View: 13209|Reply: 13
|
Pulau Lelaki Tua Tidur
[Copy link]
|
|
Pulau Lelaki Tua Tidur
Oleh Mohd Azrone Sarabatin
'Pu' Mattoa Lalla Atoli' dipercayai kisah kasih sayang tiga beranak
PULAU Lelaki Tua Tidur di Laut Sulawesi berhampiran pesisir pantai pekan Semporna, Sabah menyimpan seribu misteri dan kononnya muncul sebagai bukti cinta sejati atau persahabatan yang berakhir dengan permusuhan.
Pulau yang turut dikenali sebagai 'The Sleeping Old Man' atau dalam bahasa Bajau Semporna 'Pu' Mattoa Lalla Atoli' itu dipercayai wujud sejak lima juta tahun lalu.
Ia merangkumi tiga pulau iaitu Pulau Gaya di utara (kaki), Pulau Bohay Dulang (tengah (badan) dan Pulau Tetangan (selatan (kepala).
Ada dua mitos popular mengenai asal-usul pulau itu - cinta sejati tiga insan iaitu ibu, bapa dan anak yang sukar dipisahkan serta pertarungan dua sahabat baik yang berpunca daripada fitnah disebarkan masyarakat setempat.
Dari aspek penyelidikan saintifik, kajian Universiti Sains Malaysia (USM) mendapati pulau itu adalah sisa tinggalan letupan gunung berapi besar, kira-kira lima juta tahun lalu. |
|
|
|
|
|
|
|
Pulau terbentang luas mirip manusia berbaring itu boleh dilihat dengan jelas dari tengah dan puncak Bukit Tengkorak, dekat pekan Semporna. Tiada penduduk mendiami pulau berkenaan.
Bagaimanapun, Pulau Bohay Dulang dimajukan sebagai destinasi pelancongan oleh Taman-taman Sabah, sebuah agensi kerajaan negeri di bawah Kementerian Kebudayaan, Pelancongan dan Alam Sekitar.
Cerita lisan yang diperoleh daripada penduduk setempat mendakwa pasangan suami isteri, Tetangan dan Gaya, sangat menyayangi anak tunggal mereka, Bohay Dulang, sehingga tidak sanggup berpisah walaupun menyedari hidup akan berakhir kematian.
Ketika usia meniti senja, pasangan itu khuatir tiada siapa bakal menjaga Bohay Dulang yang dikatakan berusia 18 tahun dan belum berumahtangga.
Pelbagai ikhtiar dijalankan termasuk mahu mengahwinkan Bohay Dulang tetapi ditolak si anak dengan alasan tidak mahu membahagikan kasih sayang kepada orang ketiga.
Bohay Dulang yang kononnya mempunyai paras menawan menjadi kegilaan ramai wanita tetapi anak muda itu mengabadikan cinta hanya kepada ibu bapanya.
Alasannya, kasih sayang ibu bapa tidak seharusnya dikongsi dengan orang lain dan jika beliau berumahtangga, sudah pasti ia menyebabkan mereka berpisah untuk membina hidup baru.
Hari berganti, tiga beranak itu cuba mencari penyelesaian terbaik untuk bersatu selamanya dengan apa cara sekali pun. Bagaimanapun, mereka menolak pilihan untuk membunuh diri kerana ia adalah pantang larang nenek moyang.
Ketika itu, Islam belum sampai ke Semporna atau dikenali Tongtalun dan penduduk mengamalkan kepercayaan animisme.
Tetangan dan Gaya hanya dikurniakan cahaya mata selepas 10 tahun mendirikan rumah tangga, sekali gus mahu hidup lama untuk membesarkan anak kesayangan mereka dan melihat perkembangan hidupnya. |
|
|
|
|
|
|
|
Mengikut cerita, pasangan itu nekad menemui bomoh supaya mereka dapat diubah menjadi pulau.
Sebelum ketiga-tiganya bertukar menjadi pulau, Tetangan dan Gaya menyerahkan semua harta kepada Bohay Dulang sebagai bukti kasih sayang serta mengharapkan anak mereka masyhur pada masa depan.
Dipercayai kerana itu, pulau Bohay Dulang memiliki keistimewaan tersendiri menerusi pemandangan cantik di darat dan dasar laut dan kini menjadi tarikan pelancong.
Ia hanya mitos yang dihikayatkan penglipurlara lebih 100 tahun lalu dan kini cerita 'Pu' Mattoa Lalla Atoli' sukar ditemui.
Sebuah lagi cerita popular adalah persahabatan dua sahabat sejati yang berakhir dengan pertarungan dahsyat.
Si Bohay dan Si Buun kononnya bersahabat baik dan mempunyai ilmu mempertahankan diri sihir setara.
Bagaimanapun, akibat perselisihan faham yang berpunca daripada perkara kecil berbentuk fitnah, kedua-duanya bermusuh dan bertarung untuk membuktikan kegagahan menjadi ketua masyarakat.
Pertarungan itu memakan masa lebih 10 tahun dan berakhir dengan keduanya diisytiharkan tewas kerana Si Bohay menjadi Pulau Bohay Dulang manakala Si Buun menjadi Pulau Sibuun yang masih wujud di Laut Sulawesi.
Ada juga pendapat mengatakan Si Buun menjadi batu karang yang boleh ditemui di dasar laut berhampiran Pulau Lelaki Tua Tidur.
Biarpun tiada bukti saintifik, cerita keunikan pulau itu boleh dimanfaatkan untuk tarikan tambahan pelancong ke pulau 'The Sleeping Old Man'.
Paling penting, Pulau Lelaki Tua Tidur menjadi aset sektor pelancongan Semporna yang diharap memberi pulangan ekonomi kepada penduduk daerah berkenaan.
Ketika ini, pulau itu adalah pakej tambahan kepada mereka yang mengunjungi destinasi pelancongan arkeologi, Bukit Tengkorak dengan menyaksikan keunikan pulau itu dari bukit berkenaan.
Bagaimanapun, fakta sains tidak boleh diabaikan bagi memastikan kita tidak ketinggalan zaman dan dapat menyesuaikan diri dengan apa juga keadaan kesan kemajuan teknologi.
Biarpun hanya mitos, banyak pengajaran di sebalik peristiwa itu terutama hubungan ibu bapa dan anak yang memerlukan ikatan cinta sejati dan sebarang perselisihan perlu diselesaikan secara bijak.
Mereka yang tidak mengetahui sejarah pasti hairan mengapa penduduk setempat memilih untuk berumah di dalam laut dan bukannya di Pulau Lelaki Tua Tidur yang terbentang luas tetapi terbiar sepi tanpa penghuni.
Hakikatnya, mereka adalah masyarakat Bajau Laut yang sukar dipisahkan dengan laut dan memilih membina kediaman seiring alunan ombak atas nama mempertahankan budaya warisan turun-temurun.
Jika nenek moyang adalah masyarakat nomad yang memilih untuk tinggal dalam perahu, ada suntikan perubahan di kalangan generasi sekarang yang mendiami rumah dibina dalam laut.
Ada juga mitos mengatakan, mereka takut kepada sumpahan kerana 'The Sleeping Old Man' kononnya adalah jasad manusia yang disumpah menjadi pulau, justeru menerbitkan kebimbangan kalau-kalau badi sumpahan menyusup ke dalam kehidupan harian. |
|
|
|
|
|
|
|
FAKTA: Pulau Lelaki Tua Tidur
Pulau Lelaki Tua Tidur di Semporna, Sabah merangkumi tiga pulau iaitu Pulau Gaya di utara, Pulau Bohay Dulang (tengah) dan Pulau Tetangan (selatan).
Ada dua cerita paglipurlara mengenai pulau itu iaitu cinta sejati Tetangan, Gaya dan Bohay Dulang serta pertarungan dua sahabat iaitu Si Bohay dan Si Buun.
Penyelidikan saintifik oleh Universiti Sains Malaysia (USM) mendapati pulau itu adalah sisa tinggalan letupan gunung berapi besar, kira-kira lima juta tahun lalu.
Pulau turut dikenali 'Pu' Mattoa Lalla Atoli' menjadi pakej tambahan kepada pelancong yang mengunjungi destinasi pelancongan arkeologi, Bukit Tengkorak dengan menyaksikan keunikan pulau itu dari bukit berkenaan.
Bagaimana ke Pulau Lelaki Tua Tidur?
Ada penerbangan terus dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) ke Tawau atau dari Kota Kinabalu. Untuk ke Semporna, anda boleh menaiki teksi dari lapangan terbang Tawau.
Bas mini turut disediakan dari bandar Tawau dan perjalanan 105 kilometer ke Semporna mengambil masa kira-kira sejam.
Untuk ke 'Pu' Mattoa Lalla Atolli', pelawat boleh mendapatkan bot dari Jeti Seafest, Semporna dengan perjalanan kira-kira setengah jam
Anda juga boleh menaiki bas ekspres dari Kota Kinabalu ke Semporna dengan perjalanan kira-kira sembilan jam. |
|
|
|
|
|
|
|
info yang baik bagi yang berminat melancong |
|
|
|
|
|
|
|
Assalamualaikum...
menarik info ni....berminat rasanya nak ke sana dan merungkai sendiri dari pandangan semua.... |
|
|
|
|
|
|
|
My friend pernah cakap orang Bajau laut ni kalau die duduk kat darat, die mabuk darat...dulu lahhh |
|
|
|
|
|
|
|
Kalau lah dapat bercuti kat situ ish ish ish.Alangkah syahdunya.Laut adalah sahabat setiaku. |
|
|
|
|
|
|
|
aku baru pes time dengar pasal pulau neh..nice info |
|
|
|
|
|
|
|
Balas #11 elle_april\ catat
uissshhhh gmbr...
err...pulau2 kat belah sana mmg cun le...
tip top lagi keadaanya...
so mari la kita cuti2 malaysia..+ cuti2 pulau.. |
|
|
|
|
|
|
|
tepek lar gambar !
mane ghupe Pulau Lelaki Tidur tue tido |
|
|
|
|
|
|
| |
|