View: 5561|Reply: 36
|
Toyota Di Kedudukan Teratas Dalam Kajian Kepuasan Jualan Di Malaysia
[Copy link]
|
|
KUALA LUMPUR, 30 Okt (Bernama) -- Toyota menduduki tempat teratas di Malaysia dalam memberi kepuasan pembeli dengan jualan kenderaan baru dan proses penyerahan bagi tahun kedua berturut-turut, demikian menurut kajian Indeks Kepuasan Jualan Malaysia J.D. Power Asia Pacific 2007.
Kajian itu menunjukkan Toyota mendahului kedudukan dan penanda aras dalam empat daripada enam faktor, berasaskan kepada proses penyerahan, masa penyerahan, jurujual, kemudahan pengedar, kertas kerja dan janji niaga.
Nissan dan Inokom menyusuli Toyota dalam senarai kedudukan itu, dengan Nissan berprestasi baik dalam proses penyerahan, kata firma perkhidmatan maklumat pemasaran global J.D. Power dalam satu kenyataan dari Singapura.
Kajian itu, yang kini dalam tahun kelima, mengkaji kepuasan pembeli kenderaan baru dengan pengalaman jualan dan penyerahan.
Ia berdasarkan kepada jawapan daripada lebih 3,000 pemilik 60 model kenderaan berbeza yang memilikinya pada dua hingga enam bulan, kata J.D. Power.
Kepuasan jualan mencecah paras tertinggi pada 2007 dengan 772 mata indeks di atas skala 1,000 mata, yang merupakan peningkatan sebanyak 20 mata daripada tahun lepas, kata firma itu.
Peningkatan dalam kepuasan keseluruhan dalam segmen nasional, yang termasuk Inokom, Naza, Perodua dan Proton, adalah lebih besar daripada dalam segmen bukan nasional, tambahnya.
Kajian itu mendapati bahawa penyerahan kenderaan seperti dijanjikan dan pada masa yang sesuai adalah penting kepada kepuasan pelanggan.
"Menunaikan janji kepada pelanggan berhubung dengan penyerahan kenderaan adalah amat penting. Di samping itu, menjadualkan penyerahan kenderaan pada masa yang selesa bagi para pelanggan boleh meningkatkan kepuasan pelanggan," kata Endina Widartama, pengurus negara di pejabat J.D. Power and Associates di Singapura.
Kajian itu juga mendapati bahawa sembilan dalam 10 pembeli kenderaan baru Malaysia memperoleh pinjaman untuk membiayai kenderaan baru mereka, dan kepuasan pelanggan turun dengan ketara apabila jurujual menawarkan pinjaman hanya selepas pelanggan menanyakannya.
"Walaupun terdapat syarat yang ketat yang mesti dipenuhi oleh pelanggan untuk diluluskan bagi pinjaman pembelian kenderaan, peratusan pembeli kenderaan baru di Malaysia yang mengambil pinjaman adalah agak tinggi daripada di negara lain di rantau ini," kata Widartama.
Kajian itu juga mendapati bahawa memuaskan hati pelanggan dengan melebihi jangkaan mereka dengan proses jualan kekal penting dalam meningkatkan kesetiaan dan sokongan pelanggan. |
|
|
|
|
|
|
keptenmarbel This user has been deleted
|
|
|
|
|
|
|
|
ya...congrats.
buatan jpoon. |
|
|
|
|
|
|
|
reka di jipon bikin di thailand pada pendapat saya, toyota bkn terkenal dgn teknologi, hanya strateginya pandai. |
|
|
|
|
|
|
|
congratssssssssssssssss![](static/image/smiley/default/loveliness.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
tahniah jugak la, walaupun aku tak guna toyota nih... ![](static/image/smiley/default/titter.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
sesaper kerja toyota tu, jgn lupa banjer kengkawan biler dapat bonus 6 bulan tu nanti.....![](static/image/smiley/default/shy.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
dari dulu lagi aku dah compare......
nissan dgn honda...honda lagik ok...
honda dgn toyota...toyota lagi ok.....
sbb tu aku dah target nak amik avanza dlm 3 tahun lagi...itupun kalau belum ada model baru kuar........![](static/image/smiley/default/lol.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #10 spirkaklampuru's post
aku pulakk lagi 3 tahun nak ambik AE86... ![](static/image/smiley/default/lol.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
makin teruja nak sambar toyota.. ![](static/image/smiley/default/funk.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
mmg puas hati...![](static/image/smiley/default/biggrin.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #11 takumi86's post
ceh..kereta lapok tu lainlah kalau tuner dier bunta![](static/image/smiley/default/lol.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
pastu jgn lupa cat putih ngan black lines. TUlis kat situ 'Kedai Tempe Takumi' atau ' Kedai Belacan Takumi' |
|
|
|
|
|
|
|
ini cuma kajian tentang kepuasan masa penyerahan je..
bukannya kepuasan memandu![](static/image/smiley/default/sad.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by neotoxin at 2-11-2007 09:24 AM ![](http://forum3.cari.com.my/images/common/back.gif)
pastu jgn lupa cat putih ngan black lines. TUlis kat situ 'Kedai Tempe Takumi' atau ' Kedai Belacan Takumi'
aku ingat nak meniaga taufufaa jer kat pasar mlm jerrr... ![](static/image/smiley/default/loveliness.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #17 tuan_hakim's post
kalau kepuasan masa penyerahan lagik ok protong......mana2 org nak amik keta baru apa brand pun mmg puas laaa....nak keta baru la katakan.......... ![](static/image/smiley/default/lol.gif) |
|
|
|
|
|
|
| |
|