View: 4984|Reply: 3
|
[Tempatan]
Siswa USIM bergegas masuk dewan peperiksaan lepas urus pengebumian ayah
[Copy link]
|
|
Ketika rakan seperjuangan sedang bersedia menduduki peperiksaan, mahasiswa ini pula diuji dengan pemergian ayah tercinta.
Kisah sedih Abdul Razak Hazman yang merupakan pelajar tahun akhir Fakulti Pengajian Quran dan Sunnah, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) itu turut mengundang rasa hiba warga maya.
Menerusi perkongsian di laman TikTok USIM, Abdul Razak dikatakan menerima perkhabaran mengenai kematian bapanya sebelum menjawab kertas peperiksaan terakhirnya.
"Siswa USIM tekad hadir peperiksaan akhir selepas kebumikan arwah ayah.
"Beliau sempat membantu menguruskan jenazah ayah sebelum pulang semula ke USIM pada hari yang sama.
"Walaupun diberi pilihan untuk menduduki peperiksaan gantian oleh pihak universiti, beliau tetap bertekad meneruskan peperiksaan untuk sempurnakan pengajiannya demi menunaikan harapan arwah ayah yang ingin melihat beliau berjaya," demikian perkongsian video yang dimuat naik pada Sabtu.
Lebih membuatkan warga maya tersentuh apabila membaca mesej terakhir kiriman Allahyarham bapanya iaitu Hazman Hassan, yang turut dikongsikan dalam video berkenaan.
"Esok umrah sunat dengan family. Nanti ayah umi doakan untuk Ajak (Abdul Razak) agar sentiasa sukses, berjaya dalam pengajian kampus, berjaya dalam hidup," demikian kiriman mesej berkenaan.
Dalam perkongsian video berdurasi 54 saat itu, kelihatan Abdul Razak yang berbaju rona biru gelap, membantu menguruskan jenazah arwah bapanya dari masjid hingga ke liang lahad, sebelum kembali semula ke universiti dengan baju yang sama untuk menduduki peperiksaan.
Sementara itu menerusi perkongsian di akaun TikTok peribadi milik Abdul Razak, difahamkan arwah bapanya baru pulang dari Tanah Suci selepas mengerjakan umrah, beberapa minggu lalu.
"Allah jemput ayah datang Baitullah pertama kali seumur hidup, dan kini Allah jemput ayah terus buat selama-lamanya.
"Ayah dah lama tahan sakit. Rehatlah ayah. Semoga syurga tertinggi buat ayah. Al-Fatihah untuk ayah saya, Hazman Hassan," tulisnya.
Menjengah ruangan komen, warga maya yang turut sedih dan bersimpati dengan kehilangan bapa pelajar berkenaan tampil menitipkan kata semangat buatnya.
"Seorang yang kuat semangat, hadapi dua perkara yang berbeza emosi. Moga arwah ditempatkan dalam kalangan orang-orang beriman dan semoga berjaya dengan cemerlang.
"Arwah adalah orang yang paling bangga apabila awak naik pentas konvo nanti... percayalah.
"Anak yang bagus. Bertanggungjawab dengan apa yang dipikul. Dah selesai bahagian ayah, selesaikan bahagian dia pula. Semoga berjaya dunia akhirat," demikian komen netizen.
Sumber: mStar
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
Semoga berjaya dunia akhirat |
|
|
|
|
|
|
|
kuatkn semangatmu wahai anak |
|
|
|
|
|
|
|
Innalillahwainnalillahirojiun
Semoga terus tabah dan dianugerahkan kejayaan dlm hidup |
|
|
|
|
|
|
| |
|