View: 1636|Reply: 7
|
Al Barzah Airlines sempena Bulan Ramadhan
[Copy link]
|
|
Bila kita 'berangkat' dari alam ini ia ibarat penerbangan ke sebuah negara.
Di mana informasi tentangnya tidakterdapat di dalam brosur penerbangan., tetapi melalui 'al Qur'an dan al Hadis'.
Di mana penerbangan bukannya dengan MAS Airlines, Singapore Airlines atau Air Asia, tetapi 'al Jenazah Airlines'.
Di mana bekal kita bukan lagi beg seberat 23 kg., tetapi 'amalan yang tak lebih dan tak kurang'.
Di mana bajunya bukan lagi Pierre Cardin atau setaraf dengannya, akan tetapi 'kain putih.'
Di mana pewanginya bukan Channel atau Polo, tetapi 'air biasa yang suci '.
Di mana passport kita bukan Malaysian , British atau American tetapi 'al Islam'.
Di mana visa kita bukan lagi cuma enam bulan , tetapi ' Laailaa haillallaah '.
Di mana pelayannya bukan pramugari jelita tetapi ' Izrail dan malaikat lain-lainnya'.
Di mana servisnya bukan lagi kelas bisnes atau ekonomi, tetapi sekadar ' kain yang diwangikan'.
Di mana tujuan mendarat bukannya KLIA, Penang, Heathrow atau Jeddah International tetapi ' tanah perkuburan'.
Di mana ruang menunggunya bukan lagi ruangan berhawa dingin dan permaidani, tetapi ' ruang gelap gulita 2X1 meter'. .
Di mana pegawai imigresennya adalah ' Munkar dan Nakir ', mereka hanya memeriksa 'apakah layak ke destinasi yang
diidamkan'.
Di mana tidak perlu alat detector.
Di mana lapangan terbang transitnya adalah "al Barzakh'.
Di mana tujuan terakhir ' apakah Syurga yang mengalir sungai di bawahnya' atau ' Neraka Jahannam'.
Penerbangan ini tidak akan di sabotaj atau di bom, kerana itu tak perlu bimbang.
Sajian tidak akan disediakan kerana itu tidak perlu risau masalah alergi atau halal haramnya makanan.
Jangan perlu risau tunda atau pembatalan. Penerbangan ini sentiasa tepat pada waktunya.
Jangan fikirkan tentang hiburan dalam penerbangan, kerana telah hilang selera bersuka ria.
Jangan bimbang tentang pembelian tiket, kosnya telah siap ditempah sejak ditiupkan ruh di dalam rahim ibu lagi.
Jangan bimbangkan sesiapa yang duduk di sebelah.
Hanya andalah satu-satunya penumpang penerbangan ini.
Oleh itu, bergembiralah selagi boleh, sekiranya anda boleh berbuat begitu.
Perlu diingatkan bahawa penerbangan ini datang tanpa ' pemberitahuan'.
Cuma perlu ingat iaitu nama anda telah pun tertulis di dalam tiket untuk penerbangan ini.
Tiada do'a " Bismillahi Tawakkaltu 'Alallah" atau ungkapan 'Selamat Jalan".
Hanya " Innalillahi Wa Inna ilaihi Raji'un " untuk anda berangkat pulang ke " Rahmatullah "
Adakah kita telah bersiap sedia untuk " take off " ?
Marilah sama-sama kita renungkan.
Selamat menyambut Ramadhan al Mubarak. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
ermmmm |
|
|
|
|
|
|
|
tak perlu tempahan tiket, semua kita akan ke sana..... |
|
|
|
|
|
|
|
di jemput tanpa kira waktu dan keadaan; bersedia atau tidak.... |
|
|
|
|
|
|
|
di jemput tanpa mengira waktu dan keadaan; bersedia atau tridak... |
|
|
|
|
|
|
|
trrima kasih..bagus |
|
|
|
|
|
|
|
Yang hidup....akan mati.... tiada yang abadi....
Bersedia ataupun tidak ? |
|
|
|
|
|
|
|
Bersedia atau tidak, bila sampai masanya manusia akan mati , jadi tiada konsep beringat , bersedia atau apa-apa pun kerana nyawa manusia , manusia tidak mengawalnya , semuanya urusan allah |
|
|
|
|
|
|
| |
|