CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5051|Reply: 16

Salafiyyah Wahhabiyyah vs Ikhwanul Muslimin

[Copy link]
Post time 7-9-2007 08:16 PM | Show all posts |Read mode
SALAFI WAHABI vs IKHWANUL MUSLIMIN


Meneliti sebuah rakaman kuliah Ustaz Rasul Dahri baru-baru ini membuatkan saya berfikir panjang, memohon gerak daripada Kekasih dan akhirnya mengambil keputusan untuk menghasilkan karangan ini. Hal ini tidaklah bermaksud saya terpesona ataupun 憈ermakan
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 7-9-2007 08:17 PM | Show all posts
Mulanya kita sentuh sedikit tentang sejarah gerakan Ikhwanul Muslimin sebagai pemantapan pemahaman pembaca di bahagian isi-isi nanti sekalipun kita faham yang banyak pembaca sudah sedia maklum dengan sejarah Ikhwan meskipun mereka tidak ataupun belum berbaiah dengan Ikhwan (Lihat IKHWANUL MUSLIMIN & HASSAN AL BANNA http://www.forumforfree.com/view ... mp;mforum=no2christ ).


Sebaik-baik sahaja jatuhnya kekhalifahan terakhir umat Islam, yang SALAH SATU daripada punca kejatuhannya ialah akibat hasil tangan PARA PENGIKUT dakwah Syeikh Muhammad bin Abdul Wahab yang MEMBERONTAK KEPADA DAULAH  ataupun MENYERANG WILAYAH DAULAH ISLAM, Allah bangunkan satu jemaah baru yang bersifat global zahir dan batinnya iaitu Ikhwanul Muslimin (Lihat KENALI WAHABI SEHINGGA KAMU BETUL-BETUL KENAL http://www.forumforfree.com/view ... mp;mforum=no2christ ). Jemaah ini berusaha untuk bersederhana dalam segala hal dan menjauhi ketaksuban melulu. Ahli-ahlinya digerakkan atas MODAL TARBIAH dan PEMAHAMAN, bukan sekadar atas dasar semangat dan mengikut-ikut sahaja.


Ikhwan diasaskan di Mesir- bumi Nabi Musa yang juga bumi Firaun. Sebab itulah kita boleh temui sebaik-baik manusia dan juga sejahat-jahat manusia di sana. Ada Nabi Musa, adalah Firaun. Pengasas Ikhwan ialah Imam asy-Syahid Hasan al-Banna. Beliau bukanlah seorang ulama elit dalam mana-mana bidang tetapi mempunyai ilmu yang mencukupi untuk membicarakan semua bidang yang ada. Dan yang paling penting, beliau seorang genius dalam melahirkan dan melaksanakan saranan-saranan untuk mentajdid individu, mentajdid keluarga, masyarakat dan umat (Lihat ADAKAH IKHWANUL MUSLIMIN PENGGANAS? http://myalexanderwathern.freeph ... order=0&thold=0 ).


Banyak ulama handal yang sezaman dengan Hasan al-Banna tetapi mereka hanya mampu membawa perubahan dan menjaga keaslian bidang mereka sahaja. Berlainan dengan Hasan al Banna, beliau nampak cara-cara memperbaiki agama dan umat dalam semua lapangan. Seorang lagi genius pembaik umat yang muncul ketika itu ialah Maulana Muhammad Ilyas- pengasas gerakan Tabligh, cuma skop yang dibawa oleh Maulana kecil sedikit daripada bawaan Ikhwanul Muslimin (Lihat IKHWAN & TABLIGH AKAN KE NERAKA? http://www.forumforfree.com/view ... mp;mforum=no2christ ). Perihal jemaah Tabligh insyaallah akan saya kisahkan dalam ruangan yang lain.


Secara UMUMNYA mereka ini bolehlah dianggap sebagai mujaddid kurun yang lalu berdasarkan perjuangan mereka yang di awal kurun, membawa sesuatu yang belum pernah difikirkan orang-orang sebelumnya, dakwah mereka bersifat sejagat merentasi batas-batas geografi, ajaran mereka merebak begitu laju bagaikan air meluncur ke serata arah dan beberapa pertimbangan lain yang biasanya digunakan dalam menentukan Mujaddid Kurun.


Namun, jika hendak dimuktamadkan seorang sahaja sebagai mujaddid kurun yang lalu, saya lebih cenderung kepada Hasan al-Banna. Hal ini memandangkan modul bawaan Imam asy-Syahid turut mempengaruhi individu-individu dan pertubuhan-pertubuhan selain Ikhwan. Bagi jemaah Tabligh, modul bawaan Maulana Muhammad Ilyas digunakan oleh jemaah Tabligh sahaja dan tidak mendapat perhatian jemaah-jemaah selain Tabligh.


Banyaklah pihak yang mendakwa tokoh-tokoh mereka sebagai mujaddid untuk kurun itu dan ini, kita hormati pandangan mereka. Dalam dakwah Tajdid Segar, perbalahan untuk menentukan 憈okoh akulah yang paling layak menjadi mujaddid
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-9-2007 08:17 PM | Show all posts
Memuji apa yang baik daripada Ustaz Ashaari Muhammad tidaklah menjadikan saya seorang pengikut apatah lagi pentaksubnya. Hal ini boleh disaksikan dalam puisi saya
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-9-2007 08:18 PM | Show all posts
Dakwah Ikhwan yang unik ini membuatkan idea-idea Ikhwan bersifat global. Ulama-ulama Ikhwan juga dianggap ulama oleh kalangan bukan Ikhwan dan meniti juga di bibir masyarakat umum. Antaranya Imam asy-Syahid sendiri, asy-Syahid Syed Qutb (pengarang tafsir Fi Zilail Quran) , Syeikh Ramadhan al-Buti, Syeikh Fathi Yakan, Syeikh Said Hawa, Dr. Yusuf Qardhawi, Syeikh Wahbah az-Zuhaili, asy-Syahid Abdullah Azzam (master-mind jihad Afghanistan menentang Soviet), asy-Syahid Syeikh Ahmad Yaaseen (pemuka HAMAS), Syeikh Mustafa Siba抜e, Syeikh Sayyid Sabiq (pengarang Fiqh Sunnah) dan banyak lagi. Buku-buku mereka tersebar ke seluruh dunia dan menjadi rujukan malah ada jemaah yang menjadikan silibus dalam tarbiah mereka (Lihat QARDHAWI TOLAK DAKWAH TAJDID LAPOK http://myalexanderwathern.freeph ... order=0&thold=0 )
Lihat juga TIDAK BERMAZHAB BIDAAH TERBAHAYA oleh Ramadhan al-Buti http://myalexanderwathern.freeph ... order=0&thold=0 )


Bukan dengan niat untuk merendahkan-rendahkan tetapi sebagai wadah pembuka fikiran, cuba kita lihat tokoh-tokoh jemaah lain. Adakah mereka dikenali dan idea-idea mereka diterima sebagaimana tokoh-tokoh Ikhwan dikenali dan dipakai? Saya sering menguji pengetahuan orang ramai tentang hal ini dalam sembang-sembang santai bersama mereka.


Individu yang bergerak dalam satu-satu jemaah biasanya kenal dengan tokoh-tokoh jemaahnya dan mereka juga biasanya sekurang-kurangnya pernah mendengar tentang tokoh-tokoh Ikhwan mutaakhir ini. Daripada pemerhatian saya, nama yang mungkin dikenali daripada Hizbut Tahrir hanyalah Syeikh Nabhani. Itupun sangat sukar untuk mencari INDIVIDU YANG BUKAN HIZBUT TAHRIR (umum/ dunia/ sejagat) yang kenal dengan Syeikh Nabhani (Lihat TEGUR SAPA HIZBUT TAHRIR) http://myalexanderwathern.freeph ... order=0&thold=0 . Nama yang mungkin dikenali UMUM/ DUNIA/ SEJAGAT daripada jemaah Tabligh hanyalah Maulana Muhammad Ilyas dan Maulana Muhammad Zakaria. Nama yang mungkin dikenali UMUM/ DUNIA/ SEJAGAT daripada Jemaat Islami Pakistan mungkin Al-Maududi.


Nama yang mungkin dikenali UMUM /DUNIA/ SEJAGAT daripada Parti Islam Se-Malaysia, rasanya tidak ada. Tokoh-tokoh PAS dikenali UMUM/ DUNIA/ SEJAGAT di Malaysia dan sekitarnya sahaja. Yang BUKAN UMUM di luar negara mungkin banyak yang kenal dengan pimpinan PAS seperti Tuan Guru Nik Abdul Aziz dan Abdul Hadi Awang. Namun begitu, adakah idea-idea PAS dimanfaatkan mereka sebagaimana mereka memanfaatkan idea-idea Ikhwan? Tidak juga (Lihat PAS YANG KUKENALI http://myalexanderwathern.freeph ... order=0&thold=0 ). Nama yang mungkin dikenali UMUM/ DUNIA/ SEJAGAT (mereka yang bukan daripada dunia tariqat) daripada dunia tariqat keseluruhannya mungkin Syeikh Nazeem. Kalau dipecah-pecahkan lagi dengan mengambil satu-satu tariqat, UMUM/ DUNIA lebihlah tidak kenal. Tapi kita tidak nafikan yang nama tokoh-tokoh dunia agama Islam ini harum mewangi dalam kalangan mereka sendiri dan juga masyarakat sekitar lokasi aktiviti mereka, cuma tidak di peringkat UMUM/ DUNIA/ SEJAGAT. Bagi orang-orang keagamaan pula, nama-nama ini memanglah biasa mereka dengar.


Bagaimana dengan tokoh-tokoh Salafi Tua @ Wahabi? UMUM/ DUNIA/ SEJAGAT tidaklah mengenali mereka malah idea-idea mereka juga tidak menjadi perhatian mana-mana jemaah utama dunia Islam (Lihat FATWA ULAMA WAHABI KE ATAS JEMAAH-JEMAAH ISLAM http://www.forumforfree.com/view ... mp;mforum=no2christ ). Mereka dikenal dalam kelompok mereka sahaja dan dalam kalangan masyarakat sekitar yang terkena tempias aktiviti-aktiviti mereka. Apatah lagi kaum ini bukanlah sebuah jemaah mahupun gerakan Islam, hal ini membuatkan mereka tidak ada satu silibus tarbiah yang boleh diambil manfaat oleh selain kaum Salafi Tua. Jika mereka menyusup ke dalam mana-mana jemaah Islam pun, jarum-jarum halus dakwah dan dakyah mereka diselitkan melalui silibus sedia ada jemaah tersebut sahaja. Kerja mereka menjadi lebih mudah sekiranya sesuatu jemaah itu memang tiada silibus khusus untuk ahli-ahlinya. Kumpulan yang anda sertai selama ini ada silibus yang tersusun rapi?


Kalau ada, bagus. Teruskan. Kalau tidak ada, sebaiknya kita MENAMBAHKAN MASA untuk MEMBUAT PENILAIAN DAN PERUBAHAN terhadap gerak kerja jemaah dan keberkesanannya. Tiada silibus dakwah bermaksud sesuatu jemaah itu berjuang dengan bermodalkan semangat dan isu semasa, bukannya bermodalkan tarbiah dan pemahaman.


bersambung...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-9-2007 08:19 PM | Show all posts
Banyak pihak khususnya di Nusantara ini berasa kagum dengan kejayaan mengejut Partai Keadilan Sejahtera (PKS) dalam pilihanraya Indonesia. Tahukah kita siapa di belakang PKS, ataupun dalam kata yang lebih tepat
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-9-2007 08:20 PM | Show all posts
Berbalik kita kepada Ustaz Rasul Dahri. Ustaz menulis sebuah buku yang menghentam Ikhwanul Muslimin 憇ecara halusnya
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 7-9-2007 08:20 PM | Show all posts
Seperti tuan gurunya, Syeikh Said Hawa juga tidak akan sengaja meninggalkan apa-apa yang berkesan daripada dunia tasauf. Malahan beliau ada menghasilkan buku Syarah Hikam! Kitab Hikam susunan Syeikh Ibnu Ataillah merupakan salah satu kitab besar kaum sufi. Syeikh Ibnu Ataillah inilah yang telah berjaya melunakkankan sedikit apa yang tidak kena dengan dakwah Syeikh Ibnu Taimiyyah. Sebahagian daripada dialog antara mereka boleh diteliti dalam DIALOG IBN ATAILLAH- IBN TAIMIYYAH bahagian 1 hingga 4 di http://myalexanderwathern.freephpnuke.org/topic4.html .


Kitab Hikam menjadi kebencian sebahagian besar kaum Salafi Tua. Namun begitu menurut Syeikh Said Hawa, Imam asy-Syahid Hasan al-Banna sendiri ada mengkuliahkan kitab ini kepada pemuka-pemuka Ikhwan. Kuliah peringkat tinggi memang dihadkan agar ilmu, iman dan amal para ahli seimbang dan tidak larut dalam hal ehwal kerohanian sahaja. Strategi ini sama saja dengan strategi yang digunakan oleh Maulana Muhammad Ilyas dalam jemaah Tabligh dan Ustaz Ashaari dalam Darul Arqam. Cuba cari karkun ( orang yang membuat usaha Tabligh) orang Malaysia yang diijazahkan Tariqat Chistiyyah oleh maulana-maulana Tabligh. Ada tak? Entahkan ada entahkan tidak. Mata pelajaran tariqat dan hakikat dikawal dengan baik, bukan asal jadi karkun sahaja terus belajar dan mengamal tariqat.


Ketidaksetujuan Ustaz Rasul Dahri makin bertambah kerana Syeikh Said Hawa mengatakan yang Ikhwan meyerahkan persoalan akidah mereka kepada dua orang iaitu Imam Abu Hasan Asyaari dan Abu Mansur Maturudi. Apa yang ditimbulkan itu memang benar. Ikhwan tidak pernah menolak aliran Asyaariah dan Ikhwan juga tidak pernah menolak Tauhid Uluhiyah Tauhid Rububiyah (Lihat KULIAH ILMU TAUHID http://myalexanderwathern.freeph ... order=0&thold=0 ) . Apa saja yang baik dan benar cara huraiannya pasti mendapat tempat dalam Ikhwan. Kedua-duanya menjadi pegangan Ikhwan sejak zaman al-Banna. Tapi kita sedia maklum, kaum Salafi Tua hampir keseluruhannya membidaahkan aliran Asyaariah dan Sifat 20. Maksudnya- Ikhwanul Muslimin bidaah ke neraka.


Syeikh Yusuf Qardhawi seorang tokoh Ikhwan yang rasanya tidak perlulah diehwalkan lagi. Majoriti umat Islam pernah mendengar namanya paling kurang pun.Beliau menghuraikan saranan-saranan dakwah Imam asy-Syahid dalam bukunya 慚adrasah Hasan al-Banna
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-9-2007 08:21 PM | Show all posts
Untuk lebih memenangi hati pendengar, Rasul Dahri membawa sebuah cerita. Kononnya ada seorang pemiat tulisan-tulisan Qardhawi yang akhirnya menjadi seorang pendakwah Syiah. Kalau begitu, sesiapa yang mengaku bermanhaj Salaf di negara ini janganlah lagi membaca karya-karya tokoh-tokoh Ikhwan termasuklah Qardhawi, takut nanti berfahaman Syiah akhirnya.


Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) dan Jemaah Islah Malaysia (JIM) marah kepadanya, kata Ustaz Rasul Dahri. Kita yakin, ISMA dan PAS pun tidak senang dengan tulisannya. Kalau benar begitu, memang patut pun. Apa nak dihairankan kerana kaum Salafi Tua yang bermuarakan minda Mufti Perlis dan al-Ahkam.net ( ada pendokong Rasul Dahri melabelkan mereka sebagai Salafi Murtad/ Wahabi Murtad) pun bukan main marah kepadanya. Sesama Wahabi sudah begitu, apatah lagi dengan yang lain-lain. Fahami isi puisi di bawah:


AKU DITIPU SALAFI TANAHAIRKU

Dulu aku salafi
Aku salafi melalui forum salafi terbesar di negara ini
Kononnya mereka kembali kepada sumber yang asal
Tapi
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 7-9-2007 08:21 PM | Show all posts
Dalam penerangannya, Ustaz Rasul Dahri seboleh-bolehnya cuba menggambarkan betapa rapatnya kaitan Ikhwanul Muslimin dengan Syiah. Patutlah tidak bersetuju benar para pendokong Rasul Dahri dengan laman-laman web berfahaman Wahabi di negara ini yang mempromosikan Syeikh Qardhawi. Apatah lagi terpapar pula wajah Tok Kenali, seorang ulama sufi tariqat sebagai penghias muka depan. Di sini kita boleh faham betapa bercelarunya fahaman Wahabi ini baik pada Wahabi Tulen mahupun Wahabi 慚urtad
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-9-2007 08:22 PM | Show all posts
Hal ini menjadi penyakit kepada kebanyakan kaum berfahaman Wahabi. Sering berlaku salah faham apabila mereka membaca buku-buku Ikhwan. Yang lebih mengharukan apabila mereka bertanya kembali, 揃etulkah Syed Qutb Ikhwan?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-9-2007 08:22 PM | Show all posts
Tambah Ustaz Rasul, dia menjadi wakil ABIM pada tahun 1974. Antara perjuangannya ialah 慾angan pakai seluar pendek
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-9-2007 08:24 PM | Show all posts
Ikhwanul Muslimin sendiri tidak terlepas daripada fitnah kaum Salafi Tua @ Wahabi. Sebab itulah kini Ikhwan Mesir begitu berhati-hati mentarbiah bakal daie masa depan. Silibus yang tersusun rapi disiapkan untuk bakal-bakal Ikhwan yang datang dari luar Mesir. Dari rantau Nusantara khususnya ada jangkamasa tertentu yang mesti dihabiskan di Mesir dengan tarbiah dan dakwah Ikhwan. Pelajaran di universiti sudah tamat, namun pembelajaran dengan Ikhwan belum lagi. Mesti lumat betul-betul barulah dilepaskan pulang ke tanah air. Sesiapa yang pulang awal akan dikenakan bayaran (namun tidak ada paksaan untuk membayar) dan bayaran ini akan dimasukkan ke dalam tabung Ikhwan.


Hal ini untuk memastikan agar apa yang berlaku contohnya kepada anak didik IRC tidak berulang (sebuah blog menulis kononnya IRC diubuhkan untuk mengimbangi dakwah jemaah Tabligh, hal ini tidaklah menghampiri kebenaran). Orang tempatan yang menerima tarbiah IRC dua tiga tahun di luar negara kemudiannya pulang membawa manhaj Ikhwan. Malangnya tarbiah yang singkat ini menyebabkan ada antara anak didiknya yang lama-kelamaan menyimpang daripada  manhaj sebenar Ikhwan. Sebab itulah ada antara mereka kini yang terpengaruh dengan fahaman Salafi Tua @ Wahabi. Situasi ini berlaku di seluruh dunia. Akhirnya Ikhwan Mesir terpaksa mengambil tindakan yang sewajarnya.


Hari ini, kita lihat para Ikhwani yang pulang dari Timur Tengah terutamanya Mesir tidak menggabungkan diri terus dengan bekas-bekas anak didik IRC. Rata-rata mereka menerima tarbiah dan menamatkan sukatan yang lebih daripada sekadar dua tiga tahun. Fahaman mereka akan manhaj Ikhwanul Muslimin jelas dan mustahil dapat bersekutu dengan manhaj yang sudah bercampur-baur dengan fahaman Wahabi. Kita tidak nyatakan semua anak didik IRC begitu, tetapi segelintir. Jenis inilah yang menjawab 揟ak apa, kami akan bersihkan apa yang syirik dalam al-Ma抰hurat
Reply

Use magic Report

Post time 14-9-2007 12:45 PM | Show all posts
Originally posted by pasarmalam at 7-9-2007 19:24
Ikhwanul Muslimin sendiri tidak terlepas daripada fitnah kaum Salafi Tua @ Wahabi. Sebab itulah kini Ikhwan Mesir begitu berhati-hati mentarbiah bakal daie masa depan. Silibus yang tersusun rapi  ...


Daah...daah...minum ubatlah dulu sanaa.   Nanti sakit lagii.
Reply

Use magic Report

Post time 14-9-2007 12:47 PM | Show all posts
Originally posted by pasarmalam at 7-9-2007 19:24
Ikhwanul Muslimin sendiri tidak terlepas daripada fitnah kaum Salafi Tua @ Wahabi. Sebab itulah kini Ikhwan Mesir begitu berhati-hati mentarbiah bakal daie masa depan. Silibus yang tersusun rapi  ...


Daah...daah...istirahat dulu, minum ubatlah dulu sanaa...tar sakiit lagi
Reply

Use magic Report

Post time 15-9-2007 12:11 AM | Show all posts
Originally posted by ikhwanindo at 14-9-2007 12:47 PM


Daah...daah...istirahat dulu, minum ubatlah dulu sanaa...tar sakiit lagi


Lu ngomong apa ni sih?
Reply

Use magic Report

Post time 21-10-2007 03:04 AM | Show all posts
bagus artikal.. diharap menulis lagi...tima kasih
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-11-2007 02:53 PM | Show all posts
CIRI-CIRI GOLONGAN SALAFIYYAH WAHHABIYYAH


http://www.ja-tantawi.blogspot.com/

good articles to know who is wahabist...


aku maleh dah nk berjidal dgn golongn mental block nih....hehehe...baiknya bahasa aku....ampun maaf....

kat masjid amru al ass di mesir, ada depa tulis, pengikut dajallah sape2 yg menghormati makam2....takkan brdoa dan baca al fatehahpun dikira pengikut dajal???? perghh...memg sah mental block depa nih...


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-1-2025 10:55 AM GMT+8 , Processed in 0.075299 second(s), 26 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list