CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2303|Reply: 6

NAK BAYAR FIDHYAH..

 Close [Copy link]
Post time 8-10-2007 01:24 PM | Show all posts |Read mode
Salam..sy nak tanye lebih lanjut ttg pembayaran fidhyah nie..kalau kite utang pose 30 hr di sebabkan melahirkan anak...then kite bayar pose tu  dan nak byr fidhyah secupak beras bg setiap hr yg kite tak pose...brp kg ye kalau kite nak byar 30cupak beras...30cupak = ?kg
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-10-2007 01:36 PM | Show all posts
kena ikut harga beras skrg lah kan..

rasanya bukan ke boleh kalau kita sedekahkan makanan utk fakir sehari .. katalah sehari 3 kali makan = rm10... so 30 hari x rm10...
wallahualam...

islam itu mudah.. ia tak memberatkan..
Reply

Use magic Report

Post time 8-10-2007 01:36 PM | Show all posts

salam

Fidyah merupakan bayaran denda yang dikenakan kepada seseorang yang tidak dapat mengganti puasanya di Bulan Ramadhan pada sesuatu tahun sehinggalah tibanya Bulan Ramadhan tahun berikutnya.Hukum membayar Fidyah adalah WAJIB . Dengan membayar fidyah tidak bermaksud mereka tidak perlu membayar puasanya kerasa puasa tersebut tetap wajib di ganti mengikut bilangan hari yang telah ditinggalkannya. Sekiranya bilangan hari tersebut telah melangkau tahun maka kadar fidyah bagi hari tersebut akan digandakan.

Kadar Fidyah dikira berdasarkan kadar harga beras (makanan asasi penduduk) sebanyak secupak. Kadar tersebut berubah mengikut harga yang ditetapkan pemerintah di sesuatu tempat. Beras tersebut hendaklah di beri makan kepada fakir dan miskin dan bukan berbentuk wang tunai, pakaian dan sebagainya.

Di Lembaga Zakat Selangor (MAIS), kami menerima pembayaran fidyah secara wang tunai dan akan mengagihkan bayaran tersebut kepada fakir dan miskin dalam bentuk beras kepada mereka. Ia perlu dilakukan sebelum 1 Syawal setiap tahun.

Oleh kerana kami perlu melakukan proses pembelian beras dan pengagihan, diharapkan pembayar tidak membuat bayaran fidyah di saat-saat akhir seperti di penghujung bulan Ramadhan kerana proses agihan memerlukan waktu untuk mengagihkannya. Contohnya bayaran pada akhir Ramadhan adalah mustahil untuk LZS (MAIS) menyerahkan beras kepada fakir dan miskin sebelum 1 Syawal tahun tersebut.


Bayaran fidyah boleh dikira menggunakan Kalkulator Fidyah di bawah ini :


Cara penggunaan:

TAHUN GANTI     : Merupakan tahun anda mahu mengganti puasa tersebut.
TAHUN TINGGAL : Merupakan tahun anda meninggalkan puasa.

Sila pastikan anda menekan button 'save' terlebih dahulu bagi setiap transaksi sebelum menekan button 'kira'


KALKULATOR FIDYAH

Nama:
No. KP:
Alamat:   


HARGA FIDYAH 1428H : RM 1.30
TAHUN GANTI
TAHUN TINGGAL
BIL HARI TINGGAL PUASA
JUMLAH TAHUN TINGGAL
  
  0








lebih lanjut sila lawat: http://www.e-zakat.com.my/baru/ibadah/kalkulator_fidyah.asp
Reply

Use magic Report

Post time 8-10-2007 02:16 PM | Show all posts
boleh tak bayar fidyah kpd nenek sendiri seorg mualaf janda yg miskin?
Reply

Use magic Report

Post time 8-10-2007 07:01 PM | Show all posts
1 cupak = 0.675kg
Reply

Use magic Report

Post time 8-10-2007 08:42 PM | Show all posts
Boleh sambung perbincangan dalam thread sedia ada :

http://travel.cari.com.my/viewthread.php?tid=245852&page=1
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 8-10-2007 10:47 PM | Show all posts
Originally posted by antiQue at 8-10-2007 08:42 PM
Boleh sambung perbincangan dalam thread sedia ada :

http://travel.cari.com.my/viewthread.php?tid=245852&page=1


macamana boleh digest masuk travel?  boleh masuk tapi slow benar nak load.  try yang ni:

http://forum.cari.com.my/viewthread.php?tid=245852
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

7-1-2025 10:52 AM GMT+8 , Processed in 0.077496 second(s), 20 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list