View: 2404|Reply: 6
|
tangani masalah anak buah yang terlebih pandai - terkini
[Copy link]
|
|
Assalamualaikum suma,
saya pernah buka thread ini dan akhirnya dipalang di atas permintaan saya sendiri.
dan di sini saya mengambil kesempatan untuk mengucapkan terima kasih kepada suma forumers yang reply pada thread saya itu esp... zaidiuitm and muor76.
Untuk pengetahuan semua, tujuan saya membuka semula thread ini adalah untuk memberitahu bahawa kakak ipar saya itu telah kembali ke rahmatullah pada 13 Oktober 2007 bersamaan 1 Syawal jam 1.00 petang. Dan saya telah berada di sana 1 hari awal dan di pagi raya itu, saya sempat menziarahinya dan membaca surah yassin. Juga seminggu sebelum dia pergi, saya sempat balik satu malam untuk menziarahinya tetapi beliau berada di dalam keadaan koma.
tentang anak buah saya itu, tiada apa yang boleh saya komenkan kerana hanya saya yang tahu apa yang terjadi dan terima kasih kepada kalian kerana memberikan jawapan sejujurnya kepada saya. walaupun pahit untuk ditelan, namun kebenarannya hanya saya dan mereka-mereka sahaja yang mengetahuinya, bagaimanapun terima kasih sekali lagi.
Raya tahun ini kurang sedikit, namun kehidupan mesti diteruskan. Salam Aidilfitri dari saya... dan al fatihah untuk kakak iparku........ Semoga ditempatkan di kalangan orang yang beriman dan solehah ... aminnnn
---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
ini adalah thread asal saya .....
tangani masalah anak buah suami yang terlebih pandai
boleh join kan kat sini. minta tanya pendapat tentang subject kat atas. umi ni sememangnyer tengah sentap gak ngan anak buah suami yang sorang ini (anak kakak suami)
kisahnyer....
kami suma (adik beradik, ipar duai dan yang sewaktu dengannya) tahu yang kakak ipar ini sakit. Kencing manis, buah pinggang ngan darah tinggi. pas tu jantung pun dah pakai bateri. buah pinggang dia ni memang dah kronik sampai dah tebuk kat leher untuk cuci darah. yang buat umi ni sentap, kakak ipar ini dah pakai oksigen, tak der sorang pun bagitahu kami yang kat kel el ni. Dorang suma kat negeri penyu tu.
pas tu umi mesej anak buah yang sorang ini. kami memang rapat dan umi ini jenis mesra ngan sesaper dan mungkin gak jenis mak saudara yang open sesangat. maklumlah, usia umi ngan anak2 buah suami ni tak jauh, pas tu dalam keluarga mertua umi, umi ni sorang2 ajer menantu yang luar dari ganu (insya allah, coming soon pun dari key el gak). kira open minded sangat, tapi bab2 sakit ni umi pun amik berat gak. yang buat umi bengang tu, biler umi tanyer kat anak buah yang sorang ini, dia boleh sound balik kat umi, tapi dalam mesej lah. Ayatnyer lebuh kurang macam ini..... "minta maaflah tak bagi tahu, kami cuma bagi tahu pada orang yang mak dia sebut ajer... cth : macam abang dia. maaflah nak kata, adik beradik dah tahu mak dia sakit, tak der sorang pun sms@ tel tanyer keadaan mak dia, tima kasihlah sebab amik tahu gak hal mak dia sekarang ini"... itu lebih kurang ayat dia... kalu kat korang camner gak korang rasanyer.....
memang umi bengang sangat, sampai umi bermasam muka gak ngan hubby gak. pasalnya, hubby umi ni kalu nak tpon kampung, dia mesti suruh umi yang tpon dan cakap esp kalu ngan mak mentua. pas tu, yang pelik, kalu ada apa2 hal dari kampung, mereka pun akan tpon umi bagitahu. tapi dalam kes gini, memang umi bengang... yer lah, ader ke patut seorang anak buah kata gitu kat makcik dia, nasib bukan pada pakcik dia... kalu tak mau kena sound, dah ilang lak rasa respek kat family dia... dah lah family dia ni memang buat musuh pada mereka yang tak menyokong mereka sebab salah sorang anak dia kawin lari. tapi umi ini jenis layan suma, biar ajerlah apa yang berlaku. dan yang paling best sekali, suami umi ni, masa dia lahir, terus kakak dia yang sakit ni jaga macam baby dia sendiri (pasal anak dia yang sebaya ngan hubby umi meninggal pas lahir)
apa pendapat korang dan cara macamana nak AJAR anak buah yang sorang ini....
DAN KALU NAK TAHU APA FEEDBACK DARI FORUMERS KENA RAJIN BELEK KAT PAGE BELAKANG... MEMANG KAW.. KAW UMI KENA
[ Last edited by ilhamumaira at 17-10-2007 04:18 PM ] |
|
|
|
|
|
|
|
cam sedih...
tapi tak tau cite la..
ape ni..
citel la skit.. |
|
|
|
|
|
|
|
ALFATHIHAH....
takziah ye umi |
|
|
|
|
|
|
|
Puan ilhamumaira,
Saya sebenarnya berhasrat hendak memberi komen pada thread yg asal tetapi tidak sempat, kerana telah ditutup.
Kalau nak bagi komen yg sama sekarang ni mcm tak berapa kena sebab kesinambungannya telah tiada. Maybe just to say that there is something to be learned for all of us here..... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #4 Blues_guy's post
thanks blues.... kalu boleh umi tak mo lagi bincangkan hal ini lagi esp. pasal anak buah tu, lagipun kakak ipar umi dah tak de, tinggal anak2 aruah ini lah pulak yang akan menjalankan tanggungjawabnyer pada pak2 dan mak2 saudaranyer yang tinggal... umi pun tak leh nak kata apa sangat sebab umi ni orang luar (maksudnya isteri pak saudara mereka, tapi alhamdulillah, umi rapat ngan suma anak2 buah hubby ini). |
|
|
|
|
|
|
|
takziah ye dari putu..
al-fatihah..
semoga rohnya dicucuri rahmat.. |
|
|
|
|
|
|
|
takziah juga dari gua...
semoga rohnya dicucuri rahmat... |
|
|
|
|
|
|
| |
|