CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 16858|Reply: 151

Supernatural 2 , TV3

[Copy link]
Post time 9-1-2008 01:47 PM | Show all posts |Read mode
Supernatural musim kedua kembali di TV3

CEMAS: Antara adengan menarik dalam Supernatural musim kedua.

SELEPAS kejayaan Supernatural pada musim pertama, Supernatural musim kedua yang memaparkan Jared Padelecki sebagai Sam dan Jensen Ackles dengan watak Dean, masing-masing terus memburu kuasa jahat yang memusnahkan keluarga mereka kembali lagi menemui penonton setia TV3 bermula 20 Januari 2008, setiap Ahad jam 10.00 malam.

Siri Supernatural musim kedua ini akan menyingkap kisah 22 lalu mengenai Sam (Padalecki) dan Dean (Ackles) Winchester kehilangan ibu mereka yang terbunuh dalam keadaan penuh misteri.

Sejak itu, bapa mereka, John (Jeffrey Dean Morgan) membesarkan dua beradik ini berbekalkan ketahanan dari segi mental dan fizikal.

John juga membuka minda dan mata mereka mengenai wujudnya kuasa syaitan luar biasa yang tinggal di sudut gelap dan di sebalik jalan di Amerika serta cara membunuh makhluk halus itu.

Sam yang membawa diri sejak tamat sekolah sebaliknya tidak mahu terjebak dengan kehidupan yang kejam dan berbahaya. Sehinggalah pada suatu hari, Dean muncul di depan pintu rumahnya dan membawa berita yang membimbangkan.

Ayah mereka hilang ketika misi buruan misterinya. Sam dan Dean mengembara di sepanjang lebuh raya Amerika dengan kereta kesayangan Dean, Chevy Impala, 1967 demi mencari ayah mereka yang hilang itu.

Di sepanjang perjalanan itu, mereka mengharungi pelbagai rintangan seperti pertarungan dengan kuasa halus dan juga konflik sesama sendiri kerana perselisihan faham adik beradik yang tidak pernah berkesudahan. Akhirnya, ayah mereka berjaya ditemui ketika dia hampir kepada syaitan yang dipercayai membunuh ibu mereka. Selepas pertarungan sengit berlaku, syaitan berjaya melepaskan diri dan meninggalkan ketiga-tiga lelaki Winchester itu dalam keadaan yang teruk.

Namun, misi memburu misteri Winchester tetap diteruskan. Sam dan Dean menjelajah ke seluruh pelusuk negara itu menentang makhluk halus yang merbahaya walaupun secara lazim ia hanyalah kepercayaan tahyul semata-mata bagi sesetengah orang.

Pelbagai halangan dan rintangan dilalui kedua beradik ini di sepanjang perjalanan mereka dalam pencarian itu. Antaranya kemalangan yang hampir meragut nyawa mereka serta pengorbanan yang terpaksa dilakukan demi menyelamatkan diri dan rakan mereka. Penemuan baru kuasa ghaib yang boleh memusnahkan mereka turut menghangatkan lagi siri ini di musim kedua.

Ke mana saja mereka pergi, kedua beradik itu terus mencari syaitan yang memusnahkan keluarga mereka. Di pertarungan terakhir, syaitan menyatakan yang ia mempunyai rancangan buat Sam dan semua sekutu sepertinya. Kini, Sam juga harus mencari maksud tersirat di sebalik kata-kata itu dan menyelesaikan misteri membabitkan sejarah diri dan keluarganya di masa lampau.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-1-2008 01:52 PM | Show all posts
aku malas SYD dgn tv3 nie...dalam dok syok2 layan leh lak dia tetiba tukar atau tunda siaran....buang karan yer...... la ni aku maen rembat pirate cd yer...senang...
Reply

Use magic Report

Post time 9-1-2008 01:54 PM | Show all posts
ganti smallville kan....bagus bagus
Reply

Use magic Report

Post time 9-1-2008 01:58 PM | Show all posts
elok la ade citer ni balik....n ditayang kan pada ari ahad

sebabnye setiap ari sabtu n ahad mesti takde citer best.......
Reply

Use magic Report

Post time 9-1-2008 01:58 PM | Show all posts

Reply #3 Eddlisa_uyuk's post

nyampah smallville tu... cam harammm!
Reply

Use magic Report

Post time 9-1-2008 02:07 PM | Show all posts
supernatural season 2 dah abih kat astero....best gak season 2...derang lawan setan mata kuning tuh...
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 9-1-2008 02:18 PM | Show all posts

Reply #5 sinalegna's post

kayu giler hero nye

hehehe
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-1-2008 02:20 PM | Show all posts

Reply #4 orkit's post

setuju.

bosan giler..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-1-2008 04:26 PM | Show all posts
wah!!bila nk start supernatural season 2 kat tv3 ni?
nk download..lembap jer..
tension betul..

yeay!!leh tgk kat tv3 jer camni..
Reply

Use magic Report

Post time 9-1-2008 06:15 PM | Show all posts
yosh! ganti Smallville yg buhsan!
Reply

Use magic Report

Post time 9-1-2008 08:51 PM | Show all posts
yeayyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyy!!!!! mesti x leh tgk ...
Reply

Use magic Report

Post time 9-1-2008 10:12 PM | Show all posts
Beli DVD je la sape yg x tgk lagi Season 1.
Reply

Use magic Report

Post time 11-1-2008 10:24 AM | Show all posts

Reply #12 `pSyCho`'s post

buat apa beli DVD rugi je....dulu  i suka tengok smallvile beli gak DVD tapi rasa nyesal mahal gak tapi sekarang my hubby selalu  download je..... ok je taklah lambat sangat.
Reply

Use magic Report

Post time 11-1-2008 10:59 AM | Show all posts
dah ada balik...
Reply

Use magic Report

Post time 24-1-2008 10:24 AM | Show all posts
Sian bapak dia mati, sebab nak selamatkan Dean...
Reply

Use magic Report

Post time 24-1-2008 10:39 AM | Show all posts
Macam best jek Season 2 nih...
sapa dah tgk Astro?

Hero ensem aku mati ke dak?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-1-2008 07:38 PM | Show all posts
nape la malang nasibku..tv rumahku rusak
tp mmbe2 bt bodow je tamau repair..
caner aku nk tgk..
dolod ajerla jwbnye
Reply

Use magic Report

Post time 25-1-2008 03:27 PM | Show all posts

Reply #16 ilya's post

takut nnti kata spoiler la plak. skang ni dah sampai season 3 dah. superb best. eh hehe.<br />
<br />
spoiler - highlight untuk baca

last season 2 -

Sam mati dlm last episode, sbb kena bunuh ngan Jake. So, Dean buat deal ngan ada satu devil kat crossroad nih. The deal is - hidupkan Sam balik, pastu bagik Dean setahun untuk hidup.

Itula last season 2, start season 3, Sam ngan Dean dua dua hidup, pastu, skang ni derang nyer challenge ialah:

1. lawan demon yg banyak2 kua kat devil's gate masa last episode season 2.
2. Sam tgh cari method untuk selamatkan Dean, tp Dean tak bagik sebenarnye, sbb crossroad devil tu cakap, kalau intervene apa2, Sam would drop dead, tanpa ada warning. So Dean x nk pertaruh nyawa Sam. Tp biasa la kan, Sam cari gak cara nk slamatkan.


Yeay...tak sabar next episode hujung bulan ni.
Reply

Use magic Report

Post time 28-1-2008 10:54 AM | Show all posts
wah!!! bestnya siri kesukaan aku dah kembali
Reply

Use magic Report

Post time 29-1-2008 11:22 AM | Show all posts

Reply #18 raeshad's post

nak donlod maleh lak...
kang tak tertengok....

tb3 dah ler sengal...
asek nak nunda jek kerjanya...
letak jek ler mlm rabu senang..

aku fedup tgk citer mlm rabu di tb 3
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-2-2025 11:31 AM GMT+8 , Processed in 0.055272 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list