View: 15924|Reply: 62
|
Faisal Tehrani menyanggah Dr.MAZA lagi
[Copy link]
|
|
[Gagasan Sunnah, Benazir & Kesatuan Ummah
by : Faisal Tehrani
Seorang ulama yang punya akal sihat sudah tentu akan dapat melihat bahaya Gagasan Sunnah yang diusahakan oleh Mufti dan Menteri Besar Perlis menerusi satu 'jamaah' baru yang ditubuhkannya (lihat Bernama). Asri apabila disoal kedudukan gagasan itu yang akan bertindih peranan dan fungsinya dengan Persatuan Ulamak Malaysia (PUM), menjawab, gagasan itu akan memberi tumpuan kepada Sunnah Wal Jamaah, iaitu mengikut ajaran al-Quran dan sunah Nabi Muhammad (baca: orang lain tak ikut al-Quran dan sunnah seperti mereka).
"Kalau Persatuan Ulamak Malaysia dianggotai oleh semua orang yang dilihat mempunyai kecenderungan agama tetapi gagasan ini hanya dianggotai oleh mereka yang mempunyai kepakaran dan tahap akademik yang tinggi." (baca: hanya mereka berkepakaran dan memiliki tahap akademik yang tinggi)
Shahidan Kasim selaku penaung pula menyatakan:
揋agasan itu akan menjadi kumpulan pemikir dan pengkaji ke arah memastikan amalan harian dalam kerja-kerja ibadah dilakukan secara tulin dan tidak menyeleweng. |
|
|
|
|
|
|
|
bahaya sebenarnya kalau dah terlalu nak kedepan sngat... cepat sangat ... smua orng bercakap pasal nih... permusuhan pendebatan makin kuat skrng ni dlm kalangan orng2 agama.. |
|
|
|
|
|
|
|
kenapa tak gunakan aje saluran yang ada untuk meluahkan pendapat?
setahu aku persatuan ulama malaysia takde la terlalu rigid (baca sebagai jumud).. |
|
|
|
|
|
|
|
tubuhkan persatuan baru kunun2 dia lebih betul dan tak menyimpang kah?
kenapa tak bersatu dan kukuhkan satu2 nya persatuan ulamak yg ada? sebab yg sekarang tak cukup umno kah? |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #4 almari_buruk's post
alamari tak baru
apasal budak tecit tu asyik pukul mak dia
setuju ngan pendapat yg kat sini
mmg bagus kalau nak pastikan islam yg di'amalkan adalah yg betul dan tepat
tapi kenapa tak ikut saluran sedia ada
menakutkan jugak fenomena ni |
|
|
|
|
|
|
|
Salam
Terlebih dahulu saya panjatkan syukur ke hadrat ilahi dan terima kasih kepada saudara-saudara seagama yg gigih berjuang utk menghidupkan kembali Sunnah rasul s.a.w. yg telah hampir tenggelam ditimbus tiupan kencang khurafat dan bida'
Menghidupkan dan mengamalkan Sunnah rasul s.a.w. merupakan satu perkara yg tidak boleh dipandang remeh dan sambil lewa. Patut diberi sanjungan dan penghormatan kepada siapa sahaja yg cuba mengembalikannya ke masa sekarang yg penuh dengan pancaroba ini. Sunnah rasul s.a.w. merupakan amanat kedua yg disampaikan oleh baginda s.a.w. kepada sekelian umat selepas al-Quran sebagai panduan utk mereka meneruskan hidup dalam kerehdaan Allah s.w.t. Ia merupakan garis panduan yg teramat penting dan mustahak utk manusia terus berada di atas landasan ugama yg benar dan menurut syari'at Allah. Usaha yg sebegitu murni sepatutnya mendapat sokongan dan galakan dari pelbagai pihak termasuk kerajaan sendiri.
Sememangnya bukanlah satu perkara yg senang bagi orang yg cuba menghidupkan Sunnah rasul s.a.w. utk menyatakan perkara yg hak di suatu tempat yg sudah sekian lama terasing dari perkara tersebut, utk mengembalikan ajaran suci yg telah beradad lamanya dinodai oleh anasir-anasir luar yg telah sebati dengan jiwa masyarakat kini, yg telah menjadi darah daging mereka. Ia memang merupakan tugas yg berat sekali dan kita wajib berganding bahu bersama mereka memperjuangkan kebenaran ini. Usah diungkit hal yg remeh temeh semata-mata mereka tidak seangkatan dengan kita dan menyebabkan perkara yg sepatutnya diutamakan terabai begitu sahaja.
Memang benar, setiap gagasan dan persatuan yg ditubuhkan ada baik dan buruknya, sudah tentunya segala tingkah laku manusia tidak boleh lari dari melakukan kesilapan. tapi janganlah kita memejam erat kedua biji mata kita seolah-olah tidak mahu memandang langsung ke arah perjuangan yg dibawa mereka yg bersifat positif. mana yg baik kita sama-sama sanjung, yg kurang kita sama-sama tampung, begitulah hidup di dunia ini.
sekian,
salam |
|
|
|
|
|
|
|
Salam,
Kedua-dua belah pihak ada extremes tersendiri. |
|
|
|
|
|
|
|
faisal tehrani ni pendukung syiah, itu yang tak puas hati sangat dengan Dr. Asri. |
|
|
|
|
|
|
|
Apakah karya-karya buku penulis aliran syiah tidak memecah-belahkan minda pembaca yang beraliran sunni? |
|
|
|
|
|
|
|
Tulisan Feisal Tehrani
[quote]Inilah pengalaman yang dialami Pakistan apabila Zia ul Haq, seorang sunni ekstrimis telah menubuhkan 揝ifah-e-sahabah |
|
|
|
|
|
|
|
,.....woi...mana adil woi.....
golongan salafi boleh tubuh Gagasan Sunnah...
apasal syiah tak boleh tubuh Darul Husna Imamiah...?
Kategori : Sosial/Syariah | Tajuk : | CADANGAN UNTUK MENDAFTARKAN PERTUBUHAN DARUL HUSNA lMAMIAH (MAZHAB SYIAH) | Isu : | Pihak Jabatan Agama Islam Selangor telah menerima surat daripada Pejabat Pendaftaran Pertubuhan Selangor/Wilayah Persekutuan yang dipanjangkan oleh Ketua Cawangan Khas Ibu Pejabat Polis Kontijen Selangor Shah Alam bagi mendapatkan pandangan agama untuk mendaftarkan persatuan tersebut.
Oleh kerana perkara ini berkaitan dengan amalan serta fahaman Mazhab mungkin berbeza dengan amalan majoriti masyarakat Islam di negara ini, maka ia dipanjangkan ke Bahagian Fatwa untuk membuat keputusan.
Jawatankuasa pada hari ini telah membincangkan perkara ini berdasarkan kepada tujuan-tujuan persatuan tersebut ditubuhkan danamalan mazhab Syiah di negeri ini.
Antara Tujuan-tujuannya ialah
" Pertubuhan Darul Husna " selepas ini disebut "Jemaah " 1.
Tujuan jemaah ini adalah untuk memperkenalkan dan mengamalkan agama Islam menurut Mazhab Ahli Bait (Keluarga Nabi S.A.W. ) juga dengan nama Mazhab Syiah Imamiyah,
Tujuan seterusnya ialah untuk memberi bantuan moral dan material kepada
ahIi 朼hli jemaah dan kaum muslimin seluruhnya, segala kegiatan jemaah tidak akan keluar dari batas undang-undang dan tidak akan bercanggah dengan
perlembagaan Malaysia.
2. Tujuan-tujuan lain adalah seperti berikut, tetapi ia tidak semestinya dilaksanakan atau hanya dijalankan jika kelulusan oleh Jawatankuasa yang mempunyai kuasa :
2.1. Menggalakkan dan mengamalkan agama Islam menurut Mazhab
Syiah dikalangan penduduk Malaysia.
2.2. Memperluaskan pengetahuan Islam menurut Mazhab Syiah untuk menghapuskan kekeliruan tentang Mazhab ini dan juga mendekatkan perbezaan di antara mazhab-mazhab Islam di Malaysia.
2.3. Untuk menubuhkan dan menjaga Masjid-masjid dan tempat tempat amal ibadah yang lain.
2.4. Mengadakan dan mengatur kerja-kerja agama Islam dan istiadat khasnya upacara nikah.
2.5. Mengadakan pelajaran agama di dalam prinsip-prinsip kepercayaan Islam seperti diajar oleh Imamiyah.
2.6. Membayar atau membantu pembayaran perbelanjaan kematian muslim, yang di dalam keadaan kafir.
2.7. Menubuhkan mengambil ahli menjaga. mewariskan atau sebaliknya membantu menubuhkan pelajaran agama di mana agama Islam yang diajar mengikut prinsip. disusun oleh Imamiyah asalkan maksud pertubuhan yang sedemikian adalah khususnya untuk amalan Jabariah.
2.8. Menerima derma-derma bagi maksud promosi dan tujuan-tujuan jemaah.
2.9. Mengeluarkan risalah untuk derma dan laporan berkala mengenai kerja jemaah.
2.10. Dan membuat segala gerakan mengikut undang-undang sebagai penambahan pencapaian maksud Jemaah.
Maka Jawatankuasa Perunding Hukum Syara'(Fatwa) telah diminta memberikan Fatwanya mengenai perkara tersebut.
| Keputusan : |
Jawatankuasa Perunding Hukum Syara' (Fatwa) telah membincangkan perkara di atas dengan penuh teliti mengikut hukum yang muktabar di dalam Islam dan keputusannya adalah seperti berikut :
" Setelah dibincangkan daripada tujuan-tujuan tersebut, la didapati adalah
bertentangan dengan majoriti dasar dan matlamat Jabatan dan mengikut Enakmen Jabatan Agama Islam Selangor, antaranya :
1. Mengamalkan Mazhab Syiah di kalangan penduduk Malaysia
2. Dalam tujuan yang kedua (2.3) bertentangan dengan Enakmen Pentadbiran perundangan Islam Selangor 1989 Seksyen 56 - 65
3. Dalam tujuan yang kedua (2.4) bertentangan dengan Undang-undang Keluarga Islam 1984 mengenai perkahwinan.
4. Dalam tujuan yang kedua (2.5) bertentangan dengan pelajaran Agama Islam Selangor pada masa ini yang berdasarkan kepada Mazhab Syafie, tetapi mereka akan menyerapkan pengajaran mengikut pemahaman Syiah Imamiyah.
Berdasarkan kepada sebab-sebab yang disebutkan di atas mesyuarat mengambil keputusan tidak bersetuju persatuan tersebut didaftarkan. Walau bagaimana pun, sebelum jawapan diberikan kepada pihak Pejabat Pendaftar Pertubuhan, ia hendaklah terlebih dahulu dimaklumkan kepada Majlis Agama Islam Selangor "
|
|
|
| |
|
|
|
|
|
|
|
|
Penambahbaikan fakta-fakta dari tulisan Faisal Tehrani.
[quote]Inilah pengalaman yang dialami Pakistan apabila Zia ul Haq, seorang sunni ekstrimis telah menubuhkan 揝ifah-e-sahabah |
|
|
|
|
|
|
|
Isk..isk Benazir Bhutto tu pon korang sokong??
Dah la xpakai tudung..pompuan pula tu nak dijadikan pemimpin negara Islam..?? Dah la ade kes rasuah dulu.. |
|
|
|
|
|
|
lailale This user has been deleted
|
Apalah korang ni, syiah lah, sunnilah, wahabi lah, ikut jelah alquran dan hadis-hadis yang sahih. buat ape gadoh-gadoh, ingat bacaan yang dalam al Fatihah "tunjukkan aku jalan yang lurus" , di padang mahsyar tu nanti ada 73 golongan, so hati-hati, biarlah kita dlam golongan yang di terima Allah. Saya ni belajar aliran sains, tak lah mengkaji pasal asal usul mahzab ni, tapi islam tu indah dan adil, mana yang akal fikiran kita fikir elok, eloklah tu. |
|
|
|
|
|
|
|
kesian faisal tehrani...
semakin lame semakin kurang pengikutnnye...
die sgt terdesak! |
|
|
|
|
|
|
|
Satu polemik yang dijangka hebat antara Faisal Tehrani dan Asri Zainal Abidin ni. Sekarang ini Asri pun sudah mula gentar dicabar oleh bekas-bekas rakannya sama ada semasa di Jordan ataupun di KIK.
Asri dan Faisal Tehrani adalah bekas rakan sekelas di KIK.
Ada seorang lagi rakan lama Asri di KIK yang berkelulusan dari Qom,Iran sedang menunggu untuk berdialog dengannya. Selama inipun sudah lama Asri berutus-utus surat dengan beliau semasa Asri di Jordan dan beliau di Qom dulu.
Inilah yang membuat Asri kepanasan dan menembak membabi-buta tanpa mengetahui dimana sasarannya...heheh! |
|
|
|
|
|
|
|
Dengar khabarnya Asri akan dicalonkan menjadi MP di pilihanraya akan datang dan sekiranya menang akan dicalonkan pula menjadi menteri di Jabatan Perdana Menteri yang terlibat dalam hal-hal agama. Tentu waktu ni nanti Asri tidak lagi menggunakan senapang patahnya seperti yang digunakan di negeri kecil Perlis tapi akan menggunakan meriam pula....heheh! |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by antikent at 10-11-2007 12:06 PM
kesian faisal tehrani...
semakin lame semakin kurang pengikutnnye...
die sgt terdesak!
pengikut dan penyokong dia semua ada kat CARI Forum... b |
|
|
|
|
|
|
| |
|