CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 35135|Reply: 11

[Politik] Menggelupur Risau Anwar Belum Dapat Cakap Dengan Trump

[Copy link]
Post time 10-2-2025 11:39 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Edited by Mahathirina at 10-2-2025 11:43 PM



Duta Besar Malaysia ke Amerika Syarikat yang akan tamat perkhidmatannya, Nazri Aziz, menyangkal kritikan yang dilontarkan kepadanya pada hari-hari terakhirnya menyandang jawatan itu.

Nazri menjawab isu dibangkitkan bekas Ahli Parlimen Bangi, Ong Kian Ming, yang mendakwa dia gagal mengatur panggilan telefon antara presiden Amerika, Donald Trump dan Perdana Menteri Anwar Ibrahim.

“Saya sudah menjawab apa yang dibangkitkan oleh bekas Ahli Parlimen Bangi ini dan saya tidak akan mengulanginya.

“Cuma saya nak sebutkan bahawa amat dangkal bila menganggap mengatur panggilan telefon antara Anwar dan Trump itu satu kepentingan.

“Sepatutnya yang perlu diutamakan adalah nilai pelaburan syarikat-syarikat AS ke Malaysia. Tetapi mungkin untuk orang bijak seperti Kian Ming, perkara ini tidak penting," kata bekas Ahli Parlimen Padang Rengas itu.

Pada 21 Januari lalu, isteri Nazri, Haflin Saiful, berkongsi gambar mereka meraikan kemenangan Trump sambil Nazri dilihat memegang sepanduk dengan slogan "Make America Great Again".

Semalam, Nazri mengesahkan kontrak dua tahunnya sebagai duta yang dilantik secara politik telah berakhir dan akan pulang ke tanah air pada 14 Februari.

Namun, Nazri menafikan dia "dipanggil balik" sebelum tempoh perkhidmatannya berakhir.

Sepanjang berada di Washington, Nazri menyebut dua kejayaan utama yang dicapainya - penyerahan dua rakyat Malaysia yang ditahan di Guantanamo Bay serta peningkatan ranking Malaysia dalam indeks tahunan pemerdagangan manusia AS.

Mengulas lanjut, Nazri berkata Ong sepatutnya faham bahawa pasukan Trump tidak mungkin memberi ruang untuk mengatur panggilan telefon dengan Anwar, memandangkan pendirian tegas perdana menteri dan Malaysia mengenai isu Palestin.



“Kian Ming juga perlu faham, jika kita beria-ia mahu supaya Anwar dapat bercakap melalui telefon dengan Trump, apa guna kenyataan-kenyataan tegas dalam isu Palestin yang dibuat sebelum ini?

“Atau bagi Kian Ming isu Palestin ini tidak penting, yang lebih penting adalah bercakap dengan Trump. Sepatutnya kita tidak boleh berkompromi dan mempertahankan pendirian kita dalam isu Palestin ini," kata Nazri.

Nazri turut mendedahkan bahawa dia dipanggil oleh Jabatan Negara AS sebanyak lima kali susulan kenyataan Anwar sebelum ini mengenai Gaza, termasuk mempertahankan Hamas dan bertemu pemimpinnya Allahyarham Ismail Haniyeh di Qatar; serta mempertahankan hak Iran untuk bertindak balas selepas serangan Israel terhadap konsulatnya di Syria.

Ong, dalam kritikan terhadap Nazri, membuat spekulasi mengenai calon yang akan menggantikan Nazri, termasuk anak perempuan Anwar, Nurul Izzah, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Pelaburan, Tengku Zafrul Aziz, serta bekas Ahli Parlimen PKR, Yusmadi Yussof.

Bagaimanapun, Nazri mendakwa Ong, yang juga bekas timbalan menteri, sedang melobi untuk dilantik sebagai duta Malaysia ke AS yang baru.

“Tak perlulah bermain politik. Katakanlah sahaja yang anda mahukan jawatan itu. Itu lebih mudah dari sibuk mencari kelemahan dan kesalahan saya.

“Sepanjang dua tahun menjadi duta, saya akui bahawa saya bukanlah yang terbaik dan tentunya saya mempunyai banyak kelemahan.

“Namun sebelum mendapat jawatan ini saya tidak pernah membuat kenyataan dengan menyenaraikan kelemahan duta-duta sebelum ini," tegasnya.

Nazri juga menegaskan dia tidak pernah melobi untuk jawatan tersebut, sebaliknya namanya dicadangkan oleh Perdana Menteri ketika itu, Ismail Sabri Yaakob.

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-2-2025 11:41 PM From the mobile phone | Show all posts
Spouse to the ambassador watpe tu?

Reply

Use magic Report

Post time 11-2-2025 12:17 PM From the mobile phone | Show all posts
sharlenetexas replied at 10-2-2025 11:41 PM
Spouse to the ambassador watpe tu?

Mesti sheols frust tak dapat jd bini duta msia ke us lg. balik ke paree besarkan jepi je pasni.
Reply

Use magic Report

Post time 11-2-2025 01:25 PM | Show all posts
nwart ni selalu jaja dia terpaling hebat, semua tokoh dunia sanjung dia, hakikatnya takdak sapa kenai dan peduli pon
Reply

Use magic Report

Post time 11-2-2025 02:00 PM From the mobile phone | Show all posts
Mmg patut blah la nazri. Lantikan politik. Post tu patut dpt kat penjawat awam bkn ahli politik.
Reply

Use magic Report

Post time 11-2-2025 02:30 PM | Show all posts
Nazri turut mendedahkan bahawa dia dipanggil oleh Jabatan Negara AS sebanyak lima kali susulan kenyataan Anwar sebelum ini mengenai Gaza, termasuk mempertahankan Hamas dan bertemu pemimpinnya Allahyarham Ismail Haniyeh di Qatar

G2G US dgn Malaysia bukan mesra mana pun. It's official.

Priority skrg nak cari peluang ekonomi ja dengan syarikat2 US tanpa perlu much political connection or maybe yang sokong nek Kamala

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 11-2-2025 03:00 PM | Show all posts
Mula2 tu aku menyampah gak acik haflin nazri aziz jadi bini diplomat kat sana, lama2 mcm ok je tgk dia enjoy betul dgn role dia tu,  ni bila aku dah restu kena balik pulak hermm
Reply

Use magic Report

Post time 11-2-2025 03:04 PM | Show all posts
kak mah dulu tak ingat ke punya  bangga mendabik dada konon krn dia berusaha tak tido malam bagai sampai berjaya arranged utk najib dpt ckp dgn trump lol
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-2-2025 03:37 PM From the mobile phone | Show all posts
So dia kena balik sebab apa noks.. ayat cam nawt tak de gigih nak jumpa Trump
Reply

Use magic Report

Post time 11-2-2025 04:28 PM | Show all posts
dh habis kontrak bagusla.. bukan dia yg keje pun.. gaya mcm bini yg kerja lebih.. eh!
Reply

Use magic Report

Post time 11-2-2025 06:19 PM | Show all posts
ChildrenOfBodom replied at 11-2-2025 01:25 PM
nwart ni selalu jaja dia terpaling hebat, semua tokoh dunia sanjung dia, hakikatnya takdak sapa kena ...

Bodohnya hang.
Reply

Use magic Report

Post time 11-2-2025 06:21 PM | Show all posts
Lerrr melobi jawatan ke?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Mahu Bina Third Temple Di Tapak Masjid Al-Aqsa ~ 'Menteri' Pertahanan Trump #kesrogol
borneMahu Bina Third Temple Di Tapak Masjid A
Views : 23954 Replies : 24
Nabila berang dituduh sudah rujuk dengan Sharnaaz- Jangan jadi bodoh!
RalineNabila berang dituduh sudah rujuk dengan
Views : 35993 Replies : 13
Acikpor vs. Ngai
maklukpenggodaAcikpor vs. Ngai
Views : 203064 Replies : 7535
Individu Terkesima Orang Ramai Sanggup Beratur Semata-mata Mahu Beli Mekap.Netizen terbelah dua
YgBenarIndividu Terkesima Orang Ramai Sanggup B
Views : 31457 Replies : 37
Kamal Adli terlalu sayang anak dan isteri, jawab dakwaan ke mahkamah syariah
RalineKamal Adli terlalu sayang anak dan ister
Views : 10324 Replies : 4
Prinsip hidup sama, memang sekufu! Hanis Zalikha bertuah bersuamikan Hairul Azreen
RalinePrinsip hidup sama, memang sekufu! Hanis
Views : 37811 Replies : 54
Kalau bawa awek mana boleh parking kereta di zon pink!
RalineKalau bawa awek mana boleh parking keret
Views : 37314 Replies : 44
Are you ready?
BicaraHatikuAre you ready?
Views : 11705 Replies : 8
TV show dan Movie Best di Netflix
NaatashaTV show dan Movie Best di Netflix
Views : 140011 Replies : 676
Menggelupur Risau Anwar Belum Dapat Cakap Dengan Trump
MahathirinaMenggelupur Risau Anwar Belum Dapat Caka
Views : 32783 Replies : 4

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-2-2025 06:26 PM GMT+8 , Processed in 0.440586 second(s), 21 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list