CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 6909|Reply: 5

ENDOMETRIOSIS/ADENOMYOSIS

[Copy link]
Post time 9-1-2008 03:06 PM | Show all posts |Read mode
try search kat google cari penyakit yang berkaitan ngan perkataan kat atas ni...

seriously aku tak tau penyakit ni cume i refer kat doc

dan  nak tahu ada sapa2 ke yang pernah mengalami siptom penyakit ni...

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-1-2008 03:13 PM | Show all posts

Endometriosis Melampau Sebabkan Kemandulan

LAPISAN dalaman rahim dipanggil endometrium. Kadangkala, lapisan sedemikian berada di luar kawasan rahim, di mana-mana di rongga abdomen, ini dipanggil endometriosis.
Endometriosis boleh menyebabkan kesakitan sebelum dan semasa kedatangan haid. Darjah kesakitan ini berbeza-beza di antara individu. Endometriosis yang melampau boleh menyebabkan kemandulan.

*Endometrium

憫Lapisan dalaman rahim dipengaruhi oleh perubahan hormon wanita bulanan, lazimnya kitaran hormon ini selama 28 hari. Pada awalnya, endometrium menebal dan tumbesarannya bertujuan sebagai penyediaan terhadap kehadiran janin.

憫Sekiranya persenyawaan tidak berlaku, endometrium menipis dan gugur sebagai darah haid.

憫Perubahan secara berkala bulanan ini dirangsang oleh hormon estrogen dan progesteron yang dikeluarkan oleh ovari,拻 kata Pakar Perbidanan dan Sakit Puan, Hospital Universiti Sains Malaysia, Prof. Madya Dr. Shah Reza Johan Noor.

Apa itu endometriosis?

Apabila tisu yang sepatutnya berada di dalam rahim, tetapi sekarang berada di luar kawasannya, ini akan dipanggil endometriosis. Ianya berfungsi sama seperti endometrium di dalam rahim.

Kawasan-kawasan yang biasa didapati endometriosis adalah seperti ovari, tiub falopio, permukaan rahim, kawasan di belakang rahim, usus, pundi kencing dan ureter serta rektum.

Tisu endometrium ini akan melekat pada organ-organ lain di dalam pinggul (pelvis) dan juga pada lapisan dalam rongga abdomen yang dipanggil peritoneum.
Sista mungkin terbentuk apabila tisu endometrium ini berada di ovari, ia dipanggil endometrioma.

Masalahnya, kata Dr. Shah Reza, tisu-tisu endometrium di luar rahim ini sebagaimana di dalam rahim, turut terpengaruh dengan perubahan hormon, menipis dan gugur sebagai satu pendarahan bulanan.

憫Tetapi pendarahan ini berlaku di kawasan tertutup dan bukannya sebagai darah haid bulanan. Inilah yang menyebabkan kesakitan sebelum dan semasa haid bulanan. Pendarahan di luar kawasan ini juga menyebabkan berlakunya keradangan.

憫Dan akhirnya dengan gangguan bulanan, tisu-tisu yang terlibat berparut dan penyembuhan seterusnya akan mengakibatkan tisu-tisu dan organ-organ melekat di antara satu sama lain, penaupan dan perekatan ini juga menimbulkan kesakitan,拻 ujar beliau.

Lazimnya, rungutan endometriosis ini bertambah serius dari semasa ke semasa. Perawatan boleh membantu penyakit ini dari menjadi bertambah teruk.


Siapakah yang berisiko?

Pada kebiasaannya, umur 30 hingga 40 tahun merupakan umur yang lazim didalangi endometriosis. Wanita yang mempunyai darah haid tidak dikecualikan.
Lazimnya, endometriosis berlaku di kalangan wanita-wanita yang tidak mempunyai anak. Keturunan juga dikaitkan. Sebanyak 75 peratus wanita yang mempunyai sakit pinggul (pelvis) yang kronik, endometriosis menjadi salah satu puncanya.


Simptom-simptom endometriosis

Menurut Dr. Shah Reza, rungutan utama merupakan kesakitan di bahagian pinggul. Kesakitan ini boleh dirasai semasa hubungan seksual, semasa membuang air besar ataupun air kecil dan juga sebelum dan semasa datangnya haid bulanan.

憫Pendarahan haid mungkin datang dengan kerap. Seandainya endometriosis ini sudah teruk, kemandulan mungkin berlaku. Harus diingatkan, darjah kesakitan mungkin tidak selari dengan keseriusan endometriosis.

憫Ada pula wanita yang mempunyai endometriosis tetapi tidak mempunyai rungutan. Penyakit ini hanya diketahui apabila mereka dirujuk untuk perawatan kemandulan,拻 jelasnya.

Tambah beliau, anggaran 30 peratus wanita yang mempunyai masalah kemandulan kemungkinan besar mengalami endometriosis.

Mengandung, kata beliau, memberikan keselesaan dan kebebasan kepada wanita-wanita yang mempunyai endometriosis.

Begitu juga dengan banyak kaedah perawatan endometriosis di mana kesan-kesannya berdasarkan kepada hubungan dan pengaruh hormon yang terjadi semasa seseorang hamil.


*Diagnosis

Pemeriksaan fizikal dan juga pinggul dilakukan untuk mencari punca-punca lain yang memberikan kesakitan dan permasalahan.

Laparoskopi mungkin dicadangkan untuk meneliti dan membantu dalam penyelesaian endometriosis.

Melalui laparoskopi, tisu-tisu endometriosis boleh disingkirkan. Tisu-tisu yang diambil akan dihantar ke makmal untuk kajian selanjutnya.


*Rawatan

Harus diingat bahawa rawatan tidak bersifat kekal. Perawatan mungkin boleh menghilangkan kesakitan dan juga kemandulan tetapi bersama peredaran masa, endometriosis akan kembali semula.

Kaedah perawatan juga bergantung sama ada wanita itu hanya ingin menghilangkan simptomnya ataupun ingin mendapatkan anak.

憫Untuk menahan kesakitan, ubat yang biasa digunakan terdiri daripada satu golongan ubat yang bercorak bukan steroid tetapi mempunyai keupayaan antiradang dan juga mengurangkan kesakitan.

憫Hormon digunakan untuk mengurangkan kemusnahan yang dikaitkan dengan endometriosis, ia boleh membantut pertumbuhan tisu-tisu endometrium dan juga mencegah penaupan dan perekatan di antara tisu-tisu,拻 kata Dr. Shah Reza.

Hormon-hormon ini memberhentikan seketika pengeluaran hormon wanita oleh ovari. Hormon-hormon yang biasa digunakan adalah seperti pil perancang keluarga, ubat gonadotropin-releasing hormon (GnRH), progesteron dan danazol.

Kesesuaian ubat-ubat tersebut bercorak individu. Kesan samping hormon-hormon tersebut ketara dan perlu pengawasan intim daripada doktor. Ia tidak membantu menghilangkan kesakitan sedia ada.

*Pil perancangan keluarga

Ubat ini membantu supaya haid bulanan menjadi teratur, julat kedatangannya pendek dan jumlah yang turun sedikit, ini membantu mengurangkan kesakitan.

Doktor juga mungkin memberikan pil-pil hormon yang mencegah datangnya haid. Ditegaskan sekali lagi, rawatan adalah bercorak individu.

*GnRH

GnRH adalah hormon yang membantu kitaran haid bulanan. Agonis GnRH yang digunakan lebih kuat dari GnRH semula jadi di dalam badan. Ia mengurangkan paras hormon estrogen dengan memberhentikan fungsi ovari.

Akibatnya, wanita tersebut mengalami menopaus. Kesan ini hanya untuk sementara waktu sahaja. Kesan samping yang selalu kedapatan adalah seperti panas badan, sakit kepala, kekeringan faraj dan kerapuhan tulang.

Rawatan ini memakan masa enam bulan. Untuk mengurangkan kesan sampingan, hormon estrogen mungkin diberikan secara berkala. Haid akan datang kembali selepas 6 hingga 10 minggu selepas pemberhentian.

*Progesteron

Ia berfungsi dengan mengurangkan kesan tisu oleh hormon estrogen. Haid bulanan akan terhenti semasa penggunaan, mungkin juga wanita ini akan mengalami pendarahan yang tidak teratur. Kesan samping yang biasa dirungutkan adalah seperti perubahan mood, perubahan berat badan, kembung dan masalah seksual.

*Danazol

Juga merupakan sejenis hormon yang menurunkan kedua-dua paras hormon estrogen dan progesteron. Penggunaannya juga untuk selama 6 bulan. Semasa penggunaan, haid bulanan terhenti.

Kesan sampingan yang biasa dirunguti adalah seperti pertambahan berat badan, jerawat, suara menjadi bertambah kasar dan garau, tumbuh bulu mirip lelaki.

*Pembedahan

Dr. Shah Reza berkata, pembedahan mungkin dicadangkan untuk membuang tisu-tisu endometrium di kawasan pinggul. Cara pembedahan mungkin secara terbuka ataupun laparoskopi.

憫Harus diingatkan, semakin serius endometriosis, semakin cepat datangnya rungutan selepas pembedahan. Lazimnya, rungutan mungkin datang seawal setahun selepas pembedahan.

憫Sekiranya penyakit endometriosis ini terlalu serius, pembedahan histerektomi (pembedahan rahim) mungkin dicadangkan. Sekiranya kedua-dua ovari dibuang, endometriosis mungkin hilang, begitu juga dengan kesakitan, haid bulanan dan keupayaan untuk mendapatkan anak,拻 terangnya.

Penyakit endometriosis merupakan penyakit berjangka masa panjang. Selagi wanita itu tidak putus haid, menopaus, selagi itulah rungutan akan berlangsung.
Walau bagaimanapun, rawatan-rawatan tetap ada, hanya perlu mencari perawatan mengikut kesesuaian individu

~aku edit sikit for easier reading...would appreciate it kalau ko tarukkan sumber artikel nie...~



[ Last edited by  blackmore at 12-1-2008 01:50 AM ]

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-1-2008 03:24 PM | Show all posts
Originally posted by stargate at 9-1-2008 03:13 PM
LAPISAN dalaman rahim dipanggil endometrium. Kadangkala, lapisan sedemikian berada di luar kawasan rahim, di mana-mana di rongga abdomen, ini dipanggil endometriosis.
Endometriosis boleh menyeba ...

thanks star...

inilah info yang nak dicari2kan sangat

cuma berharap sesiapa yang pernah mengalami simptom ni bole la citerkan serba sedikit

Reply

Use magic Report

Post time 9-1-2008 04:35 PM | Show all posts

Reply #3 kurusss's post

Kurusss ida pesakit endometriosis stage 4. Kalau period memang sakit gilo. dan oleh kerana penyakit ni ida menghadapi kesukaran untuk mengandung. Buat pengetahuan kurrusss ida dah 4 tahun kahwin tapi masih berdua. Sekarang ida masih dalam rawatan untuk mendapatkan zuriat.
Reply

Use magic Report

Post time 11-1-2008 10:18 AM | Show all posts
Originally posted by aisida at 9-1-2008 04:35 PM
Kurusss ida pesakit endometriosis stage 4. Kalau period memang sakit gilo. dan oleh kerana penyakit ni ida menghadapi kesukaran untuk mengandung. Buat pengetahuan kurrusss ida dah 4 tahun kahwin  ...



saya pun endometriosis stage 4. saya buat operation kat hukm dan doktor kata lepas ni chances mengandung lebih tinggi tapi sampai sekarang (dah 4 tahun dah) masih belum dapat baby lagi ....

ramai doktor tak dapat diagnos penyakit endometriosis ni dengan tepat sebab selalunya diorang kaitkan dengan senggugut biasa. tapi bila kita ada masalah untuk mengandung barulah tahu yang sebenarnya ada endometriosis....

untuk makluman, boocik dah 9 tahun kahwin tahun ni tapi masih lagi belum ada rezeki ...

[ Last edited by  boocik04 at 11-1-2008 10:20 AM ]
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-1-2008 06:01 PM | Show all posts

reply sida / boocik

nampaknya masalah korang sama

tapi aku plak dah pernah bersalin

empat2 ikut "tingkap"

tapi doc kata mungkin aku dah lama tak bersalin

tu yang menyebabkan jadi simptom tu

tapi aku tak pernah rasa sakit

cuma keputihan yang biasanya ada dah bertukar menjadi ke"coklatan

itu le masaalahnya

Reply

Use magic Report

Follow Us
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Kesihatan


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-12-2024 02:03 PM GMT+8 , Processed in 0.065745 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list