View: 1992|Reply: 7
|
Langsing Menawan Penyelamat Suami di Akhirat
[Copy link]
|
|
"RAHSIA LANGSING MENAWAN PENYELAMAT SUAMI DI AKHIRAT"
Pendekatan Teknik Langsing Minda Super
Salam buat semua yang sudi melayari bicara ilmu TEKNIK LANGSING MINDA SUPER...
Ramai di kalangan rakan-rakan di luar sana menghadapi masalah berat badan, bukan? Pelbagai usaha, pengorbanan masa, wang ringgit , tenaga semata-mata untuk MENGECAPI BERAT IDAMAN...namun seringkali juga ianya GAGAL DAN MENGECEWAKAN, DI MANA SILAPNYA???
Nak-nak para-para isteri dan ibu, selepas melahirkan anak dari saiz S semasa anak dara terus melompat ke XL nak pula yang menjalani pembedahan ketika melahirkan. Sakitnya jiwa, raga dan seksanya melihat diri tidak seseksis dulu..benjol disana, benjol disini...memacam dah kaedah dilakukan....yang ambil jamu, produk, menjalani program slimming....pendek kata kalau dikumpul silap haribulan mencecah puluhan ribu (nak-nak yang berduit dan cik abang pula baik hati sponsor) Tapi tak semuanya beruntung begitu, adakalanya komitmen kewangan, kesibukan dengan tanggungjawab merangkap multiple roles ibu, isteri, anak, pekerja...asyik sibuk melayan orang lain diri sendiri terpinggir tanpe belaian dan perhatian. Hemm..mujur abang roomate tak merungut...kalau merungut BERHATI-HATILAH, bukan ingin menakutkan tetapi pengalaman terlibat dalam bidang kaunseling dan perawatan menyaksikan UNGKAPAN-UNGKAPAN..isteri tak menarik, tak pandai jaga diri, berserabai, gemuk macam ikan buntal dan macam-macam lagi pernah menjadi halwa telinga ini... (Sabarjerlaa, ader ke patut cakap macamtu...dahlaa isteri banyak berkorban rasa dan tenaga...ini dikomplain begitu...memang spesis tak reti bersyukur, kalau baik hati "MENSPONSOR" atau MENYEDIAKAN RESOLUSI takpelaa ini merungut pula..eloknyakan SUMPAH DIA BALIK GEMUK MACAM IKAN BUNTAL, ye tak?Mulut tak insurans...hee...teringat pengalaman di kampus ada seorang Junior perempuan masyaAllah badan dia memang XXXL kalau orang pandang-pandang senyum-senyum itulah jawapan dia...apa akak gelak-gelak pandang...saya sumpah akak jadi macam saya kang...(Waktu saya tengah mencari bahan di library, cik kak jaga librarytu dok interview dia....gelakjer laa saya dari jauh bila terdengar perbualan mereka)
KENAPA SAYA BEGITU BERIA MENGETENGAHKAN TEKNIK INI???
Mungkin ada yang bertanya...mengapa saya begitu beria mengetengahkan isu dan pendekatan ini...JAWABNYA CUKUP MUDAH!!!
1) Sebab saya kasih dan sayangkan kaum sejenis saya, cukup sudah paparan,momokan yang dinyanyikan di telinga saya setiap kali berhadapan dengan konflik mahupun isu rumahtangga...YES!! COUNSELLING IS A TALKING CURE tapi alangkah BAGUS DAN BAIKNYA KALAU SAYA DIBERI PELUANG DAN DAPAT MEMBANTU RAKAN-RAKN DI LUAR SANA ....BUKAN SETAKAT BERCAKAP SAHAJA TAPI JUGA DARI SEGI PERLAKSANAAN SECARA TOTAL...KE ARAH TRANSFORMASI DIRI YANG DIIDAMKAN ...bukan sahaja cantik secara FIZIKAL tapi juga mantap dari segi kewibawaan wanita dan personaliti diri maka taklah jadi mangsa diperkotak-katikkan oleh suami yang tergolong dalam spesis tak reti bersyukur tadi.
***(Abang-abang di luar sana yang bersyukur, suami mithali jangan ambil hati atau terguris perasaan pula yer..ini realiti kehidupan yang menjadi "amanah' untuk saya ketengahkan untuk membantu para sahabat & mereka yang memerlukan di luar sana)
2) InsyaAllah dengan keikhlasan kita MEMBURU REDHA ILAHI...MEMELIHARA TUBUH SBG SATU AMANAH DISERENTAKKAN UNTUK MENJAGA KEBAHAGIAN RUMAHTANGGA...menambat kasih suami agar tidak pudar warna mahupun beralih-arah (al-maklum sekarangnie anak dara, mak dara kadang depa tak kira dah...suami orang ker datuk orang...dah kelabu mata yang janji dapat menumpang kasih mahupun menumpang RM, katanya) MAKA sebelum terjebak dalam KONFLIK sebegitu sebagai isteri yang mithali dan solehah...pandai-pandai merawat dan menjaga diri agar suami tidak terpanah matanya dengan godaan-godaan di luar sana...Kesian! Suami gara-gara para isteri alpa menjaga penampilan dan peribadi serta akhlak suami terjebak dengan maksiat dan dosa...silap aribulan dipukul dipalu di akhirat kelak...lepak-lepak dgn Firaun, Abu Jahal...dan spesis-spesis kayu api yang lain...Nauzubillahminzalik...
Jadi isteri zaman sekarang kena bijak dan berilmu...ada taktik dan strategi untuk menawan hati suami dengan cara yang berhikmah dan bijaksana...segenap aspek kena "AWARE"...jangan takut @ banyak fikir untuk berbelanja untuk kebajikan diri...asyik sibuk berjimat sangat untuk kepentingan keluarga yang tak kena pada tempatnya...akhirnya diri yang menggingit jari bilamana...perhatian suami beralih arah...
Pernah satu kes singgah ke NQ untuk rawatan dan kaunseling...Pn Z berusia dalam lingkungan 40-an mengakui kesibukan beliau mengendalikan kerjaya dan keluarga menyebabkan beliau alpa dalam menjaga dan merawat diri, bila suami bermain mata...BARULAH Pn Z bukan nama sebenar..."TERBUKA MATA"... menyesali kealpaan diri...(moga-moga insiden ini tidak hadir dalam perjalanan rumahtangga kita...dah terantuk baru nak tengadah...perit perjalanannya nanti)
Bukan setakat itu sahaja untuk menambat kasih dan membina keberkatan dalam rumahtangga aspek lain juga kena DIPELIHARA...akhlak, peribadi, layanan dan sewaktu dengannya diupgradekan bersama...DOA JANGAN LUPA...IANYA SENJATA MUKMIN...
Solat berjemaah, mengisi masa dan aktiviti bersama, jujur dan terbuka dalam berkomunikasi, bertimbang rasa, tolong-menolong, persefahaman, menghargai antara satu sama lain dan banyak lagi haruslah diterapkan dalam keluarga. Tambahan dari segi KAUNSELING DAN PERKEMBANGAN PERSONALITI anak-anak MENCERAP DENGAN BAIK SETIAP NILAIAN BAIK DAN BURUK YANG DIPAMERKAN IBU BAPA..."MENCERAP DGN BAIK" sebab itu gaya dan budaya hidup yang negatif yang tidak bertepatan dgn norma atau syariat Islam akan TERUS DIAMALKAN...MENJADI PROSES DUPLIKASI APABILA MEREKA DEWASA DAN BEKELUARGA...jadilah penyakit keturunan jika tidak dirawat dan diberi intervensi...tidak bertanggungjawab, rumah bersepah, pemalas, panas baran, berzina, mencuri, bercakap bohong, meninggalkan solat dsbgnya...AKAN DITERIMA SBG SATU NILAI DAN BUDAYA dalam dirinya....jika begitu perjalanannya...Nauzubillahminzalik...sia-sia hidup di dunia macam buih-buih yang Rasulullah saw sebutkan dalam hadisnya...bukankah umat Islam ini KHALIFAH DI BUMI ALLAH??? Emmm...nak jadi khalifah kena ada ilmu..kena ada STRONG KAREKTOR...kalau itu semua carca marba dalam proses pembesaran meraka apa ceeta...renung-renungkan sejenak???Fikir-fikir...
Tampil langsing dan menawan dihiasi dengan akhlak dan peribadi Muslimah ...antara RAHSIA PENYELAMAT SUAMI DI AKHIRAT KELAK...
Mulakan langkah pertama ANDA DENGAN MELENGKAPKAN INVENTORI LANGSING MINDA SUPER...berminat sila email ke [email protected] dengan SEGERA!!!
!
IKUTI BICARA ILMU DAN TESTIMONI DI :
http://rahsialangsingmindasuper.blogspot.com/
Salam Ukhwah;
Pn Aniz Hj Anwar ~ 012-3915362/
YM: [email protected]
Master Science In Counselling
Counsellor/ Therapist / Trainer
Nur Qudrah Holistic Solution |
|
|
|
|
|
|
|
Refleksi Diri Part 1
Renung-renungkan sejenak...Allah sendiri tidak akan mengubah nasib kita seandainya kita sendiri tidak ada inisiatif atau usaha untuk mengubahnya!!!Segenap aspek kehidupan ini menuntut ilmu utk mempermudahkan perjalanan kita begitu jugalah perihal untuk mengecapi berat idaman...TIADA YANG MUSTAHIL!!!InsyaAllah dengan iltizam, semangat, keyakian, semangat juang serta biimbingan yang sistematik, teratur dan profesional anda mampu mengubah impian menjadi kenyataan!!!
Assalamualaikum dan salam sejahtera...
Terima kasih kerana melayari bicara ilmu langsing di NQ...
Sejak akhir-akhirnie , saya mendapatkan banyak panggilan dan email untuk mendapatkan tips, bimbingan dan nasihat dalam usaha para sahabat kita di luar sana dlm misi ntuk mendapatkan berat idaman.
Pelbagai komen, pengalaman kisah suka & duka dikongsikan. Adatu bersedih dan berkecil hati dengan komentar suami tentang body tak stay in shape lagik, adatu pula diperli dan dijadikan bahan senda gurau oleh rakan-rakan di pejabat...bukan itu shj yang paling menyedihkan gara-gara penampilan diri yang tidak MENEPATI PIAWAIAN SUAMI dijadikan alasan suami beralih kasih...mujur baik belum sempat suami buka cawangan baru...bolehlah serampang dua mata di NQ...disamping mendapatkan konsultasi pengurusan berat badan dan kaunseling , klien juga dibantu dari segi perawatan untuk menyelamatkan rumahtangga yang berkocak. InsyaAllah menepati ASPIRASI NQ, di NQ " WE WOULD LIKE TO GROW IN WISDOM FOR THOSE WHO WANT TO GROW WITH US"...as HOLISTIC APPROACH pendekatan kami mencakupi penerokaan & pemantapan aspek EMOSI, KOGNITIF (MENTAL), SPIRITUAL DAN FIZIKAL.
InsyaAllah anda bukan shj...memperolehi INSIGHT tapi juga PERSONAL GROWTH bersama kami. Saya tertarik dengan bidalan yang dikongsikan bersama saya oleh ibu mertua tercinta...katanya "ADAKALANYA HABUK DI DALAM MATA, KITA MEMERLUKAN ORANG LAIN UTK MENGELUARKANNYA". Begitu jugalah perjalanan dalam kehdiupan kita ada ketikanya kita memerlukan bantuan dari insan lain yang lebih arif, berpengalaman, pakar dan profesional dlm bidangnya untuk kita mengatasi dan berhadapan dengan ujian yang melanda. Itulah INDAH DAN CANTIK sebenarnya kejadian ALLAH SWT dijadikan kita dengan pelebagai kelebihan dan keistimewaan...ada lawyer, ada Doktor, ada engineer, guru, burah, despatch, kaunselor, akauntan, cleaner, tukang kasut, usahawan dan sebagainya untuk kita saling lengkap-melengkapi.
Saya banyak diajukan dengan PERSOALAN yang rata-ratanya datang dari rakan-rakan yang menjalani PROGRAM/MENGAMALKAN PRODUK PELANGSINGAN TETAPI GAGAL DLM MISI UNTUK MENURUNKAN BERAT BADAN, MENGAPA YER???Azam bukan main tinggi, displin boleh tahan...ikut peraturan, jaga makan...exercise dsbgnya sebagaimana yang disyaratkanlah utk kurus...TETAPI HASILNYA TETAP MENGECEWAKAN @ KURANG MENGGEMBIRAKAN...
Bagi saya yang dipinjamkan Allah dengan ilmu pengetahuan dan pengalaman dlm bidang ini...SOALAN PERTAMA YG AKAN SAYA AJUKAN...MUDAH SHJ..."ARE YOU STRESS???"...Wopps! Maaf dengan orang lain anda bisa MERAHSIA @ MENYEMBUNYIKAN STRESS anda tetapi tidak dengan saya!!! Sekiranya anda ingin dibantu dengan lebih mantap dan berkesan...jujurlah dlm perkongsian maklumat yg diberikan (ada semuanya ter
kandung dlm INVENTORI LANGSING MINDA SUPER). Tanpa disedari kejayaan program banyak berkaitlangsung dengan RAHSIA HENING & KETENANGAN...
Tidak dinafikan dlm kehidupan yg serba mencabar setiap dr kita tiada seorang pun yang immune dari stress cuma yang membezakannya adalah kebijaksanan kita, keadilan kita untuk meletakkan keutamaan dan memberikan 'hak' kita. Sebagai isteri, ibu berkerjaya pulatu...harus diakui ada ketikanya kita akan merasa tertekan dan stress. Implikasinya apabila kita berada di dalam keadaan STRESS lazimnya kita tidak berupaya untuk memberikan tumpuan dan fokus dalam misi yang ingin dicapai, cthnya dlm isu untuk menurunkan berat. Acapkali bila kita berada di dalam keadaan STRESS gelombang otak kita cenderung berada di dalam gelombang beta tambah pula individu itu sendiri TIDAK MAMPU MENGUASAI DIRI...kurang jujur dlm memberikan komitmen nak kurus (tidak serentak & selari di antara bicara di hati, minda & perbuatannya)...secara tidak langsung 'energy' yang menjadi sumber kekuatan dalaman tidak dapat bergerak secara lancar & optimum dalam merealisasikan impian.
InsyaAllah menerusi KONSULTASI SERTA PERANCANGAN RAWATAN LANGSING MINDA SUPER ini, klien akan dibantu menerusi penerokaan informasi berkaitan profail diri, sejarah kesihatan, stress level, pengalaman dan lain-lain bersangkutan yang mana perlu dijawab menerusi "INVENTORI LANGSING MINDA SUPER". InsyaAllah dengan jawapan yang ikhlas, jujur & lengkap mampu membantu rakan-rakan MEREALISASIKAN IMPIAN MENGECAPI BERAT IDAMAN KALI INI. Bukan itu shj, TIPS, PETUA, PELAN PEMAKANAN serta LATIHAN berupa affirmasi minda, positif self talk, adab dan seni berdoa, meditasi akan diajar kepada klien.
InsyaAllah saya yakin dan pasti kepuasan program LANGSING MINDA SUPER yang anda jalani bukan shj menjanjikan kejayaan tetapi juga MEMBERI PELUANG UTK ANDA UTK EKSPLORASI DIRI ~ mengenal diri dan mengenal Allah...MAHA PENCIPTA DAN MAHA BERKUASA DENGAN LEBIH DEKAT LAGI.
Satu pendekatan yang UNIK, ISTIMEWA, PRAKTIKAL & MUDAH untuk diterokai. Pendekatan kami mengetengahkan eksplorasi aspek emosi, kognitif, spiritual dan fizikal dalam menjayakan program ini. Seringkali mereka yang gagal cenderung memengang...atau membawa...IRRATONAL BELIEF, NEGATIF SELF-TALK...TIDAK YAKIN,PUTUS ASA...TAKUT GAGAL, MALU DSBNYA...Menerusi displin ilmu kaunseling klien akan dibantu menyingkirkan tanggapan-tanggapan negatif yang menghalang pencapaian matlamat diri.
Menerusi penerokaan dan potensi diri yang dimiliki klien akan dibimbing untuk MENGOPIMUMKAN KAPASITI YANG DIMILIKI DENGAN CARA YANG LEBIH BERSISTEMATIK, TERATUR, PRAKTIKAL & MUDAH UNTUK MENJAYAKAN IMPIAN DIRI. Teknik bagaimana mencapai gelombang minda yang tepat serta teknik VISUALIZATION (KONTRAK DIRI) dalam melontar doa @ hajat...pernafasan terarah...dzikrullah...menstimulasi dan synergizekan kembali 'energy' yang pudar ke arah impian diri
.
Percayalah it's very intersting...ILMU INI JIKA ANDA BERUPAYA KUASAI INSYAALLAH AKAN MEMPERMUDAHKAN LAGI PERJALANAN ANDA.
InsyaAllah as I mentioned earlier...WE AT NQ WOLUD LIKE TO GROW IN WISDOM WITH THOSE WHO INTERESTED TO GROW WITH US...kami sedia membantu anda untuk merealisasikan impian diri. Apa yang diperlukan adalah keikhlasan,kejujuran, komitmen dan displin diri dalam usaha anda...
Jangan putus asa atau mengalah sebelum berjuang...BERI RUANG!!! BERI PELUANG!!! ANDA MAMPU MELAKUKANNYA...
Tampil langsing dan menawan dihiasi dengan akhlak dan peribadi Muslimah ...antara RAHSIA PENYELAMAT SUAMI DI AKHIRAT KELAK...
Mulakan langkah pertama ANDA DENGAN MELENGKAPKAN INVENTORI LANGSING MINDA SUPER...berminat sila email ke [email protected] dengan SEGERA!!!
Salam Ukhwah;
Pn Aniz Hj Anwar ~ 012-3915362/ YM: [email protected]
Master Science In Counselling
Counsellor/ Therapist / Trainer
Nur Qudrah Holistic Solution |
|
|
|
|
|
|
|
panjang sgt malas nak bace..
ekceli ni iklan nak rampingkan badan ker.. |
|
|
|
|
|
|
|
Bukan iklan biasa...tapi nak berkongsi ilmu terutamanya buat mereka yang memerlukan...dan yang PENTING CELIK AKAL...ilmu Allah Sangat Luas...segenap aspek kehidupan memerlukan pengisian...sama-sama kita kongsikan... |
|
|
|
|
|
|
|
Ingin saya memberi KOMEN sedikit...
Inilah sebahagian reaksi pada JIWA-JIWA yang BELUM MERDEKA sebenarnya...Masih MEWARISI SEKULARISME PENJAJAH...memisahkan DUNIAWI dengan UKHRAWI...
Renung dalam-dalam...jangan sesekali berprasangka buruk terhadap or lain...MUNGKIN ANDA BERTUAH, KEHIDUPAN ANDA BELUM LAGI DIDUGA ALLAH DENGAN UJIAN-UJIAN SEBEGINI HANYA KERANA ANDA SUDAH LANGSING...HANYA KERANA SEKARANG RUMAHTANGGA ANDA ANDA BAHAGIA...
TAPI TAHUKAH ANDA DI LUAR SANA???....ramai para isteri, wanita dicemuh, dihina, anak hilang kasih sayang dan perhatian ibubapa...keciciran...terjebak dengan maksiat...hanya kerana .penampilan diri, layanan isteri dijadikan ALASAN untuk para suami bermain kayu tiga...hanya kerana isteri tadi ALPA, KURANG ILMU PENGETAHUAN (JANnGAN SEMPITKAN PEMIKIRAN, ILMU ALLAHNIE SANGAT LUAS......semua aspek kehidupan memerlukan ILMU...APATAH LAGI UNTUK MENJADI ISTERI SOLEHAH PENYEJUK HATI SUAMI...bukan shj manis dan cantik di mata tapi JUGA PERIBADI, AKHLAK juga AGAMA DIGARAP SECARA HOLISTIK...
Jangan asyik sibuk menjaga kebajikan orang lain sehingga kebajikan diri terabai...PENGORBANAN BUAT SUAMI DAN KELUARGA TERCINTA akhirnya tiada makna...yang dihadiahkan nanti penghinaan...saya datang dr keluarga yang terlibat dlm perawatan Islam hampir 30 tahun dlm bidang ini (pelbagai cemuhan, hinaan yg menjadi halwa telinga)...hampir 70% pesakit yang mendapatkan pertolongan kami terdiri drpd para isteri yang teraniaya...saya sendiri terlibat dlm bidang kaunseling...SEDIH, SIMPATI dan jujur rasanya nakjer saya turunkan ilmu yang ada...patutlaa memang tak dinafikan dahlaa melahirkan anak rapat-rapat...masalah kewangan...tiada pembantu rumah...si isteri bekarja lagi... BAYANGKAN...BEBAN...EMOSI YANG DILALUI...
Maka salahkan saya, MENGETENGAHKAN PERKONGSIAN JARIAH ILMU INI UNTUK MEMAKMURKAN BUMI ALLAH ini???
AND YET....some of you here, boleh memfitnah saya mencari rezeki mempermainkan AGAMA...LOOK YOU'LL yang TIDAK JELAS...memisahkan agama dengan setiap aspek kehidupan...
Kita dah merdeka 50 tahun...cukuplaa...jangan sempitkan fikiran anda yang JUMUDtu...
Kalau anda rasa tidak memerlukan bantuan saya...tidak mengapa...saya hanya MENJALANKAN "AMANAH" DAN "HAK" saya sebagai MUSLIM yang harus diberikan...
Allah berikan saya kelebihan bukan untuk saya berbangga...untuk sombong tapi satu amanah...itu nanti PERLU SAYA JAWAB DI HADAPAN ALLAH...apa saya LAKUKAN DGN ILMU YANG ALLAH BERIKAN???ANDA jelas...sekarang???
Maaf kalau kata-kata saya menyinggung perasaan sebahagian anda...tapi LIHATLAA DUNIA...DENGAN MATA & KEBERSIHAN HATI ANDA...JANGAN SESEKALI BERPRASANGKA BURUK PADA ORG LAIN...tak faham tanya?...Jangan fitnah org yang bukan-bukan...
Apapun saya sedia memaafkan mungkin threadnie masih baru BELUM CUKUP FAKTA DAN MAKLUMAT UNTUK SAYA BAWAKAN PERKONGSIAN AGAR ANDA LEBIH TERBUKA DAN DAPAT MELIHATNYA DARI PERSPEKTIF YG LEBIH LUAS...
Maaf sekali lagi sesungguhnya yang baik itu datang dari Allah dan yang buruk itu datang dr kelemahan saya sendiri....
Assalamualaikum...moga kita berolah ikhtibar dr pengalaman ini...
[ Last edited by Aniz at 16-9-2007 09:11 AM ] |
|
|
|
|
|
|
| |
|