View: 17245|Reply: 112
|
USA News: update - jet terhempas, 3 maut, 2 rumah musnah!!
[Copy link]
|
|
eee...ngeri dan seram |
|
|
|
|
|
|
|
Kota New York diserang pijat
Serangga hisap darah penuhi pangsapuri, hotel mewah, hospital dan pusat pelancong
NEW YORK: Bandaraya New York yang dikenali sebagai pusat pelancongan utama Amerika Syarikat, kini dilanda wabak yang membimbangkan - diserang pijat hingga mencetuskan panik di kalangan penduduk beberapa kawasan terbabit.
Akhbar Daily News melaporkan semalam serangan penghisap darah itu 'menawan' hampir setiap penjuru bangunan tumpuan ramai di kota kosmopolitan itu seperti hospital, bank, sekolah, hotel dan pangsapuri mewah di kawasan seperti di East Side selain tempat tumpuan pelancong.
Ia turut memenuhi kondominium mewah Park Avenue, pusat artis di Williamsburg, Brooklyn dan kediaman pangsapuri bernilai AS$25 juta (RM85 juta) serta bangunan teater di Broadway, kata mangsa, petugas syarikat penghapus serangga serta pegawai tempatan.
Pijat yang sebelum ini dikaitkan dengan kemiskinan kerana memenuhi rumah serba daif, kini sebaliknya menyerang tanpa mengira mangsa miskin atau kaya hingga mencetuskan panik di beberapa penempatan golongan mewah New York.
"Sejak enam bulan lalu, saya bertugas membasmi serangga itu di wad bersalin, hotel lima bintang, panggung wayang, garaj teksi, bank, sekolah swasta, firma undang-undang, bangunan pangsapuri di Greenpoint serta kamar hakim mahkamah Persekutuan," kata Jeff Eisenberg, pemilik syarikat penghapus serangga, Pest Away Exterminating di West Side.
Malah, laporan sebelum ini menunjukkan penduduk New York membuat 537 panggilan kecemasan berhubung masalah pijat pada 2004. Seramai 82 pemilik bangunan turut disaman kerana kesalahan membiarkan pijat di dalam rumah mereka.
Setakat Jun lalu, sejumlah 6,889 aduan ancaman pijat diterima pihak berkuasa manakala 2,008 pemilik bangunan disaman.
Mereka diarahkan menyingkirkan pijat berkenaan dalam masa 30 hari atau berdepan tindakan mahkamah, kata Jabatan Perumahan dan Pembangunan bandar raya berkenaan.
Namun, tindakan tegas itu belum mengatasi masalah itu apabila bilangan aduan itu menguasai di 57 daripada 59 papan khidmat masyarakat.
Daerah paling teruk diserang pijat adalah di Bushwick, Brooklyn apabila pihak berkuasa tempatan mengeluarkan sejumlah 172 sama tahun ini, meningkat empat kes berbanding empat pada 2004.
Ia turut menerima 476 aduan, meningkat 47 kes berbanding tahun sebelumnya.
Kawasan tengah Harlem mencatatkan 269 aduan daripada cuma 9 kes pada 2004. Williamsburg dan Greenpoint yang menjadi tumpuan ramai kalangan hippies, mencatatkan 148 kes, juga meningkat 11 kes berbanding 2004.
Pijat lazimnya keluar dan aktif pada waktu malam untuk menghisap darah manusia dan meninggalkan kesan serta kegatalan pada kawasan berkenaan.
Ia bagaimanapun dipercayai tidak menyebarkan penyakit berjangkit.
Pada 2006, seorang ejen pelancongan dan suaminya dari Chicago menyaman sebuah resort di Catskills bagi mendapat pampasan AS$20 juta (RM76 juta) atas alasan mengalami trauma kerana 500 gigitan pijat ketika menginap di Hotel Nevele, New York. - Agensi
FAKTA NOMBOR Ancaman pijat di New York
6,889 - Aduan hingga Jun 2007
2,008 - Pemilik bangunan disaman |
|
|
|
|
|
|
|
tak perlulah owang taliban peghi kat US bomkan dirik... membazir jerk...
Tuhan dah hantar tentera die dalam senyap2... |
|
|
|
|
|
|
|
takdo gambar ko? ado gambar best sikit... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #6 anak_pejuang's post
bangsa angkasa? ayoh pin ko? |
|
|
|
|
|
|
|
mane heroes2 kat new york? |
|
|
|
|
|
|
|
Abis ler Spiderman dan Superman, spender diorang kena gigit pijat... wakakakaka. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #11 LanoG's post
x pe..nnt kuar pijat-man..... |
|
|
|
|
|
|
|
bleh buat citer Joe's Apartment versi pijat. |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by anak_pejuang at 2-1-2008 09:29 PM
Kota New York diserang pijat
Serangga hisap darah penuhi pangsapuri, hotel mewah, hospital dan pusat pelancong
NEW YORK: Bandaraya New York yang dikenali sebagai pusat pelancongan utama A ...
mana source nih.. hope america kena serang banyak laggiiii pijat2... |
|
|
|
|
|
|
|
ada satu movie tu bandar mana tah kat US diserang tikus ngeri gak
tp yg ni kisah benar..lg ngerii |
|
|
|
|
|
|
|
dengan secara automatiknya jugak pijat tuh telah transferkan thraed ini sampe ke sini... |
|
|
|
|
|
|
|
ehehehehe balasan di dunia...tu baru pijat, lom lagi bakteria2 yg merbahaya |
|
|
|
|
|
|
|
arap kene virus yang merbahaya.. |
|
|
|
|
|
|
| |
|