|
[ Gambar oleh AWANI ]
KOTA BHARU, 16 Disember- Seorang pembantu perawatan di sebuah klinik di sini mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menawarkan perkhidmatan seksual menerusi aplikasi media sosial.
Tertuduh, Tasnim Amirah Abdullah, 27 tahun membuat pengakuan itu di hadapan Majistret Ahmad Syafiq Aizat Nazri selepas dibacakan terhadapnya oleh jurubahasa Mahkamah Kota Bharu.
Mengikut pertuduhan, tertuduh menawarkan khidmat seks kepada Mohd Shafiq Amir Abdul Hamid.
Perbuatan itu didakwa dilakukan di sebuah bilik hotel di Kota Bharu, pada 8 Julai lalu kira-kira pukul 6.00 petang.
Bagi kesalahan itu, tertuduh boleh didakwa melakukan kesalahan bawah Seksyen 372 B Kanun Keseksaan kerana melakukan persundalan memperuntukan hukuman penjara sehingga satu tahun atau denda atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.
Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwaraya, Nurul Akmal Mohamad Bakri, manakala tertuduh diwakili peguam Ariyani Mohd Amin @ Abdul Hamid dari Yayasan Bantuan Guaman Kelantan (YBGK).
Terdahulu, Nurul Akmal tidak menawarkan sebarang jaminan bagaimanapun, Ariyani memohon tertuduh diberikan jaminan setimpal kerana anak guamnya menjaga seorang abang orang kurang upaya (OKU).
Mahkamah kemudian membenarkan jaminan RM4,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 4 Februari 2024 bagi tarikh sebutan semula kes. |
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|