View: 7096|Reply: 44
|
Ada Apa Dengan Bahasa Arab..
[Copy link]
|
|
Assalamualaikum dan salam sejahtera..
Kpd mod M&M, aku dah search tajuk ni, tp takde. Jadi aku buka satu yg baru..
Aku terpanggil utk mengutarakan persoalan ini sbb soalan ni dah lama bermain di fikiran aku. Sebelum timbul lebih byk persoalan, aku nak kumpul seberapa byk info dari mereka yg arif.. soalan aku :
1) Kenapa Al-Quran diturunkan dlm bahasa Arab? kalau org yg berfikiran sempit mesti on the spot ckp sbb Nabi Muhammad SAW pandai ckp arab je.. boleh terima ke ni? Aku rasa mesti sbb bahasa arab ade keunikkan tersendiri. Tp apa keunikkan tersebut?
2) Apa hukumnya 'memahami Al-Quran berdasarkan terjemahan'.. contohnya kalau org Melayu tak pandai Arab tapi cuba memahami Al-Quran sekadar pakai terjemahan dlm bahasa Melayu, kemudian boleh pula berdebat pasal hukum berdasarkan ayat terjemahan..(contohnya, kita boleh tgk sendiri dlm forum cari ni).. pada pendapat aku, terjemahan satu bahasa ke bahasa yg lain tak akan menghasilkan maksud yg seratus peratus sama.. 9 tahun aku belajar bahasa arab tp masih belum mahir dalam menterjemah ayat al-quran.. forumer yg arif, yg rajin berhujah dgn ayat al-quran dan hadis dlm posting mereka, boleh tolong jawab tak..
3) Betul ke bahasa Arab bahasa Syurga? |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #2 kroit92's post
kalau terjemah mcm tu budak taska pun pandai.. belajar bahasa arab komunikasi dlm masa 2 minggu gerenti lulus..
bahasa arab bahasa syurga.. selalu aku dgr, tp aku tak jumpa bukti ilmiah (riwayat hadis atau pendapat muktabar).. ko ade tak? bagi la tahu kat aku. plssss.. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #1 goldraja's post
Assalamualaikum.....goldraja.
Sy pun cuma dengar crite yg bahasa syurga adalah bahasa arab. Even soalan kubur pun ditanya dlm bahasa arab (ikut kata si pembaca talkin 2). Kata org bahasa ruh pun sbnarnye dlm bahasa arab cuma secara otomatik di translate ke bahasa kite masing2 melalui kerja batin & akal (2 kata orglah tp entahlah..) spt contoh soalan kubur yg mana smua si mati akan faham bahasa malaikat 2(bahasa arab) cuma nak jwb je bergantung pd amalan smasa hidup didunia. Agaknyelahh....
Klau ade info yg lebih meyakinkan, sharelah kat sini..
sekian wassalam. |
|
|
|
|
|
|
|
Al-Quran diturunkan dalam bahasa Arab sebab Nabi Muhammad berbahasa Arab. Dan sahabat-sahabat semua masa tu pun bahasa Arab.... di terangkan dalam Al-Quran
12.2 Sesungguhnya Kami menurunkannya berupa Al Quran dengan berbahasa Arab, agar kamu memahaminya.
41.3 Kitab yang dijelaskan ayat-ayatnya, yakni bacaan dalam bahasa Arab, untuk kaum yang mengetahui,
43.3 Sesungguhnya Kami menjadikan Al Quran dalam bahasa Arab supaya kamu memahami(nya).
Sama jugak macam kitab injil dalam bahasa aramic sebab Nabi Isa berbahasa aramaic.
Biasanya orang jer cakap bahasa arab bahasa syurga tapi tak ada pulak mana-mana hadith atau ayat quran kata gitu. Nanti ada pula umat Nabi-nabi bukan arab sebelum tu yang kata bahasa syurga bahasa dia orang. |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by goldraja at 31-10-2007 08:21 PM
2) Apa hukumnya 'memahami Al-Quran berdasarkan terjemahan'.. contohnya kalau org Melayu tak pandai Arab tapi cuba memahami Al-Quran sekadar pakai terjemahan dlm bahasa Melayu, kemudian boleh pula berdebat pasal hukum berdasarkan ayat terjemahan..(contohnya, kita boleh tgk sendiri dlm forum cari ni).. pada pendapat aku, terjemahan satu bahasa ke bahasa yg lain tak akan menghasilkan maksud yg seratus peratus sama.. 9 tahun aku belajar bahasa arab tp masih belum mahir dalam menterjemah ayat al-quran.. forumer yg arif, yg rajin berhujah dgn ayat al-quran dan hadis dlm posting mereka, boleh tolong jawab tak..
Al Quran walaupun dalam b. Arab tapi ia di turunkan kepada semua manusia , tak kira Arab ke atau tidak . Kalau semua manusia , realitinya tak semua manusia faham bahasa Arab dan tak semua manusia mampu belajar bahasa Arab . Jadi kalau nak faham bahasa Arab baru nak boleh faham Al Quran maknanya Al Quran di turunkan kepada orang Arab ajelah , sebab orang Arab aje yang boleh memahami dengan cemerlang bahasa mereka .
Jadi jelas bila Allah tujukan Al Quran kepada semua manusia , maka tak perlu memahami bahasa Arab pun akan boleh faham Al Quran lah . Macam mana tu? Dengan baca tafsir dan terjemahan tak kiralah bahasa apa sekalipun tafsiran dan terjemahan tersebut asalkan si penterjemah dan si penafsir tu seorang ulamak muktabar yang mahir berbahasa Arab dan juga perlu mahir tentang segenap ilmu Islam dan juga mahir bahasa yang nak digunakan dalam terjemahan dan tafsirannya .
Pandai bahasa Arab tapi bahasa yang nak diguna sebagai terjemahan itu dia tak mahir maka mana mungkin boleh dia terjemah ke bahasa itu dengan betul . Pandai bahasa Arab dan bahasa yang nak diguna sebagai tafsiran tapi tak pakar dalam ilmu Islam maka tak jalan juga . Belajar pi lah 30 tahun pun bahasa Arab namun tak akan melayakkan seseorang itu untuk menjadi penafsir dan penterjemah Al Quran !
Perlu pakar dalam bahasa Arab , perlu pakar dalam bahasa yang nak di guna sebagai tafsiran dan perlu pakar ilmu Islam baru layak jadi pentafsir dan penterjemah Al Quran ke bahasa lain . Berapa kerat orang kat atas muka bumi ni yang ada 3 kepakaran tersebut secara serentak ? Jadi apa yang kita semua boleh guna (tak kiralah yang belajar bahasa Arab atau yang tak belajar ) melainkan tafsiran dan terjemahan dari para2 ulamak muktabar yang memiliki tiga kepakaran yang diperlukan itu ! Dengan baca tafsir dan terjemahan para2 ulamak muktabar tersebut maka cukuplah untuk membolehkan kita faham Al Quran . Kalau nak debat pun kalau menggunakan tafsir dan terjemahan hasil nukilan ulamak2 muktabar maka tak adalah salahnya .
Allah suruh kita guna akal pemikiran dalam memahami Al Quran jadi gunalah akal fikiran bila baca tafsiran atau terjemahan tak kiralah bahasa apa sekalipun terjemahan atau tafsiran itu untuk betul-betul faham . Dengan pertolongan Allah maka kita akan mampu faham , InsyaAllah jadi beramal banyak2 , hindar dosa , taubat selalu dan doa setiap lepas sembahyang agar Allah kurniakan hati yang bersih supaya senang nak faham Al Quran .
[ Last edited by blastoff at 1-11-2007 10:04 AM ] |
|
|
|
|
|
|
|
Reply to all post
penerangan-penerangan yg cukup berguna, boleh membantu pemahaman aku. syukran jazilan..
dari penerangan yg korang beri, aku dah dpt sikit jawapan utk soalan yg no.2.. kita boleh memahami ayat al-quran berdasarkan tafsir dan terjemahan. tp tidak boleh hanya bergantung kpd terjemahan semata-mata. terjemahan lebih kpd alih bahasa dari bahasa arab ke bahasa ajam. tp terjemahan al-quran pula tidak selalunya tepat sbb ayat al-quran mempunyai uslub bahasa yg tersendiri. mutu kesusasteraannya amat tinggi. org yg setakat memiliki kemahiran bahasa arab yg biasa agak sukar menterjemah ayat al-quran kerana kesukaran dlm memilih perkataan yg sesuai. sbb tu jika kita lihat buku terjemahan al-quran yg biasa mempunyai byk kurungan2 (perkara ni pernah menimbulkan persoalan dari sahabat non muslim).
utk melayakkan seseorang itu mentafsir ayat al-quran sekaligus meng'istinbat' hukum dari ayat al-quran pula memerlukan kualiti ilmu Islam yg tinggi. seseorang itu perlu menguasai disiplin bahasa meliputi dialek bahasa arab, sastera arab dan syair, menguasai disiplin ilmu sirah nabawi meliputi sirah asbabul nuzul, sirah perbuatan, ucapan dan taqrir Nabi SAW, menguasai disiplin ilmu hadis meliputi uslub hadis, rijalul hadis, aturan sanad dan nasakh wa mansukh. seterusnya mengusai disiplin usul fiqh.
bkn sebarangan org boleh mentafsir al-quran. tp org awam boleh memahami al-quran dgn berpandukan tafsir2 muktabar yg perakui oleh seluruh ulama.
amat berguna penerangan korang ni, boleh membantu mengingatkan aku supaya lebih hati2 dlm membicarakan ayat2 al-quran.
soalan 1 & 3 ni blm cukup infio lagi |
|
|
|
|
|
|
|
1) Kenapa Al-Quran diturunkan dlm bahasa Arab? kalau org yg berfikiran sempit mesti on the spot ckp sbb Nabi Muhammad SAW pandai ckp arab je.. boleh terima ke ni? Aku rasa mesti sbb bahasa arab ade keunikkan tersendiri. Tp apa keunikkan tersebut?
Pandangan shaja :
Bahasa arab adalah satu bahasa yang unik yang tidak terdapat dalam pelbagai bahasa lain. Secara perbandingan kalau kita mengkaji bahasa inggeris ngan bahasa melayu berbanding bahasa arab kita dapati bahasa lebih menepati, lengkap dan mempunyai tatabahasa yang unik dan menarik.
Sejarah menceritakan bahawa pada zaman alquran diturunkan kedudukan bahasa arab pada masa itu sangat tinggi. Ketemadunan mereka melebihi dari bahasa yang lain. Mereka mahir dalam puisi dan penggunaan bahasa yang bombastik. Kerana itu penurunan alquran dapat menyaingi keindahan ungkapan yang dilahirkan oleh manusia sehingga allah mencabar mereka supaya mencipta sajak/puisi yang setanding dangannya. |
|
|
|
|
|
|
|
Yup...ada apa dengan bahasa tanpa iman di dada. Orang Arab pun berbahasa Arab tapi ada yg buat maksiat lebih teruk daripada bangsa yg tak cakap arab. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #8 ianho's post
bahasa arab merupakan bahasa yg lebih menepati..
aku setuju yg ni. aku pernah tgk satu siri dokumentari The Sign of Creator.. ia menceritakan ttg pembentukkan janin dlm rahim ibu. al-quran menamakan embrio sebagai "alaq". dlm bahasa arab, "alaq" merujuk kpd benda yg melekat atau parasit. selepas ovum disenyawakan, embrio yg terbentuk akan menempel di dinding rahim. ia akan membentuk salur darah (plasenta) utk menerima darah dari ibu (mcm parasit). jadi penggunaan "alaq" dlm al-quran adalah amat tepat dan boleh dicerna oleh masyarakat arab jahiliah. istilah biologi utk jasad yg kini kita kenal sebagai embrio telah wujud dan digunapakai dlm al-quran sejak 14 kurun yg lalu.
tentu ade byk lagi keunikkan bahasa arab ni sehingga menjadi bahasa al-quran. :re: |
|
|
|
|
|
|
|
tumpang tanye ye?
bahasa arab nie...tulisan dier ade konsep capital case or lower case x? |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #11 veitchac's post
tidak ada konsep capital case atau lower case. tp mcm biasa la, setiap ayat akan dipisahkan dgn tanda seperti noktah (.)..
dalam sesetengah penulisan masa kini, ada juga menggunakan konsep tanda bacaan yg lain seperti tanda seru, tanda soal, pembuka dan penutup kata, koma dan lain-lain.. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #12 goldraja's post
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by ibnur at 1-11-2007 12:24 AM Biasanya orang jer cakap bahasa arab bahasa syurga tapi tak ada pulakmana-mana hadith atau ayat quran kata gitu. Nanti ada pula umatNabi-nabi bukan arab sebelum tu yang kata bahasa syurga bahasa diaorang....
mmg dh jadi pn...org xtian n yahudi anggap bahasa hebrew la bahasa syurga n bahasa mula2 kt dunia ni |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by ibnur at 1-11-2007 12:24 AM Biasanya orang jer cakap bahasa arab bahasa syurga tapi tak ada pulakmana-mana hadith atau ayat quran kata gitu. Nanti ada pula umatNabi-nabi bukan arab sebelum tu yang kata bahasa syurga bahasa diaorang....
mmg dh jadi pn...org xtian n yahudi anggap bahasa hebrew la bahasa syurga n bahasa mula2 kt dunia ni |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by goldraja at 31-10-2007 08:21 PM
1) Kenapa Al-Quran diturunkan dlm bahasa Arab? kalau org yg berfikiransempit mesti on the spot ckp sbb Nabi Muhammad SAW pandai ckp arab je..boleh terima ke ni? Aku rasa mesti sbb bahasa arab ade keunikkantersendiri. Tp apa keunikkan tersebut?
sesetengah point telah diberikan oleh Ibnur...
-antara keunikan bahasa Arab dalam Al Quran termasuklah mukzijat Al Quran itu sendiri mudah dihafal oleh orang yang faham bahasa Arab dan juga orang yang tak faham bahasa Arab |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #17 mnm77's post
ya setuju2....biarlah bahasa arab memelihara Al-Quran seperti mana ia telah terpelihara lebih 1400 thn nie....
keunikan bahasa nie telah menyebabkan ia terpelihara dan susah nak diubahsuai...
lagipun ia menyatukan umat....dlm satu bahasa yg sama....
namun tak salah jugak bahasa2 lain.... sayangi juga bahasa kita sendiri...
kerana bahasa tu Tuhan jugak yg bagi....utk bangsa kita... |
|
|
|
|
|
|
|
Saya rasa kita perlu tahu membezakan antara
a) bahasa Arab pertuturan dan penulisan yang diguna pakai oleh orang-orang Arab dan
b) ayat-ayat Allah yang Allah turunkan dalam bahasa Arab .
Bila saya sebut Bahasa Arab maka saya refer kepada bahasa yang diguna pakai oleh manusia untuk bertutur dan menulis . Bahasa Arab yang di ucapkan sebagai perantaraan pertuturan antara orang-orang Arab sesama mereka tidak sama tarafnya dengan Ayat-Ayat Allah dalam bahasa Arab . Malah orang-orang Arab sendiri pun kagum dan terpesona dengan keindahan Ayat-Ayat Allah dalam bahasa Arab . Orang-orang Arab di zaman nabi amat pandai berpuisi dan bermadah namun apabila mereka mendengar Ayat-Ayat Allah mereka terus merasa teramat kagum akan keunikan dan keindahan Ayat-Ayat Allah yang mana keindahannya merupakan sesuatu yang mereka tak pernah dengar sebelum ini , malah puisi-puisi mereka pun tak setanding dengan Ayat-Ayat Allah walaupun puisi2 mereka juga dalam bahasa Arab!
Bahasa Arab ( bahasa pertuturan dan penulisan yang diguna pakai oleh orang-orang Arab dalam kehidupan seharian mereka) ) tak dapat memelihara sesuatu penulisan itu dari di ubah kerana hadis-hadis Nabi juga dalam bahasa Arab tapi terlalu banyak hadis2 palsu yang juga dalam bahasa Arab tapi telah di ubah dan direka ! Hanya Ayat-Ayat Allah dalam Al Quran yang tak dapat di ubahsuai oleh sesiapapun kerana Al Quran dipelihara oleh Allah sendiri melalui proses hafalan yang Allah mudahkan ke atas manusia dari dulu hingga sekarang ! Banyak juga hasil puisi dan karangan dalam bahasa Arab tapi tak pula mudah untuk manusia ingat dan hafal ! Jadi bahasa Arab (pertuturan dan penulisan manusia) bukan penyebab kepada Al Quran mudah di hafal atau tak dapat di ubahsuai . Mudah dihafal dan tak boleh di ubahsuai adalah hukum Alam yang Allah letakkan pada Al Quran secara eksklusif dan bukannya pada bahasa Arab .
[ Last edited by blastoff at 1-11-2007 10:03 PM ] |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by ibnur at 31-10-2007 11:24 PM
Biasanya orang jer cakap bahasa arab bahasa syurga tapi tak ada pulakmana-mana hadith atau ayat quran kata gitu. Nanti ada pula umatNabi-nabi bukan arab sebelum tu yang kata bahasa syurga bahasa diaorang.
Setuju dgn kenyataan Tuan Mod ......
Jika benar ... bahasa syurga tu arab tentu ada dalilnya .............. |
|
|
|
|
|
|
| |
|