View: 37434|Reply: 39
|
Prinsip hidup sama, memang sekufu! Hanis Zalikha bertuah bersuamikan Hairul Azreen
[Copy link]
|
|
Memegang prinsip hidup yang sama merupakan antara sebab pelakon Hanis Zalikha bulat hati memilih aktor Hairul Azreen sebagai suaminya 10 tahun lalu.
Hanis atau Hanis Zalikha Zainal Rashid, 35, bersyukur kerana dipertemukan dengan Hairul yang disifatkan sebagai sekufu dalam pegangan hidup.
Malah katanya, Hairul, 37, bukan sahaja tidak merokok dan menjauhi perkara terlarang tetapi juga sarat dengan sikap pemurah dan mempunyai empati terhadap orang lain.
"Satu perkara yang akan sentiasa sama ialah prinsip hidup. Saya sangat mementingkan perkara ini apabila memilih suami pada masa itu.
"Saya bersyukur dipertemukan dengan seorang lelaki yang tidak merokok, minum (alkohol), mengambil dadah dan terlibat dengan duit haram.
"Kami memiliki pandangan hidup yang sama iaitu murah hati dan empati," katanya.
Hanis berkongsi perkara itu sebagai menjawab pertanyaan netizen mengenai keyakinannya terhadap Hairul sebagai suami walaupun mereka memiliki perbezaan.
Dalam pada itu, pemilik jenama fesyen Cakenis itu turut berkongsi mengenai hubungan istimewa yang terjalin antara dirinya dan Hairul sebelum berkahwin.
Ketika itu kata Hanis, mereka sangat menyukai antara satu sama lain dan rakan-rakan menjadi saksi tentang percintaan mereka.
"Saya tidak rasa orang akan faham bagaimana saya menyimpan perasaan terhadap dia (Hairul) dan dia pun berbuat perkara yang sama.
"Kami sangat gila dalam percintaan. Rakan-rakan kami pun menyaksikan betapa gilanya kami antara satu sama lain," ujarnya.
Untuk rekod, Hanis dan Hairul mendirikan rumah tangga pada Jun 2015.
Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Yusuf Iskandar, 9, dan Alisa Aisyah yang kini berusia enam tahun.
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Tak koser nak habiskan duit brli baju caknis ![](static/image/smiley/default/titter.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
Rare ya keknis confess yg dia pun head over heels dengan kekrul. Ingatkan kekrul je yang dok tergila2 mengejar.. keknis dulu2 macam layan tak layan je. |
|
|
|
|
|
|
|
Ye bagus lah kalau sekufu dan xde melibatkan duit haram.....
![](static/image/smiley/default/1.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
perlu ke mention duit haram wei hehe
|
|
|
|
|
|
|
|
tak tau naper i annoyed tengok this guy...![](static/image/smiley/default/shocked.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
oggy replied at 10-2-2025 05:20 PM
Rare ya keknis confess yg dia pun head over heels dengan kekrul. Ingatkan kekrul je yang dok tergila ...
Aii kalau dia tak gilakan kekrul tu takde la dia sanggup kahwin dan lahirkan anak2 kekrul
Takat kekrul tak fluent BI tu apa la sangat nak dibandingkan ngn kesedapan dia yg lelain
Tak merokok, tak amik arak, tak terlibat duit harom, tak boroi, body sentiasa kekar dan perkasa
Lasak dan tangkas maklumlah stuntman
Kekrul plak mmg tergila2kan diaaaa
|
|
|
|
|
|
|
|
Shayang replied at 10-2-2025 09:22 PM
Aii kalau dia tak gilakan kekrul tu takde la dia sanggup kahwin dan lahirkan anak2 kekrul
Takat k ...
Iya maksud i dulu keknis ni macam reserved sikit tak tunjuk sangat yg dia pun gilakan kekrul tu. Ke sebab i tak follow sgt diorg ni dulu2 so tak perasan.. walaupun orang kutuk kekrul tapi bg i memang bertuah ye keknis dapat pasangan yg sehati-sehiwa macam yg diidamkan. Nampak lah they complement each other. Moga berkekalan. |
|
|
|
|
|
|
|
Amik le kerul tu hanis oii..tkde sapa nk dia pun |
|
|
|
|
|
|
|
Alhamdulillah even dulu kena bahan yg hairul ni hanya menepati ciri ke 12 keknis iaitu Lelaki..tp nmpak la usaha si kekrul nk jd providers pd hidup keknis dan anak2 |
|
|
|
|
|
|
|
Ingatkan kekrul je obses kt keknis, rupanya keknis pun obses kt tok laki. Bagus la kome berjodohan. Till jannah la |
|
|
|
|
|
|
|
Shayang replied at 10-2-2025 09:22 PM
Aii kalau dia tak gilakan kekrul tu takde la dia sanggup kahwin dan lahirkan anak2 kekrul
Takat k ...
Tapikan aku rasa keknis deserves someone better![](static/image/smiley/default/cry.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
Tak der org nak comment pasal clothing line dia ni ke? Ok ke idok |
|
|
|
|
|
|
|
Aku sejak tahun 2015 teringin nak beli shawl keknis sebab baca komen forumers kata best pakai shawl dia namun sampai sekarang aku tak beli beli lagi. Wujud lagi ke shawl yang 3 plain shawl panjang Rm100 tu kan |
|
|
|
|
|
|
|
oggy replied at 10-2-2025 09:20 AM
Rare ya keknis confess yg dia pun head over heels dengan kekrul. Ingatkan kekrul je yang dok tergila ...
Dia cuba taknak nampak jadi penyondol ex kekrul kot waktu tu... Xnak kotorrkan nama yg baru2 nak naik. Huhuu |
|
|
|
|
|
|
|
doodlediddle replied at 10-2-2025 03:54 PM
Kekrul: Will you marry me?
Keknis: emm…InsyaAllah (sambil expression Xthu nk buat ape)
Gv musim 1 la yg org tgk final je tu. Hahahaha |
|
|
|
|
|
|
|
dari dulu tgk peel, kelakuan, kata2 laki neh mcm iols plak malu2 segan
bagus la bini dia obses dgn dia![](static/image/smiley/default/lol.gif)
|
|
|
|
|
|
|
| |
|