View: 2382|Reply: 16
|
Harun Din Tewaskan Mubaligh Angkuh
[Copy link]
|
|
Lelaki India berbadan tegap itu menghempaskan dirinya ke atas sofa di ruang tamu rumahnya di Petaling Jaya. Hari ini, dia rasa terlalu letih. Pelanggan yang datang ke bank tempatnya bekerja hari ini, luar biasa ramainya. Dia cuma sempat berhenti rehat sewaktu makan tengah hari sahaja. Selepas itu, dia kembali sibuk melayan pelanggan sehinggalah habis waktu pejabat.
Lelaki itu menghidupkan TV 29 inci yang baru dibelinya tidak sampai dua bulan dengan remote yang berada di tangannya. Ditukarnya satu per satu siaran televisyen, TV3, TV2, semuanya sama. Tidak ada apa yang menarik. Bosan!. Dia menukar pula kepada siaran TV1 . Kebetulan ketika itu, rancangan Forum Perdana Ehwal Islam sedang berlangsung. Salah seorang ahli panelnya ialah ulama terkenal, Dato |
|
|
|
|
|
|
|
sambungan...
Suatu hari ketika mengikuti usrah Haron Din di rumah ahli perniagaan tersebut, lelaki India itu mengambil peluang bertanyakan bermacam-macam soalan tentang Islam. Dia bertanya, mengapa perlu meninggalkan agamanya dan memeluk Islam? Bukankah semua agama itu sama. Bukankah Islam itu juga sama seperti agama lain, menyuruh membuat kebalkan dan meninggalkan kejahatan?
Dan yang paling penting, dia mahu tahu, kenapa Haron Din mengatakan hanya amalan orang Islam sahaja yang diterima Allah, dan amalan orang bukan Islam tidak diterima-Nya seperti yang disebut di dalam Forum Perdana Ehwal Islam tidak berapa lama dulu.
Haron Din tersenyum dan secara berkias beliau menjawab; 揢ntuk memudahkan saudara memahaminya, biar saya berikan contoh begini: kita adalah seorang hamba dan tuan kita memberikan kita sebidang tanah, cangkul, benih, baja dan segala kelengkapan yang lain untuk kita mengusahakan tanah tersebut.
揟uan kita suruh kita usahakan tanah itu tetapi kita tidak berbuat seperti mana yang disuruh, sebaliknya kita mengusahakan tanah orang lain. Kemudian bila tiba di hujung bulan, kita datang kepada tuan kita untuk meminta upah. Saudara rasa, adakah tuan kita akan bagi upah sedangkan kita tidak lakukan apa yang disuruh, sebaliknya kita melakukan kerja untuk orang lain?
揃egitu jugalah simboliknya di dalam Islam. Jika kita melakukan kebajikan dan kebaikan, bukan kerana Allah, tetapi kerana sesuatu yang lain, contohnya kerana manusia, pangkat atau harta, apakah di akhirat nanti, Allah akan memberi balasan di atas amal perbuatan kita sedangkan semua amalan yang kita lakukan bukan untuk Dia? |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #3 shahx's post
Ini tentu masa forum perdana yg dulu-dulu disiarkan kat RTM pd setiap hari khamis jam 8:30pm
ckucin suka dengar forum perdana masa dulu sebelum kes anuar ibrahim. Time tu harun din, hassan ali, ust. kamarrudin, pastu bekas imam masjid negara tak ingat laks nama dia, ustazah norbayah yg dari negeri sembilan selalu dipanggil jadi panel... mmg suka ler dengar.. |
|
|
|
|
|
|
|
br jer aku terbaca tafsir al-quran ttg amalan2 baik org2 kafir yg akan dihadapkan ke muka mereka di akhirat nnt dan bertukar menjadi debu yg berterbangan akhirnya.
alangkah sia2nya usaha mereka, walaupun amalan mereka baik tp mereka menyombong diri utk menyembah Allah yg mencipta seluruh alam..
sedangkn yg memberi ganjaran hanyalh allah shj.. |
|
|
|
|
|
|
|
Alhamdulillah..tahniah kepada sesiapa yg memeluk Islam.. |
|
|
|
|
|
|
|
Bertuahnya muhammad fitri, diberikan hidayah oleh allah..
aku mmg suka dgn harun din ni, die bersifat lemah lembut, tkde sibuk pasal politik, ckp pom pang pom pang..
klu ade ulama' yg btul2 menerangkn ajaran islam yg sebenar, ade jer yg tk suka, lepas tu kene GAM
Sebab kebenaran selalu bercanggah dgn hawa nafsu meeka..
mereka hnya pilih ustaz2 yg cakap bertapis ajer, so maksud sebenar tk begitu jelas..
harun din masih kene gam smpi skang kan..
1 lg, bekas mufti selangor- ishak baharum yg selalu jawab soal jawab agama dulu pkul 6.30 ptg kat tb 1 pun kene gam, beliau mengatakan peraduan ratu cantik HARAM, terus kene buang ker, tk nmpk lepas tu..
yg bleh masuk tb cuma org2 yg menepati kehendak 'mereka' ni.
Itulh kriteria yg ditetapkn.. |
|
|
|
|
|
|
|
shahx, dahsyat la ko punyer abatar |
|
|
|
|
|
|
|
Personaliti: Fitri guna strategi harmoni sebar Islam
Oleh: Hasliza Hassan
Pendakwah utama kesederhanaan, kesejahteraan dalam kerja kemasyarakatan
JIKA asyik melihat perbezaan saja kita tidak akan berjaya tetapi apabila membandingkan persamaan yang dimiliki, itu akan lebih mudah membawa kepada ruang perbincangan dan hasilnya juga adalah lebih baik.
Itulah yang ditekankan Pengarah Unit Dakwah Persatuan Kebajikan dan Perubatan Islam Malaysia, Muhammad Fitri Abdullah (gambar) untuk menyampaikan ajaran Islam kepada masyarakat terutama golongan bukan Islam.
Katanya, berdasarkan pengalaman, golongan bukan Islam akan lebih tertarik untuk mengetahui mengenai Islam apabila diberitahu bahawa agama yang dibawa Nabi Muhammad SAW itu tidak jauh berbeza dengan agama lain.
揕ebih mudah untuk sampaikan dakwah kepada bukan Islam apabila ada persamaan. Walaupun sudah 50 tahun merdeka, kita gagal sebarkan Islam kepada bukan Islam kerana kita sentiasa melihat perbezaan.
揌ari ini kita mengajar masyarakat Islam supaya melihat antara kita dengan mereka supaya mereka mudah faham. Dalam kitab Hindu juga ada menyebut keesaan Tuhan. Oleh itu, jika kita boleh sampaikan dengan kaedah menunjukkan persamaan, mereka tidak akan ada masalah dengan kita, |
|
|
|
|
|
|
|
alhamdulillah.. |
|
|
|
|
|
|
|
tahniah la....
tp betul la..sedih sgt2 bila ada org islam yg murtad. sbb pun hanya pkara2 kecik jak....
dunia akbhir zaman |
|
|
|
|
|
|
|
syukur Alhamdulillah Allah memberi beliau hidayah. hakikatnya dalil, fakta dan akhlak umat islam itu sendiri dpt menarik lebih ramai non muslim mendekati agama ini. |
|
|
|
|
|
|
|
Syukur alhamdulillah.....
Semoga hal ini menjadi iktibar khususnya kepada umat Islam sendiri. |
|
|
|
|
|
|
|
speechless...
aku ada satu kawan yg suke sgt berdebat psl agama..sampai satu ketika aku cakap kat dia..why u hate my religion so much ah?
perumpamaan yg digunakan haron din tu tepat digunakan kalo dia tanye aku lagi apsal org islam je yg diterima kebaikannya..abih tu org yg mcm mother theresa macamane pulak?
sebelum ni susah gak aku nak terangkan coz aku pun bukan baik sgt
sampai kekadang jadi letih..rasa nak je bwk dia jumpa pakar agama
[ Last edited by bottombikini at 23-10-2007 10:41 AM ] |
|
|
|
|
|
|
|
itulah pentingnya dalil akal atau aqli dalam perkara berkaitan tauhid, bukan saja kepada orang bukan Islam tetapi juga umat Islam.
Tidak dinafikan dalil naqli iaitu al quran adalah yang paling shorih.
Dan pada saman dahulu para salaf cukup dengan dalil naqli sahaja iaitu berpandukan al Quran sahaja untuk menghilangkan sebarang zhon atau ragu-ragu dalam keimanan mereka terhadap kekuasaan Allah dan keadilanNya.
Akan tetapi apakan daya kita zaman ni lemah, tak mampu nak menghilangkan zhon dan ragu-ragu hanya menggunakan quran, jadi kena support dengan dalil aqli seperti diajar ulamak khalaf.
SO, janganlah dok memperlecehkan orang2 yang belajar dalil aqli... semuanya sedang berusaha mencari keimanan yang jazam dan hakiki, dan bukan yang dibuat-buat atau dipura-purakan. Belajar dalil aqli bukan bererti kita menolak dalil naqli, tetapi bertujuan untuk memperteguhkannya sehingga jazam.
Some introduction to ilmu tauhid dan ilmu aqli
http://www.al-azim.com/masjid/infoislam/tauhid/home.htm
[ Last edited by always_typo at 23-10-2007 06:06 PM ] |
|
|
|
|
|
|
| |
|