Sum nak jemput semua ibu2 dan Doktor yg ada untuk membincangkan ttg topik berpantang selepas bersalin. Dpd pengetahuan sum (mak cerita) terlalu banyak pantang larang yang perlu diikuti selepas bersalin. Dari segi pemakanan, berpakaian, rehat dan ubat-ubatan atau jamu, bertangas, berurut dan banyak lg perkara yang selalu sum dengar drp pelbagai lapisan masyarakat. Tambahan pula di Msia ni pelbagai kaum jd pelbagai la pula adat resam berpantang selepas melahirkan anak.

Mohon bantuan drp doktor untuk mengsahkan kebenaran sesuatu amalam tradisional spt berikut:
1. Tidak boleh mencuci rambut sehingga habis pantang 40 - 44hari.
2. Jangan makan makanan spt timun, buah-buahan dan sayur-sayuran (sejuk) kerana menyebabkan peranakan turun
3. Jangan keluar rumah sehingga 44 hari.... (habis tu kalu bb nak kena p jumpa dr camna?), takut masuk angin....
4. Perlu memakan jamu dan berurut untuk betulkan peranakan dan ketatkan yg mana longgar.
5. Berbekung (tak tau betul ke tidak... maksud sum yg ikat perut dgn kain beberapa meter).

endapat ttg makanan semasa berpantang juga amat dialu-alukan...sum nak sgt supaya rakan2 yg ada pengalaman berpantang share pengalaman dlm thread ni sbg rujukan dan panduan. Bukan apa Sum ni berdebar juga kalu sebut pasal pantang ni. maklum la tak lama lg nak jadi ibu buat pertama kali....
Setahu sum berpantang ni adalah masa utk si ibu yg br melahirkan anak berehat....memulihkan kembali kesihatan diri selepas penat bersalin. Tapi... sum pun tak tahu apa sebenarnya bagaimana merehatkan diri yg sebenarnya...tidur mkn jer ker???
Mengikut pembacaan sum yg tak seberapa... dpd buku Is My Pregnancy Normal.... banyak amalan tradisional yg bertentangan dgn aspek kesihatan. Contohnya... halangan memakan sayur dan bua-buahan boleh menyebabkan kekurangan nutrient. Tp mak aku kata kalu mkn buah atau sayur....sejuk.... nanti peranakan turun?????? ni la yg suma nak rakan2 semua bg pendapat ni...Dia suruh mkn sup ayam yg direbus bersama halia dan bwg putih jer...mkn dgn nasi. Sampai habis pantang....
I ni dah 4 kali bersalin & I mengakui amalan berpantang amat membantu dalam proses pemulihan diri. Bab makanan memang kena jaga, jangan ambil yang gatal2 & sejuk. Sumber nutrient tu dapat dari banyak sumber. Kalau I, dlm pantang sayur spt sawi, pucuk betik, sayur meranti, memang I ambik.
bg aju, pntang tu ade pro n contra nye...
klu org kata x elok minum air, nnti perut buncit,
tp sbnrnye air ni elok utk bykkan susu kita...
elok minum milo panas, air suam...emm aju dl x mkn jamu2 coz panas,
nnti efek kt bb, so aju amik pil homeopati je...
aju dlm pntang basuh rmbut 2/3 kali je, coz takut
sakit n pening kepala...tu yg elok pki pilis kt dahi tu...
pki stoking n bengkung tu wajib la...biarla sengsara masa
pntang ni, tp dh tua2 nnti xdela sakit2 lutut or sendi2...
keluar rumah plak masa nk jumpe doc or check up je..
menu masa dlm pntang...
minggu pertama n kedua..
nasi putih sejemput, ikan haruan, tenggiri salai or bakar...
pastu tumbuk lada itam yg digoreng...
hati lembu masak kicap....
mggu ke 3/4..
baru leh mkn yg berkuah, mcm sup ke,
ikan tenggiri masak kuning yg ade lada itam tu...
terima kasih...sum ni nak kena berpantang jauh dr keluarga. D negara org pla tu. Sejuk pal tu... Ni yg minta bantuan dr rakan2 sekalian bagaimana proses berpantang yg sepatutnya...Mak jauhhhhh nak berpantang dgn hubby jer.
Lagi satu, pantang ni ikut keserasian badan masing2. Ada orang makan ayam tak gatal, tapi ada gak yang tak tahan. Kadang2 kita tahan , baby pulak jadi kembong... cam tu la.
Tapi bab basuh rambut tu tak paya le ikut. Dalam Islam sendiripun, lepas bersalin kena mandi wiladah (mandi wajib sebab keluar darah bersalin) maknanya kena la basah rambut...
Selama empat puluh empat hari, dikira dari hari pertama bersalin, adalah diadatkan kepada ibu tersebut untung menjalani pantang. Ini bererti ibu tersebut ditegah daripada makan sebarangan mengikut kehendaknya atau membuat apa-apa jua kerja rumahtangga, walaupun bangun berjalan meninggalkan tempat tidurnya. Selepas tujuh hari barulah ibu tersebut dibenarkan berjalan sedikit-sedikit, itu pun hanya di dalam rumahnya sahaja. Pantang ini adalah dianggap suatu perkara yang penting sekalipun ibu tersebut merasakan yang dia sudah boleh membuat sebarang aktiviti seperti biasa dilakukan. Ketika dalam berpantang, ibu tersebut akan dikehendaki memakai stoking atau membalut kakinya dengan kain bagi mengelakkan angin memasuki badan. Di dahinya pula akan dilumurkan ubat yang bertujuan menarik angin keluar dari badan.
Berpantang bukan sahaja melibatkan pemakanan dan kesihatan diri ibu tersebut. Si suami juga tidak digalakkan untuk meniduri isterinya ketika si isteri sedang berpantang. Ini kerana dalam tempoh berpantang, si isteri akan berasa lemah badan dan sakit ketika bersalin masih belum hilang sepenuhnya. Selain itu, isteri juga akan mengalami darah nifas yang hanya keluar selepas bersalin dan keadaan ini menimbulkan rasa kurang selesa bagi isteri untuk didatangi suaminya.
Di antara ubat yang dipakai dan dimakan oleh ibu bersalin biasanya adalah ubat yang diberikan oleh tok bidannya sahaja. Selain daripada ubat yang dimakan dan dipakai, ibu tersebut juga akan menjalani kaedah bertungku (tuam) di perutnya sehari sekali selama tempoh pantangnya. Ada sesetengah bidan menggantikan kerja-kerja bertungku dengan berdiang. Ibu-ibu akan diberikan makanan yang boleh mendatangkan sumber darah di dalam badannya bagi menggantikan darah yang telah banyak hilang semasa bersalin, contohnya limpa dan hati. Makanan tersebut juga akan dimasak mengikut cara tertentu yang boleh membantu menghilangkan angin di dalam badan dan mengecutkan segala urat saraf yang telah mengembang. Ibu-ibu juga biasanya dinasihatkan memakan jamu yang dapat memulihkan semula tenaga dan memperbaiki tekstur dan bentuk tubuh badan mereka seperti sediakala.
Namun begitu, bagi masyarakat sekarang, bersalin di hospital adalah lebih selamat dan mudah. Walaubagaimanapun, pantang larang selepas bersalin akan tetap diamalkan dalam masyarakat Melayu untuk menjamin kesihatan ibu tersebut.
yup betul ckp sinchan, mandi wiladah ni rmi yg x tau...
sebaik selepas bersalin tu elokla mandi wiladah...
pilis tu biasa beli yg dh siap skali pek dgn brg2 utk
lepas bsalin tu...jgn lupe bile ikat rmbut tu ikat kuat2
biar kepala x masuk angin..
oo sum bpantang sendiri ye...jgn wat keje byk2..
biar hubby buat sume tuh...x yahla kemas2 umah sgt..
nasi tu agak2 jela, nk byk pon xpe...
baby tu ade org kata x elok mandi selalu nnti kembung..
tp klu x mandi nnti musyuk lak ekk...
sehari skali dhla...lap2 ke bdn dia, oraitla tu....
pastu tepek2 bedak...
Kalau ada sesiapa yg rajin sila la klik di bawah.... sum br baca dan agak membantu org yg seperti sum *****yg tak faham apa yg dikatakan berpantang ni***
Dalam pantang ni senang jer. Banyakkan rehat, bersandar sebelah baby. Time ni la nak manja2 ngan hubby. Biar dia layan kita cam puteri...Biasanya bila lepas bersalin, kita akan rasa letih sgt. kengkadang tu boleh jugak jadi tension kalau anak kejap2 nangis nk susu or etc. Dah lepas 2 minggu tu kalau rasa dah kuat, boleh la bangun buat kerja ringan2...
since ni anak sulung dan tak de anak lain nak kena handle, biar la rehat cukup2... Bila lagi ??