View: 23695|Reply: 23
|
Masalah Sembelit (incl sembelit kanak kanak)
[Copy link]
|
|
Akak compile kan some articles pasal kesihatan - masalah sembelit - kat sini.. hopefully berguna utk those yg faced with this problem..
Dari Utusan Malaysia:
(http://www.utusan.com.my/utusan/content.asp?y=2007&dt=1202&pub=Utusan_Malaysia&sec=Kesihatan&pg=kn_01.htm)
Mengatasi masalah sembelitOleh: SHAFINAZ SHEIKH MAZNAN
SEMBELIT merupakan suatu keadaan pengosongan usus yang jarang berlaku, najis atau tinja (feses) adalah keras dan kecil atau perkumuhan feses menjadi sukar.
Ia mungkin mengakibatkan kesakitan dan jika keadaan serius, boleh mengakibatkan tanda-tanda usus yang tersumbat.
憫Obstipation merujuk kepada penyakit sembelit yang serius. Sembelit terjadi mungkin disebabkan oleh cara pemakanan, perubahan hormon, kesan sampingan dari ubat dan perubahan struktur badan manusia.
憫Sembelit boleh dirawat dengan perubahan cara pemakanan (menambahkan fiber dalam makanan), pengambilan ubat pelawas atau laksatif (julap), enema dan pembedahan,拻 kata Pakar Bedah, ColumbiaAsia Medical Centre, Seremban, Negeri Sembilan, Dr. Abd. Hamid Mat Sain.
*Tanda-tanda awal
Bagi kes sembelit yang biasa, bahan buangan adalah keras dan sukar untuk dikeluarkan.
Meneran mungkin akan menyebabkan hemoroid (buasir) dan fisur anus (perekahan kulit dubur).
Menurut Dr. Abd. Hamid, bahagian abdomen mungkin membengkak, rasa ketegangan dan kadangkala bunyi pergerakan usus yang kuat dari biasa boleh kedengaran.
憫Ramai yang berfikir bahawa adalah perlu bagi seseorang itu melakukan perkumuhan usus (membuang air besar) setiap hari.
憫Namun begitu, ia adalah normal jika seseorang itu membuang air besar sebanyak sekali dalam seminggu kerana ini tidak akan menyebabkan sebarang tanda,拻 ujar beliau.
Ini bergantung kepada tabiat pemakanan, senaman dan lain-lain faktor.
Dr. Abd. Hamid berkata, kes-kes serius (impaksi feses) mungkin akan memperlihatkan tanda-tanda usus tersumbat (muntah) dan cirit-birit paradoksikal di mana bahan buangan yang cair dari usus kecil melepasi bahan terimpak di dalam kolon dan keluar dari dubur.
Sembelit di kalangan kanak-kanak boleh mengakibatkan najis terkeluar dengan tidak terkawal (enuresis; perkumuhan air kencing secara tidak sengaja terutama membasah tilam pada waktu malam dan enkopresis; inkontinens feses. Istilah ini digunakan untuk kekotoran feses berkaitan dengan gangguan psikiatrik)
*Diagnosis
Keterangan oleh pesakit mengenai gejala-gejala pesakit membolehkan diagnosis dibuat.
憫Dari aspek tabiat pemakanan, didapati mereka yang mengalami sembelit disebabkan oleh kekurangan dalam pengambilan makanan yang mengandungi fiber atau cecair.
憫Sembelit yang disebabkan oleh kekurangan pergerakan mungkin terjadi di kalangan orang dewasa.
憫Kesan dari pengambilan ubat-ubatan juga boleh mengakibatkan sembelit (antidepresan dan opiat). Tanda-tanda yang menunjukkan hipotiroidisme jarang ditemui,拻 terang beliau.
Semasa pemeriksaan fizikal, kata Dr. Abd. Hamid, sibalum iaitu seketul atau sekelompok najis yang ketara mungkin dapat dikesan.
Pemeriksaan rektal (dubur) dapat memberikan gambaran ton sfinkter anal (gelang otot sekeliling dubur) dan sama ada rektum - bahagian akhir usus besar mempunyai sebarang najis.
Jika ini berlaku, kata Dr. Abd. Hamid, supositori atau enema mungkin boleh dipertimbangkan dan pengambilan ubat secara oral (ditelan) mungkin perlu.
憫Pemeriksaan rektal juga dapat memberikan maklumat mengenai konsistensi najis, kehadiran hemoroid dan kebarangkalian wujud sebarang tumor (ketumbuhan).
憫Pemeriksaan sinar-X di bahagian abdomen, yang dilakukan ke atas pesakit mungkin menunjukkan kehadiran feses terimpak di dalam kolon dan seterusnya dapat memastikan faktor-faktor lain yang mempunyai tanda-tanda yang sama,拻 jelasnya.
[ Last edited by linb at 3-12-2007 03:12 PM ] |
|
|
|
|
|
|
|
sambungan...
*Punca-punca penyakit sembelit
1. Najis yang keras
* Kekurangan dalam pengambilan diet yang mengandungi fiber
* Penghidratan
* Ubat-ubatan diuretik dan ubat-ubatan yang mengandungi besi, kalsium dan aluminium
Kelemahan otot atau transit yang perlahan, di mana tindakan peristaltic akan musnah atau tidak berlaku, menyebabkan najis tidak bergerak
* Hipotiroidisme (aktiviti kelenjar tiroid yang kurang daripada normal atau bertindak perlahan)
* Hipokalsemia, kehadiran kepekatan kalsium yang terlalu rendah dalam darah
* Kecederaan sfinkter anal
* Ubat-ubatan seperti loperamide, opioids (codeine dan morfin) dan sesetengah jenis antidepresan
* Penyakit yang serius atas sebab-sebab yang lain
* Porfiria akut, salah satu daripada kumpulan penyakit keturunan yang jarang berlaku disebabkan oleh gangguan metabolisme hasil penguraian hemoglobin yang dikumuhkan dalam air kencing
* Diskesia, suatu bentuk sembelit akibat menahan secara berterusan dan lama keinginan untuk membuang air besar
* Penjerutan, di mana sebahagian dari usus kecil atau rektum adalah sempit atau tersumbat disebabkan pemampatan atau pengecutan organ di mana najis tidak dapat keluar
* Penyempitan (istilah perubatannya, striktur)
* Divertikula - sak atau kantung terbentuk pada tempat-tempat lemah dalam dinding trek alimentari
* Tumor atau ketumbuhan di usus atau tisu di sekeliling usus
2. Sembelit psikosomatik, berdasarkan kemurungan atau ketidakbiasaan dengan keadaan sekitar
* Sembelit fungsi
* Sembelit, sindrom kerengsaan usus, diklasifikasi oleh gabungan sembelit dan rasa tidak selesa dan atau rasa sakit di bahagian abdomen
Rawatan
憫Bagi mereka yang tidak mengalami sebarang masalah perubatan, campur tangan utama ialah penambahan kandungan cecair (terutamanya air) dan makanan yang berasaskan fiber.
憫Peningkatan makanan berasaskan fiber boleh dilakukan dengan menambah pengambilan sayur-sayuran dan buah-buahan, roti yang tinggi serat dan biji rami dalam pemakanan.
憫Amalan pengambilan ubat pelawas secara rutin tidak digalakkan kerana ini akan menyebabkan usus bergantung penuh kepada penggunaan pelawas,拻 kata Dr. Abd. Hamid.
Menurutnya, pelawas mungkin penting bagi mereka yang mempunyai gangguan tabiat pemakanan yang tidak efektif dan sesuai.
Penggunaan perangsang pelawas (seperti sena) perlu dihindari kerana ia akan memburukkan lagi masalah kekejangan yang selalu dialami ketika sembelit.
Dalam keadaan yang berbeza (seperti penggunaan codeine atau morfin), penggabungan penghidratan (seperti laktulosa atau glikols), bulk-forming (seperti psyllium) dan agen stimulasi adalah diperlukan.
Produk-produk ini boleh didapati di kaunter secara meluas.
憫Enema dan klister selalunya diberikan kepada pesakit yang mengalami sembelit yang serius, merbahaya atau anti pelawas.
憫Sorbitol, gliserin dan supositori minyak arakis digunakan. Kes sembelit yang lebih serius memerlukan larutan fosfat sebagai enema,拻 tambahnya.
Beliau menarik perhatian, sembelit yang tidak dapat dirawat melalui rawatan-rawatan di atas memerlukan campur tangan fizikal.
Disimpaksi secara manual (pembuangan feses terimpak) dilakukan dengan bantuan sedasi atau anestatik am (pembiusan menyeluruh) - bagi menahan kesakitan dan melonggarkan sfinkter anal.
Dalam perubatan alternatif dan tradisional, pengairan berkolon, enema, senaman, diet dan herba digunakan dalam mengubati sembelit.
Adalah lebih mudah untuk mencegah dari mengubati sembelit.
Kata Dr. Abd. Hamid lagi: 憫Untuk melegakan sembelit dengan penggunaan agen osmosis seperti laktulosa, Politeleneglikol (PEG) atau garam magnesium perlu dituruti dengan pencegahan seperti penambahan kandungan fiber dalam diet (buah-buahan dan sayur-sayuran) dan pengurangan dos pelawas osmosis bagi setiap malam.
憫Melalui penggunaan narkotik yang berterusan, contohnya, pengambilan dos agen osmosis setiap malam boleh dilakukan selamanya (jika tidak membahayakan) untuk menghasilkan perkumuhan usus.
憫Bagi sembelit yang terjadi akibat penyakit usus besar yang menyempitkan saluran najis seperti kanser usus ataupun hernia, maka rawatannya adalah pembedahan,拻 katanya.
Oleh itu, bagi pesakit yang mengalami sembelit berpanjangan yang tidak sembuh setelah mengambil berbagai-bagai jenis rawatan untuk sembelit, maka haruslah pesakit dirujuk kepada pakar bedah untuk ujian lanjutan bagi mencari punca sembelit. |
|
|
|
|
|
|
|
Sembelit di kalangan kanak-kanak (dari Utusan Malaysia)
SEMBELIT bermaksud perkumuhan usus yang sukar atau menyakitkan dan tidak kerap. Ia adalah normal bagi kanak-kanak, namun ia adalah situasi sementara dan ibu bapa tidak perlu bimbang.
Dr. Abd. Hamid berkata, apabila kanak-kanak tidak mengambil fiber atau serat yang secukupnya, kurang meminum air atau kurang bersenam, sembelit mungkin akan berlaku.
憫Ia juga terjadi apabila kanak-kanak tidak menghiraukan keperluan untuk membuang air besar, mungkin kerana malu untuk mengunakan tandas awam, takut atau tidak yakin tanpa kehadiran ibu bapa atau tidak mahu berhenti bermain,拻 ujarnya.
Sembelit juga terjadi akibat ubat atau penyakit. Gejala-gejala sembelit adalah seperti berikut:
* Tidak membuang air besar selama beberapa hari atau perkumuhan usus yang keras dan kering
* Kesakitan di bahagian abdomen
* Loya
* Muntah
* Kehilangan berat badan
* Kehadiran kesan najis (dalam bentuk pepejal atau cecair) pada bahagian seluar dalam kanak-kanak - tanda yang menunjukkan najis ditolak masuk ke rektum
Ujar beliau, sembelit akan mengakibatkan proses pembuangan air besar menjadi satu pengalaman yang menyakitkan. Akibatnya, kanak-kanak tersebut tidak mahu membuang air besar.
憫Merapatkan punggung, menggerakkan badan ke atas dan bawah dengan menjengket dan muka menjadi merah padam adalah tanda-tanda menahan pembuangan air besar.
憫Rawatan ditentukan berdasarkan umur kanak-kanak tersebut dan tahap keseriusan masalah tersebut,拻 jelas Dr. Abd. Hamid.
Beliau menyarankan, dengan memakan lebih serat (buah-buahan, sayur-sayuran dan bijirin berserat tinggi), menambah pengambilan cecair dan bersenam dapat mengatasi masalah tersebut.
Kadangkala, kanak-kanak memerlukan enema bagi mengeluarkan najis ataupun penggunaan julap bagi melembutkan najis atau menghalang proses sembelit.
Walaubagaimanapun, penggunaan laksatif atau ubat pelawas adalah merbahaya kepada kanak-kanak dan boleh diberi hanya dengan kebenaran doktor.
憫Walaupun sembelit selalunya tidak merbahaya, tetapi ia adalah tanda bagi masalah yang lebih serius,拻 tegas beliau.
Kanak-kanak perlu berjumpa dengan doktor sekiranya:
* Sembelit berlarutan lebih dari tiga minggu
* Kanak-kanak tidak dapat menjalankan aktiviti seharian
* Terdapat luka atau kesan koyak di kulit sekeliling anus
* Terdapat sebahagian kecil selaput usus keluar dari anus (hemoroid)
* Kanak-kanak perlu meneran lebih dari yang biasa dilakukannya
* Najis yang cair atau lembut keluar dari anus
[ Last edited by linb at 3-12-2007 03:11 PM ] |
|
|
|
|
|
|
|
Sembelit
(dari Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia)
APAKAH ITU SEMBELIT?
Sembelit adalah kesukaran untuk membuang air besar,atau jarang atau tidak membuang air besar dengan sempurna. Pesakit yang mengalami sembelit akan mendapati najis mereka lebih keras dari biasa, merasa sakit dan susah untuk mengeluarkannya. Terasa seolah-olah najis tersebut tidak dapat dikeluarkan sepenuhnya. Gejala-gejala lain yang mungkin dialami oleh pesakit ialah perut terasa kembung, tidak selesa dan lembap.
SIAPA YANG AKAN MENDAPAT SEMBELIT?
Sembelit ditakrifkan berbeza-beza dari seorang ke seorang. Terdapat pelbagi pendapat tentang apa yang dikatakan bentuk/pola pergerakan usus yang normal. Kebanyakan orang mendakwa bahawa mereka akan mendapat sembelit jika usus mereka tidak bergerak setiap hari. Sebenarnya, tabiat usus yang normal tidak boleh ditentukan oleh jumlah sebenar pergerakan usus dalam sehari atau seminggu.. Pergerakan usus yang normal mungkin berbeza dari 3 kali sehari hingga ke 3 kali seminggu, bergantung kepada diri seseorang itu. Sesetengah dari mereka yang sihat mungkin mengeluarkan najis yang keras sedikit dari orang lain tetapi tidak mengalami sebarang masalah untuk mengeluarkannya. Sembelit merupakan masalah gastrousus yang sangat biasa berlaku. Setiap orang mengalami masalah sembelit, tetapi kebanyakan dari mereka yang melaporkannya terdiri dari kaum wanita, kanak-kanak dan orang tua yang berusia 65 tahun ke atas. Sembelit juga terjadi di kalangan wanita mengandung dan mereka yang baru melahirkan anak atau menjalani sesuatu pembedahan.
[ Last edited by linb at 3-12-2007 03:36 PM ] |
|
|
|
|
|
|
|
sambungan.....
APAKAH YANG MENYEBABKAN SEMBELIT?
Di antara penyebab sembelit ialah :
- Makanan yang kurang serat
- Kurang mengambil cecair
- Perubahan corak pemakanan
- Ubat-ubatan
- Kurang bersenam
- Perubahan hidup seperti mengandung, peningkatan umur atau dalam perjalanan/mengembara
- Terlalu uzur (terbaring di katil)
- Suka menangguh untuk membuang air besar.
- Penyalahgunaan julap atau laksatif
- Dehidrasi/kekontangan
- Mengalami penyakit saraf dan kongenital.
|
|
|
|
|
|
|
|
sambungan...
PENJAGAAN DIRI
Sembelit yang tidak ada kaitannya dengan masalah kesihatan boleh dirawat dengan ubat-ubatan yang tidak perlukan perundingan doktor, di samping mengubah gaya hidup dan menukar cara makan atau pemakanan (diet).
PEMAKANAN
Tingkatkan pengambilan serat dalam makanan (20-35g setiap hari) akan membantu melembutkan najis dan melawaskan pembuangan air besar. Makanan yang mengandungi serat yang tinggi adalah seperti bijirin (beras, oat ,barli, gandum, rai), buah-buahan segar dan sayur-sayuran. Pengambilan serat dalam makanan perlu diamalkan setiap hari untuk menghalang perut menjadi sebu dan terasa senak atau kembung. Serat perlu diambil dengan meminum air lebih banyak.
PERUBAHAN GAYA HIDUP
Perubahan gaya hidup dapat membantu mencegah dan merawat sembelit. Amalkan meminum air secukupnya ( 6 - 8 gelas sehari) termasuklah cecair lain seperti sup, jus buah-buahan dan sayur-sayuran. Kalau anda terasa hendak membuang air besar, jangan suka berlengah atau menangguhkannya. |
|
|
|
|
|
|
|
SENAMAN
Senaman secara tekal adalah penting untuk melawaskan pergerakan najis. Bagi pesakit yang uzur yang berada di kerusi roda atau terbaring di katil mereka perlu dibantu untuk mengubah kedudukan mereka dari masa ke masa. Mereka perlu dilatih untuk membuat senaman mengecutkan abdomen/perut dan mengangkat kaki.
Ubat-ubatan
Biasanya, anda tidak perlu mengambil julap (laksatif) apabila mengalami sembelit yang ringan. Julap atau enema disyorkan untuk jangkamasa terhad sahaja terutama bagi pesakit-pesakit yang tidak menunjukkan sebarang kesan setelah mengubah gaya hidup mereka. Julap atau laksatif ini digunakan untuk merawat sembelit. Ubat ini boleh diambil secara oral/telan dalam bentuk pil, campuran, serbuk atau bintilan dan juga disediakan dalam bentuk supositori atau enema . Terdapat banyak jenis ubat julap bergantung kepada mekanisme tindakannya. Sembelit yang akut atau kronik perlu dirawat dengan cara yang berbeza yang akan ditentukan oleh doktor atau pegawai farmasi.
Julap seringkali disalahgunakan sehingga ia telah menjadi satu kemestian atau tabiat. Adalah penting bagi pesakit menyedari bahawa mereka tidak boleh terlalu bergantung kepada ubat julap. Mereka perlu mengubah cara hidup dengan melakukan senaman secara berkala atau tekal dan mengubah cara makan untuk melawaskan pergerakan usus. |
|
|
|
|
|
|
|
dari website dr hamid arshat (http://www.hamidarshat.com/content/view/167/165/):
SEMBELIT DI KALANGAN BAYI
Sembelit memang selalu terdapat di kalangan bayi - bayi.
Bayi - bayi mengeluarkan najis - najis yang keras dan banyak dan kadangkala najis hanya keluar sekali dalam beberapa hari. Berapa kerapnya seseorang bayi itu mengeluarkan najis yang berbeza di antara satu bayi dengan bayi yang lain.
Ada bayi - bayi yang dapat mengeluarkan najis dengan senang walaupun keras dan banyak dan ada juga bayi - bayi yang bukan sahaja sukar mengeluarkan najisnya yang keras dan besar tetapi mendapat kelukaan di bahagian anus menyebabkan pendarahan pada bahagian itu.
Perkara seperti ini perlulah dicegah daripada berlaku kerana ini mungkin menimbulkan masalah pembuangan najis bagi bayi itu sampai dia dewasa kelak.
Kebanyakkan sembelit ini berlaku di kalangan bayi - bayi tidak ada punca - punca penyakit yang jelas.
Kadangkala keadaan ini biasa terdapat juga di kalangan keluarganya sendiri.
Ada terdapat perbezaan daripada perjalanan tali perut ( gut motility ) Kanak - kanak kalau dibandingkan dengan kanak - kanak yanga selalu sembelit.
Bahan air dalam tali perut lebif banyak diserap meninggalkan kandungannya yang lebih kering menyebabkan najis - najis menjadi keras.
Bayi - bayi yang diberi susu tepung lebih kerap mendapat sembelit kerana bahan kalsium yang lebih tinggi dan bahan protein casein yang terdapat dalamnya.
Dari itu bayi - bayi yang diberi susu badan tidak digalakkan supaya ditukar kepada susu tepung dengan cepat kerana ini boleh membawa kepada bayi - bayi mendapat sembelit.
Bahan - bahan pepejal seperti nasi , bali , sayur - sayuran yang berkanji seperti bayam , boleh mengeraskan najis.
Jika seseorang bayi terus mendapat sembelit apabila usianya meningkat lebih dari satu tahun dia akan kurang buang air besar sehingga kadangkala sekali sahaja dalam dua atau tiga empat hari.
Akibatnya tali perut bahagian colon akan membesar sehingga senang dikenal pasti apabila seseorang doktor memeriksa bahagian abdomen bayi - bayi itu.
Kadangkala ketul - ketulan najis juga boleh dirasai daripada pemeriksaan abdomen.
Bayi mungkin juga suka menghindarkan pembuangan najisnya dan apabila dia membuangkan najis dia selalu terpaksa menekan dengan sekuat - kuatnya.
Jika ini terus menerus juga berlaku boleh juga timbul keadaan dimana kanak - kanak itu berbau busuk di bahagian punggungnya kerana perutnya penuh ketulan najis - najis yang keras dan sukar untuk dikeluarkannya.
Najis yang berbentuk cair akan membasah punggung serta seluarnya ( faecal soiling ). Keadaan ini tidak menyenangkan ibu bapa kerana kanak - kanak itu mengeluarkan bau yang sangat busuk sehingga akan mengakibatkan dia selalu tersingkir dari kumpulan kanak - kanak yang sama sebaya dengannya. Ini juga menyinggung perasaan ibu yang terpaksa selalu mencuci dubur anaknya.
Seseorang kanak-kanak yang sembelit mungkin juga akan kurang berselera, meragam dan menangis kerana tidak rasa selesa atau sakit perut dan perutnya juga kelihatan buncit sahaja.
Kadangkala timbang beratnya juga kurang meningkat.
Ada kalanya juga kanak-kanak itu akan meras susah untuk mengeluarkan kencingnya kerana ketulan najis yang besar-besar dalam tali perutnya menekan keatas bahagian pundi kencingnya.
Ini pula mungkin boleh membawa kepada infeksi kencing.
Di antara keadaan-keadaan yang boleh menyebabkan seseorang bayi itu sukar mengeluarkan najisnya ialah keadaan yang dipanggil 'Hirschsprung disease'.
Dalam keadaan ini kaliber sebahagian perut bayi-bayi itu adalah kecil.
Akibatnya kandungan tali perut sukar melepasi bahagian ini menyebabkan bayi-bayi itu membuncit.
Seseorang doktor yang memeriksa bahagian rektum bayi itu dengan jarinya akan mendapati bahagian itu kosong tanpa apa-apa najis.
Keadaan ini dapat dipastikan juga dengan menggunakan 'barium enema' dimana bahankimia barium dimasukan melalui anus bayi itu dan gambar sinaran X diambil yang akan menunjukkan bahagian tali perut yang berkaliber kecil.
Satu cara lagi yang boleh digunakan ialah biopsi dibahagian rektum. Dengan cara ini sedikit tisu dari bahagian rektum akan dapat diperiksa dibawah mikroskop untuk memastikan ketiadaan sel-sel ganglion dalam lapisan didinding bahagian itu.
Bayi-bayi yang dilahirkan kekurangan hormon thyroid (hypothyroidism) selalu sembelit.
Tanda-tanda lain yang mungkin terdapat pada bayi ialah kekuningan yang lambat reda selepas dilahirkan, ubun-ubun dibelakang kepala (posterior fontanelle), benatuk rupa yang agak hodoh ataupun pusat yang mengelembung (umbilical hernia). Kepastian boleh dibuat dengan ujian darah dimana tahap Thyroxine (T4) rendah dari biasa dan tahap hormon yan dikenali sebagai Thyroid Stimulating Hormone (TSH) lebih tinggi dari biasa.
Sembelit akan kekurangan apabila rawatan dengan hormon thyroid diberi dengan secukupnya seumur hidup.
[ Last edited by linb at 3-12-2007 04:02 PM ] |
|
|
|
|
|
|
|
sambungan article Dr Hamid Arshat..
Rawatan untuk bayi-bayi yang sembelit
Memberi susu tepung lembu sepenuhnya ( full cream formula ) terlalu awal umpamanya di waktu usia bayi empat bulan boleh menyebabkan sembelit . Bayi yang menerima susu badan atau formula bayi boleh ditambah dengan bahan makanan seperti prun , nanas , apricot , anggur yang dilecek -lecek dan juga sayur -sayuran yang berfibre seperti sayur salad.
Bayi -bayi yang selalu sembilit perlu mendapatkan perhatian doktor dari masa ke masa supaya rawatan sewajarnya dapat diberikan agar keadaan ini tidak akan berterusan. Jika terjadinya perpecahan di bahagian anus yang menyebabkan bahagian ini berdarah ( anal fissure ) , bahagian yang luka boleh dibersihkan dan krim seperti zinc oxide disapukan.
Setelah seseorang bayi
mengalami luka dibahagian anus (anal fissure) dia akan menahan dari membuangkan najisnya.
Akibatnya ketul-ketul yang keras terkumpul didalam abdomen menyebabkan kaliber tali perut menjadi besar.
Keadaan ini akan memburukkan sembelit dan rawatan yang lebih agresif perlu diberikan.
Objektif rawatan dalam keadaan ini ialah untuk mengempiskan atau mengecilkan kembali kaliber tali perut kesaiz yang sediakala dengan menggunakan ubat-ubat julap (laxatives) atau enema untuk beberapa hari supaya ketul-ketul yang keras dan banyak dapat dikeluarkan dari saluran digestif.
Latihan semula dalam pembuangan najis (toilet training) perlu dijalankan supaya sembelit tidak akan berlaku lagi. Bagi penyakit Hirschprung pembedahan perlulah dibuat untuk membetulkan keadaan anatomi yang tidak sempurna.
Kesimpulan
Sembelit dikalangan bayi-bayi perlulah dicegah dan apabila berlaku mestilah dirawat dengan agresif supaya keadaan ini tidak akan berterusan.
Seperti telah dijelaskan sembelit dikalangan bayi boleh menyebabkan bukan sahaja luka atau pendarahan dibahagian anus tetapi boleh membawa akibat-akibat lain seperti kesan-kesan emosi disebabkan oleh air-air najis dipunggung dan diseluar yang sangat berbau hingga menghidarkan pergaulan diantara kanak-kanak
yang terlibat itu dengan kanak-kanak lain yang sebaya dengannya.
Sesuatu keadaan organik yang wujud perlu diketepikan dengan pemeriksaan dan ujian-ujian tertentu. Tanpa penyakit-penyakit itu perlulah ibu-ibu menentukan yang bayi-bayi mereka tidak diberikan
bahan-bahan makanan yang boleh menyebabkan bayi mereka sembelit atau memburukkan keadaan sembelit jika sudah wujud. |
|
|
|
|
|
|
|
maaf... saya upkan semula thread ni....
anak lelaki saya umur 2thn lebih skrg ada masalah sembelit yg agak serius. dia akan buang air besar setiap hari... tp selalu jugak dia meneran dengan siksa la saya tgk. kadang2 tu sampai menangis. tp lepas selesai tu dia ok. n najis dia mmg keras n besar la.
selain dari tu takde masalah lain. mcm mane ye? pemakanan dia... hmm.. masih minum susu setiap hari dlm 3-4 botol 6oz, makan nasi 2 kali sehari. minum... saya tak pasti sbb waktu siang dia duduk di rumah pengasuh. cuma saya akan bekalkan setiap hari dengan air kosong atau ribena 9oz.. n bila petang mmg habisla. cuma saya tak pasti samada dia yg habiskan or anak2 pengasuh tu yg minum.
skrg saya cuba bg dia lebih buah2an...
ada suggestion lain tak?
skrg tgh cuba bg buah n ribena. klau takde perubahan.. mmg kene bawak klinikla. tu last opt sbb anak saya ni mmg susah ya amat nk jumpa doc. ends up nnti doc tak berjaya pon nk check dia. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #11 talapia's post
hi talapia
dah cuba bagi quaker oat? u bancuh dgn susu pekat manis.. buat kental2 mcm bubur tu.. sure dia suka |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #11 talapia's post
mungkin susu dia pekat sgt tak? cuba lebihkan air sikit ... |
|
|
|
|
|
|
|
anak ana pon selalu sembelit.. masalahnya dia tk suka minum air masak.. tapi dah kurangkan jumlah susu..mmg cair je.. mkn buah / minum jus pon xde masalah..cuma dia memang tak suka minum air masak.. mcm mana nk buat yer... |
|
|
|
|
|
|
|
thanks 4 the info... |
|
|
|
|
|
|
|
boleh try mealshakes from shaklee ..anak sy pon dulu ada masalah sembelit..nk poo pooo siap nangis2..kesian tgk..sejak amalkan mealshakes dh xde sembelit...selera mkn pon bertambah =)..just want to share..klo ada apa2 pertanyaan boleh PM sy yer =) |
|
|
|
|
|
|
|
Isteri sy pon pening nak rawat masalah sembelit bby kita skrg umur 3tahun. Sudah lama bby susah nak buang air besar sampai isteri minta tolong drpd mak mertua sy, katanya ambik susu tepung yg ade byk Prebiotics. Bagui utk rawatan sembelit kanak-kanak. Ade siape yg blh share kat sini susu tepung yg mane ade byk Prebiotics?
|
|
|
|
|
|
|
|
info yang bagus..thanks for sharing |
|
|
|
|
|
|
|
xpernah dgr pon susu formula yg mengandungi prebiotics tp ape yg sye paham susu formula yg baik akan menjadikan bb lbh pintar dn pandai tp rase x prnh dgn bleh rawat sembelit kanak2
ape yg membuat bb sembelit ialah kekurangan air sbb kkurangan air bleh menjadikan najis bb keras dn susah utk membuang air besar
utk kanak2 yg sihat dn tiada problem sembelit krna bb ade system penghadaman yg baik
baik klao makan byk serat cam sayur2 dn buah2 dn jgn lupe minum air yg byk
|
|
|
|
|
|
|
|
Edited by ducat at 11-3-2015 03:34 PM
Banyak susu tepung dekat pasaraya mengandungi Prebiotic, salah satu ialah Mamil dari Dumex lo.. Saya bagi anak minum sb masalah sembelit selama 2 minggu, betul2 ada result.. mungkin kamu boleh bagi anak cuba selama 7 hari? Kalau tanya mana forumula paling baik utk bayi yg sembelit, saya akan kata Mamil. Saya rekomen utk jiran cuba.. dia kata anak dia punya masalah sembelit pun sudah baik..
|
|
|
|
|
|
|
| |
|