CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 26036|Reply: 15

[Tempatan] Tiada ‘work life balance’ Netizen yang mengeluarkan 800 komen pada sebuah hantaran UNIQLO Malaysia di Instagram mendakwa mereka adalah bekas pekerja yang ditindas oleh pengurusan.Apa yang ber...

[Copy link]
Post time 21-1-2025 10:45 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Edited by YgBenar at 21-1-2025 10:48 PM

Kebanyakan netizen yang mengeluarkan komen pada sebuah hantaran UNIQLO Malaysia di Instagram mendakwa mereka adalah bekas pekerja yang ditindas oleh pengurusan.




UNIQLO dalam kenyataan kepada TRP menjelaskan bahawa mereka komited dalam memastikan tempat kerja yang adil, telus serta dihormati untuk semua pekerja.

Dalam pada itu, mereka turut mengambil serius sebarang maklum balas yang diterima daripada pekerja

Hantaran Instagram UNIQLO Dibanjiri Luahan Tidak Puas Hati Dari Pekerja
Baru-baru ini, UNIQLO Malaysia memuat naik sebuah hantaran di laman Instagram (@uniqlomyofficial) yang mempromosikan jualan bersempena dengan sambutan Tahun Baru Cina yang bakal menjelang tidak lama lagi

Namun ruangan komen hantaran tersebut cukup mengejutkan kerana ia dibanjiri dengan pelbagai komen didakwa dari bekas pekerja-pekerja UNIQLO yang menzahirkan rasa tidak puas hati terhadap syarikat berkenaan.

Berdasarkan pemerhatian kami, lebih 800 komen yang ditulis oleh pengguna media sosial di hantaran berkenaan setakat artikel ini ditulis.

Antara luahan yang dikongsikan oleh individu terlibat adalah seperti sistem cuti ‘Annual Leave’ yang tidak profesional apabila membatalkan cuti yang telah diluluskan.

“Saya dah mohon cuti AL tiga bulan sebelum. Saya dah beli tiket kapal terbang semua. Tapi seminggu sebelum tarikh tersebut tiba-tiba cuti saya ditarik balik dan mendakwa saya memohonnya secara ‘last minute’,” dakwa seorang pengguna.

Selain itu, ada di antara mereka yang mendakwa berlaku ketidakadilan dalam pengurusan untuk menaikkan pangkat pekerja selain dipercayai berlakunya ‘favouritism’ dalam kalangan staf.

“Lepas tu mereka naikkan pekerja yang menjadi kegemaran mereka sahaja walaupun kualiti kerjanya ‘hauk’,” luah salah seorang pekerja UNIQLO.

Pada masa yang sama, mereka turut mendakwa bahawa tiada ‘work life balance’ yang diamalkan dalam syarikat berkenaan meskipun gaji yang diberikan agak tinggi.
  

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-1-2025 10:48 PM From the mobile phone | Show all posts
Bukan kata gaji starting tinggi ke?
Reply

Use magic Report

Post time 22-1-2025 12:05 AM From the mobile phone | Show all posts
tajuknya punnnn
Reply

Use magic Report

Post time 22-1-2025 12:15 AM From the mobile phone | Show all posts
Jawapan pihak management senang saja, sebab melayu malas. Itu pasal kami lebih suka ambil bangla, myammar, rohingya, nepal, vietnam, indon, pakistan dan thailand.
Reply

Use magic Report

Post time 22-1-2025 12:19 AM | Show all posts
Fuhhhhhh
Reply

Use magic Report

Post time 22-1-2025 12:21 AM From the mobile phone | Show all posts
Aku teringin gak nk dengar luahan hati pekerja Family Mart. Kesian wei mcm mana2 outlet aku pegi plg maksimum pun 3 org aku jumpe tu pun sebab tgh pertukaran shift. Pdhal gaji FM tu aku tak rasa smpi rm3k mcm uniqlo ni
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 22-1-2025 12:22 AM From the mobile phone | Show all posts
Fm akak pernah lihat sorang je staff tu. Kesian dia..
Reply

Use magic Report

Post time 22-1-2025 01:51 AM From the mobile phone | Show all posts
comp jepun..whadoyu expect ehehe
fm tu pon sama sorang staff buat semua kerja..lama2 pengsan kat tengah counter
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-1-2025 02:15 AM From the mobile phone | Show all posts
Entahlah sister.
Setiap pekerjaan tu pasti ada masalh dia.
So,iols kesian kat diri sendiri la dulu
Reply

Use magic Report

Post time 22-1-2025 06:07 AM From the mobile phone | Show all posts
Uniqlo kualiti hauk baju2 dia. Rendam sabun biasa pun jadi turun kaler bertompok tompok. Aku dh boikot Uniqlo. Cam setan.
Reply

Use magic Report

Post time 22-1-2025 07:06 AM From the mobile phone | Show all posts
bila tgk harga dia skrg ni rasa dah tak mampoo nak membeli kat uniqlo
tshirt dia mmg elok walaupun rege 39.90, skrg 49.90..sampai 10 hengget naiknya

tapi yg nak tlg wife tow keta tu pun agak2 la
ko guide je la camne nak buat, call insurance ke apa
ko pegi pun bukan bole tolak keta tu
Reply

Use magic Report

Post time 22-1-2025 07:22 AM From the mobile phone | Show all posts
Isu micromanage je ni.. Takde la sapa nak hirau.. Zaman dah AI ni.. Move on je la cari keje lain.. Nak meroyan lebih pun buat sakit hati je sbb who cares.. Life goes on dekkk
Reply

Use magic Report

Post time 22-1-2025 08:04 AM | Show all posts
bottombikini replied at 22-1-2025 07:06 AM
bila tgk harga dia skrg ni rasa dah tak mampoo nak membeli kat uniqlo
tshirt dia mmg elok walaupu ...

betul
best shoping sini mase pkp je
haaa tau ko xde sape nk beli baju time2 smua kena kurung
kemain murah2 salenye
elok je bukak balik, perghhhh yang tidak2 je harga

Reply

Use magic Report

Post time 22-1-2025 08:06 AM | Show all posts
u olls kalau pernah kerja retail taola semua company sama je termasuk owner local.. tu belum jd cashier supermarket lg...seminggu sekali je cuti...kerja pon berdiri je sampai 10mlm...short duit potong gaji...basic rendah, OT rendah..thats y sampai sekarang kalau nampak akak cashier i ols ok je muka dia masam ke apa, sbb memahami kepenatan yg dirasai tu...
Reply

Use magic Report

Post time 22-1-2025 09:44 AM | Show all posts
staf uniqlo ni kne masuk awal dlm jam 8 kan..tp nk heran ape tu mmg style Jepun kan..
Reply

Use magic Report

Post time 22-1-2025 10:05 AM From the mobile phone | Show all posts
Apa dlm kontrak? Kalau staf takde, mmg kena survive tanpa staf je la..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-1-2025 10:53 AM GMT+8 , Processed in 0.057627 second(s), 25 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list