CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3296|Reply: 1

Kesan Sukan Ekstreme Terhadap Kesihatan Tulang -

[Copy link]
Post time 8-1-2008 06:03 AM | Show all posts |Read mode
Kesan sukan ekstrem terhadap kesihatan tulang
Oleh: BINTU RASYADA A. RAHMAN

KEBAIKAN bersukan amatlah jelas dalam menjaga kesihatan badan.


POROS tulang atau osteoporosis
pada tulang belakang boleh menyebabkan
kelumpuhan jika pesakit jatuh dan patah
tulang belakang


Selain menjaga pemakanan yang seimbang, aktiviti fizikal dapat membantu badan mengimbangkan penggunaan dan penyimpanan tenaga badan.

Bagaimanapun, sukan lasak atau yang memerlukan tenaga yang banyak mungkin akan meninggalkan kesan buruk kepada badan.

Antara kesan ketara sukan ekstrem adalah masalah tulang di mana ahli sukan bukan sahaja menghadapi risiko retak atau patah tulang, malahan risiko poros tulang atau pengurangan jisim tulang.

Jisim atau kepadatan tulang dinilai dengan melibat bilangan sel tulang yang ada pada tulang rangka badan.

Secara umumnya, tulang yang mempunyai jisim lebih besar adalah tulang yang lebih kuat.

Walaupun jisim tulang banyak dipengaruhi faktor genetik, kesan persekitaran dan pengambilan ubat tertentu juga boleh mempengaruhi keadaan tulang.

Kepadatan tulang biasanya mula berkumpul pada zaman kanak-kanak dan mencapai kemuncaknya pada usia kira-kira 25 tahun.

Keseimbangan jisim tulang kemudiannya akan kekal untuk 10 tahun sebelum menurun mengikut usia, pemakanan dan aktiviti fizikal individu.

Bagaimanapun, bagi ahli sukan ekstrem, faktor aktiviti fizikal dan pemakanan akan memberi kesan lebih besar kepada jisim tulang mereka berbanding usia.

Tulang memerlukan bekalan kalsium yang cukup bukan sahaja ketika kecil malahan sehingga usia tua untuk kekal kuat bagi menampung pergerakan aktiviti harian.

Aktiviti yang memerlukan banyak tenaga bukan sahaja memerlukan nutrien secukupnya daripada makanan malahan memerlukan rehat secukupnya sebelum aktiviti yang sama dilakukan sekali lagi.

Kekurangan sumber nutrien dan rehat yang cukup mungkin menyebabkan badan 憁engambil
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 8-1-2008 06:04 AM | Show all posts

continued...



Nutrisi

1) Kalsium

Setiap individu dengan osteoporosis memerlukan antara 1,200 hingga 1,500 miligram kalsium setiap hari melalui pemakanan atau pengambilan suplemen kesihatan.

Badan hanya dapat menyerap kira-kira 500 miligram kalsium pada satu-satu masa. Oleh itu, pengambilan kalsium perlu dilakukan beberapa kali setiap hari.

Beberapa kajian pula menunjukkan pengambilan kalsium yang terlalu banyak memberi kesan buruk kepada kepadatan tulang.

Selain hasil tenusu, kekacang dan sayur-sayuran juga menjadi sumber makanan yang kaya dengan kalsium.

Di samping pengasidan, pengambilan terlalu banyak kafein juga dikatakan akan menyebabkan pelarutan kalsium di dalam tulang.

2) Vitamin D

Penyelidikan terkini menunjukkan pengambilan lebih banyak vitamin D dapat mengurangkan kejadian keretakan tulang sehingga 25 peratus di kalangan warga emas.

Selain itu, pengambilan vitamin D juga dapat membantu menguatkan otot memandangkan kebanyakan kes pesakit jatuh adalah akibat otot yang lemah.

Penyelidikan di rumah penjagaan warga emas juga menunjukkan penurunan sehingga 72 peratus kes penghuni yang jatuh hasil pengambilan 800 IU vitamin D bersama kalsium setiap hari.

Terdapat juga beberapa bukti yang menunjukkan pengambilan suplemen boron, magnesium, zink, tembaga, mangan, silikon, strontium, asid folik, and vitamin B6, vitamin C dan vitamin K (bersama kalsium dan vitamin D) bermanafaat untuk menjaga kepadatan tulang.

3) Protein berlebihan

Tiga faktor memainkan peranan penting dalam menentukan kandungan kalsium dalam sistem badan seseorang iaitu pengambilan (makanan), penyerapan dan perkumuhan.

Bagaimanapun, pengambilan protein yang terlalu tinggi (makanan) akan menyebabkan peningkatan kekerapan membuang air kecil dan banyak kalsium hilang bersama air kencing seterusnya meningkatkan risiko keretakan tulang akibat kepadatan tulang menurun.

Faktor yang meningkatkan risiko osteoporosis:


* ATLET profesional yang menggunakan tenaga di tahap optimum, seperti pelari maraton.

* KURANG bersenam dan diet kalsium rendah, badan akan mengekalkan kepadatan tulang mengikut aktiviti fizikal individu. Bagi mereka yang kurang bersenam, badan tidak akan mengekalkan kepadatan tulang yang tinggi walaupun dengan nutrien yang cukup. Beberapa kajian menunjukkan senaman ringan seperti aerobik, angkat berat ringan dan sukan ketahanan dapat mengekalkan atau meningkatkan kepadatan mineral tulang (BMD) wanita yang telah menopaus.

* WANITA, lelaki mempunyai kepadatan tulang lebih tinggi daripada wanita dan hanya hilang 0.3 peratus kepadatan tulang mereka setiap tahun berbanding 0.5 peratus setahun untuk wanita.

* BERBANGSA Asia atau campuran Asia, warga Afrika mempunyai kepadatan tulang yang lebih tinggi daripada warga Eropah atau Asia.

* TERLALU kurus dan memiliki kerangka tulang badan yang kecil, berat badan berlebihan melindungi daripada osteoporosis melalui peningkatan beban berat badan atau hormon leptin.

* SEJARAH keluarga menghidap osteoporosis, ibu yang pernah mengalami retak pinggul akibat osteoporosis menjadikan anak berisiko dua kali ganda lebih tinggi.

* MENGALAMI keretakan atau patah tulang ketika dewasa.

* MEROKOK dan pengambilan alkohol berlebihan.

* PENYERAPAN nutrien dari makanan tidak sempurna, nutrien tidak diserap dengan sempurna oleh sistem gastrousus.

* MENOPAUS (putus haid), wanita boleh kehilangan sehingga empat peratus kepadatan tulang setiap tahun untuk tempoh lima hingga 10 tahun pertama selepas menopaus. Ini boleh menyebabkan kehilangan kepadatan tulang sehingga lebih 30 peratus dalam tempoh 10 tahun tersebut.

* PARAS hormon estrogen yang rendah, ketika menopaus atau selepas melakukan pembedahan membuang kedua-dua belah ovari.

* RAWATAN kemoterapi.

* AMENORRHEA, tiada haid di kalangan wanita muda yang mana menyebabkan estrogen rendah. Amenorrhea boleh terjadi kepada wanita yang melakukan senaman secara ekstrem untuk menguruskan badan atau akibat masalah pemakanan anoreksia nervosa.

* INFLAMASI kronik, radang sendi dan penyakit hati kronik.

* HIPERTIROIDISME, penyakit di mana pengeluaran hormon paratiroid berlebihan oleh kelenjar tiroid atau disebabkan pengambilan terlalu banyak ubat mengandungi hormon tiroid.

* KURANG vitamin D, yang membantu badan menyerap kalsium. Apabila vitamin D kurang, badan tidak mampu menyerap amaun kalsium yang diperlukan untuk mencegah osteoporosis.

* PENGAMBILAN sesetengah ubat yang menyebabkan osteoporosis seperti heparin (untuk mencairkan darah).

* PENDEDAHAN kepada logam berat, pendedahan kepada logam kadmium dan plumbum telah dibuktikan menyebabkan kepadatan tulang semakin merosot dan membawa kepada osteoporosis tanpa mengira usia dan jantina.

* MINUMAN ringan, beberapa kajian mendakwa minuman ringan yang mengandungi asid fosforik mungkin meningkatkan risiko ospeoporosis.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Kesihatan


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 10:50 PM GMT+8 , Processed in 0.689146 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list