View: 14695|Reply: 15
|
Persatuan Psoriasis Selangor dan Wilayah Persekutuan (PASFT)
[Copy link]
|
|
Psoriasis bukan penghalang untuk bermasyarakat
Perbuatan berjabat tangan dengan orang lain juga boleh menimbulkan masalah besar kepada mereka yang menghadapi masalah psoriasis. Namun, interaksi dan jalinan hubungan dengan orang lain amat penting bagi menikmati kehidupan yang sihat dan normal.
Presiden Dermatologi Malaysia, Dr. Allan Yee, sebelum kita meneliti interaksi kita dengan dunia luar, kita harus terlebih dahulu menerokai jiwa dan perasaan kita sendiri. Dalam mana-mana perhubungan kita perlu terlebih dahulu menerima diri kita sendiri sebelum kita dapat diterima sepenuhnya oleh orang lain.
Mereka yang menghidapi psoriasis, terutama jika ia bermula di peringkat usia muda, lebih cenderung untuk mendapatkan imej yang negatif. Kita perlu memprogram semula sikap negatif itu dan mengesahkan nilai intrinsik diri kita sendiri. Ini tidak terlalu sukar di dalam budaya yang bersifat penyayang.
Oleh itu kita harus berasa girang. Untuk mengungkapkan semula kata-kata Rick Warren, penulis buku yang laris, Purpose-Driven Life sekiranya kehidupan itu satu ujian (dan jika psoriasis merupakan ujian bagi kita), justeru kita tidak harus gagal dalam ujian ini."
Sudah tentu banyak penghidap psoriasis telah melepasi ujian mereka dengan jayanya, kebanyakan mereka merupakan ketua dalam industri masing-masing dan pemimpin dalam masyarakat.
Interaksi profesional
Sokongan psoriasis bermula dengan doktor anda. Berbincang dengan doktor mengenai simptom dan perkembangan anda. Melalui perkongsian maklumat dengan doktor, anda akan dapat berusaha ke arah mencapai matlamat rawatan dan kualiti kehidupan bersama psoriasis yang lebih baik.
Bagi mereka yang berkunjung ke Jabatan Dermatologi di Hospital Kuala Lumpur, terdapat satu perkhidmatan kaunseling sokongan bagi pesakit baru yang menghidapi psoriasis.
Interaksi dengan keluarga
Keluarga dan rakan-rakan anda juga merupakan sumber sokongan yang penting. Mereka adalah orang yang mengetahui mengenai diri sebagai seorang individu dan menerima anda seadanya.
Pastikan anda berkongsi pemahaman anda mengenai psoriasis dengan mereka agar mereka dapat membantu menjadikan kehidupan lebih mudah dan selesa.
Bawa mereka bersama-sama menghadiri mesyuarat kumpulan sokongan atau ke tempat mencari ketenangan. Pengetahuan mengenai psoriasis memberi kuasa kepada semua yang berkaitan untuk membantu menanganinya dengan lebih baik.
Bagi keluarga kanak-kanak yang menghidapi psoriasis, amat penting untuk membantu mereka menangani kesukaran dalam perhubungan di sekolah, dengan pembuli, aktiviti sekolah dan guru.
Perlu ada perimbangan perlindungan yang sihat daripada peristiwa-peristiwa negatif tanpa mengeluarkan kanak-kanak itu daripada dunia berinteraksi yang amat diperlukan dengan rakan dan taulan.
Kasih sayang amat perlu untuk menghalang imej negatif daripada berputik. Walaupun penyakit itu belum ada penawarnya, rawatan kini lebih baik dan semakin selamat, dan adalah penting untuk memindahkan keyakinan dan harapan itu kepada kanak-kanak terbabit.
Interaksi dengan kenalan dan rakan sekerja
Apabila anda menerima diri anda seadanya, anda boleh hidup dengan tenang walaupun menghidapi psoriasis. Lagipun, ia bukan perkara besar dan tidak akan mengurangkan nilai diri. Apabila mereka tahu bahawa psoriasis tidak berjangkit dan anda amat selesa dengan diri anda, perhubungan normal akan menyusul.
Interaksi dengan penghidap psoriasis yang lain
Banyak manfaat diperoleh apabila menjadi sebahagian daripada kumpulan sokongan tempatan seperti Persatuan Psoriasis Selangor dan Wilayah Persekutuan. (PASFT).
Persatuan ini mewujudkan sebuah komuniti di mana mereka yang menghidapi psoriasis (atau artritis psoriasis), keluarga mereka dan sukarelawan boleh berkongsi pengalaman dengan kelompok manusia yang memahami.
Layari www.guidetopsychology.com/ pmr.htm untuk mendapatkan contoh bagaimana untuk melakukan PMR bagi psoriasis atau bagi mana-mana masalah lain yang berkaitan dengan tekanan.
PASFT juga merupakan anggota gabungan Yayasan Psoriasis Kebangsaan (NPF) yang beribu pejabat di Amerika Syarikat, salah satu kumpulan sumber psoriasis yang terbesar di dunia. PASFT menghantar buletin dengan artikel-artikel NPF kepada kira-kira 1,600 ahli PASFT di seluruh Malaysia.
Interaksi dengan komuniti dalam talian
Dalam era teknologi hari ini, anda boleh bertemu mereka yang sealiran secara dalam talian atau online di forum-forum internet tanpa perlu bergerak dari kerusi anda. Bagaimanapun, kami tidak dapat memberi jaminan berhubung ketepatan maklumat yang diperoleh di forum-forum Internet dan seseorang harus berwaspada dengan agenda komersial di belakang sesetengah daripada forum atau ruang sembang itu.
Anda perlu lebih berwaspada terhadap sebarang janji mengenai 'ubat ajaib'. Psoriasis mempunyai satu asas genetik, oleh itu tidak ada cara untuk mengubati psoriasis memandangkan para saintis belum lagi menemui satu cara selamat untuk mengubah gen kita.
Kami ingin mencadangkan kepada sesiapa yang berhasrat mendapatkan maklumat lanjut mengenai psoriasis melalui Internet agar mengakses laman web tempatan kami, atau pautan yang disyorkan di bawah bagi mendapatkan maklumat yang tepat dan boleh dipercayai.
Sekiranya anda telah meraih manfaat daripada menjadi sebahagian kumpulan sokongan itu, mempunyai sesiapa di dalam keluarga anda yang menghidapi psoriasis dan ingin membantu orang lain, kenapa tidak menyertai PASFT dan berkongsi pengalaman anda dengan orang lain.
Atau jika anda menetap di luar Lembah Klang, kenapa tidak memulakan satu kumpulan sokongan di tempat anda menetap. Sila beritahu kami bagaimana kami dapat membantu anda untuk memulakannya.
Persatuan Psoriasis Selangor dan Wilayah Persekutuan (PASFT) boleh dihubungi melalui telefon (03-8948- 4335), e-mel:psoriasisassn@hotmail. com) dan surat ke alamat (1, Jalan 14/2C, Taman Serdang Utama, Sri Kembangan, 43300 Selangor).
Mereka boleh ditemui di Internet sebagai satu pautan dalam laman web Persatuan Dermatologi Malaysia www.dermatology. org.my atau pertanyaan kepada [email protected].
Artikel ini adalah sebagai panduan untuk membantu anda memahami dengan lebih baik mengenai psoriasis dan artritis psoriasis. Sila rujuk pengamal perubatan yang berkelayakan sebelum bertindak terhadap mana-mana maklumat yang terkandung di atas. KULIT adalah sebuah program kemasyarakatan yang ditaja oleh Wyeth Malaysia. |
|
|
|
|
|
|
|
Tak da sape respon ke thread ni??...![](static/image/smiley/default/sad.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
Psoriasis tidak berjangkit
![](http://www.utusan.com.my/pix/2009/0322/Utusan_Malaysia/Kesihatan/doktor-menulis-logo.jpg)
PENYAKIT psoriasis adalah penyakit yang kronik, tidak berjangkit dan mempunyai ciri-ciri seperti tompok yang merah, tebal dan bersisik.
Psoriasis melibatkan antara dua hingga tiga peratus penduduk di Malaysia. Ia boleh terjadi kepada semua peringkat umur, dari kanak-kanak hingga warga emas.
Bagaimanapun, lebih banyak kes berlaku di kalangan mereka yang berumur antara 20 hingga 30 tahun, atau 60 tahun ke atas.
Psoriasis boleh diwarisi melalui faktor genetik secara 憄olygenic |
|
|
|
|
|
|
|
kesian tgk org2 yg kena poriasis nih.............. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #5 ekin_mache's post
|
|
|
|
|
|
|
ekin da 6 tahun kna psoriasis......bila nak sembuh....boringnyerrrrrrrrrrr |
|
|
|
|
|
|
|
Pesakit yg mengidap penyakit ini boleh dirawat hingga sembuh dengan menjalani rawatan kaedah AYURVEDA. Hubungi Dr Luqman dari LUQMAN HERBS CENTRE di talian 014 6332307 untuk maklumat lanjut. |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by kaknabB3 at 20-3-2011 20:37
Reply 7# ekin_mache
psoriasis ekin banyak naik mana. anak kaknab kdg guna ubat DDO dari farmasi Sungai petani. rm12. bila sapu psoriasis terus hilang, tapi meninggal kan kesan berparut putih nanti. nanti tompok putih akan hilang juga. sebab pack kecik rm12. anak kaknab guna kat muka atau kat tangan, di mana orang boleh nampak, kdg2 saja dia guna kat kepala juga. kat kepala dia banyak guna ubat hospital pakar kulit. kat muka xberapa ada sangat yang banyak kat kepala. kaknab banyak bagi dia supplement EPO, cod liver oil, flevettes. bagi kulit dia lembab
ni ubat DDO tu. kdg kaknab beli 5 pack sekali, cina tu kedekut langsung xbagi discount.
![](http://i359.photobucket.com/albums/oo38/kaknab1/P3200337.jpg)
![](http://i359.photobucket.com/albums/oo38/kaknab1/P3200338.jpg) |
|
|
|
|
|
|
|
Sesiapa yang ingin berkongsi pengalaman dengan bapa kepada 2 orang kanak-kanak yang menghidap psoriasis dan telah sembuh setelah mendapatkan rawatan AYURVEDA LUQMAN di LUQMAN HERBS CENTRE, beolehlah menghubungi 019 6619917 - Encik Mahadi. |
|
|
|
|
|
|
|
Sesiapa yang ingin berkongsi pengalaman dengan bapa kepada 2 orang kanak-kanak yang menghidap psoriasis dan telah sembuh setelah mendapatkan rawatan AYURVEDA LUQMAN di LUQMAN HERBS CENTRE, beolehlah menghubungi 019 6619917 - Encik Mahadi. |
|
|
|
|
|
|
|
SEMINAR PSORIASIS OLEH DR LUQMAN
Tarikh : 13 Oktober 2013 (Ahad)
Masa : 1:30pm until 6:00pm
Tempat : Luqman Herbs Center
Jalan 9/9D, Bandar Baru Bangi,
Selangor, Malaysia
LUQMAN HERBS CENTRE menjemput dan mengalu-alukan kehadiran saudara / saudari yang menghidapi psoriasis untuk menghadiri seminar ini TANPA DIKENAKAN APA-APA BAYARAN kerana bekas pesakit kami yang telah sembuh bermurah hati untuk sponsor supaya saudara / saudari boleh menghadiri seminar ini.
Tuan / puan boleh berinteraksi secara terus dengan Dr Luqman tentang penyakit psoriasis, kaedah rawatan dan sebagainya dalam konteks LUQMAN AYURVEDA. Seorang doktor perubatan moden juga akan menghadiri seminar ini yang akan bercakap tentang psoriasis dari logik sains perubatan moden tetapi kenapa masih tidak mampu merawat penyakit ini.
Seminar ini akan dihadiri oleh beberapa orang pesakit kami sama ada yang telah dan masih menjalani rawatan dengan LUQMAN HERBS CENTRE supaya saudara / saudari boleh berkongsi pengalaman mereka selama menjalani rawatan dengan LUQMAN HERBS CENTRE.
Tuan / puan juga boleh mengetahui bagaimana herba-herba berfungsi dalam merawat sesuatu penyakit kerana pameran herba turut diadakan. Juga ketahui bagaimana minyak mandian untuk pesakit psoriasis dibuat.
Sesiapa yang belum pernah mendapatkan rawatan untuk penyakit psoriasis dengan kami dan ingin mendapatkan rawatan, tuan/puan boleh berbuat demikian pada tarikh ini. Sehubungan itu sesiapa yang ingin mendapatkan rawatan pada hari tersebut, sila maklumkan kepada kami kerana kami perlu menyediakan set lengkap untuk mereka yang ingin membelinya.
TEMPAT ADALAH TERHAD KEPADA 50 PESAKIT PSORIASIS SAHAJA.
Maklumat lanjut sila ke fanpage: https://www.facebook.com/LuqmanHerbsCentre |
|
|
|
|
|
|
|
kaknabB3 posted on 20-3-2011 08:36 PM ![](static/image/common/back.gif)
Post Last Edit by kaknabB3 at 20-3-2011 20:37
Reply 7# ekin_mache
kak nab, boleh tau ubatnye tu macam mane. tak nampak la gambonye. my hb punya psoriasis macam makin mengganas ni, kesian tengokkan. kat kepala dia macam makin banyak. plak tu ade bintik2 macam rashes merah2 betul kat badan dia. tu taktau kenapa. psoriasis jugak ke? |
|
|
|
|
|
|
|
Kawan-kawan boleh cuba guna Grandpa's Pine Tar Soap untuk melegakan penyakit Psoriasis. Kawan aku yang pesakit Psoriasis dah melihat kesan-kesan positif selepas menggunakan sabun itu selama lebih kurang 2 minggu sahaja. |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|