|
Pengasas ajaran sesat Tijah bertaubat
Oleh Tuan Nazuri Tuan Ismail
SHAH ALAM: Seorang wanita pengasas ajaran sesat Tijah semalam membuat perisytiharan taubat selepas mengaku semua amalan dan fahamannya termasuk menganggap roh serupa manusia serta berwarna putih sebagai palsu dan menyalahi akidah Islam.
Khatijah Ali (gambar), 53, serta 10 pengikut wanita berusia antara 25 hingga 50 tahun membuat perisytiharan itu di depan Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Islam, Belia dan Mesra Rakyat Selangor, Datuk Abdul Rahman Palil; Mufti Selangor, Datuk Mohd Tamyes Abd Wahid dan Datuk Orang Kaya Maha Bijaya Orang Besar Daerah Petaling, Datuk Abdul Bakar Abdul Hamid.
Dalam perisytiharannya, Khatijah yang berpakaian serba hitam, tidak mahu lagi dikaitkan dengan ajaran sesat itu dan meminta semua pengikutnya segera bertaubat.
Khatijah yang berasal dari Besut, Terengganu dan pernah didakwa oleh Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) kerana mengajar tanpa tauliah pada 1998 berkata, dia bersedia dikenakan tindakan jika masih mengamalkan ajaran itu.
Ajaran yang diharamkan Majlis Fatwa Selangor pada 1998 dan Jawi setahun selepas itu, antara lain mengamalkan zikir sehingga tidak sedarkan diri, menambah nama Saidatina Fatimah Rasulullah dalam dua kalimah syahadah dan mendakwa sesiapa yang menangis ketika solat dianggap syirik. Selain itu, kumpulan berkenaan mengamalkan fahaman 慦ahdatul Wujud |
|
|
|
|
|
|
|
alhamdulillah.....moga taubat diterima Allah |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #2 lipsofanangel's post
tukarlah avatar... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #3 indah1285's post
|
|
|
|
|
|
|
alhamdulillah..
lawa tudung makcik ni |
|
|
|
|
|
|
|
pelik juga mcm mana mudah org tepengaruh....
dah bermacam ajaran kita dengar sesat tapi tiap tahun ada saja
kumpulan yng di lapurkan sesat.... |
|
|
|
|
|
|
|
Menghairankan ajaran Wahdatul wujud dan Martabat Tujuh ni terlalu banyak penganutnya di Malaysia. Para ahli sufi dengan ungkapan angkuh mereka "nabi nabi hanya berdiri di tebing, mereka mengharung samudera"... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #9 kupia's post
wuuupppppsss... sensitif sensitif... |
|
|
|
|
|
|
| |
|