah rakan-rakan seperjuangannya untuk lari masuk ke hutan dan meneruskan perjuangan bersenjata dari sana. Shamsiah yakin dengan tindakan ini malah kepada soalan mengapa perlu masuk hutan Shamsiah menyatakan:
Bagi orang-orang yang memperjuangkan Kemerdekaan maka tidak ada pilihan lain lagi melainkan berjuang mengangkat senjata untuk menggulingkan penjajah apabila jalan damai sudah ditutup. Bukan kita yang menutupnya tetapi penjajah British.
Sememangnya perjuangan melalui PKMM dan AWAS merupakan perjuangan demokratik secara terbuka. Namun pihak British tidak pernah selesa dengan tindak-tanduk mereka, lantaran itu pengharaman badan-badan siasah ini bagi Shamsiah dan rakan-rakan merupakan isyarat bahawa berakhirlah perjuangan melalui lunas demokrasi dan bermulalah perjuangan melalui angkat senjata.
Dalam hal ini Shamsiah menulis:
Situasi ketika itu sudah mulai tegang. Kami telah diperintahkan masuk hutan di kawasan Lubuk Kawah. Aku pun masuk hutan dan bermulalah era aku berjuang mengangkat senjata. Semangat cintakan tanahair dan Kemerdekaan serta kesetiaan kepada perjuangan telah mebuat aku teguh dan sanggup masuk hutan. Yang penting ialah mencapai Kemerdekaan. Pada fikiranku setelah Merdeka maka segala-galanya akan dapat diselesaikan.
Shamsiah seorang yang tidak biasa dengan keadaan hidup di hutan. Dalam memoirnya dicatakan kesukaran beliau ketika berada di sana dan pernah 3 kali sesat dalam hutan berseorangan. Pernah setelah diserang hendap beliau bertempiaran lari pada awalnya berseorangan tetapi setelah menyedari telah kemudian terpaksa mengendong bayinya yang baru lahir, lari merentasi hutan dengan cuma pakaian tidur tanpa senjata. Hutan inilah akhirnya mendewasakan Shamsiah dan memantapkan lagi pegangan beliau terhadap perjuangannya. |
|
|
|
|
|
|
|
sambungan....
Bayi inilah kemudiannya telah dibunuh oleh anggota PKM sendiri tanpa pengetahuan Shamsiah kerana bimbangkan kehadirannya akan menyusahkan pergerakan mereka. Dalam Memoirnya Shamsiah mencatatkan betapa sedihnya beliau apabila mengetahui keadaan yang sebenarnya namun menerima keputusannya sebagai takdir Allah swt. Cuma yang beliau kesalkan adalah apabila bekas Pengerusi PKM Musa Ahmad pernah semasa wawancara di RTM pada tahun 1981 menyatakan bahawa Shamsiah telah mencampakkan sendiri anaknya ke sungai untuk mati. Dan dalam Utusan Malaysia pada tahun 1987 seorang yang mengaku sebagai bekas teman sekolahnya telah menyatakan bahawa Shamsiah telah menghempaskan anaknya ke batu setelah mengetahui suaminya menyerah diri kepada polis. Kedua-dua kenyataan tersebut adalah bohong dan dusta menurut Shamsiah.
Ketika berhadapan dengan British dan tentera tempatan yang ditaja mereka Shamsiah telah berjuang habis-habisan dari hutan. Mengapa PKM menentang askar Melayu ketika itu, menurut Shamsiah:
Dalam perang adil dan tak adil memang sukar dielakkan pertumpahan darah. Barangsiapa yang berdiri di pihak penjajah dengan bersenjata sudah tentu akan dibalas, itu salah mereka kerana berdiri di pihak penjajah.
Kata Shamsiah ketika itu mereka sebenarnya bukan pengganas, mereka berjuang untuk membebaskan Negara untuk memerdekakan Negara. Pengganas yang sebenarnya adalah British kerana mereka menentang usaha ini dan bertindak membakar rumah rakyat dan tenteranya telah memperkosa ramai wanita Melayu di kampung-kampung.
Namun setelah kemerdekaan Negara pada tahun 1957 PKM terus mengangkat senjata menentang kerajaan Malaya merdeka. Ini dilakukan menurut Shamsiah kerana:
Perang rakyat Malaya yang pada mulanya melawan penjajah British telah berubah menjadi perang dalam negeri sesudah merdeka. Ini adalah perang saudara iaitu perang rakyat Malaya melawan rakyat Malaya. Di sinilah letak persoalannya. Tentera Pembebasan Nasional Malaya diubah menjadi Tentera Rakyat Malaya.
Seterusnya dari hutan pada tahun 1956 Shamsiah berhijrah dengan suaminya Ibrahim Mohamad ke China, dihantar oleh PKM untuk belajar. Pasangan ini terus berada di sana dan memegang berbagai peranan termasuklah bertugas bagi siaran Melayu Radio Beijing antarabangsa. Pada tahun 1965 mereka ditugaskan ke Indonesia yang ketika itu mengamalkan NASAKOM iaitu Nasionalisma, Sosialisma dan Komunisma sebagai ideologi kebangsaan di bawah Soekarno. Kehadiran Shamsiah adalah untuk kemudiannya menubuhkan pejabat perwakilan Liga Pembebasan Nasional Malaya di Indonesia.
Mereka bebas beroperasi sehinggalah tercetusnya ketegangan di Jakarta apabila berlaku rampasan kuasa tentera dan Suharto mengambil-alih kuasa pemerintahan. Beliau dan rakan-rakannya ditangkap oleh penguasa Indonesia pada tahun 1965 sehinggalah dibebaskan pada tahun 1967 dengan bantuan kedutaan Vietnam. Dan dari sana beliau diterbangkan ke Vietnam dan kemudian kembali ke China.
Shamsiah kemudiannya menghadapi situasi pergolakan dalam PKM sehinggalah beliau dan suaminya dipecat dari parti yang mereka anggotai itu lalu menjadi rakyat biasa di China sehinggalah berjaya pulang ke tanahair pada tahun 1994 atas keizinan kerajaan Malaysia. Kepulangannya menjadi mungkin ekoran perjanjian perdamaian antara kerajaan Malaysia dan PKM pada tahun 1989 yang bagi beliau menandakan tamatnya permusuhan 41 tahun kedua-dua pihak.
Namun sebagai seorang pejuang tulen, bagi Shamsiah perjanjian itu bukan bermakna pihak kerajaan telah menang di medan perang. Ianya lebih merupakan kejayaan kedua-dua pihak di meja perundingan yang sebelum ini tidak pernah diiktiraf oleh kerajaan sejak perjumpaan di Baling gagal.
Bagi Shamsiah beliau adalah pejuang kemerdekaan Negara walaupun tidak diiktiraf demikian oleh kerajaan. Sumbangan beliau dan rakan-rakannya akan tetap berada di lipatan sejarah walaupun cuba dinafikan oleh pihak-pihak tertentu. Secara kesimpulannya untuk memahami perjuangan Shamsiah ini saya petik sebaris perenggan pada prakata Memoirnya:
Sebenarnya aku bukanlah pemimpin wanita Parti Komunis Malaya atau seorang tokoh wanita yang terkemuka. Aku hanya seorang pejuang wanita yang berjuang melawan British untuk kemerdekaan tanahair dan untuk emansipasi (kebebasan) wanita.
Sesungguhnya Memoir ini telah Shamsiah gunakan sebaik mungkin untuk membersihkan segala persepsi jahat terhadap beliau. Malah beliau merakamkan:
Sebenarnya anggota Polis dan tentera memang tak perlu berdendam dengan aku kerana sepucuk pistol dan sebutir bom tangan yang aku pakai dalam hutan dahulu itu tidak pernah meletup dan tak sebutir peluru pun yang membunuh polis atau tentera kerajaan. Sebaliknya akulah yang terkena hujan peluru mereka.
Sejauh manakah ianya dapat diterima terpulanglah kepada para pembaca sekalian. Tak kenal maka tak cinta kata pepatah kita, apakah ianya benar dalam kes Shamsiah?
link: http://www.geocities.com/ummahon ... roslamsms-fakeh.htm |
|
|
|
|
|
|
|
thanks SYD for info!!
entahlah..joyah minat sgt nak tahu tentang shamsiah..bukan ada tujuan nak sanjung
dia keapa..just atas semangat yg telah beliau tunjukkan demi memerdekakan tanahair
joyah terfikir, jikalau joyah hidup di zaman penjajah dulu..mampukah joyah bangun
melawan penjajah.
macam pahlawan2 terbilang sebelum ni, tok janggut,dato bahaman dan yg lelain..smua itu
digambarkan sebagai penderhaka. cuma cara shamsiah ni saja yg melampau sehingga beliau
sanggup masuk komunis. mungkin pd fikiran beliau masa tu, dgn cara masuk komunis saja
beliau mampu melawan penjajah. ye lah..tiap2 org fikiran dan akal yg Allah kurniakan tak
sama.
anyhow, joyah salute jgk pada insan yg bernama shamsiah fakeh nie..dan joyah bukanlah
nak judge dia hanya krn apa yg joyah baca sebelum nie. hanya Allah yg mampu menilai
samada shamsiah nie org jahat atau baik. |
|
|
|
|
|
|
dempol This user has been deleted
|
Originally posted by joyahglam at 13-8-2007 16:44
thanks SYD for info!!
entahlah..joyah minat sgt nak tahu tentang shamsiah..bukan ada tujuan nak sanjung
dia keapa..just atas semangat yg telah beliau tunjukkan demi memerdekakan tanahair
joy ...
itula..patutnya pejuang rejimen ke-10 PKM ni semua diiktiraf sebagai pejuang kemerdekaan gak..tapi kerana muslihat dan tipu daya British...mereka telah dicop sebagai pengganas dan pengkhianat....dan juga kebanyakkan rakyat Malaysia percaya ngan propaganda British ni.. |
|
|
|
|
|
|
|
itula..patutnya pejuang rejimen ke-10 PKM ni semua diiktiraf sebagai pejuang kemerdekaan gak..tapi kerana muslihat dan tipu daya British...mereka telah dicop sebagai pengganas dan pengkhianat....dan juga kebanyakkan rakyat Malaysia percaya ngan propaganda British ni..
Tapi macam mana pulak dengan mat indera? Bagi beliau, komunis adalah salah satu cara yang boleh memerdekan negara walaupun dia sendiri seorang guru agama. Malangnya dia join serang bukit kepong menyebabkan kita dalam dilemma nak letakkan dia sebagai pejuang atau pengganas.. |
|
|
|
|
|
|
dempol This user has been deleted
|
Originally posted by dCrook at 14-8-2007 11:30
Tapi macam mana pulak dengan mat indera? Bagi beliau, komunis adalah salah satu cara yang boleh memerdekan negara walaupun dia sendiri seorang guru agama. Malangnya dia join serang bukit kepo ...
betul ke dia yg ketuai serangan ke atas bukit kepong..anda percaya ngan propaganda British.. |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by dempol at 14-8-2007 12:05 PM
betul ke dia yg ketuai serangan ke atas bukit kepong..anda percaya ngan propaganda British..
Isteri2 polis tu dibebaskan pun atas arahan mat indera.. Aku baca artikel nih dekat dalam Majalah Tempur tahun 2006 or lewat 2005. dari situ dapat tau term "pejuang yang keliru" |
|
|
|
|
|
|
|
mungkin masa tu, mat indera ni bkn ada niat nak serang org melayu, mungkin dia nk serang british kat balai..x mungkin dia yg ketuai komunis sbb kita semua tahu komunis ialah cina.
agak jelah.. |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by joyahglam at 14-8-2007 01:13 PM
mungkin masa tu, mat indera ni bkn ada niat nak serang org melayu, mungkin dia nk serang british kat balai..x mungkin dia yg ketuai komunis sbb kita semua tahu komunis ialah cina.
agak jelah..
ade jugak komunis dari kaum lain seperti india,melayu dan orang asli.. rasanye ade satu kompeni komunis yang diketuai oleh orang melayu sbb PKM nak tunjuk yang PKM ni multiracial..kiranye muhibbah aa. |
|
|
|
|
|
|
|
Regimen ke-10 itulah sayap Melayu dalam PKM.Niat dan semangat nak membebaskan tanahair tu dah molek dah,cuma platformnya yg tak berapa nak kena.Shamsiah Fakeh and the gang kata mereka mempergunakan PKM utk memerdekakan Tanah Melayu tapi hakikatnya komunis PKM dan bapak dia Parti Komunis China di tanah besar China nun yg memperalatkan diorang utk menguasai Tanah Melayu.
Kalau PKM menang kira kononnya merdekalah,tapi kepalanya dah tentulah komunis2 cina ni.Ini merdeka ke?Ini sebenarnya penjajahan ke atas Tanah Melayu dan bangsa Melayu,kira macam keluar dari mulut rimau masuk ke mulut bapak naga! |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by Syd at 13-8-2007 02:48 PM Apabila penjajah British mula mengekang gerakan politik Melayu yang dianggap ekstrim dan kiri, Shamsiah dan rakan-rakannya mula terasa tertekan. Penahanan Boestamam dan ramai lagi mengakibatkan API dan badan-badan gerakan kebangsaan lain kemudiannya diharamkan dan lumpuh kecuali Umno. Umno tidak diambil tindakan dan tidak seorang pun ahlinya ditahan oleh kerena menurut Shamsiah jelas parti tersebut pro penjajah malah bekerjasama pula dengan penjajah untuk menekan dan menindas golongan yang dikatakan kiri.
terang terbukti |
|
|
|
|
|
|
|
tapi, mcm kesian jgk pada shamsiah nie..takder ke sesapa yg membela nasib hidup dia?
kita pernah dijajah oleh org portugis, belanda, inggeris dan jepun. tapi pernah x kita hina
atau kutuk semua keturunan penjajah2 tersebut. malah TDM sendiri punya dasar pandang
ke timur dan tiru mcm org jepun. kenapa org mcm shamsiah dan yg lelain ni dihina?? sedang
kan org2 spt inilah yg membuatkan org inggeris takut (sikit sebyklah)?
for info, saya tak ada kena mengena dgn shamsiah nie... |
|
|
|
|
|
|
|
Pejuang kemerdekaan yg sebenar adalah orang2 seperti Mat Kilau,Dato Bahaman,Tok Janggut,Rentap,Rosli Dhobi dan ramai lagi yg tak disebut dalam catatan sejarah (kerana tiada kepentingan politik agaknya)yg tak bergayut di tengkuk mana2 kuasa penjajah seperti British,Jepun,komunis dll.
Tokoh pejuang sejati seperti merekalah yg sepatutnya diangkat ke tempat yg sewajarnya,di'popular'kan dalam pendidikan sejarah tanahair,diberi penghormatan dan diulang2 jasa dan perjuangan mereka di media2 massa.Malah nama2 mereka boleh diabadikan pada nama sekolah,jalan,kapal2 perang dsb.Tak gitu?
p/s:kalau kapal2 perang atau kapal selam kita dinamakan dgn KD Mat Kilau,KD Tok Janggut atau KD Rentap ke kan lebih 'macho' bunyinya.Ke dah ada?:bg:
[ Last edited by rempo at 15-8-2007 05:40 PM ] |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #9 dempol's post
Propaganda British? Boleh explain kebangkitan semula PKM antara 1968 hingga 1989? |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #15 rempo's post
Yapppp.... aku setuju....betul tu... |
|
|
|
|
|
|
| |
|