View: 3910|Reply: 27
|
Kesilapan Muslim di bulan ramadhan
[Copy link]
|
|
Assalamualaikum..mehlah kita kongsi bersama baca artikel kt bawah nie...semoga mendapat manfaat...insyaallah
Oleh
Ust Hj Zaharuddin Hj Abd Rahman
1) Makan dan minum dengan bebas setelah batal puasa dengan sengaja (bukan kerana uzur yang diterima Islam).
Perlu diketahui bahawa sesiapa yang batal puasanya dengan sengaja tanpa uzur seperti mengeluarkan mani secara sengaja, merokok, makan dan minum. Ia dilarang untuk makan dan minum lagi atau melakukan apa jua perkara yang membatalkan puasa yang lain sepanjang hari itu. (Fiqh as-Siyam, Al-Qaradawi, hlm 112). Ia dikira denda yang pertama baginya selain kewajiban menggantikannya kemudiannya. Keadaan ini disebut di dalam sebuah hadith, Ertinya : "sesungguhnya sesiapa yang telah makan (batal puasa) hendaklah ia berpuasa baki waktu harinya itu" (Riwayat al-Bukhari)
2) Makan sahur di waktu tengah malam kerana malas bangun di akhir malam .
Jelasnya, individu yang melakukan amalan ini terhalang dari mendapat keberkatan dan kelebihan yang ditawarkan oleh Nabi SAW malah bercanggah dengan sunnah baginda. "Sahur" itu sendiri dari sudut bahasanya adalah waktu terakhir di hujung malam. Para Ulama pula menyebut waktunya adalah 1/6 terakhir malam. (Awnul Ma'bud, 6/469). Imam Ibn Hajar menegaskan melewatkan sahur adalah lebih mampu mencapai objektif yang diletakkan oleh Nabi SAW. (Fath al-Bari, 4/138)
3) Bersahur dengan hanya makan & minum sahaja tanpa ibadah lain .
Ini satu lagi kesilapan umat Islam kini, waktu tersebut pada hakikatnya adalah antara waktu terbaik untuk beristigfar dan menunaikan solat malam. Firman Allah ketika memuji orang mukmin ertinya : " dan ketika waktu-waktu bersahur itu mereka meminta ampun dan beristighfar" (Az-Zariyyat : 18)
4) Menunaikan solat witir sejurus selepas terawih .
Menurut dalil-dalil yang sohih, waktu yang terbaik bagi solat witir adalah penutup segala solat sunat di sesuatu hari itu berdasarkan hadith ertinya "Jadikanlah solat sunat witir sebagai solat kamu yang terakhir dalam satu malam". (Fath al-Bari, no 936). Sememangnya tidak salah untuk melakukan witir selepas terawih, cuma sekiranya seseorang itu yakin akan kemampuannya untuk bangun bersahur dan boleh melakukan solat sunat selepas itu, maka adalah lebih elok ia melewatkan witirnya di akhir malam.
5) Tidak menunaikan solat ketika berpuasa.
Ia adalah satu kesilapan yang maha besar. Memang benar, solat bukanlah syarat sah puasa. Tetapi ia adalah rukun Islam yang menjadi tonggak kepada keislaman sesorang. Justeru, 'ponteng' solat dengan sengaja akan menyebabkan pahala puasa seseorang itu menjadi 'kurus kering' pastinya.
6) Tidak mengutamakan solat Subuh berjemaah sebagaimana Terawih .
Ini jelas suatu kelompongan yang ada dalam masyarakat tatakala berpuasa. Ramai yang lupa dan tidak mengetahui kelebihan besar semua solat fardhu berbanding solat sunat, teruatamnya solat subuh berjemaah yang disebutkan oleh Nabi SAW bagi orang yang mendirikannya secara berjemaah, maka beroleh pahala menghidupkan seluruh malam.
7) Menunaikan solat terawih di masjid dengan niat inginkan meriah .
Malanglah mereka kerana setiap amalan di kira dengan niat, jika niat utama seseorang itu ( samada lelaki atau wanita) hadir ke masjid adalah untuk meriah dan bukannya atas dasar keimanan dan mengharap ganjaran redha Allah sebagaimana yang ditetapkan oleh Nabi SAW di dalam hadith riwayat al-Bukhari. Maka, "Sesungguhnya sesuatu amalan itu dikira dengan niat". (Riwayat al-Bukhari)
8) Bermalasan dan tidak produktif dalam kerja-kerja di siang hari dengan alasan berpuasa.
Sedangkan, kerja yang kita lakukan di pejabat dengan niat ibadat pastinya menambahkan lagi pahala. Justeru, umat Islam sewajarnya memperaktifkan produktiviti mereka dan bukan mengurangkannya di Ramadhan ini.
9) Memperbanyakkan tidur di siang hari dengan alasan ia adalah ibadat .
Sedangkan Imam As-Sayuti menegaskan bahawa hadith yang menyebut berkenaan tidur orang berpuasa itu ibadat adalah amat lemah. (al-Jami' as-Soghir ; Faidhul Qadir, Al-Munawi, 6/291)
10) Menganggap waktu imsak sebagai 'lampu merah' bagi sahur .
Ini adalah kerana waktu imsak sebenarnya tidak lain hanyalah 'lampu amaran oren' yang di cadangkan oleh beberapa ulama demi mengingatkan bahawa waktu sahur sudah hampir tamat. Ia bukanlah waktu tamat untuk makan sahur, tetapi waktu amaran sahaja. Lalu, janganlah ada yang memberi alasan lewat bangun dan sudah masuk imsak lalu tidak dapat berpuasa pada hari itu. Waktu yang disepakti ulama merupakan waktu penamat sahur adalah sejurus masuk fajar sadiq (subuh). (As-Siyam, Dr Md 'Uqlah, hlm 278)
11) Wanita berterawih beramai-ramai di masjid tanpa menjaga aurat .
Ini nyata apabila ramai antara wanita walaupun siap bertelekung ke masjid, malangnya kaki dan aurat mereka kerap terdedah da didedahkan berjalan dan naik tangga masjid di hadapan jemaah lelaki. Tatkala itu, fadhilat mereka solat di rumah adalah lebih tinggi dari mendatangkan fitnah buat lelaki ketika di masjid.
12) Tidak memperbanyakkan doa tatkala berpuasa dan berbuka .
Ini satu lagi jenis kerugian yang kerap dilakukan oleh umat Islam. Nabi SAW telah menyebut :-
Ertinya : "Tiga golongan yang tidak di tolak doa mereka, pemimpin yang adil, individu berpuasa sehingga berbuka dan doa orang yang di zalimi" ( Riwayat At-Tirmizi, 3595, Hasan menurut Tirmizi. Ahmad Syakir : Sohih )
Selain itu, doa menjadi bertambah maqbul tatkala ingin berbuka berdasarkan hadith.
Ertinya : "Sesungguhnya bagi orang berpuasa itu ketika berbuka (atau hampir berbuka) doa yang tidak akan ditolak" ( Riwayat Ibn Majah, no 1753, Al-Busairi : Sanadnya sohih) |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
info baik yang wajar diambil pengajaran |
|
|
|
|
|
|
|
tul juga apa yang dicatatkan tu
banyak yang tertinggal |
|
|
|
|
|
|
|
pesanan yang berguna |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #1 alongee's post
well done... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #1 alongee's post
Banyaknya silap kita ... |
|
|
|
|
|
|
|
dah tau byk silap..untuk thn ni jgn la amalkan g
mari pakat2 tglkan perkara yg salah ni k |
|
|
|
|
|
|
|
Bagi aku yg paling utama kesalahan kita adalah MAKAN....masa bln posa la paling sibuk nk beli makanan sampai penuh satu meja,masa posa la duit belanja makanan melebihi dr hari2 biasa,masa posa la sibuk nk makan kat hotel!...thn ni aku dh declare kat staf n family 'tiada jamuan berbuka di hotel lagi' |
|
|
|
|
|
|
|
smyg pun same..xramai yg solat jemaah |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by jazy at 7-8-2008 05:36 PM
Bagi aku yg paling utama kesalahan kita adalah MAKAN....masa bln posa la paling sibuk nk beli makanan sampai penuh satu meja,masa posa la duit belanja makanan melebihi dr hari2 biasa,masa posa la ...
Jangan makanan yang disalahkan kalau nafsu tak leh control.........yang buat terhidangnya makanan atas meja bukan makanan itu yang bergerak sendiri...kan kita yang membeli.....
|
|
|
|
|
|
|
|
kdg2 struktur binaan dan keadan pintu masjid tu sendiri kdg2 menyukarkan jemaah wanita tuk bersolat di masjid.. masjid yg pintu tuk jemaah wanita dan lelaki satu je tp lelaki di tingkat bawah dan pompuan di tingkat atas.. bila melangkah mmg la ternampak skit anggota aurat pompuan.. mmg perempuan lebih afdal solat di rumah.. tp teringin gak nak berjemaah di masjid... |
|
|
|
|
|
|
|
Buffet Ramadhan yg wujud bak cendawan tumbuh lepas hujan terang terangan satu amalan yg menyongsang dengan semangat & amalan bulan Ramadhan. |
|
|
|
|
|
|
|
Balas #13 manakautau\ catat
yup.. betul tu... |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by RedDevils at 8-8-2008 10:58 AM
Buffet Ramadhan yg wujud bak cendawan tumbuh lepas hujan terang terangan satu amalan yg menyongsang dengan semangat & amalan bulan Ramadhan.
Yang salahnya siapa? the service provider atau yang melanggani???????......
Apa kah tetang konsep buffet itu yang menyimpang dari amalan sebenar bulan ramadan itu?
Selagi takder unsur pembaziran...menunjuk2 akan kemewahan(sebab mampu beriftar ditempat mewah).....dan sebaginya....saya tak nampak mana songsangnya????
Awak nampak apa yang saya tak nampak ke?
Meh kita kongsi sama......
|
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by manakautau at 8-8-2008 11:28 AM
Yang salahnya siapa? the service provider atau yang melanggani???????......
Apa kah tetang konsep buffet itu yang menyimpang dari amalan sebenar bulan ramadan itu?
Selagi takder unsur p ...
Yang lebih salahnya ialah yg melanggani..
Bukan SEMUA, tapi sebahagian:
contoh:
1.Makan dan makan....dan tak solat maghrib..sungguh ironi kan...puasa tapi tak solat.
2. Tamak...makan sampai berlebih lebihan..tak berhenti sebelum kenyang..berhenti bila senak perut/sendat seluar.
3. Duduk menunggu bersahaja di tempat buffet, tunggu waktu buka. Kadangkala seawal 6.30pm...Sedangkan alangkah indahnya kalau berbuka dirumah/masjid, waktu terluang (menunggu maghrib) itu digunakan sepenuhnya utk bertadarus..berzikir..setelah penuh waktu 8am-5.30pm kita bekerja.
Yg part serive provider pun ADA yg salah, BUKAN semua...
1. Tak menyediakan tempat bersolat.
Aku tak tahu la apa yg kau nampak, tapi yg aku nampak ialah Buffet Ramadhan ini LEBIH BANYAK yg tak bagus drpd yg bagus.
-Takde unsur pembaziran: Kalau seorang makan selalunya dlm 5-7 ringgit, tapi kalau pergi makan buffet kena bayar sekepala sampai RM40-60..bukankah
pembaziran itu namanya. Jgn gunakan alasan mampu, sebab semangat ramadhan itu ialah hendak merasa kesusahan org yg tak bernasib baik/fakir/miskin/daif. Jadinya, bersederhanalah dlm makan, supaya insaf...kalau makan RM7 saje, dan lebihan RM 33 ringgit(kalau tak pergi buffet RM40) disedekahkan, alangkah baiknya.
- Menunjuk nunjuk kemewahan: Byk badan korporat panggil anak2 miskin buka. Bagus..mmg bagus...tapi kenapa perlu tunggu Ramadhgan sahaja. Aku tidak mempersoalkan NIAT mereka, kerana hanya ALLAH yg Maha Mengetahui apa yg tersirat. Tapi bukankah lebih baik menghindari sesuatu yg boleh mengundang suasana tertanya-tanya/guessing oleh public? Dan kenapa perlu beri makan hanya dlm bulan puasa, sedangkan dlm 11 bulan yg lain, apa jadi??
Maaflah kalau aku guna ayat songsang, mungkin keterlaluan ayat itu. Maafkan keterlanjuran aku.
Dan jikalau nak semangat UKHWAH, jom pakat ramai ramai berbuka di masjid. Lagi afdal..masing masing bawa sedikit makanan dari rumah. So, pahala ukhwah pun dapat, pahala memakmurkan masjid pun dapat, dan pahala sama sama memberi org yg berpuasa berbuka pun dapat.Alangkah manisnya itu..
Mungkin bagi anda semua yg kaya raya/berkemampuan melihat enteng benda ini..
Tapi fikirkan sejenak apa yg dibuat berbuka oleh kanak kanak Palestin..fikirkan dimana golongan fakir miskin berbuka? dlm banquet hall yg mewah ka?
Tak tahulah apa yg anda rasa, tapi bagi aku, aku amat malu dan sedih kalau setelah seharian berpuasa, aku pergi makan ditempat yg mahal2...kerana teringatkan penderitaan mereka yg kurang bernasib baik. |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by manakautau at 8-8-2008 11:28 AM
Yang salahnya siapa? the service provider atau yang melanggani???????......
Apa kah tetang konsep buffet itu yang menyimpang dari amalan sebenar bulan ramadan itu?
Selagi takder unsur p ...
Aku tak tahulah apa yg kau nampak, mungkin lain drpd apa yg aku nampak..
Terlebih dahulu aku minta maaf jika ayat "menyongsang" aku tu terlalu keterlaluan..Maaf atas keterlajuran aku.
Tentang siapa yg salah, ini pandangan aku:
YG MELANGGANI lebih byk salahnya drpd service provider.
Contoh:
1. Makan..dan makan..dan terus melantak...tak solat maghrib...alasan terus menerus makan antaranya" kerana rugi tak makan dan lepak lama lama ni, bayar dah la mahal"..sungguh ironi kan..puasa tapi tak solat.
2. Sunnah Rasul: Berhenti sebelum kenyang...tapi ada sesetengah yg makan selagi boleh..antara alasannya ialah " rugi bayar mahal2..tapi tak makan puas puas"
3. Duduk bersahaja, bersembang sembang kosong semasa menunggu waktu maghrib...lebih lebih lagi yg dtg awal, seawal 6.30 petang..."nak cop tempat" katanya...alangkah lebih molek kalau berbuka dimasjid/rumah, waktu itu digunakan sepenuhnya utk bertadarus..berzikir...
4. Berbelanja lebih...walaupun lebih dari mampu, tapi Allah tak suka kita membazir..itu termasuklah juga kpd yg membeli makanan berlebihan di bazar ramadhan, bukan hanya yg buka di hotel..Sedangkan kita boleh berbuka dgn nilaian wang RM5-8 sekepala, tapi bila ke hotel, kita bayar RM30- 40 ringgit..lagi dahsyat lagi, hotel 5 star yg menjangkaui RM60-70 sekepala...Memang mampu, sebab Allah kurniakan rezeki yg melimpah ruah..namun, Allah ingin melihat bagaimana hambaNYA menggunakan rezeki itu sebaik mungkin...Kalaulah dgn wang buffet RM40 tu, kita pilih utk beli makanan sekadar RM8...lebihan RM32 itu boleh kita gunakan dijalan yg lain..contohnya bersedekah...so, rezeki Allah itu kita variety kan penggunaannya..bukan hanya utk tembolok kita sendiri...
5. Tidak salah..tidak berdosa berbuka di hotel hotel..tapi lebih afdal mengunjungi rumah rumah Allah...dan aku pasti, niat kita, kalau kita memakmurkan masjid, kita dapat pahala..tapi tak pasti pula kalau memakmurkan hotel..tentang bab ukhwah itu. ukhwah boleh dibuat dimana sahaja, tak terbatas kpd hotel2 saja..di rumah..di masjid pun boleh..tepuk dada tanya iman...ditakuti, ditakuti boleh mengundang rasa riak & takbur "Huhh..kalau aku ajak member2 buka di rumah aku ni, nampak biasa saja...takpelah..pilih lah sikit tempat yg grand..hotel..." Nauzubillah...
Dan lagi molek kalau ber-ukhwah sesama jiran tetangga di satu satu komuniti, masing masing membawa bekalan makanan masing2..konsep ala ala pot luck...so, pahala ukhwah pun dpt..pahala memakmurkan masjid Allah pun dpt...pahala memberi org puasa berbuka pun dapat..
Yg salahnya pada SESETENGAH service provider ialah;
1. Tidak menyediakan tempat bersolat.
2. Menyediakan tempat solat, tapi keadaannya amat daif(jika nak dibandingkan dgn banquet hall nya)..
3. Membeli bahan bahan mentah di tempat2 yg syubahah...byk terjadi..dan byk komplen oleh PPIM tentang hotel2 besar menggunakan hikmat tukang masak non-muslim...pinggan mangkuk bercampur aduk dgn pinggan yg digunakan utk hidangan non-halal..boleh rujuk lama web PPIM utk perkara ini..bukan semua, tetapi segelintir, termasuklah hotel yg sebelum ini mendapat pengiktirafan sijil HALAL..tapi bila diselidik balik(post-mortem) oleh PPIM, terdapat byk unsur yg berlanggar dgn hukum syarak.
In conclusion, I am not saying that "Ohhh..it's totally wrong and it's a sin" kalau berbuka di hotel secara buffet..tidak..
Tapi kita selagi boleh cuba mencari kesempurnaan, selagi termampun oleh kita..
Namun, lain org, lain pandangan..
Wallahualam.. |
|
|
|
|
|
|
| |
|