CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234Next
Return to list New
View: 8752|Reply: 63

suami tidak mengambil berat pasal solat

[Copy link]
Post time 27-8-2007 09:51 AM | Show all posts |Read mode
saya memang dilahirkan dalam keluarga yang pentingkan solat, setiap waktu masuk solat..mak n ayah selalu ingatkan, lebih2 waktu subuh.Walaupun telah berkahwin mak n ayah saya akan mengetuk pintu bilik anak2 apabila masuk waktu subuh.
Saya telah merantau lebih kurang 12 tahun, hasil dari didikan mak ayah, wpun saya jauh diamata diaorg saya sentiasa ingat apa yang diajar dan apabila saya berkahwin, saya dapati suami saya liat dalam mengerjakan solat. Hampir setiap hari saya akan ingatkan dia pasal solat, saya takut satu hari nanti saya bosan...sedangkan dia perlu tau tanggungjawab sebagai seorg muslim
Disini saya ingin minta pendapat mcm mana saya nak sedarkan suami saya..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-8-2007 09:54 AM | Show all posts
Bincang la dengan dia pasal kewajipan solat...kalo awak suruh 2 dia buat x...tapi x kan kita nak suruh baru nak buat kn..cm x ikhlas plak..bincang la gan dia elok2..cari guru agama ke dtg ngajar kat umah..
Reply

Use magic Report

Post time 27-8-2007 10:00 AM | Show all posts
guna cara psikologi...

caranya: ko letak sejadah kat depan ko then ko sembahyang kat

sejadah yang satu lagi kat belakang...

ikut posisi seperti perempuan sedang mengikut lelaki menjadi imam...

sampai laki ko tanya "sape punye sejadah tu"

ko cakap la ko tunggu laki ko jadi imam...

mungkin berkesan...tapi kena sabar la.


p/s: aku sorang lelaki
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-8-2007 10:01 AM | Show all posts
saya nak sangat dia pergi belajar ugama dkat masjid, tapi saya tgk dia mcm tak beminat..bila balik rumah mak ayah dia, dia main bola..dah hampir isyak baru balik, yang saya pelik tak sorang pun yang nak sound dia..kdg2 saya tertanya2 kenapalah saya berada dalam keluarga mcm ni
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-8-2007 10:03 AM | Show all posts
saya selalu gak ckp bila lah kita nak sembahyang berjemaah..utk pengetahuan saya pelik dgn suami saya, bila solat dia meti tutup pintu bilik
Reply

Use magic Report

Post time 27-8-2007 10:05 AM | Show all posts
sgt sedy ...isteri perlukan suami sbg bimbingan ..tp, dah terbalik..
if betul die tak pandai paasal agama...die boleh berusaha utk pelajarinya..
kerana die dah jd ketua keluarga..pemimpin keluarga..

tp, if die sendiri liat..mmg sgt sedey ..
kalau tiap kali solat, kita perlu ingatkan ..
bkn kita shj yg akan bosan..
die sendiri..mana letaknya maruah die seorang suami..

perlu jugak bercerita dan berbincang ..
kita perlukan die suami smpai mati..dunia dan akhirat..
dan kita nak saama2 dgn dia disyurga nanti..
tlg la pahami..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 27-8-2007 10:23 AM | Show all posts

Reply #6 lovewife's post

saya bersimpati dan saya doakan agar suami puan dapat hidayah dan taufiq untuk cintakan sembahyang dan mengerjakannya dengan betul dan tetap. Semoga puan terus-terusan berdoa ya. Orang perempuan ni tak boleh nak ambil tindakan keras2 pada suami yang tidak patuh ugama, not like the other way around. Suami puan amat beruntung mendapat isteri yang mengambil berat seperti puan.

Saya pasti dia tahu kewajiban solat itu, jadi kalau bincang pun kekadang masuk telinga kiri keluar telinga kanan. Selalu lelaki ni ada ego nak terima nasihat dari isteri.

Cara terbaik ialah bawa dia pergi dengar kuliah. Oleh kerana puan cakap dia malas pergi kuliah, mungkin puan boleh suruh dia *hantar* puan pergi kuliah di masjid. Puan bagi lah alasan nak belajar quran ka, feqah ka, hadith ka, atau nak join kawan2 ka untuk hadiri kuliah tersebut. Pada masa yang sama, puan pun boleh dalami ilmu agama.

Manalah tahu, dengan menghantar puan seminggu sekali dua tu, inshaallah, dia jadi teringin nak hadir sama dan mendekatkan hatinya ke masjid, di samping dapat bersahabat dengan orang2 yang selalu ke masjid. This may take years to happen, jadi saya harap puan bersabar dan pohon pertolongan Allah banyak-banyak.

Wassalam.
Reply

Use magic Report

Post time 27-8-2007 10:31 AM | Show all posts
mcm takde conclusion jekk...

takde sape yg leh bg cadangan yg lebih baik ker?? nak gak tahu nih..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-8-2007 10:38 AM | Show all posts
sedihhhnyaa...
ntahlah kebanyakkan orang terlalu mengambil ringan ttg solat...
cadangan saya.. ajak la suami p umrah/haji..
insyaALlah.. environment kat sana (mekah,madinah) terkawal..
ada suasana untuk tunaikan solat..
berdoalah disana... doa disana xkan ditolak..

wallahu'alam..
Reply

Use magic Report

Post time 27-8-2007 10:42 AM | Show all posts
I guess hadith yg kata 4 perkara - agama (yg paling penting), keturunan, paras rupa, harta - utk ditengok masa nak memilih calon isteri tu applicable to woman jugak utuk guna masa memilih suami.

tapi sometimes ada gak yg  berlakon baik jek b4 kawin. itu semua rezeki masing2 yek, kita always berdoa lah untuk dapat pasangan yg will help us to be a better moslem.

utk tuan rumah lak, as frustrating as your problem can be, it may be an ujian to see how patience you are with your husband.  Ujian kan dtg dalam berbagai bentuk.

kalu tak leh nak handle, lagi buat diri sakit jiwa, if i'm not mistaken, ada provision kan utk minta cerai kalu suami tuh tak betul sikit cam tuh - melalaikan solat.

all the best to you. insyaallah, you'll know what is the best thing to do, look into your heart and ask for HIS guidance.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-8-2007 10:47 AM | Show all posts

Reply #7 always_typo's post

saya memang ader niat mcm tu, tetapi memandangkan saya masih ader anak kecil, jadi saya harapkan suami saya yang pergi..tapi takkan saya nak cari ustaz utk dia, dan nak arahkan dia gi masjid
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-8-2007 10:51 AM | Show all posts

Reply #9 kueng3x's post

kalu saya ader duit insyaallah..skrg ni saya tgh berusaha supaya dia sendiri sedar...wpun kat umah MIL saya akan kejutkan dia solat subuh, wpun MIL n FIL tak berbuat demikian...anak2 balik lambat dari main bola pun tak marah, tak solat pun tak kena marah..pelik tapi benar, tapi saya bagi isyarat mata bila suami saya lengahkan bila kat umah MIL, yalah nak sound direct takut dia malu
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-8-2007 10:53 AM | Show all posts
kenapa saya harus berada dalam keluarga yang mcm ni..kenapa? kenapa? Saya perlukan suami untuk mendidik saya, saya perlu kan orang lebih tua sentiasa ingatkan saya pasal dosa pahala...
Reply

Use magic Report

Post time 27-8-2007 10:59 AM | Show all posts
kdg2 didikan drpd keluarga dia gak kut...yg ptg, isteri kena byk2 berdoa. saya x ingat ayat ke berapa surah ibrahim kalau x silap. Boleh digunakan utk suami n anak2 agar sentiasa menjaga solat/ or utk bukakan hati diorang utk bersolat.
Reply

Use magic Report

Post time 27-8-2007 11:10 AM | Show all posts

Reply #11 mekma's post

inshaallah bila anak dah besar sikit usahakan.. Dia tengok puan usaha, mungkin dia  boleh naik simpati dan berusaha sama.

Bersusah payah mencari rahmat Allah.  Kita sekadar berusaha, yang nak beri taufiq hidayah kat kita, anak-anak kita dan keluarga  kita tu Allah swt.

Nak bawa ustaz mai rumah tu memang tidak dilarang tapi dari segi adab ada yang kata agak tidak molek, kerana ustaz tu kita bayar gajinya, kemudian dia pulak nak lecture dan khutbahkan kita kalau kita tak beramal dengan betul, agak terbalik kot.

Pangkat kita pada dia  adalah seperti majikan, tentulah terlebih susah bagi ustaz tu nak mengubah perangai kita yang degil tu, kalau setakat bagi ilmu mungkin boleh tapi dari segi nak melatih amal agak susah walau bukan mustahil.

Ustaz tu pun boleh jadi stress nak berleter teruk-teruk kat "boss" dia (ustaz pun ada kelemahan juga, ya). Banyak yang buat kerja mengajar kat rumah ni ustaz2 yang baru grad, jadi kadang2 "people skill" agak kurang.

Kalau kuliah ramai-ramai tu lainlah, sebab ramai yang menyumbang sedekah kat ustaz dan ustaz nak berleter pun senang, tak ada "boss" yang spesifik, semua kena.  Di samping ramai rakan2 lain belajar sekali, boleh masing-masing saling menegur antara satu sama lain dan membentuk "jemaah"  yang tidak rasmi.

Semoga bermanafa'at.
Reply

Use magic Report

Post time 27-8-2007 11:13 AM | Show all posts
Saya sarankan setiap kali pada setiap hari apabila berhadapan dengan suami bacalah do'a. Do'a yang dibacakan hendaklah dengan nada berkata-kata kepada Allah (lembut dan merayu) dan dalam versi Bahasa Malaysia.
Ketika makan bersama, ketika menghidangkan makanan atau apa saja apabila suami ada di sekitar puan.
Contohnya : ketika menghidangkan minuman ," Ya, Allah ya tuhanku, aku bersyukur kepadamu kerana dapat melayan suamiku ini."

atau " Ya Allah , ya tuhanku, berikan lah rezeki yang lebih kepada suami ku agar dia dapat membeli kasut bola yang baru". ( ketika suami keluar pergi kerja.)
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-8-2007 11:24 AM | Show all posts

Reply #15 always_typo's post

Lagi amalan yang boleh dibuat. Ini bagi isteri la, yang tak banyak kuasa ada terhadap suami.  Bagi suami boleh buat lebih lagi.

1) Banyak baca quran kat rumah, agar lari habis syaitan-syaitan tak mahu duduk lagi di situ. Buang benda2 khurafat/patung hiasan/ gambar2 tak berjenis dsbgnya kalau ada, bagi malaikat rahmat masuk banyak-banyak.

2) Setiap kali masuk rumah bagi salam. Kalau tak ada orang bagi salam kat diri sendiri (macam dalam tahiyat tu). Kemudian baca Qulhuallah 3x. Inshaallah, semua penghuni makin lama akan jadi makin tertarik menjadi orang yang taat kepada Allah dan anak2 jadi taat kepada ibubapa.

Buatlah secara istiqamah. Di samping itu buat usaha-usaha yang lain spt berdoa, menasihat secara berhemah dan sabar dsbgnya.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-8-2007 11:51 AM | Show all posts
terima kasih atas cadangan member semua..saya sentiasa berdoa agar suami saya taat kepada yang Esa..bukan nya saya mintak kemewahan, saya cuma mintak dia menjadi manusia yang beriman..bukan ke tu semua membahawa bahagia yang berkekalan dalam rumah tangga..

Saya ingat pesanan ayah saya,"ayah akan sentiasa ingatkan anak2 tentang dosa pahala, sbb ayah tak nak anak2 ayah sendiri akan menheret ayah masuk ke neraka"

Sebagai Ibubapa memang patut mengingatkan anak2, bila tgk zaman sekarang, mak ayah bukan main lagi kesurau..anak2 melepak, ader tu pakaian seksi..tapi mak bapak tak tegur
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-8-2007 11:53 AM | Show all posts
saya berasa sangat bersyukur kerana dilahirkan dalam sebuah keluaraga yang mementingkan ilmu agama..saya bersyukur mempunyai mak ayah skrg..
Reply

Use magic Report

Post time 27-8-2007 12:14 PM | Show all posts
dah jodoh mu mekma..
sepatutnya ms blom kawin dulu, check btul2..
tulh pentingnya mengutamakn agama dlm pemilihan jodoh..

cuma yg bleh mu buat,
doa2lh selalu pd Allah supaya bukakn hati dan hidayah pd suamimu itu
jgn putus asa. teruskan berdoa..
klu nk sedap lg, selalulh bukak kaset ttg azab org meninggalkan solat
tak kisahlh dlm kete ker ,kat umah ker..
kenelh byk sabar klu kite nk ubah org lain..
lg2 orang dewasa, budakpun kadang2 susah nk ajar
coz it's not easy, hnya Allah sahaja memilih sesiapa yg dikehendakinya..
kite cuma boleh nasihat..

klu tak jalan jugak,
anggaplh ko dh menjalankan t/jawab ko..
dosa die,die yg tanggung,
dh lama akil baligh..

takkan ada sesiapa yg dapat mengubah nasib sesuatu kaum, melainkan kaum itu sendiri-firman allah
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-1-2025 03:18 AM GMT+8 , Processed in 0.228357 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list